
Isnin , 06/12/2010 – Hamas menentang keras tindakan Zionis menahan seorang menteri, Naif Ar-Rojoub, pada hari Rabu (1 Disember) lalu, selain menahan 10 lagi menteri lain daripada Majlis Legislatif. Hamas mengecam bahawa tindakan tersebut adalah jenayah terhadap barisan wakil rakyat Palestin, dan mencabuli undang-undang antarabangsa.
Menurut sumber rasmi Hamas yang diterima oleh Pusat Informasi Palestin, “Penahanan Naif Ar-Rojoub yang baru sahaja dibebaskan daripada penjara Zionis kurang dari 5 bulan setelah ditahan selama 4 tahun, dan larangan dari kempen “Daituniah” yang menghalangnya memberi khutbah di masjid kesemuanya membuktikan kepincangan koordinasi keselamatan Zionis yang cuba menghapuskan sesiapa sahaja yang berdiri mewakili rakyat Palestin, memperjuangkan hak mereka dan hak negara Palestin.”
Sumber itu meneruskan : “Sesungguhnya kami semua daripada Hamas, menentang penahanan Ar-Rojoub, dan kami meminta agar sistem keselamatan Abbas-Fayyad dihentikan serta merta. Kami juga menyeru kesemua organisasi yang memprjuangkan hak kemanusiaan, barisan parlimen, barisan NGO di seluruh dunia untuk segera campur tangan dan memberi tekanan terhadap Zionis untuk membeaskan kesemua wakil-wakil rakyat yang ditahan, dan menghentikan segala jenayah yang mereka lalukan terhadap barisan perwakilan suara rakyat Palestin ini.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen