Categories
Berita Semasa

Netanyahu isytihar projek penempatan baru.

Khamis, 25/03/2010 – Setiausaha kerajaan Zionis membayangkan bahawa Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu berazam akan mengisytiharkan beberapa projek pembinaan penempatan baru di seluruh bandar al-Quds dan Tebing Barat, sekembalinya dari lawatan yang sedang dilakukannya ke Amerika Syarikat.

Tzvi Hauzer berkata dalam satu temubual dengan radio Zionis pada hari Selasa (23/3): “Secara khusus ia berkait rapat dengan masalah masa mengisytiharkan projek-projek penempatan tersebut, kerana keputusan dibuat sebelum ini untuk mengubah dan menangguhkan masa pengisytiharan seperti ini sehingga berbetulan dengan lawatan Perdana Menteri ke Amerika Syarikat.

Beliau juga menegaskan dalam kenyataannya bahawa tidak berlaku perubahan pada polisi pembinaan penempatan yang dijalankan oleh Israel di bandar al-Quds. Cuma kerajaan Israel tidak berniat untuk terlibat dalam pertembungan yang boleh dielakkan dan ia tidak mahu mengisytiharkan projek-projek pembinaan penempatan baru berbetulan dengan lawatan Netanyahu sebagai mempersendakan Washington.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Gaza: Serangan Israel mencederakan empat rakyat Palestin.

Khamis, 25/03/2010 – Satu serangan udara oleh rejim Zionis di Semenanjung Gaza semalam menyebabkan empat rakyat Palestin cedera.

Keempat-empat mereka cedera, termasuk seorang wanita, yang terkena serpihan peluru ketika kapal terbang perang F16 Israel menembak sebuah rumah di Al-Tofah di Timur Kota Gaza. Rumah kosong itu benar-benar hancur dan tiga buah rumah kejiranannya rosak.

Seorang jurucakap tentera Israel mengesahkan serangan itu, mengatakan bahawa itu adalah serangan balas kepada serangan roket terhadap Israel sebelum ini. Beliau mendakwa bahawa rumah itu digunakan untuk membuat senjata.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Isu israel terhadap perintah pemusnahan 8 buah rumah di Baitulmuqaddis

Khamis, 25/03/2010 – Menurut beberapa sumber Palestin di wilayah penaklukan Baitulmuqaddis melaporkan bahawa dewan bandaraya Israel di bandar suci telah mengeluarkan arahan pemusnahan terhadap lapan buah rumah penduduk Palestin di persekitaran Ras Shehadeh dan Issawiya sebagai langkah awal untuk memulakan projek penempatan Shaare Hamizrah.

Sumber tersebut menambah bahawa projek penempatan ini meliputi pembangunan 2.000 unit perumahan, pusat sukan, hotel dan kemudahan pelancongan dan akan disambungkan dengan penempatan I1 dan Maale Adumim, pembangunan yang akan membuatkan Baitulmuqaddis dikelilingi sepenuhnya oleh penempatan di bahagian timur.

Projek penempatan baru ini jelas mengancam puluhan keluarga Palestin dengan perpindahan dan pengusiran dari daerah asal mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez

Categories
Berita Semasa

Pendatang Israel halang petani ke tanah mereka di Nablus.

Khamis, 25/03/2010 – Pendatang Israel hari ini menghalang beberapa petani daripada perkampungan Qaryut , tenggara Nablus ditebing barat menghalang mereka daripada tiba ke tanah mereka.

Pihak berkuasa penempatan Tebing Barat, Ghassan Douglas, memberitahu agensi berita SAFA: “Pendatang daripada penempatan Rachel , yang bersebelahan dengan kampung itu, menghalang petani daripada tiba ke tanah mereka untuk bertani kemudian dipaksa ke pos kawalan, sementara itu tiada kecederaan dilaporkan.”

Juga, Pendatang Israel juga menyerang petani Palestin daripada perkampungan Senjel, utara Ramallah, dan menghalang mereka daripada masuk ke tanah milik mereka.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hasbullah

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel ceroboh Utara Gaza, bantu penduduk haram di Tebing Barat.

Khamis, 25/03/2010 – Tentera Penceroboh Israel dengan kereta kebal mengiringi jentolak ke utara Gaza berdekatan Beit Hanun dan memusnahkan bangunan disekitarnya.  Saksi memberitahu 4 jentolak besar mengerjakan kawasan tersebut yang dilindungi oleh tentera penceroboh Israel.

Tentera Israel juga membantu dan memberi perlindungan kepada penduduk haram di kampung Singil Ramallah apabila penduduk haram ini berusaha mengambil tanah penduduk Palestin dengan menghalang peladang Palestin daripada mengusahakan tanah mereka.

Penduduk haram ini membaling batu ke arah petani-petani Palestin dan cuba merampas traktor kepunyaan mereka tetapi petani-petani Palestin berjaya menghalau mereka namun selepas itu tentera Israel mengepung perkampungan itu dan mengawal aliran keluar masuk bertujuan memberi perlindungan kepada penduduk haram.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Britain halau diplomat Israel.


Khamis, 25/03/2010 – Hamas menyambut baik keputusan Britain mengusir diplomat Israel dari London berikutan penglibatannya dalam pembunuhan pemimpin Hamas, Mahmuod Al-Mabhouh di Dubai Januari lalu.

Dr Salah al-Bardawil, salah seorang pemimpin Hamas di Gaza dalam satu kenyataan akhbar Selasa lalu mengatakan para pemimpin Israel mesti diadili di mahkamah antarabangsa.

Beliau juga menyatakan para pemimpin Israel telah melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Zionis rancang ceroboh al-Aqsa untuk ibadat korban.


Khamis, 25/03/2010 – Beberapa kumpulan pelampau Zionis berazam untuk menyerbu dan mencerobohi Masjid al-Aqsa pertengahan minggu depan sempena Hari Easter Yahudi beberapa hari selepas pembukaan kuil al-Kharraq bersebelahan masjid al-Aqsa. Pada tahun lepas, beberapa orang pelampau Yahudi cuba melakukan pencerobohan tersebut tetapi berjaya dihalang oleh rakyat Palestin.

Syeikh Kamal Khatib, Timbalan Ketua al-Harakah al-Islamiyyah di tanah jajahan 1948 memberi amaran bahawa beberapa kumpulan Yahudi itu telah membuat seruan untuk melakukan pencerobohan tersebut sehari selepas pembukaan kuil al-Kharab. Mereka telah membuat permohonan rasmi kepada pihak Polis Israel untuk membenarkan mereka menyembelih binatang korban sempena hari tersebut pada 29 dan 30 Mac ini.

Beliau menambah dalam satu kenyataan kepada al-Jazeera bahawa pihak penjajah akan membenarkan kumpulan Yahudi tersebut menceroboh Masjid al-Aqsa untuk menyembelih binatang korban. Tetapi saya tegaskan bahawa kumpulan wanita yang datang dan bertahan di kawasan masjid al-Aqsa setelah kaum lelaki dihalang daripada memasukinya akan menggagalkan perancangan mereka untuk menceroboh.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir dan Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Israel culik 9 rakyat Palestin dari Hebron.

Khamis, 25/03/2010 – Tentera rejim Zionis hari ini menculik 9 orang penduduk Kampung Dura yang terletak di barat daya Hebron, sebuah wilayah yang dijajah Israel di Tebing Barat.

Sumber keselamatan memberitahu agensi berita SAFA bahawa rejim Zionis telah menangkap dua lelaki bersaudara iaitu Amjad, 32 dan Shadi Al-Shahateet, 24 semasa operasi ke atas Bandar itu. rejim Zionis juga telah menculik 7 penduduk lagi selepas menyerbu rumah mereka di Kampung Khrsa, selatan Dura.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Mesir menahan 3 nelayan Gaza.

Rabu , 24/03/2010 – Tiga nelayan Gaza telah ditahan Ahad petang oleh Pasukan Keselamatan Mesir di luar Pantai Gaza selepas memasuki kawasan perairan Mesir, sumber Palestin melaporkan.

Nizar Ayash, ahli kesatuan nelayan Palestin, berkata kepada Agensi berita SAFA bahawa kepungan dan halangan Israel hanya membenarkan nelayan Gaza menangkap ikan pada jarak 3 kilometer sahaja , sebelum ini 20 kilometer. membuatkan mereka mencari pantai yang lain.

Dia menampah, kejadian sebegitu berlaku juga bulan lepas, tetapi Pasukan Keselamatan Mesir membebaskan mereka selepas beberapa jam ditahan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah
Categories
Berita Semasa

Sabri: Tanda-tanda syiar Islam dan Kristian sedang melalui fasa kritikal.

Rabu , 24/03/2010 – Sheikh Ekrema Sabri, ketua tertinggi penguasa Islam, berkata tempat-tempat suci Islam dan Kristian di Jerusalam sedang melalui fasa kritikal dan masyarakat dunia harus berbuat sesuatu untuk menyelamatkannya.

Sabri dalam satu mesyuarat di pejabatnya pada hari Isnin dengan duta Mesir ke Palestin, Yasser Othman, berbincang mengenai bahaya yang dihadapi oleh tempat suci Islam di Palestin dimana Israel berusaha keras untuk mengyahudikan kawasan Baitulmaqdis.

Beliau juga melaporkan bahaya yang dihadapi oleh Sekolah Tankuzia yang terletak dalam kawasan masjid Al-Aqsa yang buat masa dijadikan berek tentera Israel yang dalam perancangan ditukarkan kepada kuil yahudi.

Duta Mesir berkata Mesir merasa bimbang dengan perkembangan terkini di tanah suci dan masjid Al-Aqsa dan Mesir bersama-sama dengan rakyat Palestin dalam perjuangan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen
Categories
Berita Semasa

Lagi pembinaan haram rejim Zionis di tanah perkuburan Palestin.

Rabu , 24/03/2010 – Dr Taleb Abu Shaar, Menteri Wakaf dan Agama telah mengecam tentera rejim Zionis  kerana mulakan pembinaan Muzium Toleransi di atas tanah perkuburan Mamanulla, barat Baitulmuqaddis yang diceroboh.

Abu Shaar dalam satu kenyataan Selasa lalu berkata kubur berusia 14 abad itu dianggap sebagai warisan manusia yang terdiri daripada beberapa kubur yang berusia 800 tahun.

Tentera rejim Zionis yang mula membina pagar di atas kawasan 12 dunums di sekitar kubur itu, adalah satu-satunya pihak berkuasa di dunia yang melanggar warisan manusia dan Islam, ujarnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz
Categories
Berita Semasa

(Terkini) Israel serang Gaza.

Selasa , 23/03/2010 – Kereta-kereta kebal Israel yang diletakkan di sempadan Gaza-Israel telah melancarkan beberapa tembakan meriam ke arah rumah-rumah penduduk pada pagi semalam. Serangan itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan, kata sumber Palestin.

Kumpulan rakyat Palestin yang menjadi sasaran serangan terselamat dalam operasi ketenteraan Israel pada pagi semalam di timur Qarara dan utara Khan Younis yang terletak di selatan Gaza.

Sumber Palestin berkata bahawa tiada kecederaan dilaporkan, tetapi harta benda penduduk tempatan musnah.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa
Categories
Berita Semasa

Pakistan protes ancaman Israel terhadap tanah suci Baitulmaqdis.

Isnin , 22/03/2010 – Muslim di Pakistan bergabung dengan “penyokong Islam” di seluruh dunia dalam mengutuk pencerobohan ke atas tempat suci mereka di wilayah pendudukan Palestin.

Jemaah Islamiah(JI) Pakistan mengadakan protes di seluruh negeri yang diadakan pada hari Jumaat terhadap ancaman Israel ke atas Masjid Al-Aqsa. Gerakan tersebut juga mengutuk penaklukan Palestin dan menyeru dunia agar menyekat Tel Aviv dari menghancurkan tempat-tempat suci Islam.

Respon terhadap protes yang diketuai oleh JI Ameer Syed Munawar Hasan, sejumlah Ulama dan pendakwah mengutuk Zionis dan mendesak masyarakat dunia untuk menyemak dasar anti-Muslim Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nurul
Categories
Berita Semasa

Setiausaha Agung PBB minta Israel tamatkan sekatan ke atas Gaza.

Isnin , 22/03/2010 – Ketua PBB, Ban Ki-Moon masuk ke Gaza semalam menjelaskan beliau bersimpati terhadap keadaan rakyat Palestin di sana dan mahu Israel menamatkan sekatan ke atas Gaza.

Ban yang melakukan lawatan kali kedua selepas perang 22 hari Gaza mahu menghidupkan kembali proses damai di Asia Barat. Beliau masuk ke Gaza melalui sempadan Beit Hanun di mana beliau disambut sekumpulan rakyat Palestin yang mengibarkan bendera Palestin.

Beliau kemudian melawat tempat yang yang masih dalam keadaan yang teruk dimusnahkan Israel dan beliau merasmikan beberapa projek termasuk pembinaan 150 buah rumah, kilang tepung gandum, serta projek pembetungan yang baru diluluskan Israel beberapa hari yang lepas.

Sebelum itu di Tebing Barat pada hari Sabtu, beliau berkata beliau akan melawat Gaza untuk menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mahu menekan keperluan untuk tamatkan sekatan ke atas Gaza yang disekat Israel sejak Hamas memerintahnya sejak Jun 2007.

Lawatan Ban selama 2 hari ke kawasan Palestin adalah tujuan menghidupkan proses damai di antara Israel dan Palestin. Beliau berkata PBB komited terhadap perjuangan rakyat Palestin dan akan membantu menyelesaikan segala tuntutan Palestin dalam masa 24 bulan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen
Categories
Berita Semasa

Yaman keluarkan setem keganasan Israel di Gaza.

Isnin , 22/03/2010 – Pos Yemen dan Pihak Berkuasa Simpanan Pos telah mengeluarkan setem dan poskad jenis baru yang memaparkan keadaan kemanusiaan yang mengerikan dialami oleh warga Palestin di Gaza akibat kepungan Israel di Gaza, menurut pegawai rasmi Yaman.Jameel Al-Dawlah, pengawai daripada Jabatan Telekomunikasi dan Informasi menyatakan kepada PT Selasa lalu bahawa setem itu mencerminkan sokongan kerajaan Yaman untuk rakyat Palestin dan penderitaan yang dialami mereka.

“Contoh setem yang baru dikeluarkan sudah dihantar ke kedutaan Palestin di Sana’a,” katanya. “Setem-setem ini menunjukkan sikap rasmi Yaman yang menolak pengepungan zalim oleh Israel terhadap rakyat Palestin yang tidak bersenjata di Semenanjung Gaza,” beliau menambah.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz