
Rabu, 23/12/2009 – Pakar air bawah tanah Palestin, Nizar al-Wahidi memberi amaran pada Isnin lepas bahawa pembinaan dinding keluli di sempadan Palestin-Mesir merupakan satu ancaman serius kepada sumber air bawah tanah di Semenanjung Gaza.

Rabu, 23/12/2009 – Pakar air bawah tanah Palestin, Nizar al-Wahidi memberi amaran pada Isnin lepas bahawa pembinaan dinding keluli di sempadan Palestin-Mesir merupakan satu ancaman serius kepada sumber air bawah tanah di Semenanjung Gaza.

Rabu, 23/12/2009 – Bulent Yildirim, Presiden badan amal kemanusiaan IHH, menyatakan bahawa badan itu akan membeli lima buah bot dengan azam untuk menghantar barang-barang bantuan ke Semenanjung Gaza yang dikepung.

Rabu, 23/12/2009 – Akhbar London, Guardian mengetahui anggota keselamatan tajaan Mahmud Abbas melakukan kezaliman dan penyeksaan terhadap ahli-ahli HAMAS dan di bantu oleh perisik Amerika-CIA. Walaupun Presiden Barak Obama melarang segala bentuk kezaliman semasa proses soal siasat, namun masih terdapat bukti kezaliman dan penyeksaan yang dilakukan oleh CIA dan puak Abbas. Umum mengetahui hubungan erat antara puak Abbas dan CIA.

Rabu, 23/12/2009 – Seorang pegawai pencegahan keselamatan di Ramallah mengatakan agen-agen CIA telah menyalin semua fail dalam komputernya yang mengandungi data mengenai tahanan dan pengakuan mereka.

Rabu, 23/12/2009 – Ratusan warga Palestin pada Rabu malam berdemontrasi yang dianjurkan oleh Gerakan Hamas dekat terminal Salahuddin di sempadan Mesir-Palestin membantah pembinaan tembok besi di sempadan Gaza. Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata dalam sidang akhbar yang diadakan, pembinaan tembok ini akan membawa kesan buruk terhadap Gaza dan seluruh Palestin akan meningkatkan lagi jumlah kematian rakyat Palestin. Beliau juga menyeru kepada negara-negara Arab untuk bangkit dari lena dan berganding bahu bertanggungjawab mereka untuk meruntuhkan kepungan terhadap Gaza.Beliau turut mendesak Parlimen Mesir, parti politik, dan tokoh nasional untuk menyelar pembinaan tembok ini dan berdiri bersama-sama rakyat Gaza.

Selasa, 22/12/2009 – Israel mengakui pada hujung minggu lalu bahawa para patologinya mengambil organ mayat rakyat Palestin dan lain-lain tanpa meminta kebenaran keluarga masing-masing. Amalan tersebut dikatakan dilakukan sehingga tahun 1990-an.

Selasa, 22/12/2009 – Israel mengancam keamanan sosial dan masyarakat dunia keseluruhannya dengan kejahatan paling keji dengan menuai organ-organ rakyat Palestin yang telah mati, kata Dr Yousef Rezka, penasihat politik perdana menteri Palestin Ismail Haneyya.

Selasa, 22/12/2009 –Setelah tiba di lapangan terbang antarabangsa Damsyik, ahli parlimen Inggeris George Galloway, yang mengetuai sebuah konvoi bantuan ke Jalur Gaza yang dikepung, menyatakan kekecewaan tidak adanya peranan Arab dalam menyusun konvoi bantuan ke Gaza.

Isnin , 21/12/2009 – Khuatir atas tentangan sebahagian besar masyarakat konservatif Palestin, Piahak Berkuasa Palestin (PA) pada hari Rabu memutuskan untuk membatalkan pertandingan ratu cantik yang dijadualkan berlangsung di Ramallah minggu depan. Sumber berita Pro-Fatah, Maan dipetik berkata , Gabenor Ramallah memutuskan untuk membekukan danmenunda sehingga notis baru akan dikeluarkan mengenai Pertandingan Ratu Cantik Palestin untuk tahun 2009 yang dijadualkan berlangsung pada 26 Disember.

Isnin , 21/12/2009 – Dr. Yusuf Rezqa, penasihat politik Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyah, meminta negara-negara Arab, Liga Dunia Islam serta organisasi-organisasi HAM dan kemanusiaan; agar mengusulkan kes pencurian organ dari badan para syuhada Palestin oleh Zionis-Israel di bawa ke PBB. Dr. Yusuf menyatakan hal in adalah satu perbuatan keji yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Beberapa pertubuhan antarabangsa termasuk Persatuan Bulan Sabit Merah dipertanggungjawabkan kes in kerana meraka yang telah mengawasi dan memerhatikan kerja jahat Zionis-Israel.
Isnin , 21/12/2009 – Dokumen-dokumen rahsia yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri, Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Gaza menunjukkan tentera Mahmoud Abbas telah membuat penahanan politik ke atas orang awam Palestin di Tebing Barat dengan kerjasama tentera rejim Zionis.

Jumaat , 18/12/2009 – Ahli Parlimen Jamal Al-Khudari yang merupakan ketua jawatankuasa anti sekatan telah memperbaharui gesaan agar Israel segera membatalkan sekatan ke atas Gaza serta membenarkan barangan yang menuju ke Gaza dibenarkan masuk.

Jumaat , 18/12/2009 – Israel memberi pengiktirafan kepada 8 orang tenteranya yang bertindak sebagai ‘hero’ dalam Operasi Penyingkiran yang mendapat kutukan meluas serta telah mengorbankan beratus-ratus rakyat Palestin pada awal tahun ini.

Khamis , 17/12/2009 – Abu Obaida, jurucakap Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas, memberi amaran akan memastikan serangan balas mereka sesuatu yang pahit untuk ditelan bagi askar Israel sekiranya mereka menyerang Gaza sekali lagi. Beliau menambah lagi bahawa kemenangan akan berada di pihak beliau dan mereka akan gagal dengan teruknya. Mereka akan hanya melepaskan senjata mereka apabila penjajahan Israel dapat dihapuskan sepenuhnya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

Khamis , 17/12/2009 – Gerakan Hamas memberitahu media pada Selasa bahawa Mahmoud Abbas, berucap di hadapan dewan pusat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) adalah suatu usaha bagi membuka kembali jalan rundingan dengan sembrono penduduk haram Israel. Dalam kenyataan media itu, jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri mengatakan bahawa Abbas, tidak mempedulikan perjuangan rakyat Palestin dan secara terbuka Abbas mengiktiraf kuasa pendudukan Israel, dan mengabaikan 80 peratus tanah Palestin yang dicerobohi, serta menolak hak rakyat Palestin untuk . Abbas juga bertanggungjawab dalam meluaskan peta Israel dan menambah pendudukan haram mereka.