Rabu, 15-09-2021 – Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin melaporkan 14 kematian baru berkaitan COVID-19 (coronavirus), 2,699 kes positif baru dan 1,465 kesembuhan di Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Baitulmuqaddis dalam tempoh 24 jam.
Menurut laporan harian kementerian, enam mangsa yang meninggal akibat virus adalah dari Tebing Barat dan lapan lagi dari Gaza.
73 pesakit kritikal COVID-19 turut menerima rawatan rapi di hospital dan 15 daripadanya menggunakan alat bantuan pernafasan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 15-09-2021 – Kelompok Zionis dalam jumlah besar menceroboh masuk dataran Masjidil Aqsa, Isnin(13/9) pagi. Mereka dikawal ketat pasukan polis Israel.
Laman sesawang Al-Qashtal yang khusus menyiarkan berita Al-Quds menyebutkan kelompok Yahudi dalam jumlah besar menceroboh masuk dataran Masjidil Aqsa, secara berkelompok sejak Isnin pagi.
Mereka tmemasuki perkarangan masid Al Aqsa melalui pintu gerbang Maghoribah, iaitu salah satu pintu masuk Al-Aqsa yang berada di tembok barat masjid.
Kelompok Yahudi berjalan mengelilingi perkarangan Al-Aqsa sambil mendengarkan penjelasan Taurat berkaitan kuil mitos oleh pendeta yahudi.
Pihak polisi Israel mengizinkan kelompok penduduk Yahudi untuk memasuki Al-Aqsa dalam dua waktu iaitu pagi dan siang selama beberapa jam.
Masjidil Aqsa menjadi sasaran pencerobohan Israel secara berterusan sama ada oleh penduduk Yahudi mahupun pihak polis Israel. Mereka menghambat kaum muslimin daripada memakmurkannya dan mengenakan prosedur ketat kepada kaum Muslimin yang hendak memasuki Masjidil Al Aqsa.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Rabu, 15-09-2021 – Mahkamah daerah Israel di Baitulmaqdis Yang Diduduki telah menjatuhkan hukuman penjara kepada sembilan orang warga Baitulmaqdis dan melanjutkan penahanan yang lain.
Menurut Pusat Maklumat Wadi Hilweh, tujuh tahanan telah menerima hukuman penjara yang berbeza, antara dua hingga 42 bulan.
Hukuman penjara dijatuhkan kepada tujuh orang yang ditahan. Mereka adalah Hatem Jaradat, 42 bulan, Majd Mustafa, 28 bulan, Majd al-Waari, 28 bulan, Nouruddin Obeid, 20 bulan, Amjad al-Waari, 28 bulan, Anwer Obeid, 20 bulan dan Adem Mahmoud, 20 bulan. Manakala dua yang lain didakwa kerana melanggar perintah mahkamah yang telah mengusir mereka dari Baitulmaqdis.
Dua lagi tahanan muda yang dikenali sebagai Nadim Zahra dan Fayez Muhaisen menerima hukuman penjara empat bulan tergantung selama dua tahun.
Mahkamah yang sama melanjutkan penahanan seorang pemuda Baitulmaqdis dari kawasan Sheikh Jarrah hingga 19 September 2021. Dia diculik dari rumahnya oleh pasukan polis pada 10 Ogos.
Ia juga melanjutkan penahanan seorang pemuda Baitulmaqdis bernama Nour ash-Shalabi hingga hari ini (13 September) dan seorang yang lain Omar ash-Shalludi hingga hari Ahad berikutnya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Selasa, 14-09-2021 – Puluhan peneroka Yahudi diiringi pasukan polis mencemari Masjid Aqsa pada pagi dan petang Ahad. Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 105 peneroka menyerbu secara berkumpulan melalui Gerbang Maghariba, manakala 38 lagi pada waktu petang.
Sebahagian daripada mereka mendengar ceramah para rabi, manakala yang lain melakukan upacara Talmud di kawasan sekitar masjid, terutama bahagian timur.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah Abd Jamil
Selasa, 14-09-2021 – Gerakan Hamas memberi penghormatan kepada enam tahanan Palestin yang melepaskan diri dari penjara Gilboa, menyifatkan mereka sebagai tahanan yang berani dan wira Perjuangan Terowong Kebebasan.
Dalam kenyataan akhbarnya, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum turut menyifatkan peristiwa itu hanyalah sebagai salah satu perjuangan dan kesusahan terbuka dan berterusan ke atas rejim zionis.
“Ini akan mencetuskan semangat baru terhadap rakyat, terutamanya di Tebing Barat, bagi meneruskan perjuangan dan kebangkitan besar-besaran terhadap rejim dan menyatakan sokongan kepada para tahanan, mempertahankan hak serta melindungi tanah air dan tanah suci,” Barhoum menyatakan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 14-09-2021 – Briged al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, mengesahkan bahawa tahanan yang melaksanakan operasi melarikan diri dari penjara Gilboa akan menjadi sebahagian daripada perjanjian pertukaran dengan penjajah Israel dan akan dibebaskan dengan penuh penghormatan.
“Penahanan semula wira Terowong Kebebasan tidak dapat menyembunyikan kebenaran kemuliaan kerja mereka atau rasa malu dan aib yang ditanggung oleh pihak keselamatan Israel”, menurut jurucakap briged, Abu Obeida di dalam satu siaran televisyen pada hari Sabtu.
“Jika wira Terowong Kebebasan berjaya membebaskan diri mereka kali ini dari bawah tanah, kami menjanjikan mereka dan tahanan kami yang bebas bahawa mereka akan dibebaskan tidak lama lagi di atas tanah, insyaAllah”, jurucakap Abu Obeida menegaskan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Selasa, 14-09-2021 – Gerakan Pejuang Islam Hamas mengatakan bahawa perlawanan yang ditempuhnya akan terus berlanjutan dengan musuh, menundukkan Israel dan mengumpulkan kekuatan serta persiapan sehingga selesainya projek pembebasan dan menegembalikan pelarian Palestin ke tanahair mereka.
Hamas tidak akan mundur atau ada sekelumit sikap tidak peduli. Berapapun lama waktu yang diperlukan dan sebesar apapun pengorbanan yang dikerahkan mereka akan terus berjuang.
Dalam salinan pernyataan yang diterima Pusat Informasi Palestina, sempena ulang tahun ke-16 penarikan Israel dari Gaza. “Usaha Israel memaksa kami bertekuk lutut melalui serangan bom, sekatan, perdamaian atau Yahudinisasi akan berakhir dengan kegagalan.
Usaha memaksakan perimbangan telah berakhir. Ini waktu bagi Israel untuk belajar dari kekalahan.” Tegasnya,
Hamas meminta rakyat Palestin di manapun berada untuk bersatu di belakang perjuangan para tawanan Palestin di balik jeriji besi Israel dan perjuangan mencari keadilan ketika mereka menghadapi serangan keji dari warden penjara. Kami memperbarui janji kepada mereka bahawa pertempuran untuk membebaskan tawanan tidak akan berhenti sehingga mereka melihat cahaya kebebasan segera, insya Allah.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Selasa, 14-09-2021 – Ketua biro politik Hamas, Khaled Mishaal telah meminta para pemimpin negara Lubnan untuk berusaha meringankan penderitaan pelarian Palestin di negara mereka.
Perkara ini disuarakan ketika perbualan telefon dengan Presiden Michel Aoun, speaker parlimen Nabih Berri dan Perdana Menteri Najib Mikati, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Gerakan Hamas.
Mishaal mendesak pemimpin Lubnan untuk memberi perhatian khusus pada masalah pelarian Palestin yang tinggal di Lebanon dan membantu mengurangkan penderitaan mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Isnin, 13-09-2021 – Setelah sekumpulan tahanan berjaya keluar menerusi terowong dari penjara Gilboa, tentera rejim zionis (IOF) menyerbu rumah saudara mara mereka dan menahan sebahagiannya di kampung Arraba dan Ya’bad di Jenin.
Menurut sumber tempatan, IOF menahan Yakub Nefia’t, bapa Munadil, salah seorang tahanan yang melarikan diri, di Yaabad dan melancarkan pencarian besar-besaran di kampung itu.
Di Arraba, IOF menyerbu kampung dan menahan Basem A’rada, abang kepada tahan Mahmud A’rada.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 13-09-2021 – Puluhan warga Palestin cedera selepas diserang Rejim Zionis di sekitar Tebing Barat ketika sesi tunjuk perasaan sebagai solidariti terhadap tahanan Palestin, semalam.
Menurut sumber tempatan, ratusan penunjuk perasaan memenuhi jalanan bagi membantah tindakan kejam pihak penjara terhadap para tahanan, selepas enam daripada mereka lolos dari penjara berkeselamatan tinggi Gilboa.
Di Nablus, pasukan Bulan Sabit Merah memberi bantuan perubatan bagi 100 warga Palestin, termasuk tiga wartawan, selepas serangan Rejim Zionis ketika sesi tunjuk perasaan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah Abd Jamil
Isnin, 13-09-2021 – Jawatan Kuasa Palang Merah Antarabangsa memberitahu keluarga tahanan warga Palestin pada hari Khamis bahawa Perkhidmatan Penjara Israel telah membatalkan semua lawatan untuk tahanan sehingga penghujung September berikutan suasana semasa.
Pihak penjara PPI disokong oleh unit khas tentera Israel melancarkan tindakan kejam ke atas tahanan warga Palestin terutamanya di penjara Negev, Ofer, Gilboa dan Ramon. Sebagai respon, tahanan warga Palestin di penjara tersebut membakar beberapa sel tahanan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Isnin, 13-09-2021 – Rejim Zionis telah menembak pekerja Palestin berdekatan tembok aparteid di Perkampungan Rummeneh, barat Jenin pada hari Khamis dan menahan 10 warganya di pusat pemeriksaan Barta’a.
Rejim itu memperhebat kehadiran ketenteraan di barat Jenin dan mengerah ratusan tentera dan unit penyamarannya. Pekerja warga Palestin kerap terdedah kepada penganiayaan oleh tentera Rejim semasa mereka dalam perjalanan ke tempat kerja.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Jumaat, 10-09-2021 – Ketua biro politik Hamas dan mantan perdana menteri Palestin, Ismail Haneyya, mengucapkan takziah atas kematian pemimpin veteran Hurriyat, Syed Ali Gilani, dan mengatakan bahawa Syed Ali Gilani juga merupakan suara lantang bagi rakyat Palestin yang tertindas.
Haneyya, ketika berbicara melalui telefon dengan penganjur Tehreek-e-Hurriyat Jammu dan Kashmir, Ghulam Muhammad Safi, mengatakan bahawa kematian Syed Ali Gilani juga menyedihkan rakyat Palestin.
Beliau mengatakan bahawa Syed Ali Gilani adalah contoh jelas perjuangan tersebut dan telah mengabdikan seluruh hidupnya untuk kebebasan Kashmir dari penaklukan India.
Ketua Hamas tersebut juga telah menulis sepucuk surat kepada keluarga Gilani, kepimpinan Tehreek-e-Hurriyat Jammu dan Kashmir dan rakyat Kashmir di mana beliau telah memberikan penghormatan kepada Syed Ali Gilani atas sumbangannya terhadap gerakan kebebasan Kashmir dan Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Jumaat, 10-09-2021 – Enam tahanan Palestine masih melakukan mogok lapar secara terbuka sebagai tanda protes terhadap penahanan mereka tanpa sebarang dakwaan mahupun perbicaraan.
Persatuan Tawanan Israel berkata 6 orang tahanan ini Kayed al-Fasfous, Meqdad Qawasmeh, Alaa al-A’raj, Hesham Abu Hawwash, Rayeq Besharat dan Shady Abu Aker yang masing-masingnya telah melakukan mogok lapar selama 54, 47, 29,21, 16 dan 13 hari.
Menurutnya lagi, sebahagian dari mereka mengalami keadaan kesihatan yang serius, terutamanya al-Fasfous, al-A’raj dan Qawasmeh. Beliau turut memaklumkan bahawa tahanan ini telah dibawa ke hospital dan kemudiannya dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU).
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Shuhada Sayuti
Jumaat, 10-09-2021 – Seorang petani Palestin pada petang Ahad cedera akibat tembakan Israel ketika berada di kawasan pertanian, tenggara Gaza.
Seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) menyatakan rejim zionis melepaskan tembakan kepada sekumpulan petani yang sedang bekerja di tanah mereka di timir kejiranan Juhor ad-Dick, selatan Gaza.
Beliau menambah yang petani berusi 19 tahun itu cedera akibat tembakan peluru dalam serangan itu. Sumber perubatan menyatakan cederanya pada tahap sederhana.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati