Categories
Berita Semasa

Afrika Selatan Mencadangkan Inisiatif Untuk Menamatkan Perpecahan di Palestin

Isnin ,25/10/2010 – Afrika Selatan mencadangkan satu inisiatif untuk menamatkan pembahagian dalaman Palestin dan mendapatkan persetujuan dan kestabilan berdasarkan pengalaman Afrika Selatan.

Bekas pengerusi Majlis Amanah dan Kestabilan Afrika Selatan, Alexander Boraine mengumumkan pelancaran kempen dengan Hamas dan Fatah untuk memperkenal pengalaman Afrika Selatan dalam menamatkan konflik dalaman Palestin.

Boraine mengatakan dalam satu sidang media yang diadakan di Ramallah pada rabu bahawa dia baru0baru ini bertemu dengan pemimpin Palesti dari Hamas, Fatah dan pihak bebas untuk meyakinkan mereka untuk melawat Afrika Selatan dan mendengar pengalaman penduduk Afrika Selatan yang merasai pembunuhan, penyeksaan dan sebagainya, lantas terpaksa memilih kepada perdamaian dan kestabilan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Israel menculik 3 mahasiswa Universiti Najah di Nablus

Isnin ,25/10/2010 – Yayasan Tadamun Antarabangsa (perpaduan) untuk hak asasi manusia berkata tentera Zionis Israel (IOF) telah menculik tiga mahasiswa Palestin dari universiti kebangsaan Al-Najah awal Khamis lalu selepas menggeledah di rumah mereka di bandar Nablus.

Penulis jurnal, Nawwaf Al-Amer, ayah kepasa salah seorang mahasiswa bernama Ibrahim memberitahu yayasan yang pasukan Israel menyerbu rumahnya pada waktu subuh di kampung Kafr Kalil dan mengambil anaknya sambil ditutup mata serta tangannya diikat dan dibawa ke pusat soal siasat Petah Tikva, dan menyatakan anaknya hanya mempunyai tempoh sebulan lagi sebelum tamat dari sekolah undang-undang.

Pasukan itu juga menculik dua pelajar lain dalam bidang teknik dari rumah mereka di Nablus dan membawa mereka ke pusat-pusat tahanan. Kedua-duanya sepatutnya tamat tahun ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel Tunda Kes Makam Mamanullah

Isnin ,25/10/2010 – Hakim menunda sidang mahkamah permintaan bandar Israel menghancurkan 220 makam di perkuburan Mamunallah di Baitulmuqaddis yang diduduki pada hari Rabu selama tiga minggu.

Puluhan rakyat Palestin dari Palestin yang dijajah tahun 1948 berdemonstrasi di depan mahkamah selama sidang tiga jam memprotes kezaliman Israel terhadap kubur yang bersejarah dan penghancuran ratusan kuburan di dalamnya. Peguam pembela Mohammed Eghbariye mengatakan bahawa perbahasan sidang itu sengaja dipanjangkan dengan ditunda dan bertegas bahawa rakyat Palestin adalah pemilik asli pemakaman itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Rabbi Yahudi membenarkan rakyat Palestin dijadikan benteng manusia

Isnin ,25/10/2010 – Seorang Rabbi Yahudi telah membenarkan penggunaan orang awam Palestin sebagai benteng manusia meski ia boleh mengakibatkan mereka terkorban.

Yitzhak Shapira, pengarah sebuah sekolah Yahudi di Tebing Barat, memberitahu akhbar harian Haaretz pada Khamis bahawa apa-apa sahaja boleh digunakan untuk menyelamatkan nyawa Yahudi berdasarkan ajaran Taurat. Dia berkata, nyawa seorang Yahudi adalah lebih berharga daripada orang lain tidak kira sama ada tentera atau tidak.

Tiada rakyat Israel patut membahayakan dirinya demi orang bukan Yahudi meskipun orang awam, Shapira berkata.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

LifeLine 5 masuki Gaza

Isnin ,25/10/2010 – Rombongan para peserta konvoi “LifeLine 5” mula memasuki Gaza pada petang hari Khamis (21 Oktober) melalui gerbang Rafah.

Sumber tempatan Palestin melaporkan bahawa para peserta konvoi sampai pada pukul 3.30 p.m hari Khamis waktu tempatan Gaza, tanpa sebarang trak dan pengangkutan yang dibawa mereka. Sumber media dari biro Palestin yang berfungsi untuk memecahkan tembok gaza dan menyambut konvoi berkata bahawa kapal memerlukan 2 hari untuk memindahkan kesemua barangan daripada Pelabuhan Arish ke Gaza melalui pintu Rafah dan dijangka akan tiba pada hari Sabtu atau Ahad.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Peace Now: Pemukiman haram mula membina 600 unit rumah pada akhir pembekuan

Isnin ,25/10/2010 – Organisasi anti pemukiman haram Israel “Peace Now” mengumumkan bahawa penduduk haram Israel sudah mula membina lebih dari 600 unit perumahan di Tebing Barat sejak akhir pembekuan pemukiman 26 September lalu.

Ofran Hagit, pengarah Peace Now’s Settlement Watch, mengatakan bahawa 600 hingga 700 unit rumah sedang dibina sejak tarikh tersebut, dimana pembinaannya empat kali lebih laju dari sebelum pembekuan. Dia mengatakan bahawa pembelian 2,000 rumah adalah dari 13,000 rumah yang didakwa mendapat keizinan untuk dibina.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Romanein setelah dibebaskan : Kami tidak akan mendiamkan jenayah yang berlaku pada kami.

Jumaat ,22/10/2010 – Di dalam sidang akhbarnya yang pertama semenjak dibebaskan petang Rabu, Ahli Parlimen Ali Romanein berkata, kempen penangkapan wakil-wakil Palestin adalah bertujuan untuk mendiamkan mereka. Beliau menekankan bahawa mereka tidak akan berdiam diri dengan jenayah tersebut.

“Tentangan yang dihadapi mereka tidak akan melenyapkan tujuan asal perlantikan mereka,” kata Romanein.

Mengulas perhatian umum yang diterima beliau semasa dibebaskan meski dikawal ketat, beliau berkata, “Kami gembira dengan sambutan ini. Saya meninggalkan Bandar Al-Khalil dalam keadaan terhormat dan meriah. Ini menandakan masyarakat berpegang pada kebenaran.” “Rakyat memilih untuk memihak kepada kami walaupun di dalam keadaan sulit,” beliau menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Penjara Zionis- Israel larang bahan bacaan untuk Syaikh Raed

Jumaat ,22/10/2010 – Pihak penjara Zionis-Israek hari telah mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan membawa masuk bahan bacaan kepada Syaikh Raed Salah. Syaikh Raed kini berada di penjara Ayalon, Ramleh. Pihak hak asasi manusia telah memohon ke mahkamah bagi membenarkan bahan bacaan di bawa masuk ke penjara untuk bacaan banduan.

Setakat ini, hanya mushaf Quran yang di benarkan masuk manakala kitab tafsir tidak dibenarkan sama sekali.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Penduduk Haram Israel Bakar Lebih 2,500 Pohon Zaitun

Jumaat ,22/10/2010 – Sekumpulan penduduk daripada penempatan haram Bracha menyerang petani pada pagi Rabu di desa Burin, mencederakan seorang petani Palestin dan menghancurkan sejumlah pohon zaitun. Polis menangkap salah seorang petani setelah bertengkar dengan penduduk.

Warga Palestin melaporkan bahawa puluhan penduduk haram Israel menyerbu kebun zaitun di sekitar Burin dan menyerang petani Muneer Qadous dengan alat yang tajam dan merampas sejumlah besar zaitun di miliknya. Beliau kemudian dibawa ke Hospital Rafidia di Nablus untuk rawatan.

Penduduk mengatakan tentera Israel hanya melihat dari dekat insiden tersebut dan menangkap salah satu kerabat Qadous ketika ia berusaha untuk berdepan denga para penduduk haram itu. Namun pihak berkuasa tidak berusaha untuk menghentikan para penduduk haram, yang menceroboh di daerah hari demi hari, kata mereka.

Khalid Qadous, salah satu penduduk tempatan, mengatakan kepada wartawan PIC bahawa penduduk membakar sejak Khamis lalu 2,500 pokok zaitun di desa Burin, beberapa pohon berumur beratus-ratus tahun.

“Tentera Israel sengaja diam dan melambatkan respon dalam semua kes memadamkan api dengan bomba Palestin sehingga api akan mempengaruhi jumlah terbesar dari pohon zaitun,” dia menjelaskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Perisikan Pihak Berkuasa Palestin Menuju ke al-Khalil, Berbangga Menggunakan Penderaan di Penjara Tebing Barat.

Jumaat ,22/10/2010 – Pengarah penyediaan perisikan di bandar al-Khalil, Mahmoud Hamdan berbangga mengakui bahawa pihak keselamatan Palestin di Tebing Barat menggunakan penderaan kepada Tahanan Palestin, sambil menerangkan bahawa penderaan ialah satu polisi yang tidak boleh dielakkan.

Sumber memberitahu Pusat Info Palestin (PIC), bahawa Hamdan yakin banyak negara selalu menggunakan penderaan, walaupun mereka menandatangani persetujuan untuk menentang penderaan.

“Penderaan yang kami gunakan ke atas tahanan menepati undang-undang dan tidak boleh disangkal,” kata Hamdan yang direkod oleh sumber PIC.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Inilah yang Terjadi di “Tembok Penyiksaan” Tentera Abbas

Jumaat ,22/10/2010 – Pusat siasatan milik tentera Abbas di Hebron yang disebut sebagai “tembok penyiksaan” dikelilingi oleh pasukan tentera yang sangat ketat, pos-pos pemeriksaan dan pengawasan dari semua penjuru.

Anggota Hamas yang diculik oleh tentera Abbas dibawa ke tempat tersebut sebagai transit kedua dari proses penahanan dan siasatan setelah selesai tahap pertama di pos-pos penahanan milik tentera Abbas yang banyak terdapat di seluruh penjuru Hebron, Dura, Halhul, Yata, Tafuh dan yang lainnya.

Kelebihan yang dimiliki pusat penahanan di Hebron ini adalah kerana terdapat sejumlah besar sel di dalamnya. Di setiap sel ada seorang tahanan. Pihak penyiasat di dalam tahanan ini patuh kepada pegawai yang dikenali dengan nama “Adam”. Mereka adalah para penjaga tahanan yang melakukan tugas pemindahan tahanan, penutupan sel dan yang lainnya.

Pusat tahanan ini juga dikenali dengan kekerasan soal siasat dan penyiksaan di dalamnya. Para penyiasat di dalam tahanan ini yang juga anggota tentera Abbas, memperlakukan para mangsa penculikan dengan pelbagai cara penyiasatan mempraktikkan segala jenis penyiksaan di dalamnya.

Seorang mangsa penculikan yang dibawa ke “tembok penyiksaan”, terus sahaja di soal siasat, dicaci, dipukul dan diperlaku sesuka hati. Kemudian dia dimasukkan ke dalam sel yang luasnya tidak lebih dari 1×1.5 meter tanpa katil dan selimut. Sel-sel ini sangat lembab, tidak ada sinar matahari yang masuk, hampir-hampir tidak ada udara di dalamnya. Mangsa yang berada di dalam sel betul-betul terasing dari dunia luar di sekitarnya.

Di antara cara-cara penyiksaan yang juga digunakan di dalam penjara ini adalah dengan mengikat mangsa dalam tempoh yang sangat lama, iaitu dengan mengikat kedua tangan mangsa ke belakang dan memaksanya duduk di atas kerusi kecil. Ini menyebabkan mangsa merasa kesakitan yang amat sangat di bahagian punggung dan tulang belakang, mangsa ditinggalkan dalam keadaan terikat seperti itu selama berhari-hari bahkan berminggu-minggu.

Terdapat juga cara penyiksaan yang lain dengan meletakan mangsa di sebuah ruangan di penjara. Di ruangan itu ada lubang kecil dari seluruh sisinya, dikenali dengan nama “tsalajah” (kulkas). Mangsa ditinggalkan dalam ruang kecil tersebut selama berjam-jam dengan penyiksaan yang sangat dahsyat apatah lagi ruangan itu sangat sejuk sekali.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Mesir masuk ke “fasa paling bahaya” pembinaan tembok besi

Jumaat ,22/10/2010 – Kereta kren besar yang bekerja dekat Gerbang Salah Ed-Din, pemisah antara Jalur Gaza dan Mesir kini sudah masuk ke fasa menanam plat besi jauh ke dalam tanah, untuk menghalang rakyat Palestin yang selama ini boleh menyeludup masuk melalui terowong bawah tanah.

Tembok hampir siap ini yang ditaja oleh Amerika Syarikat, dan ditambah dengan plat bawah tanah yang berukuran 5 cm tebal dan 20 m dalam akan merangkumi jarak sejauh 10 km merentasi Rafah yang terletak bersebelahan dengan Gaza.

Datuk Bandar Rafah (di Selatan Gaza), Isa An-Nashar, menjelaskan bahawa pihak Mesir bekerja siang dan malam untuk menanam plat besi ke dalam tanah di zon Salah Ed-Din ini (yang merangkumi 2 km), dan menjelaskan lagi bahawa kerja-kerja ini sudah bermula sejak awal bulan lagi, hanya kawasan ini (Salah Ed-Din) yang berbaki untuk dilengkapkan dengan plat bawah tanah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Tentera zionis Israel memanjangkan tempoh penahanan tahanan Palestin buat kali ketujuh

Jumaat ,22/10/2010 – Perisikan Israel memperbaharui tempoh penahanan, tanpa perbicaraan atau ikat jamin, untuk ketujuh kalinya terhadap Bakar Said Bilal. Pembaharuan itu diumumkan satu jam sebelum pembebasannya yang telah dijadualkan sebelum ini.

Fuad Al-Khafsh, pengarah pusat kajian tahanan dan hak-hak asasi manusia Ahrar, mengatakan bahawa Bilal ditahan di kawasan pendudukan haram Israel (tentera penjajah Israel). Dia penjara sejak 15/4/2008 hanya atas tuduhan boleh membahayakan serta mempunya fail keselamatan rahsia.

Dia masih teringat bahawa Bilal ditahan di Petah Tikwa. Berikutan penangkapan itu, dia diarah untuk tinggal di sana selama 40 hari di mana ia menjadi sasaran soal siasat yang kejam, tetapi ternyata tiada apa-apa bukti yang menunjukkan dia bersalah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  syuhada

Categories
Berita Semasa

3 Rakyat Palestin cedera dalam letupan di Selatan Gaza

Jumaat ,22/10/2010 – Satu letupan kuat meletus di salah sebuah kem latihan Brigade Qassam, sayap bersenjata Hamas, di Rafah, selatan Semenanjung Gaza, pada Rabu lalu dan telah mencederakan 13 warga Palestin termasuk tiga kanak-kanak.

Adham Abu Salmiya, jurucakap perkhidmatan perubatan memberitahu PIC bahawa mangsa letupan “misteri” itu sedang mendapatkan rawatan. Tiada lagi laporan mengenai penyebab ledakan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Mishaal akan bertemu delegasi “The Elders”

Khamis ,21/10/2010 – Khaled Mishaal, Pengerusi Biro Politik Hamas dijadualkan akan bertemu dengan sebuah delegasi daripada pertubuhan “The Elders” di pejabatnya yang terletak di Damascus pada hari Selasa, kata Ezzet al-Resheq, anggota Biro Politik Hamas pada Isnin lalu.

Tambahnya lagi, delegasi itu akan diketuai oleh bekas Presiden Ireland, Mary Robinson dan turut disertai oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter. Terdahulu, 2 hari lepas Robinson telah mengetuai delegasi “The Elders” melawat Gaza selama 24 jam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa