Rabu, 07-04-2021 – Keadaan kesihatan tahanan Palestin Emad al-Battran, dari kota al-Khalil, bertambah buruk ketika memasuki hari ke-45 mogok lapar sebagai protes kepada penahanan pentadbirannya tanpa perbicaraan atau pendakwaan.
Menurut Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, Battran yang kini diasingkan di Penjara Nitzan, menderita akibat terlalu kurus dan lemah serta mengalami kesakitan fizikal dan keradangan kulit yang semakin merebak.
Battran memulakan mogok laparnya di Penjara Megiddo sebelum dipindahkan ke Penjara Ramla (Ayalon), kemudian ke hospital dan baru-baru ini ke sel berasingan di Penjara Nitzan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Rabu, 07-04-2021 – Rejim Zionis pada awal pagi hari Isnin telah menculik beberapa rakyat Palestin semasa kempen di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
Menurut sumber tempatan, rejim Zionis telah menculik empat orang pemuda dari rumah mereka semasa serbuan di bandar Kobar, barat Ramallah.
Rejim Zionis juga menyerbu rumah lain di Kobar, termasuk rumah bekas tahanan Enad al-Barghouthi, yang dibebaskan pada bulan lepas setelah dipenjara selama lima tahun setengah. Beliau adalah anak saudara tahanan bernama Nael al-Barghouthi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Rabu, 07-04-2021 – Ahad lalu pihak berkuasa rejim Zionis telah mula meratakan tanah yang luas berdekatan daerah Issawiya di timur laut Baitulmaqdis dengan tujuan mengasingkan kawasan tersebut dari sekitarnya.
Menurut sumber tempatan, kerja-kerja merata besar-besaran dilakukan oleh rejim Zionis di tanah Palestin yang terletak di antara kampung az-Za’ayyem dan daerah Issawiya.
Sumber-sumber tersebut menegaskan bahawa Zionis berhasrat untuk membina jalan peneroka yang baharu sebagai sebahagian dari projek E1 yang bertujuan untuk mengasingkan kota suci dari persekitarannya.
Projek E1 adalah salah satu rancangan Judaization yang paling berbahaya yang mensasarkan kota suci dan kawasan sekitar Tebing Barat. Ia telah diluluskan oleh kerajaan Israel pada tahun 1999.
Projek ini merangkumi pembinaan penempatan baharu yang terdiri daripada 1.500 rumah peneroka haram di sebuah bukit berhampiran daerah Issawiya dan menghadap jalan baharu yang menghubungkan penempatan haram Ma’ale Adumim dengan Baitulmaqdis barat.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Selasa, 06-04-2021 – 81 pendatang Yahudi menyerbu dataran Masjid Al-Aqsa pada pagi Ahad di Baitulmuqaddis.
Jabatan Waqaf Islam di Baitulmuqaddis menyatakan, para pendatang itu menceroboh dataran masjid dengan perlindungan polis rejim. Polis rejim memudahkan pencerobohan para pendatang tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 06-04-2021 – Sheikh Najeh Bakirat, timbalan pengarah Awqaf Islam di Baitulmaqdis dan ketua Akademi Sains dan Warisan al-Aqsa, telah menegaskan bahawa Pentadbiran Awqaf Islam tidak akan menutup pintu Masjid Al-Aqsa pada bulan suci Ramadan walaupun dalam keadaan terjajah dan adanya polisi-polisi berkenaannya.
“Mana-mana rakyat Palestin yang akan tiba di pintu masjid mempunyai hak untuk masuk dan beribadat di dalamnya,” kata Sheikh Bakirat, sambil mengecam cubaan Israel untuk memaksa penguasaannya ke atas lokasi suci Islam tersebut.
Dia memberi amaran mengenai percubaan berulang kali oleh pemerintah Israel untuk mengambil alih secara paksa pentadbiran urusan Masjid.
Pegawai Awqaf itu mengaitkan kesungguhan Israel untuk campur tangan urusan Masjid dengan persengkokolan beberapa negara Arab dan sokongan AS terhadap pemerintah Israel yang memberi bantuan kepada rumah-rumah ibadat Yahudi dan memudahkan kegiatan mereka.
Dia menuduh pemerintah Israel sedang berusaha untuk mengehadkan jumlah penganut Islam yang tiba di Masjid dengan mengenakan sekatan di Tebing Barat dan Kota Lama Baitulmaqdis.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Selasa, 06-04-2021 – Muhammad Nazzal, wakil ketua Hamas di luar negeri dan anggota biro politik Gerakan, mengatakan pada hari Sabtu bahawa Hamas menentang penundaan pilihan raya dengan alasan mereka tidak akan dibenarkan di Yerusalem.
Nazzal menekankan bahawa harus ada dialog untuk mencari alternatif yang sesuai untuk mengadakan pemilihan di Yerusalem, dengan cara yang menegaskan sentralitas, kepentingan dan kesuciannya kepada rakyat Palestin.
Dia menambahkan dalam wawancara eksklusif dengan PIC bahawa kebijakan Hamas yang membiarkannya berlalu tidak bermaksud bahawa ia akan bertolak ansur dengan percubaan masa depan mana-mana pihak untuk menimbulkan kekacauan atau mencetuskan konflik dalaman di Gaza.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor syuhada
Selasa, 06-04-2021 –Sebuah badan Hak Asasi Manusia mengutuk sikap tentera Israel yang melihat sahaja insiden penduduk Yahudi menganiaya seorang warga tua Palestin yang sedang bertani yang mengakibatkan nenek tersebut tercedera.
Badan hak Asasi Manusia, Yesh Den mengatakan bahawa sekumpulan warga penduduk Yahudi bertopeng dari penempatan Esh Kudish yang terletak di desa Jalud, selatan Nablus kelmarin menyerang seorang nenek Palestin (50 tahun) ketika bertani di tanahnya di sebelah timur Jalud. Mereka menghalangnaya untuk meneruskan kerja Bertani dengan ancaman senjata. Mereka turut mencabut tiang elektrik di jalan penghubungan antara Qusrah dan Jalud.
Warga penduduk Yahudi itu memukul nenek Palestin tersebut dengan tongkat dan membalingnya dengan batu besar hingga tercedera. Terdapat dua orang tentera Israel mendekati warga penduduk Yahudi namun hanya membiarkan mereka menganiaya nenek Palestina itu. Bahkan pasukan Israel melepaskan mercun dan bom bunyi ke warga Jalud yang berusaha membantu nenek tersebut.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Selasa, 06-04-2021 – Penduduk kota Battir, barat Bethlehem berdepan sekumpulan peneroka Yahudi yang berada di bawah perlindungan Rejim Zionis pada waktu Subuh hari Ahad dan menghalang mereka daripada meratakan tanah di bandar itu.
Omar al-Qaisi, salah seorang pemilik tanah yang disasarkan melaporkan berpuluh-puluh peneroka diiringi oleh jentolak telah menyusup masuk kawasan Al-Khamar dan Al-Qusayr di timur laut bandar pada jam 1 pagi untuk meneruskan aktiviti meradak yang telah dimulakan sejak tiga (3) hari yang lalu.
Qaisi menjelaskan penduduk berdepan dengan peneroka dan menghalang mereka daripada meratakan tanah sebelum berundur setelah tiga (3) jam.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Selasa, 06-04-2021 – Berpuluh-puluh rakyat Palestin mengalami masalah pernafasan selepas rejim Zionis melepaskan gas pemedih mata kepada orang awam di perkampungan Lubban al-Sharqiya di Nablus pada pagi Sabtu.
Sumber tempatan berkata rejim Zionis di dalam beberapa kenderaan berperisai berkeliaran di jalan raya di kampung tersebut sambil melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan.
Mereka juga berkata bahawa berpuluh-puluh orang awam dirawat di padang kerana sesak nafas selepas menghidu gas pemedih mata yang dilepaskan rejim Zionis, selain pintu beberapa rumah dan kedai mengalami kerosakan akibat letupan bom tangan rejim Zionis itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Selasa, 06-04-2021 – Sekelompok pemukim Yahudi telah memusnahkan tanaman zaitun di Qasrah, selatan Nablus, utara Tebing Barat. Anggota dewan daerah Qasrah, Emad Hasan menyatakan warga pemukim Yahudi dari pemukiman Esh Kudish telah memusnahkan sekitar 100 tanaman zaitun kepunyaan Jawad Jamil Hasan dan Abdul Adzim Abu Lafa.
Daerah Qasrah terus-terusan menjadi sasaran pasukan Israel dan pemukim ekstrim Yahudi yang di bekalkan senjata untuk melakukan kekerasan kepada penduduk awam Palestin.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Isnin, 05-04-2021 – Jentolak tentera rejim pada pagi Rabu menceroboh timur bandar Deir al-Balah di kawasan tengah Semenanjung Gaza.
Menurut sumber tempatan, empat jentolak bersenjata bergerak dari pos tentera di belakang pagar keselamatan kawasan sempadan timur Deir al-Balah dan meratakan tanah.Unit tentera yang lainnya memberikan perlindungan kepada jentolak -jentolak tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 05-04-2021 – Pastor Manuel Musallam, seorang paderi Palestin yang terkenal dan ketua Organisasi Popular Dunia untuk Keadilan dan Damai Jerusalem, mengesahkan pada hari Selasa bahawa beberapa calon Kristian menjadi sasaran tekanan untuk mencegah mereka mengambil bahagian dalam pilihan raya.
Musallam mengatakan dalam kenyataan media bahawa terdapat propaganda jahat dan menyesatkan untuk memfitnah Hamas oleh media yang mencurigakan.
Komuniti Kristian di Tebing Barat khususnya ditekan untuk tidak bergabung dengan daftar sebagai calon Hamas, tambahnya.
Hamas menyerahkan senarainya untuk pilihan raya Majlis Perundangan Palestin tahun 2021 di ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat dengan slogan “Jerusalem menyatukan kita.”
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ameen
Isnin, 05-04-2021 – Tentera Israel mengeledah rumah tawanan Al-Quds yang baru bebas, Majed Barier di baldah Silwan di kota Al-Quds setelah baru 24 jam dibebaskan.
Pihak Bulan Sabit Merah Palestin menegaskan, krew mereka menguruskan 12 mangsa yang tercedera luka akibat semprotan gas air mata dan luka pukul serta luka tembakan peluru karet dalam pertembungan dengan pasukan Israel ketika operasi menangkap Barier.
Bulan Sabit Merah menyebutkan, sejumlah warga dirawat di tempat kejadian sementara sebahagian lain dibawa ke hospital.
Pasukan Israel melakukan tindakan penganiyaan dan kekerasan dengan memukul serta melepaskan gas ke arah keluarga Barier dan warga yang sedang merayakan pembebasan Barier setelah dipenjara Israel selama 20 tahun.
Pasukan penjajah Israel membebaskan Barier, dari baldah Silwan pada Isnin lalu setelah ditunda beberapa ketika kerana penduduk Palestin akan merayakan pembebasannya di rumah keluarganya.
Barier Ditangkap Israel pada 30 Mei 2001 dalam operasi penangkapan yang menyasar warga Al-Quds. Majed dipenjara 20 tahun dengan tuduhan melawan penjajah dan terlibat dengan Front Rakyat untuk Pembebasan Palestin. Beliau meninggalkan isteri dan anaknya Muntasir dan anak perempuannya Zeinah yang belum 15 hari usianya ketika itu.
Majed dan rakan-rakannya diisoal-siasat dengan cara yang berat dan lama oleh perisikan Israel di Maskobiyah.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Isnin, 05-04-2021 – Rejim Zionis pada Subuh hari Rabu telah menculik sejumlah rakyat Palestin semasa kempen di beberapa bahagian berbeza di Tebing Barat.
Menurut sumber tempatan, rejim Zionis menculik dua orang penduduk dikenali sebagai Abdul-Wahhab Daraghmeh dan Abboud Shad setelah menggeledah rumah mereka di bandar Tubas di utara Tebing Barat.
Di Ramallah pula, rejim Zionis menculik seorang pemuda dikenali sebagai Maan Alawi dari bandar Deir Jarir dan seorang lagi lelaki dikenali sebagai Ayman Zaid dari kem pelarian al-Jalazon.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Isnin, 05-04-2021 – Rejim Zionis pada hari Rabu telah menutup perniagaan di kejiranan Bab az-Zawiya di pusat bandar al-Khalil dan menyerang warga Palestin dalam usaha melindungi perarakan yang diadakan oleh peneroka Yahudi ekstremis.
Menurut sumber setempat, Rejim Zionis telah menyerang sejumlah penduduk secara fizikal dan menangkap seorang pemuda ketika mereka sedang berusaha menghalang penutupan kedai komersial di Bab az-Zawiya.
Sementara itu, Rejim Zionis mengiringi perarakan para peneroka ke sebuah kubur Yahudi di Bab az-Zawiya yang dipercayai tempat mereka melakukan ritual.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar