Categories
Berita Semasa

Zionis akui halang makanan masuk Gaza

Sabtu, 12/06/2010 – Terdapat sumber dari organisasi keamanan dan hak asasi manusia melaporkan Zionis Israel akui menghalang kemasukan makanan ke Gaza. Tujuan utama Zionis Israel mengambil tindakan itu semata-mata untuk memberi tekanan ke atas HAMAS.

Bekalan makanan ke Gaza telah putus sejak 4 tahun dulu. Zionis Israel laknatullah langsung tidak mengendahkan undang-undang antarabangsa dan yang terbaru flotila keamanan yang membawa bekalan makanan telah di serang.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Aktivis Korea Selatan protes kunjungan Peres

Sabtu, 12/06/2010 – Para penunjuk perasaan mengutuk Presiden Shimon Peres sebagai ‘pembunuh’ di dalam demonstrasi pada hari Khamis di ibukota Korea Selatan ketika Peres mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya Lee Myung-Bak.

Sekitar 50 aktivis berkumpul di luar kedutaan Israel untuk memprotes serangan maut ke atas armada bantuan ke Gaza. Sebahagian dari mereka merosakkan bendera Israel dengan mencetak dengan warna darah.

Empat buah bas yang dipenuhi dengan polis anti rusuhan berada di dalam siap sedia, namun tidak ada sebarang pertempuran berlaku. Lawatan tersebut telah mencetuskan kontroversi kerana serangan Israel telah membunuh sembilan aktivis Turki dan mencetuskan kecaman di seluruh dunia.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Obama mahu Israel memberi kerjasama.

Sabtu, 12/06/2010 – Presiden AS, Barack Obama meminta Israel bekerjasama dengan semua pihak bagi mencari penyelesaian di Gaza disamping mengumumkan Amerika Syarikat akan menyalurkan bantuan baru berjumlah $ 400 juta untuk Palestin.

Ketika majlis pertemuan dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Obama menyeru Israel agar menghentikan kegiatan pembukaan penempatan baru di tanah Palestin bagi mengelakkan tindakan yang boleh mencetuskan konfrontasi.

Abbas melawat Rumah Putih di tengah-tengah reaksi antarabangsa terhadap Israel selepas pasukan komandonya menyerang kapal bantuan Turki ketika menuju Semenanjung Gaza yang dikuasai Hamas pada 31 Mei lalu. Sembilan warga Turki maut.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : hijjaz

Categories
Foto/Video/Muzik

(Eksklusif) Rakaman Video Yang Berjaya Diseludup Keluar Semasa Serangan Ke Atas Mavi Marmara

Israeli Attack on the Mavi Marmara, May 31st 2010 // 15 min. from Cultures of Resistance on Vimeo.

Pengarah CulturesofResistance, Ian Lee yang turut sama dalam konvoi telah berjaya menyeludup keluar rakaman ini daripada pihak rejim Zionis walaupun sebahagian besar rakaman dari pihak media yang lain telah di rampas.

Rakaman penuh tanpa edit dapat di lihat di sini

Categories
Berita Semasa

ROADSHOW : Lokasi program-program LL4G di seluruh negara


View Roadshow Sukarelawan Lifeline 4 Gaza in a larger map

Categories
Berita Semasa

Netanyahu gembira Iran dikenakan sekatan nuklear.

Jumaat, 11/06/2010 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata sekatan nuklear Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke atas Iran adalah sesuatu tindakan yang positif. Walau bagaimanapun, beliau berharap agar negara dunia akan mengenakan sekatan yang lebih luas dari segi ekonomi dan diplomatic termasuk mengenakan sekatan ke atas sektor tenaga Iran.

Kegembiraan dan sokongan Israel itu di kongsi bersama oleh sekutu rapatnya, Amerika Syarikat. Iran walau bagaimana pun terus bertegas untuk meneruskan program nuklearnya.

Netanyahu berkata, ‘Sekatan PBB ke atas Iran yang diusahakan oleh Presiden Obama pada hari ini adalah satu langkah yang positif. Resolusi in memberikan mesej jelas kepada Iran bahawa kuasa utama dunia menentang program nuklearnya.”

sumber :  Haaretz
penterjemah : ahmad rusydan

Categories
Berita Semasa

Abbas tiba di Rumah Putih untuk rundingan bersama Obama.

Jumaat, 11/06/2010 – Presiden Palestin Mahmud Abbas tiba di Rumah Putih untuk perbincangan dengan Presiden AS Barack Obama pada hari Rabu, dengan fokus pada situasi sulit Gaza selepas serangan armada Israel.

Abbas mendesak Obama untuk memulakan perbincangan damai Timur Tengah.

Obama menjadi tuan rumah perundingan tertutup di Pejabat Oval dengan Abbas, sebelum membuka ruang pertemuan dengan delegasi yang lebih luas daripada dua pihak .

Para pegawai Amerika berkata presiden AS ingin berbicara dengan Abbas tentang langkah-langkah khusus untuk mengurangkan penderitaan manusia di Gaza yang diperintah Hamas, dan untuk membincangkan bagaimana mengubah perbincangan ini kepada perbincangan terus Israel-Palestin.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Delegasi HAMAS tiba di Khortoum

Jumaat, 11/06/2010 – Delegasi HAMAS yang diketuai oleh Khaled Meshal tiba hari ini (Rabu-9/6) di ibunegara Sudan, Khortoum. Dijadualkan delegasi tersebut akan bertemu dengan Presiden Sudan, Umar al-Bashir dan beberapa orang pegawai Sudan yang lain.

Delegasi itu juga turut disertai oleh Dr Musa Abu Marzuq, Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Ezzat al-Rishq dan Muhammad Nasr, 2 orang anggota biro tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

“Hak” Israel untuk mempertahankan diri.

Jumaat, 11/06/2010 – Sejak awal lagi pihak rejim Israel telah menjalankan dasar-penggera palsu. Sejak berkurun –kurun Rejim Israel telah menggunakan taktik yang sama untuk mengaburi mata rakyat bahawa bangsa mereka sendiri adalah korban pencerobohan. Semua berita utama media dan media massa telah mengambil jalur yang sama. “Israel adalah mangsa”, sebagai berita utama mereka. Sejak kebelakangan ini, banyak contoh-contoh yang di perkatakan lebih daripada sebelum ini.

Israel telah membenarkan serangan dan perang bermati-matian terhadap Palestin dan Arab dalam hal hak mereka untuk membela diri. Berikut adalah beberapa mesej yang kita dengar daripada orang-orang Israel berulang-ulang kali :

“Kita dikelilingi oleh orang Arab.”

“Kami dikelilingi oleh pengganas.”

“Kita hidup di daerah yang sukar dari Timur Tengah.”

“Kami sedang berjuang untuk berada di tempat kewujudan kita .”

“Nuklear kami adalah untuk tujuan perlindungan.”

“Pengepungan Gaza merupakan betul dari segi undang-undang bertujuan untuk menghentikan serangan roket.”

“Penempatan adalah cara undang-undang untuk melindungi Identiti Yahudi kita.”

Setiap penonton di seluruh dunia yang hanya mendengar akuan ini mungkin percaya apa yang mereka dengar. Hal yang biasa bagi setiap tubuh dan semua orang untuk mencari keselamatan dan keamanan sebagai keperluan asas. Orang-orang di seluruh dunia dan khususnya di Amerika, yang merupakan penyokong utama Israel, akan percaya dan yakin. Selama mana rekaan ini diwujudkan oleh media-media dan bergema di institusi terkemuka, bahawa Israel akan terus menentang undang-undang antarabangsa dan piagam kemanusiaan. Lebih banyak lagi hak asasi manusia yang akan di cerobohi @ di langgar.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  didie

Categories
Berita Semasa

Obama melihat ada kemungkinan ‘kemajuan’ Timur Tengah tahun ini.

Jumaat, 11/06/2010 – Presiden Barack Obama berjanji untuk teguh dalam komitmen bagi menempa kemajuan yang signifikan di Timur Tengah tahun ini, walaupun meningkatnya protes terhadap serangan Israel ke atas armada bantuan Gaza.

Menyambut kehadiran Presiden Palestin Mahmoud Abbas ke Rumah Putih, Obama berjanji akan “sepenuhnya” menggunakan diplomasi AS pada krisis terkini dan berjanji untuk memujuk Israel dan Palestin keluar dari “jalan mati” dan terus ke rundingan damai.

Beliau melancarkan 400 juta dolar dana bantuan AS untuk Gaza dan Tebing Barat bagi perumahan, pendidikan dan infrastruktur, beliau juga menyatakan situasi kemanusiaan “tidak akan berterusan,” dan memperingatkan bahawa kewujudan negara Palestin adalah satu-satunya penyelesaian jangka panjang.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Abbas Harus Nyatakan Hentikan Rundingan

Jumaat, 11/06/2010 – Dr. Sami Abu Zuhri mendesak Mahmud Abbas menyatakan pendirian kepada Presiden Barrack Obama bagi memutuskan sebarang rundingan dengan Zionis laknatullah. Segala perundingan perlu diputuskan kerana kezaliman Zionis terhadap konvoi flotila yang di serang oleh Zionis.

Sekiranya rundingan masih diteruskan, Abbas terang-terangan mengkhianati perjuangan rakyat Palestin dan harapan masyarakat antarabangsa yang ingin membantu Palestin. Obama dijadualkan bertemu Abbas bagi menutup segala salah laku Zionis terhadap konvoi keamanan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Kapal Yahudi siap untuk belayar ke Gaza

Jumaat, 11/06/2010 – Di sebuah pelabuhan yang tidak didedahkan namanya di Mediterranean, terdapat sebuah kapal kecil yang menanti untuk misi khusus. Kapal ini akan belayar ke Gaza. Untuk mengelakkan sabotaj, tarikh yang tepat dan nama pelabuhan berlepas akan diumumkan hanya beberapa saat sebelum pelancaran nya.

“Matlamat kami adalah untuk menamatkan pengepungan Gaza. Perahu kami kecil,

jadi sumbangan kami hanya boleh menjadi suatu yang simbolik: kami membawa beg sekolah, diisi dengan sumbangan dari anak-anak sekolah Jerman, alat muzik dan seni bahan. Untuk perkhidmatan perubatan kamimembawa ubat-ubatan penting dan peralatan perubatan kecil, dan untuk nelayan kita menyediakan peralatan seperti jaring. Kami ingin menyumbang untuk perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan kesihatan mental di Gaza.

”Serangan terhadap Freedom Flotilla membuktikan kepada dunia akan kekejaman Isreal. Walaubagaimanapun saya pasti bahawa terdapat banyak lagi warga Israel lain yang berkempen dengan penuh keberanian dan kasih sayang untuk keadilan dan keamanan. Oleh kerana terdapat banyak wartawan penyiaran dari program televisyen arus perdana di atas kapal kami, warga Israel akan memiliki lebih peluang untuk menunjukkan kepada dunia bahawa ada cara lain, cara keberanian bukan ketakutan, cara harapan bukan ‘kebencian, kata Edith Lutz, salah seorang penyelenggara dan penumpang di “Perahu Yahudi” tersebut.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  farah hidayah

Categories
Berita Semasa

Israel membenarkan sejumlah barang masuk ke Gaza.

Jumaat, 11/06/2010 – Israel akan membenarkan snek dan beberapa barangan lain yang sebelum dihalang untuk dihantar ke Gaza, menurut seorang pegawai Palestin Rabu lalu namun masih mengekalkan sekatan bagi kebanyakan bahan binaan dan barang industri yang amat diperlukan.

Langkah itu diambil ketika bantahan antarabangsa berikutan penutupan sempadan meningkat selepas serangan Israel terhadap kapal bantuan aktivis flotilla, di mana pasukan tentera laut telah menembak mati sembilan aktivis Turki.

“Kerajaan Israel akan membenarkan kemasukan sejumlah barang yang dulu diharamkan awal minggu depan,” kata Raed Fatuh, ketua pejabat perhubungan Gaza yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Palestin yang disokong Barat.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Hamas mengutuk pengenaan hukuman ke atas Iran

Jumaat, 11/06/2010 – Gerakan Kebangkitan Islamiah “Hamas” telah mengutuk dengan sekeras-kerasnya terhadap resolusi Majlis Keselamatan PBB yang mengenakan sekatan baru kepada Iran,dan menganggap perlakuan tersebut sebagai suatu model “Politik Double Standard” atau Politik Berat Sebelah,kerana telah menghukum Iran atas Program Nuklear Damai Iran tetapi melindungi pendudukan Zionis yang mempunyai gudang senjata nuklear yang terbesar dan telah melakukan kejahatan kemanusiaan terhadap penduduk Palestin yang dijajah dan kawasan-kawasan arab yang lain.

Memetik sebuah kenyataan bertulis yang telah dikeluarkan oleh Gerakan Hamas dan Pusat Informasi Palestin telah menerima kenyataan tersebut pada hari Rabu 9/6/2010 :

“ Sesungguhnya kami menganggap resolusi tersebut merupakan suatu cara bagi pihak Zionis untuk menguasai negara tersebut,iaitu dengan mengharamkan negara-negara arab islam untuk mendapatkan hak mereka mendapatkan maklumat dan membangunkan Progam Nuklear Damai mereka”

Dan ianya menambah bahawa resolusi tersebut ialah suatu cubaan untuk menutup ke atas jenayah pencerobohan Zionis ke atas penduduk Palestin yang mana telah tersingkap hakikat keganasan mereka itu dengan melakukan pembersihan etnik penduduk Palestin dan jenayah kemanusiaan mereka,dan juga akhir-akhir ini tentang lanun-lanun mereka yang telah menyerang Kapal Pengaman ke Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : putra duad

Categories
Berita Semasa

Zionis pertimbangkan siasatan ke atas armada bantuan tetapi tenteranya perlu tutup mulut

Jumaat, 11/06/2010 – Rejim Zionis pada Rabu lepas membincangkan format untuk melakukan siasatan ke atas serangan maut terhadap armada bantuan ke Gaza. Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata tenteranya mempunyai had tertentu untuk disoal-siasat.

Katanya lagi, rejim Zionis sedang berbincang dengan beberapa ahli komuniti antarabangsa tentang siasatan itu dan menekankan bahawa siasatan itu mesti fokus kepada aktivis pro-Palestin yang melawan komando tentera laut rejim Zionis dengan pisau dan kayu.

Netanyahu menekankan bahawa tenteranya hanya akan memberi maklum balas kepada pihak tenteranya sahaja. Tambahnya lagi, “Inilah caranya bagaimana pasukan tentera rakan-rakan kami di dunia ini selalu bertindak dan inilah caranya kami patut bertindak.”

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  salwa