Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk mengalu-alukan penurunan tahap kedutaan Israel di Afrika Selatan

Isnin, 13-03-2023 – Ahli biro politik Hamas, Mousa Abu Marzouk mengalu-alukan resolusi parlimen Afrika Selatan untuk menurunkan tahap kedutaan Israel di negara itu, berikutan jenayah berterusannya terhadap rakyat Palestin.

“Resolusi itu menggambarkan kemuliaan negara Afrika itu, yang telah lama menderita di bawah rejim apartheid yang mana rakyatnya merupakan orang yang paling mengetahui dan sedar tentang reality rakyat Palestin yang menderita di bawah rejim apartheid zionis,” Abu Marzouk berkata dalam kenyataan akhbar pada Rabu.

Pegawai Hamas itu turut menyatakan ucapan terima kasih Gerakan itu terhadap parlimen Afrika Selatan, kerajaan dan parti-parti politik kerana pendirian menyokong kemaslahatan Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

6 warga Palestin dibunuh, 16 cedera dalam serbuan IOF di Jenin

Isnin, 13-03-2023 – Enam warga Palestin dibunuh manakala 16 lagi cedera pada petang Selasa ketika serbuan oleh tentera rejim zionis (IOF) di kem pelarian Jenin, utara Tebing Barat.

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan yang enam warga Palestin dibunuh manakal 16 lagi cedera ketika pertelingkahan bersenjata di kem pelarian Jenin.

Ia menyatakan yang dua warga cedera teruk, satu di bahagian perut dan seorang lagi di bahagian pelvis, dan menambah yang dua orang lagi cedera. seorang di bahagian paha dan seorang lagi di bahu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Laksanakan Pencerobohan di Selatan Semenanjung Gaza

Khamis, 09-03-2023 – Rejim Zionis lancarkan pencerobohan terhad ke kawasan sempadan tenggara Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza pada hari Selasa. Beberapa kenderaan berperisai masuk ke kawasan sempadan dan mula meratakan dan menggali petak-petak tanah pertanian.

Kawasan sempadan timur Gaza seringkali terdedah kepada pencerobohan Rejim dan serangan tembakan. Pelanggaran sedemikian menyebabkan kerosakan besar kepada tanaman dan menghalang petani daripada mengusahakan tanah mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin Masuki Hari ke-21 Langkah Protes

Khamis, 09-03-2023 –Banduan Palestin di penjara Israel meneruskan langkah protes mereka untuk hari ke-21 pada hari Isnin, yang dilakukan sebagai protes terhadap langkah hukuman sewenang-wenang yang diambil terhadap mereka baru-baru ini atas arahan Menteri Keselamatan Negara berhaluan kanan baharu Israel, Itamar Ben-Gvir.

Sebagai sebahagian daripada program protes yang semakin meningkat, para tahanan pada hari ini memutuskan untuk tidak mengambil makanan mereka dan mengisytiharkan untuk berjaga malam di semua penjara Israel pada jam 10:00 malam.

Gerakan Tawanan telah mengisytiharkan satu langkah protes di semua penjara Israel bulan lepas termasuk ketidakpatuhan besar-besaran dan mogok lapar terbuka pada Ramadan akan datang.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

IOA lanjutkan penahanan pemimpin Hamas tanpa bicara

Khamis, 09-03-2023 – Rejim zionis (IOA) pada Isnin melanjutkan penahanan tanpa bicara pemimpin Hamas Khalid al-Haj selama enam bulan untuk kali ketiga berturut-turut.Al-Haj kali terakhir ditahan pada Mac 2022 setelah tentera rejim  menyerbu rumahnya di Jenin.

Al-Haj yang berusia 57 tahun merupakan bekas tahanan. Beliau telah ditahan lebih daripada sekali.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kesihatan Tahanan Palestin Khader Adnan Merosot

Selasa, 07-03-2023 – Persatuan Tahanan Palestin (PPS) menegaskan bahawa keadaan kesihatan banduan yang sedang mogok lapar, Khader Adnan telah merosot, sambil menambah bahawa dia kini ditahan di sel pengasingan Al-Jalama Israel.

Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Khamis, Persatuan itu berkata bahawa kesihatan Adnan semakin merosot dan mengesahkan bahawa dia memerlukan rawatan perubatan khas.

PPS juga menegaskan bahawa Adnan telah melakukan mogok lapar selama 26 hari sebagai protes kepada penahanannya pada 5 Februari 2023.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Para pendatang bersenjata menyerang penggembala Palestin di Jericho

Selasa, 07-03-2023 – Sekumpulan pendatang Yahudi menyerang tiga penggembala Palestin di tanah pertanian mereka di Jericho.

Aktivis tempatan Hassan Malihat mengesahkan yang enam pendatang bersenjata mengejar para penggembala dan dan memaksa mereka meninggalkan kawasan itu dengan menggunakan senjata.

Sekitar 650,000 orang pendatang Israel sekarang tinggal di lebih 130 penempatan yang dibina sejak 1967, apabila Israel menjajah Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

IOF kembali melakukan pengepungan ketat di Yerikho

Selasa, 07-03-2023 – Regim Zionis Israel (IOF) kembali melakukan pengepungan ketat di kota Jericho pada Kamis malam.

Menurut sumber-sumber tempatan, IOF kembali menutup tiga pintu masuk menuju kota tersebut, membatasi pergerakan kendaraan Palestina dari dua arah.

Sementara itu, beberapa warga Palestina menderita akibat menghirup gas air mata ketika tercetusnya pergaduhan pada Khamis malam di kota Rummana, sebelah barat kota tersebut.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Selama 4 Hari Berturut-turut, Israel Kepung Ketat Hawar

Selasa, 07-03-2023 – Selama empat hari berturut-turut, pasukan penjajah Israel terus menutup dan mengepung kota Hawara di selatan Nablus dan menghalang pembukaan kedai.

Kota Hawara terletak di persimpangan utama beberapa penempatan Yahudi yang didirikan di atas tanah kota Nablus.

Lensa jurnalis merakam penangkapan ramai pemilik kedai atau pemilik yang cuba membuka kedai walaupun sementara oleh pasukan penjajah Israel.

Menurut sumber tempatan, ratusan kedai di sepanjang jalan utama ditutup selama 4 hari berturut-turut dengan kehadiran militan Israel secara kerap.

Sumber tersebut melaporkan bahawa pengepungan Hawara dan penutupan kedai menyebabkan kerugian besar dan mengganggu kehidupan warga.Pada

Khamis (2/3/2023), para aktivis dan penduduk kota berdemonstrasi di pusat kota sebagai usaha untuk menghentikan pengepungan.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Seorang peneroka haram Yahudi terbunuh, empat cedera dalam serangan tembakan.

Selasa, 07-03-2023 – Dua serangan tembak-menembak pada hari Isnin, berhampiran dengan bandar Jericho, mengakibatkan  seorang peneroka haram Yahudi terbunuh manakala empat lagi cedera.

Dalam satu operasi penentangan penjajahan rejim Zionis, seorang pejuang Palestin melepaskan tembakan ke arah kereta peneroka dan mengakibatkan seorang peneroka yahudi cedera parah.

Media Yahudi melaporkan dia telah dibawa ke hospital dalam keadaaan kritikal dan mati setibanya di hospital.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Abu Marzouq: Hamas akan terus menentang rejim Israel

Selasa, 07-03-2023 – Ahli biro politik Hamas dan ketua pejabat hubungan antarabangsa, Mousa Abu Marzouq, berkata yang strategi Gerakan Hamas adalah berdasarkan penentangan terhadap rejim Israel, bukannya perdamaian dengan Israel.

“Rakyat Palestin sedang menuju penentangan menyeluruh yang akan mencetuskan Intifada baru,” Abu Marzouq berkata dalam sidang akhbar yang dianjurkan oleh laman sesawang Hamas pada petang Ahad, dan menambah yang Gerakan itu berhadapan dengan jenayah Israel serta mempertahankan tanah Palestin dan tempat-tempat sucinya dengan penentangan bersenjata.

Abu Marzouq menyelar penyertaan pihak berkuasa Palestin (PA) dalam mesyuarat keselamatan di bandar Aqaba, Jordan dengan kehadiran wakil-wakil Israel, dan menyeru PA agar menghentikan penyelarasan keselamatan dengan Israel yang mana sepatutnya penyelarasan dilakukan dengan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Lulus Projek Penempatan Baru di Tebing Barat

Selasa, 07-03-2023 – Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant meluluskan rampasan ratusan dunum tanah pertanian Palestin sebagai permulaan untuk mewujudkan jalan pintasan penempatan di Tebing Barat pada hari Isnin.

Gallant berkata bahawa projek itu bertujuan untuk mewujudkan jalan pintasan dan bukannya jalan 55 yang melalui kampung Al-Funduq, yang terletak di antara bandar Qalqilya dan Nablus Tebing Barat.

Tanah Palestin di kampung Al-Funduq, Immatain, dan Baqat al-Hatab akan dirampas untuk membina projek penempatan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Rashiq: Kelompok Zionis Lakukan Kejahatan Secara Terancang

Selasa, 07-03-2023 – Anggota biro politik Hamas, Izzat Rashiq mengatakan serbuan kelompok Zionis ke Jabal Shabih di kota Beita dan usaha mereka membina penempatan Zionis dan kejahatan mereka yang mengerikan di kota Hawarah, Bet Furik, Zataran, Burin di Nablus merupakan kejahatan terancang yang mengungkap wajah sebenar pemerintah Zionis dan tindakan fasisnya.

Dalam siaran akhbarnya, Rashiq menyebutkan bahawa pemerintahan Zionis merupakan pihak yang memayungi secara politik dan keselamatan kepada gerombolan Zionis melancarkan aksi teroris dan kejahatan mereka terhadap hak bangsa Palestin. Pemerintah Zionis merupakan pihak yang bertanggungjawab secara langsung atas kejahatan rasis yang ditimbulkannya.

Rashiq mengingatkan tentang akibat buruk dari penerusan rancangan tersebut.Kejahatan mereka dilihat dan didengar dunia yang pastinya akan membantu perjuangan bangsa Palestin menghadapi kejahatan zionis dan kesombongan mereka dengan kuat. Perjuangan akan berterusan hingga mampu mengusir penjajah dari bumi dan tempat suci Palestin, ungkap Rashiq.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Hamas mengutuk keras pembinaan ribuan penempatan haram Israel

Selasa, 28-02-2023 – Pergerakan Hamas telah mengutuk tindakan rejim Zionis Israel dalam meluluskan ribuan lot  penempatan baru, serta melabel tindakan tersebut sebagai melampaui undang-undang dan konvensyen antarabangsa.

Dalam kenyataan akhbar pada hari Khamis lepas, pergerakan Hamas menyelar tindakan rejim Zionis Israel meluluskan pembinaan 3,000 unit penempatan di samping rancangan 4,000 unit baru pada hari ini dengan menegaskan rancangan di Jerusalem dan Tebing Barat seperti pengisytiharan terbuka terhadap warga dan tanah air Palestin.

“ Perluasan penempatan diikuti dengan pembunuhan berterusan oleh rejim Zionis Israel dimana 11 jiwa Palestin terbunuh di Nablus semalam, mencerminkan polisi rejim Zionis yang sadis “ kenyataan oleh Hamas . Hamas meletakkan rejim Zionis Israel sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam jenayah ke atas warga Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Serbuan dan penahanan oleh Israel pada waktu malam di Tebing Barat

Selasa, 28-02-2023 – Tentera rejim zionis (IOF) melakukan serbuan dan penangkapan di Tebing Barat pada Khamis malam.

Sumber tempatan mengatakan yang seorang pemuda ditahan di kampung Kafa, selatan Tulkarm, setelah dipanggil untuk disoal siasat. Seorang lagi pemuda ditahan di pos pemeriksaan tentera di Tubas.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati