Categories
Berita Semasa

Hamas Bidas Kenyataan Hasutan Menteri Luar Emeriah Arab Bersatu

Selasa,15-06-2021 – Gerakan Hamas mengecam Menteri Luar Emiriah Abdullah Al Nahyan atas kenyataan hasutan terhadap gerakan itu baru-baru ini, dan menggambarkan kedudukan beliau sebagai “menentang nilai-nilai Arab.”

Dalam kenyataan di Twitter, jurucakap Hamas Hazem Qasem berkata bahawa “Hasutan Al Nahyan kepada negara-negara Barat untuk mengklasifikasikan Hamas sebagai kumpulan pengganas adalah bertentangan dengan nilai-nilai Arab dan bercanggah dengan konsep nasionalis.

Qasem juga menambah bahawa kenyataan Al Nahyan adalah konsisten dengan propaganda Zionis yang sia-sia dan bertentangan dengan sokongan besar-besaran Arab untuk perjuangan Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Berpuluh penceroboh mencemar masjid Aqsa

Selasa,15-06-2021 – Berpuluh penceroboh Yahudi pada pagi Ahad mencemari masjid al-Aqsa di bahagian Baitulmuqaddis yang diduduki.

Sekurang-kurangnya 58 orang penceroboh, termasuk pelajar institusi keagamaan, memasuki masjid itu dalam kumpulan melalui Pintu Maghariba dan melawat halamannya di bawah perlindungan polis, menurut sumber tempatan.
Masjid al-Aqsa terdedah pada setiap hari kepada pencemaran oleh penceroboh Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan tengah hari kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Miz

Categories
Berita Semasa

Ribuan Orang Berarak di London Tuntut Keadilan Bagi Rakyat Palestin

Selasa,15-06-2021 – Ribuan orang telah menghadiri perarakan solidariti pro-Palestin di London, untuk menggesa para pemimpin negara G7 yang kini bermesyuarat di barat daya England untuk menyokong hak-hak rakyat Palestin dan membatalkan perjanjian senjata dengan Israel.

Sebagai sebahagian daripada tunjuk perasaan “Tolak G7: Hari Bertindak Untuk Keadilan Antarabangsa”, para penunjuk perasaan pada hari Sabtu lalu telah menuju ke kediaman rasmi perdana menteri Borris Johnson di Downing Street, serta melaungkan slogan dan membawa papan sepanduk sebagai bantahan terhadap tindakan agresif Israel ke atas rakyat Palestin di wilayah yang dijajah.

Menurut laman web al-Jazeera, para penunjuk perasaan menuntut agar dihentikan apa yang mereka sifatkan sebagai keterlibatan dalam jenayah perang Israel terhadap Palestin oleh Britain dan negara-negara G7 yang lain.

Bekas pemimpin parti Buruh Jeremy Corbyn menghadiri perarakan tersebut dan memberi ucapan kepada orang ramai.

“Hadir di tunjuk perasaan Keadilan Untuk Palestin di London hari ini, juga menggesa hentikan jualan senjata,” ciap Corbyn di Twitter.

“Senjata buatan Inggeris membunuh orang awam – termasuk kanak-kanak – dalam konflik di luar negara. Ini mesti dihentikan,” katanya.

Semasa tunjuk perasaan tersebut, Raghad al-Takriti, ketua Persatuan Muslim Britain, mengatakan bahawa pesanan kepada para pemimpin G7 adalah “jelas.”

“Ini untuk menegakkan undang-undang antarabangsa. Ini adalah kepatuhan kepada undang-undang antarabangsa,” kata al-Takriti kepada al Jazeera.

“Sudah tiba masanya para pemimpin ini berbincang mengenai penguatkuasaan, untuk mengakhiri kepungan di Gaza … dan untuk menghentikan keterlibatan mereka, perjanjian senjata mereka dengan Israel,” katanya.

Antara kumpulan yang mengambil bahagian adalah Sahabat Al-Aqsa dan Kempen Solidariti Palestin (PSC), yang menganggarkan kira-kira 8,000 orang hadir di luar Downing Street untuk menuntut keadilan bagi rakyat Palestin.

Dalam satu pernyataan, PSC mengatakan: “Semua pemerintah memiliki kewajiban untuk mengakhiri keterlibatan mereka dan membantu menghancurkan apartheid. Daripada membantu dan bersubahat dengan peraturan perkauman Israel terhadap rakyat Palestin, G7 harus mengakhiri semua kerjasama keselamatan ketenteraan dengan Israel, dan mengenakan sekatan bersasar sehinggalah Israel mematuhi undang-undang antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim surai penduduk Palestin merusuh bantah pencerobohan tanah di selatan Nablus.

Isnin,14-06-2021 – Berpuluh-puluh penduduk Palestin alami sesak nafas selepas pasukan tentera rejim menghujani mereka dengan gas pemedih mata semasa mereka bertembung di selatan Nablus, Selasa kelmarin.

Menurut sumber tempatan, anggota tentera rejim menembak gas pemedih mata ke arah penduduk Palestin yang berkumpul di perkampungan Beita bagi membantah tindakan pencerobohan lot-lot tanah  di kampung itu dan Huwara yang dirampas pihak rejim untuk membina jalan bagi penempatan haram Yahudi.

Tambah sumber itu lagi,  ramai di kalangan penduduk sesak nafas sementara ambulan yang datang membantu turut terkena  tembakan gas pemedih mata hingga  cerminnya hancur berkecai.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Palestin: 3 kematian akibat corona, 311 kes baru dalam tempoh 24 jam

Isnin,14-06-2021 – Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah mengumumkan pada Selasa bahawa tiga kematian, 311 kes baru coronavirus dan 210 kesembuhan dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Mai Al-Kailah, Menteri Kesihatan Palestin, mengesahkan dalam laporan harian bahawa satu kematian dan 38 jangkitan dilaporkan di Tebing Barat manakala dua kematian dan 273 kes baru dilaporkan di Semenanjung Gaza.

Kailah menyatakan bahawa kadar kesembuhan coronavirus mencecah 97.5 peratus manakala kadar jangkitan aktif mencapai 1,4 peratus dan kadar kematian adalah 1.1% daripada jumlah jangkitan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyerbu pusat kesihatan, memerintahkan penutupannya selama enam bulan di Bireh.

Isnin,14-06-2021 – Rejim Zionis (IOF) telah menceroboh dan menggeledah ibu pejabat utama Jawatankuasa Kerja Kesihatan (HWC) dan memusnahkan sebuah mesin cetak di Kota al-Bireh.

Menurut sumber tempatan, pasukan Israel menggeledah markas HWC dengan ganas selama beberapa jam setelah menghancurkan pintu utamanya.

Menurut para pegawai Palestin, pasukan itu menggeledah pejabat HWC, menyebabkan kerosakan pada perabot dan bahan didalamnya, sebelum merampas empat komputer dan membuat perintah ketenteraan bertulis di pintu masuk yang menyatakan bahawa kemudahan kesihatan tersebut akan ditutup selama enam bulan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Tiga Cedera Ditembak Peluru Hidup Rejim Zionis di Tuba

Isnin,14-06-2021 – Rejim Zionis telah menyerang bandar Tubas, utara Tebing Barat pada hari Rabu dan mencederakan tiga warga Palestin dengan peluru hidup dengan salah seorangnya cedera serius.

Saksi berkata rejim itu telah menyerang kota berkenaan dan pertempuran berlaku. Tentera Zionis melepaskan peluru hidup dan tabung gas pemedih mata pada penduduk. Tiga pemuda cedera akibat peluru hidup di bahagian pelvis dan tangan dan dibawa ke hospital untuk rawatan. Keadaan kesihatan salah seorang daripada mereka dikatakan serius.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Serang Petani, Tanah Di Gaza

Isnin,14-06-2021 – Rejim Zionis melepaskan beberapa das tembakan terhadap petani Palestin dan di beberapa kawasan pertanian di sempadan bahagian tenggara Jalur Gaza, pada Isnin pagi.

Menurut sumber tempatan, tembakan dari arah pos tentera itu mensasarkan plot tanah yang diusahakan di timur bandar al-Qarara, Khan Yunis. Kejadian serentak turut berlaku di kawasan pertanian sebelah timur kota Khuza’a.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Zionis serang petani dan kawasan pertanian Gaza.

Isnin,14-06-2021 – Rejim Zionis telah melepaskan tembakan ke atas petani dan tanah pertanian penduduk Palestine di kawasan perbatasan tenggara Jalur Gaza pada pagi Rabu.

Menurut sumber tempatan, tentera Israel melepaskan tembakan dari pos tentera ke arah kawasan tanah yang diusahakan di sebelah timur bandar al-Qarara di Khan Yunis.

Rejim Zionis juga turut melepaskan tembakan secara serentak kearah kawasan pertanian di sebelah timur kota Khuza’a. Tidak ada sebarang kecederaan yang dilaporkan dalam serangan tembakan ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

138 Pendatang Yahudi Menceroboh Masuk Perkarangan Masjid Al Aqsa

Isnin,14-06-2021 – Kelompok pendatang Yahudi, Rabu (9/6) menceroboh perkarangan Masjidil Aqsha yang dikawal ketat pasukan polis Israel.

Menurut jabatan wakaf Islam di Al-Quds, 78 pendatang Yahudi bersama 60 mahasiswa Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjidil Aqsha, mereka berjalan-jalan di perkarangan masjid sambil melakukan tindakan provokatif.

Kelompok pendatang Yahudi tersebut memasuki perkarangan Al-Aqsha melalui pintu gerbang Maghoribah secara berkelompok, kemudian mereka mendengar penerangan berkaitan kuil hayalan dari pendeta Yahudi yang menyertai mereka.

Pencerobohan masuk ke perkarangan Al-Aqsha dilakukan kelompok pendatang Yahudi hampir setiap hari. Kecuali Sabtu dan Jumaat, mereka menunaikan ritual Talmud dan melakukan tindakan provokasi yang tak layak dengan kesucian dan kehormatan masjid.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Lebih 130 penceroboh menyerbu halaman al-Aqsa

Isnin,14-06-2021 – Berpuluh orang penceroboh Yahudi menyerbu halaman masjid suci al-Aqsa di bawah perlindungan polis Israel pada pagi hari Rabu.

Jabatan Wakaf Islam di Baitulmuqaddis yang diduduki berkata 78 orang penceroboh dan 60 orang pelajar Yahudi mencemar masjid al-Aqsa, menambah bahawa mereka masuk dari Pintu Magharabi dan mengadakan lawatan yang provokatif. Ia menambah bahawa kumpulan penceroboh itu mendapat penerangan mengenai kuil Yahudi di situ.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Hamas Perbaharui Rayuan Kepada Arab Saudi Untuk Membebaskan Tahanan Palestin

Isnin,14-06-2021 – Gerakan Hamas telah memperbaharui rayuannya kepada pihak berkuasa Arab Saudi untuk membebaskan Mohamed al-Khudari dan anak lelakinya, serta tahanan Palestin yang lain yang berada di penjara mereka.

Dalam siaran media pada hari Selasa, pegawai kanan Hamas Ra’fat Murra menyifatkan penahanan Khudari dan rakyat Palestin yang lain di penjara Saudi sebagai “ketidakadilan yang melampau” dan “suatu penghinaan terhadap rakyat Palestin, perjuangan keadilan mereka dan hubungan Palestin-Saudi. “

Murra meminta kepemimpinan Saudi “mengambil keputusan yang berani dan bertanggungjawab untuk membuat perubahan, segera mengakhiri perbicaraan ini dan membenarkan para tahanan kembali ke pangkuan keluarga mereka, kerana para tahanan berkenaan tidak melakukan apa-apa kesalahan.”

“Dr. Khudari, rakan-rakan tahanannya dan keluarga mereka telah mengalami banyak ketidakadilan dan penderitaan selama lebih dari dua tahun, maka tindakan harus diambil untuk mengakhiri ketidakadilan dan penderitaan yang dialami oleh keluarga tersebut,” kata pejabat Hamas.

Sementara itu, warga Palestin berusia 83 tahun, Mohamed al-Khudari, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Khas di Riyadh (mahkamah mencegah keganasan Arab Saudi) pada hari Selasa.

Khudari, yang menderita masalah kesihatan yang serius, diadili bersendirian atas tuduhan yang direka-reka di bawah undang-undang pencegahan-keganasan.

Perbicaraan hukuman dijadualkan akan diadakan pada 21 Jun untuk berpuluh-puluh orang rakyat Palestin dan Jordan, termasuk Khudari dan anaknya Hani.

Pada tahun 2019, pihak berkuasa keselamatan Arab Saudi melakukan tindakan keras yang tidak berasas terhadap warga Palestin, dan menahan berpuluh-puluh orang termasuk doktor, jurutera dan peniaga di seluruh negara. Sebilangan besar tahanan telah tinggal di Arab Saudi selama berpuluh-puluh tahun.

Antara yang ditahan adalah pegawai Hamas, Mohamed al-Khudari, 83, dan anaknya Hani, 49. Mereka ditahan pada 4 April 2019. Khudari bekerja selama beberapa dekad sebagai wakil Hamas di Arab Saudi tanpa sebarang masalah dengan pegawai negara tersebut. Dia meletakkan jawatan bertahun-tahun yang lalu kerana sakit dan usia tua.

Pihak berkuasa Arab Saudi membuat tuduhan bahawa sebahagian besar tahanan berkenaan terlibat dalam aktiviti dan kerja-kerja amal untuk menyokong rakyat dan negara mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Polis rejim zionis menyerang bandar, menahan warga Palestin di Kota Lama Jerusalem.

Isnin,14-06-2021 – Polis rejim Zionis Israel menyerbu beberapa kawasan di kawasan jajahan Jerusalem pada malam Rabu dan bertempur dengan warga Palestin. Polis rejim Zionis mengiringi lori kumbahan dan menyerbu bandar al-Tur dan menyerang beberapa orang pemuda di Jalan al-Jadeed. Beberapa saksi menyatakan beberapa orang pemuda membalas serangan tersebut dengan lontaran batu dan tembakan mercun kepada polis rejim Zionis dan juga ke arah kenderaan peneroka haram. Akibat serang balas itu, cermin kereta telah retak dan penumpang di dalam kereta itu cedera di samping dua polis rejim Zionis turut cedera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel Panjangkan Penahanan Syeikh Khatib

Khamis,10-06-2021 – Mahkamah Magistret Israel di Haifa sekali lagi memanjangkan penahanan Syeikh Kamal al-Khatib, Pengerusi Jawatankuasa Kebebasan dalam Jawatankuasa Susulan Tertinggi Penduduk Arab Israel pada Selasa.

Alasan banyak prosedur undang-undang diperlukan bagi memanjangkan tempoh perbicaraan dikutuk pasukan pembela Syeikh Khatib sebagai ‘duluan kehakiman’.

“Kebiasaan dalam kes seperti ini, paling buruk adalah pengadilan cenderung mengenakan syarat pembebasan yang ketat,” tegas peguam Omar Khamaiseh kepada wartawan selepas sesi pengadilan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Meratakan Kawasan Luas di Bandar Jalud, Nablus

Khamis,10-06-2021 – Rejim Zionis pada hari Selasa lalu telah memusnahkan beberapa bidang kawasan Palestin yang luas di bandar Jalud, selatan Nablus, dan merobohkan sebuah rumah hijau di kampung Bardala di Lembah Jordan utara.

Ghassan Daghlas, seorang pegawai yang memantau kegiatan pemukiman di utara Tebing Barat, mengatakan dalam satu kenyataan media bahawa beberapa bandar di pinggiran selatan Nablus menyaksikan aktiviti jentolak secara besar-besaran untuk memperluaskan lapan penempatan Yahudi dan membina lebih banyak unit perumahan untuk peneroka haram.

Dia menambah bahawa dua hari yang lalu kerja-kerja meratakan telah dilakukan di perkampungan Svut Rachel di bandar Jalud, di Basin No. 13 untuk menyiapkan tanah untuk membina lebih banyak unit perumahan.

Dalam perkembangan lain, pemilik rumah hijau di Lembah Jordan, Muhammad Sawafta, mengatakan bahawa jentolak rejim Zionis telah merobohkan kemudahan tersebut pada hari Selasa.

Minggu lalu, rejim Zionis memberitahu Sawafta bahawa kemudahan pertanian itu akan dirobohkan dalam masa 96 jam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul