Categories
Berita Semasa

Belia Palestin Mati Akibat Luka Disebabkan oleh Polis Israel

Rabu , 10-09-2014 – Remaja Palestin Mohammed Sonnoqrot, yang telah cedera minggu lepas semasa protes di kawasan yang diduduki di Timur Baitulmuqaddis telah meninggal dunia pada hari Ahad lepas.

Menurut Al Ray, saudara kepada remaja itu berkata, lelaki yang berusia 16 tahun itu telah ditembak di kepala pada jarak dekat dengan peluru bersalut getah. Pada hari Khamis, doktor dari Hospital Universiti Hadassah, Ein Karem, memberitahu keluarganya bahawa remaja itu secara klinikal telahpun mati. Kejadian itu berlaku pada 31 Ogos, dalam kejiranan Wadi Joz, tidak jauh dari rumah keluarga.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : bob

Categories
Berita Semasa

127 rakyat Palestin Ditahan Minggu lalu

Rabu , 10-09-2014 – Tentera Israel telah menahan sekurang-kurangnya 127 rakyat Palestin di seluruh Tebing Barat pada minggu pertama bulan September sahaja , menurut kenyataan baru-baru ini oleh Persatuan Banduan Palestin (PPS ).

PPS berkata, mengikut Ma’an , bahawa sebahagian besar tahanan berasal dari daerah Hebron , di mana 28 rakyat Palestin telah ditahan oleh tentera Israel .

PPS juga menyatakan bahawa 23 daripada tahanan adalah dari daerah Jenin , di Tebing Barat utara, 21 dari Ramallah , 20 dari Yerusalem , 12 dari Betlehem , 8 dari Tulkarem , enam dari Nablus , tiga dari Qalqiliya , dan enam dari Tubas / daerah Salfit .

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : diana

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin meninggal akibat kecederaan yang dialami ketika perang Israel ke atas Gaza

Rabu , 10-09-2014 – Sumber perubatan Palestin melaporkan pada Isnin yang seorang pemuda meninggal akibat kecederaan serius yang dialami ketika pengeboman oleh Israel di Rafah, di selatan Semenanjung Gaza dalam serangan Israel di kawasan pantai.

Sumber menyatakan, Mohammad Ibrahim ar-Reyati, 22 tahun, meninggal di Hospital Mesir setelah tidak dapat menahan lagi penderitaan kecederaannya. Beliau cedera teruk pada 18 Julai apabila tentera udara rejim Israel menembak peluru berpandu ke arah sejumlah kediaman di Rafah, di mana sejumlah rakyat Palestin cedera dan terbunuh dalam serangan itu.

Pada Ahad, seorang pemuda Palestin yang dikenali sebagai Mahmoud Suleiman Sheikh Eid, dari Rafah, di kawasan selatan Semenanjung Gaza meninggal di hospital di Rafah. Eid mengalami kecederaan serius manakala sejumlah rakyat Palestin terbunuh dan puluhan lagi cedera ketika serangan ke atas kawasan kediaman di Rafah.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Laporan Mingguan PCHR ke atas Pelanggaran Hak Asasi Manusia oleh Israel di Palestine

Tentera Israel terus serangan sistematik terhadap orang awam Palestin dan harta di dalam wilayah yang diduduki Palestin

Rabu , 10-09-2014 – Di Semenanjung Gaza, walaupun 9 hari telah berlalu berikutan perjanjian gencatan senjata yang ditaja Mesir antara kumpulan penentang Palestin dan Israel, kesan-kesan bencana 51 hari serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza telah kelihatan. Sepanjang tempoh laporan, beberapa orang yang cedera meninggal dunia akibat luka-luka mereka yang dialami semasa serangan.

Sepanjang tempoh laporan, bayi Palestin meninggal dunia kerana terhidu gas pemedih mata di Jerusalem, setelah tentera Israel melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan di Gunung al-Tour, timur bandar. Selain itu, 2 orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, meninggal dunia akibat luka-luka mereka yang dialami semasa serangan terbaru Israel ke atas Semenanjung Gaza, sementara beratus-ratus rakyat Palestin yang cedera telah menerima rawatan perubatan di hospital-hospital di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dan hospital lain di luar negara. Sementara itu, tentera Israel mencabuli perjanjian yang beberapa kali dengan memulakan kebakaran di bot nelayan Palestin yang belayar dalam kawasan penangkapan ikan yang dibenarkan dan menangkap beberapa nelayan.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Pasukan keamanan Jenin mahu meneruskan penahanan ke atas Syeikh Ali Atiq.

Rabu , 10-09-2014 – Pasukan keamanan Jenin, utara Tebing Barat meneruskan penahanan ke atas Syeikh Ali Atiq, salah seorang pemimpin Hamas, selepas waran tangkap ke atas beliau dikeluarkan pada Isnin, 8.9, membayangkan kemungkinan beliau akan ditangkap.

Dan Muhammad Najal bin Syeikh Ali Atiq berkata kepada wakil kami petang semalam, sebenarnya pasukan perlindungan keamanan dan pihak yang memanggil beliau pada Ahad lepas meminta beliau melaporkan diri bagi melengkapkan siasatan kerana Syeikh Ali Atiq masih lagi diburu dan belum dibebaskan daripada dakwaan sehingga kini.

Muhammad turut menambah bahawa ayahnya dilarang memberikan khutbah di masjid sedangkan beliau adalah imam masjid di daerah Burqin, barat Jenin. Beliau ditahan tanpa disabitkan kesalahan, sebaliknya hanya kerana perbezaan pendapat dan kebebasan bersuara.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : asyraff

Categories
Berita Semasa

Wanita warga emas meninggal akibat kecederaan yang dialami sewaktu perang di Gaza

Selasa , 09-09-2014 – Menurut laporan perubatan Mesir, Khamis, seorang wanita warga emas meninggal di Pusat Perubatan Nasir di Kaherah akibat kecederaan parah yang dialaminya pada 29 Ogos sewaktu serangan di bahagian pinggir pantai.

Menurut sumber, Etaf Mohammad ‘Ajrour mengalami kecederaan yang mengancam nyawa apabila pihak tentera mengebom kediaman-kediaman dan jalan-jalan di Nafaq, di bahagian Sheikh Radwan, Bandar Gaza.Seorang warga Palestin terbunuh di tempat kejadian sementara beberapa orang lagi turut tercedera, ramai yang parah.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Perunding bertemu Kerry

Selasa , 09-09-2014 – Perunding Palestin bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry selama dua jam untuk perbincangan membina mengenai hubungan masa hadapan dengan Israel, kata pegawai Amerika Syarikat.

Menurut AFP (Ma’an), ini merupakan perbincangan secara berdepan kali pertama Kerry dengan perunding Palestin semenjak kegagalan Washington untuk menyelesaikan perbalahan di antara militan Israel dan Palestin di Semenanjung Gaza pada Julai lalu.

Dalam perbincangan terbaru tersebut, jurucakap Jabatan Negara Jen Psaki berkata: ‘Ini merupakan satu perbincangan membina yang merangkumi banyak aspek termasuklah isu Gaza, hubungan Israel-Palestin dan perkembangan terbaru di wilayah itu.” Dia turut menambah bahawa perbincangan selanjutnya akan diadakan pada minggu akan datang.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Kereta Zionis Dilempar Bom Molotov di Nablus

Selasa , 09-09-2014 – Sebuah kereta milik penduduk Zionis, Khamis (4/9) dilempar bom molotov ketika melintasi Bet Faruk, sebelah timur Nablus utara Tebing Barat.

Menurut sumber Zionis, tidak ada yang terkorban namun pasukan Zionis segera melakukan penyiasatan untuk mencari suspek insiden tersebut. Akhir-akhir ini, Tebing Barat seringkali diwarnai aksi-aksi yang dilakukan oleh pemuda Palestin yang terus melawan kezaliman dan tindakan semberono tentera Zionis di Tebing Barat. Aksi mereka ini dianggap sebagai balas dendam atas perlakuan atau penyiksaan yang dialami warga Tebing Barat.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : asyraff

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Menculik 12 Rakyat Palestin di Tebing Barat

Selasa , 09-09-2014 – Tentera Israel menculik 11 orang rakyat Palestin pada awal pagi Khamis dalam operasi yang menyasarkan rumah dan kawasan di sekitar daerah Baitul Laham, Hebron, Jenin, Tulkarem dan Qalqilia di Tebing Barat.

Sumber tempatan di daerah Baitul Laham menyatakan bahawa berdozen jip tentera memasuki bandar Husan, memecah masuk dan menggeledah beberapa rumah dan menculik 3 rakyat Palestin.

Mangsa yang diculik dikenali sebagai Ismael Sabateen, 20; Mohammad Fares Suleiman, 20; dan Mahmoud Ishaq Sabateen, 19. Tentera penjajah itu juga menyerang bandar Arraba dan Ya’bad berhampiran barat daya bandar Jenin, dan menculik dua lagi rakyat Palestin selepas menggeledah rumah mereka.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Tentera membakar pohon zaitun dekat Hebron

Selasa , 09-09-2014 – Pada Khamis, tentera rejim Israel membajar sejumlah pohon zaitun milik rakyat Palestin di kebun kawasan Wad al-Hasseen di Hebron, di kawasan selatan Tebing Barat.

Kebun itu berdekatan dengan penempatan haram Keryat Arba’ di timur kota. Agensi Berita Maan berkata bahawa tentera membakar tayar dan menolaknya ke arah pohon zaitun, sebelum menggunakan dahan-dahan yang dibakar untuk memastikan kebakaran merebak ke pokok-pokok lain. Maan memetik kata-kata saksi mata yang menyatakan mereka telah menghubungi pihak bomba tetapi tentera rejim menghalang kemasukan trak bomba daripada memasuki kawasan tersebut, dan mengakibatkan kebakaran semakin merebak.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Sambutan Kemenangan di Gaza Selepas Solat Jumaat

Jumaat , 05-09-2014 – Rakyat Palestin di seluruh Gaza keluar beramai-ramai untuk menyertai perarakan kemenangan pada Jumaat, selepas mereka berpeluang untuk solat Jumaat kali pertama dalam 50 hari di masjid sekitar Gaza tanpa bimbang diserang tentera penjajah Israel.

Agensi Berita Maan melaporkan walaupun majlis tempatan menganggarkan satu pertiga masjid rosak dalam serangan Israel termasuk 72 yang musnah, rakyat Palestin tetap membanjiri masjid ketika pemimpin politik berkhutbah di atas mimbar menekankan perpaduan nasional selepas mereka meraih kemenangan ke atas Israel.

Pegawai kanan Hamas, Khalil al-Hayya berkata, ketika khutbah Jumaat di Shuja’eyya: “rakyat Palestin telah memasuki era baru hari ini (Jumaat), dan berjaya mencapai perpaduan nasional dengan menyokong perjuangan (menentang penjajahan Israel).”

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Pertelingkahan berterusan di Tebing Barat, 4 cedera, sebahagian ditahan

Jumaat , 05-09-2014 – Sekurang-kurangnya 4 warga Palestin cedera ketika pertelingkahan pada subuh Isnin di kem pelarian Deheishe, selatan Bethlehem, Tebing Barat. Menurut Agensi Media Al Ray Palestin, sumber tempatan melaporkan pertelingkahan berlaku di antara warga Palestin dan tentera rejim Israel setelah rejim memecah masuk kem.

Tentera menembak peluru hidup, gas pemedih mata dan bom tangan ke arah pemuda-pemuda Palestin dan menyebabkan 4 orang cedera. Tentera rejim menyerbu kem pelarian al-Fara di Nablus, dalam satu malam dan menahan 7 warga Palestin, sumber tempatan mengatakan.

Para saksi melaporkan sekurang-kurangnya 15 jip tentera dan kenderaan peribadi bersenjata menyerbu kem dari pelbagai arah, yang mana puluhan rumah telah dirempuh masuk. Kediaman pegawai kanan Parti Rakyat Palestin, Muhammad Mansour, turut diserbu. Beliau telah disoal siasat di jalanan manakala beberapa bendera telah dirampas dari rumahnya.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Boikot Mampu Memberi Kesan Besar Terhadap Ekonomi Israel

Jumaat , 05-09-2014 – Sejak dua bulan yang lalu, rakyat Palestin di seluruh Tebing Barat telah memboikot barangan Israel dan bilangannya yang semakin meningkat. Beberapa kempen telah diadakan di jalanan bagi meningkatkan gerakkan kempen boikot tersebut.

Agensi Berita Ma’an melaporkan, menurut penganalisis ekonomi, kempen ini berpotensi memberi kesan negatif yang besar kepada ekonomi Israel,dan memberi kesan apungan kepada ekonomi Palestin juga.

Pusat Biro Statistik Palestin menyatakan bahawa penggunaan tahunan Palestin terhadap eksport Israel adalah pada kira-kira $ 3.5 bilion, manakala eksport Palestin kepada Israel hanya berjumlah kira-kira $600 juta.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Langit juga kepunyaan kami

Jumaat , 05-09-2014 – Pada 25 Ogos , perkampungan Burin , di selatan Nablus , telah ditutup oleh tentera Israel dan diisytiharkan zon tentera. Satu pusat pemeriksaan didirikan di jalan utama ke kampung itu , menghalang penduduk daripada memasuki dan keluar dari kampong tersebut.

Sekatan itu dikenakan selepas pertempuran berlaku malam sebelumnya apabila tentera menyerang kampung, menyerbu rumah-rumah, dan menahan beberapa penduduk kampung untuk disoal siasat .

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : diana

Categories
Berita Semasa

Abbas Rencana Pelan 3-peringkat untuk Negara Palestin Merdeka.

Jumaat , 05-09-2014 – Menurut Palestinian News Network (PNN), sumber Palestin telah mengesahkan bahawa Presiden Mahmoud Abbas akan menjalankan satu pelan yang terdiri daripada 3 peringkat dengan matlamat akhir untuk mencapai kemerdekaan negara Palestin.

Sumber tersebut memberitahu surat khabar ‘Middle East’ yang berpusat di London bahawa Abbas bercadang memberi masa sehingga empat bulan kepada Amerika Syarikat untuk mentakrifkan sempadan bagi negara Palestin, dan meminta Israel menyediakan sebuah peta yang menunjukkan
sempadan-sempadan Israel, sebelum rundingan berjalan.

Sekiranya Israel menolak untuk mentakrifkan sempadan-sempadan ini, kepimpinan Palestin merancang untuk membawa isu ini ke Majlis Keselamatan PBB di bawah naungan negara-negara Arab, bagi meminta Israel keluar dari kawasan Palestin yang dijajah pada tahun 1967.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira