Categories
Berita Semasa

Warga Palestin Ditembak Mati Selepas Cederakan Dua Tentera di Jerusalem

Rabu,26-05-2021 – Seorang pemuda Palestin ditembak mati pada hari Isnin petang setelah mencederakan dua
orang tentera Israel di kawasan Bukit Perancis di timur laut Jerusalem.

Menurut media Hebrew, seorang daripada tentera itu mengalami kecederaan parah dalam kejadian tikaman, manakala pemuda itu dibunuh serta merta oleh pegawai polis yang berada berdekatan. Kejadian itu berlaku di stesen keretapi aliran ringan di timur Jerusalem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar


Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin di Hospital Ramla terdedah kepada pengabaian perubatan

Rabu,26-05-2021 – Urusan Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin mendakwa pegawai penjara Israel telah mengabaikan pemberian perubatan kepada pesakit Palestin di penjara, terutama yang berada di rumah sakit penjara Ramla.

“Pihak penjara secara sengaja mengabaikan keadaan kesihatan mereka yang tenat dan tidak memberikan ubat serta rawatan yang mereka perlukan. Mereka hanya diberi ubat penenang dan ubat penahan sakit sahaja. ”

Menurut suruhanjaya itu, tahanan Palestin yang berada di rumah sakit Ramla adalah Khaled al-Shawish, Mansour Muqida, Mutasem Radad, Nahid al-Aqra, Saleh Saleh, Nidhal Abu Ahour, Nadem Abu Saleem, Nour Bitawi, Emad Sawarka, Mahmoud Abu Eisha, Mohamed Mar’iee, Amer al-Khatib, dan Abdul-Rahman Barqan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Polis Israel usir lapan wanita Baitulmuqaddis dari al-Aqsa

Rabu,26-05-2021 – Polis penceroboh Israel pada hari Ahad mengeluarkan satu arahan melarang beberapa wanita Baitulmuqaddis daripada memasuki masjid al-Aqsa, di kemuncak gangguan ke atas pengunjung Muslim di tapak suci itu.

Menurut sumber tempatan, polis Israel mengusir lapan wanita Baitulmuqaddis dari masjid al-Aqsa selama seminggu dan mengarahkan mereka untuk kembali semula pada minggu hadapan untuk menerima arahan sama yang melarang mereka daripada memasuki tapak suci itu selama enam bulan.

Polis Israel turut memanggil lebih sepuluh orang wanita Baitulmuqaddis untuk soal siasat selepas mereka meninggalkan masjid al-Aqsa dan menahan mereka selama beberapa jam di balai polis Qishla di Kota Lama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Peneroka haram bakar tanaman, gua di selatan al-Khalil

Selasa,25-05-2021 – Sekumpulan peneroka haram pada hari sabtu membakar lebih 15 dunum ( 1 dunum bersamaan 11 ribu kaki persegi) yang ditanam dengan tanaman musim sejuk dan juga sebuah gua di Yatta sementara yang lain menyerang warga Palestin di timur al-Khalil. Fuad Al-Amour, penyelaras Jawatankuasa Perlindungan dan Pertahanan di Masafer Yatta, berkata peneroka dari penempatan Khafat Ma’on dan Avigal membakar lebih 15 dunum di kawasan Al-Kharouba di perkampungan Tawana dengan perlindungan tentera rejim zionis Israel yang menembak dan melontarkan bom bunyi ke arah orang awam. Peneroka haram Yahudi turut membakar sebuah gua di kawasan Saroura milik keluarga Al-Amour.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Mesir hantar 2,500 tan bantuan ke Gaza yang musnah akibat perang.

Selasa,25-05-2021 – Kerajaan Mesir mengumumkan  menghantar konvoi bantuan terbesar untuk rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang terlibat perang yang terdiri dari 130 buah trak memuatkan 2,500 tan bantuan  barangan asasi dan  keperluan lainnya.

Konvoi  itu bertolak menuju Gaza bagi memenuhi arahan Presiden Abdul Fatah as-Sisi yang memerintahkan “Tabung Tahya Misr”  membantu rakyat Palestin di Gaza.

Konvoi bantuan yang dimuatkan dalam 120 konten berupa 2,500 tan makanan, sayur-sayuran, daging sejuk beku, buah-buahan, tilam, karpet, selimut, bahan pembasmi kuman, pelitup muka, pakaian dan ubat-ubatan, demikian kata Bassam Radi jurucakap mewakili Presiden Mesir kepada wartawan pada hari Jumaat, lalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Al-Aqsa Kembali Diceroboh

Selasa,25-05-2021 – Peneroka haram Yahudi kembali menceroboh perkarangan Masjid Al-Aqsa pagi Ahad melalui Gerbang Magharabi dengan perlindungan polis Israel.

Menurut sumber tempatan, perbuatan ini dilakukan selepas tiga minggu penutupan kawasan berkenaan sejak konfrontasi 28 Ramadhan lalu dan tindak balas penentangan penduduk Palestin.

Tambahan lagi, pihak polis menggeledah Masjid Al-Aqsa sejak subuh dan memaksa para jemaah meninggalkan ruang solat Al-Qibli selain menyerang beberapa pengawal masjid.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

IOF culik beberapa warga Palestin di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis

Selasa,25-05-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada subuh Sabtu menculik beberapa warga Palestin ketika kempen di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

Menurut sumber tempatan, IOF menculik dua warga yang dikenali sebagai Abdul-Salam Awwad dan Aziz Fattash dari kediaman mereka di Nablus.

Di Tubas, IOF menculik tiga orang pemuda ketika pertelingkahan pemuda tempatan di kampung Atouf di timur Tamun. Mereka dikenali sebagai Hareth Abu Arra, Basel Basharat dan Izzuddin bani-Odeh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Haneyya bertemu Emir Qatar di Doha

Selasa,25-05-2021 – Ismail Haneyya, pemimpin Hamas, dan delegasi dari kepimpinan Gerakan bertemu Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani di Doha.

Haneyya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Syeikh Al Thani dan Qatar atas pendirian rasmi mereka dalam menyokongPalestin dan hak mereka yang sah.

Beliau menghargai usaha diplomatik Qatar yang memberi sumbangan untuk menghentikan serangan Israel terhadap rakyat Palestin lalu mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

200 Ribu Berdemonstrasi Di London

Selasa,25-05-2021 – Sekurang-kuranya 200 ribu orang penunjuk perasaan di London mengadakan longmarch dan tunjuk perasan. Penganjur demonstrasi menyatakan ia adalah tunjuk perasaan terbesar sejak beberapa tahun terakhir. Mereka menyokong Palestin, khususnya Al-Quds dan Gaza dalam menghadapi Israel. Para demonstran menuntut agar Israel diadili atas kejahatan mereka terhadap warga sivil Palestin.

Jawankuasa acara Forum Palestin di Britain, Kempen Solidariti Palestin, Sahabat Al-Aqsha, Persatuan Hentikan Perang, Kempen Anti Senjata Nukleur dan Ikatan Islam di Britain meminta agar pemerintah Boris Johnsen ditekan agar menghentikan sokongan terhadap penjajah Israel dan memberikan solidariti kepada Palestin, keluarga para syuhada dan mangsa yang cedera serta dunia berhenti menyokong Israel. Bahkan mereka meminta agar Israel diadili atas kejahatan-kejahatannya terhadap rakyat Palestin.

Adnan Humaidan, jurucakap Forum Palestin di Britain mengatakan, walaupun sudah diumumkan gencatan senjata, rakyat Palestin di Gaza masih menghadapi sekatan keras selama 15 tahun dan hak-hak kemanusiaan mereka dilanggar. Warga Palestin di Semenanjung Gaza dan Al-Quds masih menghadapi penjajahan militan keji dan pengekangan lalu lintas, perobohan rumah dan melaksanakan undang-undang militan terhadap warga sivil.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Sekat Perarakan di Sheikh Jarrah

Selasa,25-05-2021 – Malam Sabtu lalu, polis Israel telah menghalang sebuah tunjuk perasaan yang dianjurkan di hadapan pintu masuk barat ke kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Yang Diduduki.

Berpuluh-puluh orang rakyat dan aktivis perpaduan telah menyertai perarakan tunjuk perasaan tersebut, dan telah menuntut supaya para peneroka haram menghentikan provokasi mereka serta menghentikan kepungan di kawasan berikut selama 14 hari.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mengatakan bahawa ramai orang awam yang cedera, termasuk seorang yang terkena bom bunyi di kepala dan telah dibawa ke hospital, sementara kecederaan yang lain telah dirawat di lapangan.

Kejiranan Sheikh Jarrah menyaksikan pertempuran harian antara polis penjajah dan peneroka haram di satu pihak dan jiran tetangga, penduduk Baitulmaqdis, para pemuda dan aktivis perpaduan di pihak yang lain. Mereka sering berhadapan dengan pencerobohan dan serangan peneroka haram, sekaligus membuktikan kejituan mereka di tanah air mereka.

500 orang penduduk Baitulmaqdis yang tinggal di 28 rumah di kawasan tersebut berhadapan ancaman kehilangan tempat tinggal setelah beberapa kumpulan Yahudi baru-baru ini mendapatkan keputusan mahkamah Israel yang memberi mereka lampu hijau untuk mengambil alih rumah-rumah kediaman di Sheikh Jarrah, walaupun pada hakikatnya penduduk kejiranan tersebut adalah pemilik sebenar dan sah hartanah di sana.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Polis Israel serbu laman al-Aqsa, tahan pengunjung Muslim

Selasa,25-05-2021 – Berpuluh anggota polis Israel menyerbu masuk ke laman dalam masjid al-Aqsa pada waktu Subuh hari Ahad dan menyerang jemaah Muslim.

Saksi menambah bahawa polis penceroboh menahan beberapa pemuda selepas memukul mereka semasa mereka menuju ke masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat manakala yang lain dirawat kerana lebam.

Sementara itu, sumber tempatan berkata bahawa polis Israel menahan setiausaha pergerakan Fatah di Baitulmuqaddis, Shadi Mutour, dan dua pemuda, Fadi Mutour dan Nour Al-Shalabi selepas menyerbu kediaman mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Farwana : Rejim Zionis Kumpul 2,000 Warga Palestin Dalam Tempoh Lima Minggu

Selasa,25-05-2021 – Rejim Zionis telah mengumpul hampir 2,000 warga Palestin sejak lima minggu yang lalu dalam
peningkatan kempen penangkapan rakyat Palestin, kata Abdul Nasser Farwana, Ketua Unit
Kajian dan Dokumentasi Pihak Berkuasa Tahanan Palestin.

Beliau menambah dalam siaran media pada hari Ahad bahawa penangkapan itu dilakukan di
Tebing Barat, Jerusalem dan Wilayah Palestin 1948 yang melibatkan kanak-kanak, wanita dan
orang tua.

Farwana berpendapat bahawa pihak berkuasa Israel menyasarkan untuk melemahkan tekad
Palestin dan menghentikan semangat mereka menentang penjajahan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Rumah Putih Jamin Semua Pihak Komited Dengan Genjatan Senjata

Selasa,25-05-2021 – Rumah Putih mengumumkan bahawa presiden Amerika, Joe Biden memberi jaminan kuat bahawa semua pihak berkaitan komited dengan gencatan senjata yang bermula Jumaat pagi di Gaza.

Jurucakap Rumah Putih, Jen Psaki dalam kenyataan akhbarnya mengatakan, kami memiliki jaminan kuat dari semua pihak berkaitan bahawa mereka memberikan komitmen menghentikan serangan (gencatan senjata).

Beliau menambah, Amerika akan memantau dan mengawasi realisasi gencatan senjata secara intensif dalam beberapa hari ke depan. Biden tidak memiliki rancangan mengubah bantuan keselamatan kepada Israel, tegas jurucakap Rumah Putih.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Penduduk Sheikh Jarrah Minta Pengepungan Ditamatkan

Selasa,25-05-2021 – Penduduk kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Yang Diduduki pada hari Sabtu lalu telah memanggil untuk solidariti bersama-sama mereka untuk mengakhiri sekatan yang dikenakan oleh Israel ke atas kawasan kejiranan tersebut selama 14 hari.

Penduduk kejiranan Sheikh Jarrah meminta untuk mengadakan tunjuk perasaan di kawasan kejiranan pada pukul lima petang hari ini untuk memprotes pengepungan yang dikenakan oleh polis penjajah ke atas mereka.

Aktivis Alaa Salaymeh, seorang penduduk Sheikh Jarrah, menyatakan bahawa polis Israel mengepung kawasan kejiranan tanpa alasan, dengan menekankan bahawa apa yang berlaku adalah hukuman kelompok yang dilarang di peringkat antarabangsa.

Bagi pihak penduduk Syeikh Jarrah, dia meminta mahkamah pendudukan untuk membatalkan sekatan itu kerana ianya tidak sah.

Salaymeh menegaskan bahawa polis penjajah melindungi para peneroka haram dan telah menjadikan Sheikh Jarrah sebagai berek tentera tertutup.

Aktivis itu menambah bahawa polis penjajah melarang kehadiran sesiapa di jalan-jalan kejiranan dan memeriksa kad pengenalan penduduk, sama ada semasa masuk mahupun keluar dari kawasan tersebut, bahkan di hadapan rumah mereka sendiri. Rakyat Palestin juga tidak dibenarkan mengunjungi saudara mara mereka di dalam kawasan kejiranan berkenaan, katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Mishaal: “Sword of Baitul Maqdis” sejarah penting kami.

Isnin,24-05-2021 – Ketua Biro Politik Hubungan Luar Hamas, Khalid Mishaal menyatakan bahawa perang bersenjata atau  “Sword of Baitul Maqdis” menjadi   titik tolak penting bagi  pembebasan   bumi Palestin dan sejarah rakyatnya.

“Mesej perjuangan rakyat Palestin adalah jelas dan pihak musuh memahaminya,” kata beliau dalam ucapan yang disiarkan di televisyen pada hari Jumaat, kelmarin.

Kata pemimpin Hamas itu lagi, “Netanyahu terpaksa menghentikan serangan selepas tindakan itu menyebabkan imej pihak Zionis terjejas.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin