Categories
Berita Semasa

Sindiket pencurian organ oleh rejim Zionis di pertahankan

Jumaat, 23/04/2010 – Mereka mengatakan bahawa seseorang itu harus selalu bangkit demi cabaran, terutama apabila anda berurusan dengan golongan mereka yang tinggal di tempat Harry. Setelah mendapati diriku ini sebahagian daripada Mossad di masa lalu, saya menjangkakan bahawa pos kecil ini adalah satu lagi sarang jahat Zionis yang jahat yang tidak setia dengan negara-negara yang menyokong mereka, melainkan dengan Israel.

Sewaktu operasi ‘Cast Lead’; Saya merasa sungguh luar biasa apabila mengetahui bahawa ramai golongan yang mengikut kepercayaan Harry pergi ke Israel secara sukarela untuk memperjuangkan IDF menentang pihak yang sangat kecil yang digelar Gaza. Mereka datang dari pelbagai lapisan kehidupan, ada sebahagian dari mereka yang pernah berkhidmat dengan Polis British. Sudah jelas bahawa ramai penduduk di Inggeris yang bekerja untuk Mossad atau bertindak sebagai agen untuk kepentingan Israel.

Sebagaimana yang telah kita lihat di Amerika Syarikat baru-baru ini, AIPAC telah dianggap sebagai agen Israel. Amerika Syarikat, Inggeris dan Kesatuan Eropah bersatu dengan pihak Kristian dan Yahudi Zionis serta beberapa kumpulan pelobi Israel yang kuat. Jelas bahawa dalam jangka masa pilihanraya British, akaun bank mereka akan kehabisan wang sebagaimana mereka menaja hampir setiap calon politik penting dan pada masa yang sama menyuntikkan dana besar untuk kempen mereka. Mereka semua mempunyai nama yang sama iaitu Amerika Teman Israel, Eropah Teman Israel, Teman Konservatif Israel, Teman Sekerja Israel dan Lib Dem teman Israel dan lain-lain lagi yang benar-benar menguasai signifikan politik dunia.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  rohiez

Categories
Berita Semasa

Kereta kebal Zionis bedil kawasan tengah dan selatan Gaza

Jumaat, 23/04/2010 – Pada lewat petang Selasa (20/4), beberapa kereta kebal Zionis membedil kawasan timur Khan Younus, Deir al-Balah dan kawasan tengah Semenanjung Gaza setelah tersibar berita tentang kejayaan pihak pejuang Palestin mengesan penyusupan tentera Zionis di kawasan tersebut sehingga menyebabkan pertempuran berlaku.

Beberapa sumber tempatan menegaskan kepada wartawan Pusat Media Palestin bahawa beberapa buah kereta kebal Zionis melepaskan tidak kurang 10 bedilan ke arah tanah pertanian di timur al-Qararah dan Lembah al-Salqa hingga sampai ke bahagian barat yang diduduki Zionis seperti Kasofim, tapi masih tiada laporan tentang kerosakan dan kemalangan jiwa yang berlaku.

Sumber itu juga berkata bedilan tersebut diiringi dengan helikopter yang berlegar di ruang udara dan ia berlaku selepas tersibar berita penyusupan tentera Zionis ke kawasan berkenaan dan serangan berkenaan bertujuan memberikan perlindungan kepada pengunduran tenteranya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Abbas janji menentang perintah pengusiran

Khamis, 22/04/2010 – Presiden Palestin Mahmoud Abbas bersumpah untuk menentang perintah tentera Israel yang mengusir rakyat Palestin yang tinggal di Tebing Barat yang dijajah oleh Israel dengan apa jua cara sekalipun.

“Israel tidak mempunyai hak untuk mengusir rakyat Palestin, dan pihak berkuasa Palestin tidak akan membiarkan perkara itu dan akan menghadapinya dengan pelbagai cara,” katanya.

Israel tidak boleh mendakwa bahawa penduduk Tebing Barat tidak mempunyai kad pengenalan, dan menambah bahawa semua orang Palestin di Gaza dan Tebing Barat mempunyai kad pengenalan, kata Abbas selepas pertemuan dengan Presiden Mesir Hosni Mubarak di Hotel Laut Merah Sharm Al-Sheikh.

“Kita harus mempunyai banyak pilihan. Kami akan menggunakan segala cara diplomatik dan politik dengan masyarakat antarabangsa dan kuartet, terutamanya dengan Amerika Syarikat. Jika semua pilihan gagal, tentu saja satu-satunya pilihan kita kemudian adalah untuk menggunakan Majlis Keselamatan dan masyarakat antarabangsa, “kata Abbas.

Kumpulan Arab yang berpangkalan di Kaherah meminta rakyat Palestin agar ingkar arahan ketenteraan Israel tersebut. Sebanyak 22 ahli Liga Arab berjanji memberikan sokongan penuh terhadap langkah-langkah Palestin di wilayah-wilayah yang diduduki Israel untuk melawan keputusan ini, sementara mendesak rakyat Palestin untuk menolak perintah pengusiran tersebut.

Israel menolak ianya melakukan pengusiran sebaliknya perintah tersebut hanyalah untuk orang yang tinggal secara haram di Tebing Barat.

Seorang pakar PBB terakhir mengecam perintah tentera Israel tersebut, mengatakan bahawa mereka mungkin melanggar perjanjian antarabangsa.

Richard Falk, wakil pelapor PBB tentang hak asasi manusia di wilayah Palestin, mengkritik perintah tentera Israel, mengatakan bahawa mereka mungkin melanggar perjanjian antarabangsa. Namun, perintah pengusiran dikuatkuasakan Israel minggu lalu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Al-Solh menjatuhkan hukuman yang berat kepada 3 penduduk Palestin.

Khamis, 22/04/2010 – Israel telah mengenakan tahanan rumah terhadap tiga penduduk Baitulmuqaddis selain melanjutkan penahanan seorang yang lain. Mahkamah Al-Solh di Baitulmuqaddis memutuskan untuk melaksanakan tahanan rumah kepada tiga pemuda dari daerah Al-Thawri dan mendenda mereka sebanyak 2.000 Shekel ($ 540 USD). Mahkamah juga melanjutkan penahanan pemuda yang keempat.

Pasukan penceroboh Israel Ahad lalu telah menahan tiga pemuda dengan tuduhan melontar batu ke arah penduduk Israel bulan lepas. Sumber Palestin melaporkan keempat-empat pemuda Palestin itu adalah Tamer Jwihan, 19, Mahmoud Shwiki, 21, Awad Skafi, 19 dan Mohammed Al-taweel, 21.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pandatang haram Yahudi cabut 250 anak pokok zaitun.

Khamis, 22/04/2010 – Pendatang haram Yahudi hari ini mencabut 250 anak pokok zaitun di Kampung Qarout di selatan Nablus.

Pegawai penempatan Tebing Barat, Ghassan Douglas berkata beberapa orang pendatang haram Yahudi telah mencabut 250 anak pokok zaitun yang ditanam oleh penduduk Palestin pada hari Tanah Palestin.

Presiden Majlis Kampung Qarout, Abed Al-Naser Al-Qarouti mengesahkan kejadian itu dan menggesa kumpulan hak asasi manusia untuk campur tangan dan menghentikan serangan pendatang haram Yahudi ke atas penduduk Palestin.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Israel mengusir seorang tahanan Tebing Barat ke Gaza

Khamis, 22/04/2010 – Pihak Israel memutuskan untuk mengusir seorang tahanan keluar dari bandar Thuluth Kafr, berhampiran bandar Tebing Barat utara Qalqilia, ke Semenanjung Gaza. 14 tahanan lain juga akan turut dideportasi pada masa akan datang.

Seorang tahanan, Khalid Jihad Yousef yang ditahan dalam kurungan tersendiri di dalam penjara Nafha; Beliau secara rasmi diberitahu tentang perintah deportasi itu pada hari Isnin lalu.

Yousef telah menghabiskan lapan tahun tempoh hukuman dari sepenuhnya sepuluh tahun. Beliau menyatakan bahawa lebih empat belas lagi tahanan turut menerima perintah deportasi serupa.Gerakan Fateh di Qalqilia menentang keputusan Israel dan semua tindakan yang melanggar hak asasi tahanan.

sumber: http://www.imemc.org
penterjemah :  rohiez

Categories
Berita Semasa

Barangan rumah yang disekat dibenarkan masuk ke Gaza

Rabu, 21/04/2010 – Nasser Al-Sarraj, Timbalan Menteri Ekonomi Nasional, menyatakan bahawa Israel akan membenarkan kemasukan peralatan rumah tangga ke Gaza, yang ditahan di pelabuhan Israel sejak tahun 2007.

Dia mengatakan dalam sebuah kenyataan, bahawa persetujuan Israel meliputi barang yang ditahandi pelabuhan Israel sejak Disember 2007 saja, dan semua barang sebelum tarikh tersebut tidak dibenarkan masuk ke Gaza.

Dia menambah bahawa keputusan ini didasarkan pada sebuah keputusan yang dibuat oleh mahkamah Israel selepas tuntutan undang-undang yang difailkan oleh para peniaga Palestin yang terkesan dengan kerugian besar mereka kerana sekatan Israel di Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Lubnan tangkap warganya yang berurusan dengan Israel.

Rabu, 21/04/2010 – Semalam Lubnan mengisytiharkan bahawa seorang warganya telah ditangkap kerana disyaki berurusan dengan Israel.

Menurut surat khabar Lubnan “Al-Safeer” , Pengarah Perisikan Tentera Lubnan telah menahan suspek kerana disyaki berurusan dengan Israel. Mereka merampas sebuah komputer dan beberapa cakera padat dari rumahnya yang kemudian dibawa ke markas besar Jabatan Pertahanan Nasional di”Yarzeh” untuk soalsiasat.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Zionis gagal buktikan hubungan dengan al-Quds

Rabu, 21/04/2010 – Dr Talib Abu Shi’r, Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama menegaskan bahawa kegiatan arkeologi berterusan yang dijalankan oleh tentera penjajah Zionis di bandar al-Quds dan lainnya, gagal menemui walaupun seketul batu yang mempunyai hubungan dengan sejarah bangsa Yahudi kuno. Beliau juga menjelaskan pakar arkeologi Yahudi sendiri mengaku tidak menemui sebarang tanda yang menunjukkan hubungan dengan kuil yang didakwa dan tidak juga dengan sejarah kuno Yahudi.

Dalam satu kenyataan akhbar yang diterima oleh Pusat Media Palestin pada hari Isnin (19/4), beliau menarik perhatian bahawa meskipun tiada sebarang bukti ditemui di bawah Masjid al-Aqsa, tetapi mereka masih meneruskan penggalian dan pencarian kerana mahu menunjukkan seolah-olah mereka pernah mempunyai sejarah dan tamadun di situ, melalui pemalsuan yang mereka lakukan terhadap kitab Taurat dan dakwaan bahawa kuil mereka berada di situ. Namun beliau menjelaskan, rakyat Palestin yang bertahan di kawasan al-Aqsa akan mempertahankannya dengan segala kemampuan yang mereka miliki dan sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang perancangan jahat Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Anggota Parlimen desak Kerajaan Mesir usir Duta Zionis Israel

Rabu, 21/04/2010 – Anggota parlimen Mesir dari Ikhwan, Ir. Ibrahim Abu Auf mendesak dan memohon ketua dewan kabinet dan menteri luar Mesir agar membantu menangani isu rakyat Palestin di Tebing Barat yang didiami secara haram oleh Zionis. Abu Auf menyatakan seramai 70000 rakyat Palestin telah diusir dari kampung halaman mereka dan digantikan pendatang haram Yahudi. Keadaan ini telah menjadikan seolah-olah tanah rakyat Palestin menjadi hak ZIonis Israel.

Abu Auf turut mengingatkan undang-undang antarabangsa memberikan hak kepada rakyat Palestin untuk mereka hidup di tanah mereka sendiri dan juga hak pelarian Palestin untuk kembali ke tanah air mereka. Jelas Zionis melanggar undang-undang antarabangsa namun seluruh dunia hanya mampu berdiam diri khususnya negara-negara Arab.

Abu Auf turut mendesak agar duta besar Israel di Mesir di usir, segala perjanjian dibatalkan dan menutup terus kedutaan Israel di sini. PBB yang sepatutnya bertindak menghadapi kezaliman Israel masih tidak mampu bertindak.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Israel melakukan serangan terhad di Utara Gaza.

Rabu, 21/04/2010 – Semalam, Tentera Haram Israel telah menyerbu bandar Bait Lahya di utara Semenanjung Gaza .

Menurut sumber tempatan, Pasukan Tentera Khas Israel yang digabungkan dengan beberapa buah kenderaan tentera dan serta dibantu dengan pesawat pejuang telah melakukan serangan di mukim Doght di barat Bait Lahya yang mana mereka telah melepaskan tembakan yang kuat terhadap semua objek bergerak.

Al-Nasser Salah Brigade Al-Deen dalam kenyataannya berkata bahawa para pejuang tetap menentang tentera Israel yang menyerang wilayah Doght ketika mereka melepaskan tembakan ke arah mereka, walau bagaimanapun, tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan oleh kedua-dua belah pihak.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  rohiez

Categories
Berita Semasa

Israel tutup laluan komersil Gaza.

Rabu, 21/04/2010 – Tentera Rejim Zionis mengumumkan penutupan laluan komersil Gaza hari ini dan esok sempena cuti kebesaran Yahudi.

Raed Fattouh, Pengerusi Badan kemasukan bahan-bahan ke Gaza, menyatakan Tentera Rejim Zionis menutup laluan komersil Kerem Abu Salem dan Carney hari ini dan esok sempena perayaan Yahudi dan akan dibuka semula pagi Rabu ini.

Fattouh menambah bahawa Penguasa Rejim Israel membenarkan kemasukan 69 lori menerusi laluan Kerem Abu Salem, termasuk dua lori bantuan, di samping mengisi 223,437 liter gasolin untuk Stesen Janakuasa dan 111,300 liter gas memasak, dan mengeluarkan satu lori penuh dengan bunga-bungaan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  aznil

Categories
Berita Semasa

Kementerian Kesihatan beri amaran akan krisis di Gaza berpunca dari kekurangan bahan bakar

Selasa, 20/04/2010 – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mengeluarkan amaran berlakunya krisis kemanusiaan dan kesihatan di Gaza berpunca dari kekurangan bahan bakar di hospital-hospital Semenanjung Gaza.

Kementerian tersebut juga menambah dalam satu kenyataannya bahawa mereka mengalami kesukaran akibat kekurangan 300 liter diesel yang diperlukan untuk mengerakkan janakuasa bagi menjalankan beberapa servis kecemasan, selain peti sejuk ubat-ubatan, makmal dan tabung darah berpunca dari terputusnya bekalan elektrik.

Kenyataan tersebut menuduh Israel menghalang kemasukan mesin-mesin penting sebagai ‘UPS’ yang diperlukan untuk disambung ke mesin unit rawatan rapi dan peralatan dialisis.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  aznil

Categories
Berita Semasa

Selatan Lubnan semakin bergolak.

Selasa, 20/04/2010 – Tentera Israel telah melepaskan bunga api ke langit malam tadi di bandar “Al-Edesah” berdekatan dengan sempadan selatan Lubnan untuk memastikan mereka bersiap siaga di daerah itu terutamanya apabila jamuan makan malam di rumah gabenor bandar tersebut dihadiri oleh sejumlah pemimpin “Hizbullah” yang menimbulkan kecurigaan dan ketegangan terhadap tentera Israel di sempadan, menurut sumber media Lubnan.

Media Lubnan melaporkan hari ini bahawa pasukan UNIFIL telah dimaklumkan oleh pasukan Israel yang mereka akan membakar rumah gabenor jika kenderaan-kenderaan sekitarnya yang dianggarkan melebihi seratus buah tidak meninggalkan rumah terbabit .

Timbalan Menteri Pertahanan Israel, Matan Vilnai semalam menyatakan ketegangan meningkat terhadap tentera Israel berikutan ancaman “roket sekitar Israel,” katanya dalam sebuah seminar yang diadakan di Bersyeba: “berdasarkan subjek pemindahan roket SCUD Syria kepada Hizbullah, negara Israel adalah semua terletak dalam lingkungan sasaran roket itu”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Israel tutup Tebing Barat.

Selasa, 20/04/2010 – Sumber mengatakan bahawa kerajaan haram Israel telah mentutup sepenuhnya semua wilayah Palestin dalam menyambut perayaan apa yang mereka sebut “Pesta kemerdekaan” ke-62 Negara Haram Israel.

Sumber-sumber mengatakan bahawa penutupan tersebut akan terus sampai ke tengah malam Selasa depan, dan oleh itu warga Palestin dilarang untuk memasuki Israel selama tempoh ini, kecuali dalam kes-kes kecemasan dan bantuan kemanusiaan yang hanya selepas memohon dengan pengawai awam Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen