Categories
Berita Semasa

Universiti di Mesir tuduh Zionis curi air dari Sinai.

Jumaat , 12/03/2010 – Beberapa orang profesor di universiti-universiti Mesir dan pakai sumber air mendedahkan terdapat aktivit mencuri air dari Sinai oleh Zionis-Israel. Air itu disalurkan ke Negev. Mereka turut mengecam kerajaan Mesir kerena tidak berusaha membendung masalah itu. Magdy Ghanem bekas rektor universiti Terusan Suez, pihak berkuasa yang bertanggungjawab menyubur dan membangunkan Sinai itu gagal memanfaatkan sumber air yang amat berharga itu.

Beliau turut menyatakan kegiatan mencuri air bukan hanya di Sinai malah turut berlaku seperti dari Gaza, Golan, sempadan Jordan dan juga sempadan Lubnan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Biden melawat Ramallah.

Jumaat , 12/03/2010 – Naib Presiden AS, Joe Biden akan melawat Ramallah hari ini untuk menemui Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas.

Biden dijangka berbincang dengan Abbas mengenai satu strategi untuk memastikan pihak Israel menyerahkan semula Tebing Barat dan Timur Baitulmuqaddis kepada PA.

Isu penempatan sudah pasti akan menjadi salah satu agenda utama yang akan dibincangkan di dalam pertemuan di Ramallah, pada masa sama Biden berharap akan memberi laluan kepada beberapa perbincangan tidak langsung Israel dan rakyat Palestin telah bersetuju untuk mengadakannya selepas 14 bulan dalam ruang perundingan damai.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  rohiez

Categories
Berita Semasa

Laporan alternatif kepada pembunuhan Al-Mabhouh.

Jumaat , 12/03/2010 – Penduduk Palestin, seperti penduduk lain di serata dunia yang hidup tertindas tidak diberi peluang untuk menceritakan kisah mereka sendiri.

Pembunuhan aktivis palestin, Mahmoud al-Mabhouh pada 19 Januari 2010 lalu, secara jelasnya merupakan sesuatu yang telah dirancang dengan rapi, juga tindakan yang begitu ganas dan kejam yang dilakukan oleh pembunuh upahan Israel di sebuah negara berdaulat yang sepatutnya selamat.

Ya, benar Mahmoud Al-Mabhouh adalah seorang aktivis Palestin, kenyataan yang tidak boleh disangkal lagi. Allahyarham telah menghabiskan masa bertahun-tahun di dalam penjara Israel dan setahun di dalam penjara Mesir disebabkan aktiviti-aktiviti politiknya. Hal ini walaubagaimanapun tidak membuktikan dakwaan Israel bahawa beliau telah membunuh rakyat Israel. Tuduhan ini menjadi lebih bermasalah apabila diambil-kira bahawa pembunuhan al-Mabhouh adalah atas arahan penjenayah-penjenayah perang Israel yang juga anggota politik sayap kanannya, seperti dilaporkan oleh media Britain.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Jumaat , 12/03/2010 –
Categories
Berita Semasa

Lima warga Palestin cedera terowong runtuh.

Jumaat , 12/03/2010 – Limawarga Palestin tercedera pagi ini pada terowong runtuh di Semenanjung Gaza dan sempadan Mesir.

Saksi berkata lima pekerja terowong cedera apabila terowong runtuh ketika mereka bekerja di dalamnya. Lima yang tercedera dipindahkan keHospital Abu Yousef Al Najjar Hospital di Rafah untuk rawatan.  Saksi berkata banyak terowong yang runtuh kerana hujan lebat, tetapi tiada kecederaan dilaporkan – disebabkan ramai pekerja berada di rumah.

sumber : http://gazatoday.blogspot.com
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Aktivis US memprotes kedatangan penari ballet Israel.

Jumaat , 12/03/2010 – Israel Ballet, dilaporkan menerima lebih kurang $1 juta setahun daripada kerajaan Israeli, membuat persembahan Sabtu di pinggir bandar Washington DC telah dihentam oleh pengkritik tarian berpengaruh Washington Post , Sarah Kaufman.

Tidak mustahil ‘gangguan’ di alami penari adalah datang daripada harapan politik yang dibentangkan pada jelajah Amerika. Ianya adalah Jelajah Amerik Syarikat pertama dalam tempoh 25 tahun , dan dipromosikan secara agresif, oleh Menteri Luar Israel sebagai sebahagian daripada kempen ‘Penjenamaan semula Israel’.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Kelahiran cacat akibat senjata Israel.

Jumaat , 12/03/2010 – Kecacatan kelahiran meningkat di kalangan bayi yang baru lahir di Semenanjung Gaza – pertama didokumenkan di Palestine Telegraph – telah menjadi jelas, walaupun dakwaan yang bertentangan oleh doktor di Hospital Al-Shifa Hospital. Wanita Mengandung kini hidup diselubungi ketakutan.

Noha Abu Laban, 37, penduduk kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza, kini dalam bulan akhir mengandung, dan berkata: “Ketika perang, saya menghidu asapfosforus putih,yang ditembak di bumbung rumah kami. Saya berasa sakit sejak mengandung, dan berlaku pendarahan yang banyak.” Noha kini dirawat di Unit Jagaan Ibu Mengandung Risiko-Tinggi di Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza .

Alaa Al-Tunp, 25 penghuni Kejiranan Al-Tofah , berkata: “Apabila saya mendengar cerita mengenai kecacatan janin, Saya berasa amat bimbang, terutama sekali sejak gugur sekali sebelum ini, ketika perang, ketika bulan ke 3 mengandung. saya menghirup asap fosforus putih. Terdapat ramai wanita Mengandung kini berada di Unit Jagaan Ibu Mengandung Risiko-Tinggi mengalami pengalaman yang sama.” Alaa mengatakan dia amat bimbang dia akan gugur sekali lagi, atau bayinya cacat.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Menteri Ireland: Kepungan ‘Zaman Gelap’ tidak boleh diterima.

Jumaat , 12/03/2010 – Minggu lepas saya melawat Gaza, Menteri luar Kesatuan Eropah yang pertama melakukannya ,lebih setahun kebelakangan. Tujuan saya adalah lebih kepada kemanusiaan, untuk melihat sendiri kesan sekatan yang kini dikenakan terhadap penduduk Gaza dalam dua setengah tahun dan berjumpa dengan staff UNRWA yang berani dan berdedikasi , termasuk seorang pengarah operasinya, John Ging berbangsa Irish.. Mereka memainkan peranan penting mengekalkan khidmat kemanusian kepada penduduk Gaza.

Seketibanya di Gaza, kesusahan dan penderitaan hasil daripada sekatan dapat disaksikan. Melawat pusat pengagihan makanan UNRWA , Saya dapat melihat sendiri kesusahan dan penderitaan pada raut wajah insan yang beratur untuk mendapatkan bekalan asas, nasi, susu tepung susu dan minyak masak. Lapan puluh peratus penduduk Gaza kini tinggal di bawah garis kemiskinan dan UNRWA mendapati semakin tingginya bilangan kenaikan miskin tegar dimana dia tidak mempunyai makanan yang cukup.

Tragedi Gaza adalah diancam menjadi krisis kemanusiaan yang tidak boleh dibiarkan, situasi dimana manusia waras mengganggap sebagaiamat-amat tidak boleh diterima pada hari ini tetapi dimana membuktikan adalah terlalu sukar untuk diperbaiki akibat daripada sekatan itu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Israel melakukan pencerobohan kecil.

Jumaat , 12/03/2010 – Ketumbukan tentera rejim Zionis  menjajah kawasan terhad di timur kem Al-Burij di tengah Semenanjung Gaza .

Menurut agensi berita SAFA , tentera yang terdiri daripada dua kenderaan rejim Zionis, empat jentolak dan unit infantri Israel menyerbu kawasan sempadan, dimana jentolak merosakkan kawasan tanaman berdekatan dengan sempadan palestin 1948.

Tentera Pendudukan Israel meratakan tanah di sempadan timur dan utara untuk membuat zon keselamatan tertutup sehingga 1 kilometer ke dalam.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

HAMAS: Peluasan penempatan Yahudi hasil rundingan semula.

Khamis , 11/03/2010 – HAMAS menganggap keputusan kerajaan regim Zionis membenarkan pembinaan 1600 unit penempatan baru adalah hasil daripada keputusan jawatankuasa pemantauan Arab dan kuasa pasukan Oslo yang memulakan semula rundingan sia-sia yang hanya menggambarkan kehendak Amerika dan Zionis.

Ia menambah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Biro Medianya pada hari Selasa (9/3) yang diterima oleh Pusat Media Palestin bahawa keluarnya keputusan tersebut sehari selepas keputusan Zionis sebelumnya yang meluluskan pembinaan 112 unit penempatan di Tebing Barat, menegaskan dan membenarkan apa yang kami nyatakan sebelum ini, bahawa sambungan semula rundingan tidak langsung hanya merupakan alasan untuk mereka meneruskan pembinaan penempatan, mengyahudikan bandar al-Quds dan mencuri tanah suci.

Kenyataan itu juga menjelaskan bahawa keputusan untuk memulakan semula rundingan sebenarnya bagi menggambarkan kehendak Amerika dan Zionis walaupun akan menjejaskan hak rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Israel benarkan penempatan haram baru di Tebing Barat

Khamis , 11/03/2010 – Sehari selepas pihak Palestin bersetuju untuk menyambung semula perbincangan ke arah perdamaian dengan Israel, pihak berkuasa penceroboh Israel pula meluluskan pembinaan 112 pangsapuri baru di Tebing Barat walaupun mereka telah berjanji untuk mengurangkan pembinaan penempatan baru.

Berita tentang pembinaan baru di penempatan Beitar Illit muncul ketika US cuba menyelamatkan proses perjanjian damai di mana wakil khas Washington ke Timur Tengah, George Mitchell, sedang mengadakan perbincangan dengan pemimpin Israel dan Palestin.

Pada November lalu, Israel telah bersetuju untuk menghadkan pembinaan penempatan di Tebing Barat tetapi menolak sebarang had di Timur Jerusalem.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Pertemuan Abbas-Michael sebagai permulaan perundingan.

Rabu , 10/03/2010 – Pimpinan HAMAS, Sami Abu Zuhri menegaskan, pengumuman Zionis-Israel yang akan membangunkan 112 unit penempatan di Betar Eliat, dan juga kunjungan George Michael ke kawasan itu. Dengan itu, terbukti politik Amerika masih mendokong dasar-dasar Zionis-Israel. Abu Zuhri menegaskan pertemuan pimpinan Fatah dengan Michael itu sebagai permulaan rundingan dengan Zionis-Israel. Ini jelas membuktikan kejhatan politik Fatah dan Amerika.

Fatah terus berminat untuk berunding dengan Zionis-Israel bertujuan mengekalkan kedudukan Fatah kerana dengan perundingan tersebut, Fatah akan terus di bela oleh Zionis-Israel.

HAMAS berkeras menegaskan komitmen mereka untuk tidak membuat rundinagan dengan Zionis-Israel dan terus dengan aspirasi dan kemahuan rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Amir, 10, diculik tentera Zionis dari bilik tidur.

Rabu , 10/03/2010 – Amir al-Mohtaseb tersenyum manis apabila saya bertanya akan warna kegemaran beliau. Sambil duduk di ruang tamu rumahnya tengahari Khamis yang lalu, 4 Mac, di bandar lama Hebron, kanak-kanak sepuluh tahun yang bebulu mata panjang dan muka yang berbintik-bintik merah menjawab lembut, “Hijau.” Dia kemudiannya menceritakan secara terperinci kejadian dia ditangkap dan ditahan — dan abangnya Hasan, 12, yang dipenjarakan oleh tentera Zionis pada hari Ahad, 28 Febuari.

Beberapa jam selepas temubual kami, pada jam 2 pagi, tentera Zionis memecah masuk rumah tersebut dan menculik Amir dari bilik tidurnya, sambil mengugut untuk menembak mati ibu bapanya jika mereka cuba untuk melindungi beliau, dan membawa Amir ke tingkat bawah di bawah tangga. Disitu, dia dipukul teruk sehingga mengalami pendarahan dalaman di bahagian perut, yang memerlukan rawatan di hospital semalaman. Dalam ketakutan dan kejutan, Amir diam membisu untuk sehari setengah.

Menurut temubual tengahari itu sebelum serangan ganas, Amir menyatakan pada 28 hb, dia sedang bermain di jalan raya sekitar Masjid Ibrahimi, dalam perjalanan untuk berjumpa ibu saudaranya bersama Hasan.

sumber : http://electronicintifada.net/v2/
penterjemah : aznil

Categories
Berita Semasa

Wanita Palestin menjadi pencari nafkah sewaktu zaman pendudukan.

Rabu , 10/03/2010 – Pendudukan Israel atas wilayah Palestin, dengan penutupan di merata tempat, pos pemeriksaan, serangan ketenteraan dan penangkapan, telah menhancurkan ekonomi Palestin di Tebing Barat dan Gaza.

Bank Dunia (WB) telah memberi amaran sejak setahun yang lalu sekiranya Israel tidak mengurangkan sekatan pergerakan dan kemasukan di Tebing Barat pertumbuhan ekonomi Palestin akan semakin memburuk. Berdasarkan laporan “Checkpoints and Barriers: Searching for Livelihoods in the West Bank and Gaza, Gender Dimensions of Economic Collapse.” yang dikeluarkan oleh Bank dunia pada bulan Februari lepas, menghuraikan pendudukan Israel telah memberi kesan ke atas kewangan dan kaum wanita secara khususnya.

sumber : http://electronicintifada.net/v2/
penterjemah : rohiez

Categories
Berita Semasa

Washington: Pembinaan 112 unit penempatan sah.

Rabu , 10/03/2010 – Amerika Syarikat menyokong keputusan yang dibuat kerajaan Israel berkenaan dengan pembinaan 112 unit penempatan di Beitar Eliyet di Tebing Barat. Ia berlaku selari dengan perisytiharan permulaan rundingan tidak langsung antara pihak pentadbiran Ramallah dengan regim Zionis di bawah tajaan Amerika.

Washington tidak menganggap persetujuan kerajaan Zionis untuk membina unit penempatan tersebut di Tebing Barat sebagai melanggar keputusan kerajaan Zionis sebelum ini yang membekukan segala proses pembinaan penempatan.

B.J. Crawley, jurucakap Kementerian Luar Amerika Syarikat berkata kepada para wartawan bahawa pada masa sekarang kedua-dua belah pihak hendaklah berhati-hati ketika melakukan sesuatu di kawasan ini yang mungkin boleh ditafsirkan secara silap. Beliau turut menambah bahawa menjadi kewajipan kepada kedua-dua belah pihak untuk memahami kepentingan pihak lain serta kefahaman yang mereka pegang agar peluang tidak dibuka kepada pihak-pihak yang sentiasa mahu menggagalkan proses damai.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Amerika akan salahkan dirinya jika rundingan akan datang gagal.

Rabu , 10/03/2010 – Kerajaan AS komited untuk memainkan peranan dalam rundingan tidak langsung antara Israel dan Palestin dan berjanji jika rundingan itu gagal, Amerika Syarikat akan menyalahkan dirinya dan mengambil tindakan menanganinya, berdasarkan sebuah dokumen yang dihantar oleh Amerika Syarikat kepada Palestin yang diperolehi Haaretz pada Jumaat lalu.

Kerajaan AS menghantar dokumen kepada Palestin sebagai respon persoalan mereka mengenai inisiatif AS untuk memulakan rundingan tidak langsung antara Israel dan Palestin. “Kami berharap kedua belah pihak bertindak serius dan dengan niat yang baik. Jika sebelah pihak dalam penilaian kami, tidak bersama-sama dengan harapan kami, kami akan menjelaskan keprihatinan kami dan akan bertindak bagi mengatasi rintangan itu,” itu ditulis.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz_79