Categories
Berita Semasa

“Buku Hitam” penerangan konspirasi Fayad ke atas HAMAS

Rabu , 23/02/2011 – Biro Penerangan HAMAS hari ini menerbitkan “buku hitam” ke-3 yang berjudul “Fayad dan konspirasi bersama Zionis”. Buku ini terbahagi kepada 2 bahagian, yang pertama konspirasi ketenteraan antara tentera Abbas dan tentera Zionis, manakala bahagian kedua kezaliman oleh Fayyad.

Buku ini secara amnya, menceritakan fakta-fakta besar berkenaan konspirasi Abbas-Fayyad yang memerangi perjuangan rakyat Palestin. Buku ini turut menceritakan perencanaan jeneral Amerika Syarikat Keith Dayton dalam usaha Amerika dan Zionis menghancurkan gerakan HAMAS. Buku ini turut menyentuh fakta sebenar Fayyad terhadap pejuang Palestin, dimana pejuang-pejuang Palestin diburu dan ditangkap, persatuan yang membela rakyat Palestin khususnya keluarga syuhada diarah tutup oleh Fayyad dan kezaliman ke atas ahli akademi, aktivis media dan sesiapa yang bersama dengan perjuangan rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Keluarga Shalit menyalahkan Netanyahu kerana gagal dalam perundingan pertukaran tahanan

Rabu , 23/02/2011 – Keluarga Gilad Shalit, seorang tentera Israel yang ditahan pihak pejuang lebih 4 tahun lepas memberitahu bahawa kegagalan dalam usaha rundingan adalah berpunca daripada Netanyahu. Bapa Shalit, Noam memberitahu Radio Israel bahawa cukuplah berkata-kata dan memberi alasan sebaliknya memohon anak mereka dibebaskan.

Keluarga Shalit memberitahu, sudah 1700 hari Gilad ditahan oleh pihak bersenjata Hamas. Gilad ditahan ketika bersembunyi di dalam tangki sewaktu penentangan terhadap pos tentera Israel sepanjang timur sempadan Rafah dan berakhir dengan beberapa kematian dan kecederaan.

Pihak pejuang Hamas telah lama memohon pembebasan 1,400 warga Palestin di penjara Israel sebagai pertukaran dengan Shalit. Tahanan wanita dan kanak-kanak diutamakan untuk proses pertukaran tetapi rundingan dengan pentadbiran Netanyahu tidak mendatangkan hasil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Kumpulan hak asasi Austria gesa kerajaan baru Mesir tamatkan sekatan ke atas Gaza

Ahad , 20/02/2011 – Organisasi Sahabat Kebajikan yang berpengkalan di Austria menyeru pihak tentera Mesir yang kini memegang kuasa kerajaan supaya menghapuskan sekatan ekonomi yang dikenakannya ke atas Gaza dan membebaskan tahanan-tahanan penjara berketurunan Palestin di penjara-penjara Mesir.

Dalam satu suratnya yang diutus kepada pihak tentera Mesir, organisasi itu menggesa kerajaan baru Mesir membenarkan pergerakan orang awam dan bahan-bahan komoditi dengan bebas melalui sempadannya keluar-masuk Gaza.

“Penduduk Gaza telah menempuh 60 bulan di dalam sekatan yang tidak wajar dan tidak meneruskan kehidupan harian seperti biasa. Manakala beribu-ribu buah rumah mereka, organisasi pendidikan dan kesihatan telah dimusnahkan sama sekali ataupun sedikit. Ini menyebabkan mereka memerlukan bahan-bahan pembinaan dan keluli yang diimport dari luar supaya kerja-kerja pemulihan serta pembinaan semula dapat dilakukan. Pihak berkuasa Mesir sepatutnya mempertimbangkan betapa pentingnya keperluan-keperluan asas dan kemanusiaan ini disalurkan kepada penduduk Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Dweik: Pilihanraya tidak sah, keruhkan lagi ketidaksefahaman

Ahad , 20/02/2011 – Jurucakap Majlis Perlembagaan Palestin, Dr. Aziz Dweik berkata bahawa pilihanraya perlembagaan dan presiden yang diumumkan oleh Presiden Mahmoud Abbas akan hanya mengeruhkan lagi hubungan antara Hamas dan Fatah.

Dweik yang berkata demikian dalam satu temubual oleh saluran satelit Al-Quds pada Isnin malam lalu menegaskan bahawa pilihanraya sepatutnya diadakan berdasarkan persetujuan bersama di peringkat Negara. Beliau menganggap pengumuman Abba situ sebagai tidak sah.

Beliau juga menyatakan kesediaan untuk menemani Abbas yang merupakan pemimpin Fatah melawatan Gaza yang di bawah pemerintahan Hamas bagi membaiki hubungan, berhubung secara langsung dengan Hamas dan menyaksikan sendiri keadaan di Gaza yang telah 4 tahun berada di bawah sekatan rejim Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pemerhati Hak Asasi manusia menuntut Abbas untuk menyiasat kematian tahanan Amro

Ahad , 20/02/2011 – Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) menuntut Presiden Mahmoud Abbas memerintahkan penyiasatan bebas atas kematian tahanan Hamas Haitham Amro yang disiksa sampai mati 18 bulan yang lalu oleh interogator keselamatan kuasa Palestin.

Dalam wawancara dengan pemerhati hak asasi manusia baru-baru ini, tiga saksi bebas kematian Amro memberi gambaran jelas tentang peristiwa itu. Ketiga mereka berkata mereka telah mengenalpasti agen-agen perisikan yang turut serta dalam menyeksa Amro.

“Negara-negara yang memberikan sokongan terus ke Agensi Keselamatan Penguasa Palestin, terutama Inggeris dan AS, harus menghentikan bantuan kepada badan-badan ini sehingga mereka dipertanggung jawabkan atas pelanggaran hak asasi manusia,” kata pertubuhan hak asasi dalam sebuah laporan lengkap di laman web mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Abu Marzouq : Proposal Mesir tiada peranan sekarang.

Ahad , 20/02/2011 – Dr. Mousa Abu Marzouq, timbalan pengerusi Biro Politik Hamas menegaskan bahawa pada waktu ini telah terbatal “Proposal Mesir” yang telah diutarakan untuk rekonsiliasi Palestin, selepas kebangkitan rakyat Mesir yang menjatuhkan rejim Mubarak. Beliau menyatakan bahawa gerakan warga Tebing Barat “perlu menentang PA Abbas”.

Abu Marzouq dalam kenyataan khas untuk Pusat Informasi Palestin pada hari Khamis (17 Februari) berkata : “Apa yang berlaku di Mesir memberi kesan kepada seluruh dunia Arab, terutamanya isu Palestin, dan sekarang terdapat perubahan dalam Proposal Mesir, secara langsung mengubah halatuju perbincangan, terutamanya selepas pemerhatian bahawa mungkin akan terdapat perubahan baru politik luar Mesir dalam mengendalikan isu Palestin.”

Apabila diminta memberi pendapat andai mungkin akan ada “revolusi” baru di Gaza, beliau menjawab : “revolusi itu sangat baik jika ia datang dari kehendak rakyat sendiri, namun hanya puluhan sahaja yang datang sewaktu panggilan demonstrasi di Gaza dijalankan, menunjukkan bahawa tiada kemahuan rakyat untuk mengubah sebarang keadaan Gaza pada waktu ini.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Ribut pasir rosakkan penjara Nagev

Ahad , 20/02/2011 – Para tahanan Palestin di penjara Nagev telah dilanda ribut pasir yang kuat sehingga merosakkan struktur penjara. Keadaan menjadi lebih teruk apabila tahanan yang sakit menderita kesakitan apabila debu dan pasir memenuhi kawasan penempatan.
Penjara Nagev ini merupakan penjara yang tidak dibenarkan untuk dikunjungi oleh sesiapa pun.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis ratakan Araqib kali ke 20

Ahad , 20/02/2011 – Tentera Zionis Israel (IOF) meratakan kampung Negev di Araqib Khamis lalu untuk kali ke-20 selepas meratakannya semalam. Jentolak telah merobohkan khemah warga Araqib yang marah dengan tindakan itu berhampiran kubur kampung itu dan mengadakan kepungan bagi menghalang jentolak meratakan kubur, lapor penduduk tempatan. Kecederaan telah dilaporkan pada waktu terakhir ia diratakan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

IPA gagal merawat tahanan selama setahun setengah

Ahad , 20/02/2011 – Pihak berkuasa penjara Israel telah menolak permohonan rawatan oleh tahanan Palestin dalam tempoh setahun setengah, Yayasan Hak Asasi Manusia Tadhamon berkata.

Mohammed Adnan Abu Haddaf, 27, setahun setengah menderita penyakit rheumatoid, satu penyakit yang melibatkan radang di sendi serta kesakitan teruk dalam pergerakan.

IPA melarang doktor merawatnya, sebaliknya memberikan pelbagai pil penahan sakit dengan memberitahunya bahawa masa untuk rawatan belum tiba, kata penyelidik Tadhamon, Al-Beitawi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Abu Marzuq: Sekarang Tidak Ada Tempat Bagi Draf Perpaduan Mesir

Ahad , 20/02/2011 – Wakil Ketua Biro Politik Hamas, Dr. Musa Abu Marzuq menegaskan, sekarang ini tidak ada tempat lagi untuk draf perpaduan yang dilakukan di Mesir. Interaksi dan tindakan terhadap draf ini kemudian berubah setelah gelombang revolusi yang menumbangkan rejim Mubarak. Beliau mengisyaratkan, keinginan rakyat di Tebing Barat harus digerakkan dalam rangka melawan tindakan pihak otoriti Abbas.

Abu Marzuq dalam satu pernyataannya, Khamis (17/2) mengatakan, apa yang terjadi di Mesir merupakan gambaran terhadap apa yang terjadi di dunia Arab secara global, terutama Palestin. Maka interaksi dengan draft ini tentu berbeza. Dengan demikian sejumlah pembicaraan berkait pelepasan secara sistematis akan sangat jauh, terutama setelah memantau perubahan yang terjadi Mesir, terutama dalam menanggapi masalah Palestin.

Berkait dengan seruan revolusi menyusul revolusi di Mesir, Abu Marzuq menyebutkan, jika revolusi tersebut menggambarkan keinginan rakyat yang hakiki maka hal itu baik. Namun ketika seruan untuk menggulingkan pemerintahan di Gaza, namun yang datang cuma beberapa puluh orang saja, maka keadaannya berbeza. Bererti tidak ada keinginan dari rakyat untuk mengubah pemerintahan Gaza ketika ini.

Sebaliknya di Tebing Barat terdapat penjajahan dan pembatasan kebebasan, malah pihak otoriti memerangi kumpulan pejuang.Kehendak rakyat di sana adalah menyokong pejuangan, maka pergerakan rakyat di Tebing Barat diperlukan tetapi perlu unsur yang lain hingga menghasilakn demonstrasi.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Empat pemuda Palestin cedera kerana tembakan Israel di WB

Jumaat , 18/02/2011 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) menembak peluru getah pada sekumpulan pemuda di utara Beit Ummar Al-Khalil dan ia mencederakan empat daripada mereka pada Selasa malam.

Sumber-sumber perubatan mengatakan bahawa kesemua yang cedera mengalami luka ringan di kepala dan leher.
Para pasukan Israel telah membuat serbuan ke atas desa dan warga yang membuat provokasi dengan membaling batu terhadap mereka tetapi pihak tentera membalas dengan tembakan peluru getah. Sumber-sumber Palestin mengatakan bahawa tentera IOF ditahan sepuluh warga Palestin di wilayahTebing Barat di awal hari Selasa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Majoriti hospital di Gaza kurang bekalan ubat – WHO

Jumaat , 18/02/2011 – Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) cawangan Al-Quds menegaskan bawaha majoriti hospital di Gaza mengalami kekurangan bekalan ubat yang serius. Sejumlah 38% ubat-ubatan di Gaza sudah habis di awal tahun 2011 dan 40% mengalami kekurangan layanan kesihatan. Antara yang terjejas teruk ialah perubatan bagi pesakit kanser yang memerlukan kimoterapi.

Selain itu sakit yang memerlukan anti-biotik dan asma turut terkesan dengan masalah kekurangan ubat-ubatan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Israel melanggar perintah mahkamah di timur Baitulmuqaddis

Jumaat , 18/02/2011 – Mahkamah Israel tidak mampu menghalang jentolak-jentolak Israel yang mara pada Selasa ke estet milik keluarga Abu Taa’ah di daerah Sheikh Jarrah, timur Baitulmuqaddis.

PBB telah menyediakan timur Baitulmuqaddis untuk warga Palestin dan menganggap penempatan Yahudi di tempat tersebut sebagai tidak sah.

“Apabila saya tiba di kawasan kediaman, saya terkejut melihat kenderaan-kenderaan Israel sedang menggali tanah dan memindahkannya ke trak-trak besar,” kata pemiliknya Nasser Khalil Abu Taa’ah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Jihad Islam: PA pampasan bagi kehidupan penduduk menganugerahkan legitimasi ke Israel

Jumaat , 18/02/2011 – Pegawai senior Jihad Islam, Khadir Habib menjelaskan keputusan mahkamah Palestin untuk membayar ganti rugi atas kematian dua penduduk Yahudi sebagai “tikaman dari belakang perjuangan dan pembebasan kebangsaan” yang dilancarkan oleh Palestin bagi mempertahankan kehidupan dan tanah mereka.
PA telah menyelesaikan perkara itu di mahkamah untuk memberi pampasan kepada keluarga dua penduduk Yahudi yang terbunuh dalam operasi kumpulan pejuang.

Langkah itu muncul ketika PA mengalami masalah berikutan kehilangan populariti selepas dokumen yang bocor mendedahkan mereka menawarkan konsesi bagi entiti menduduki Israel pada jumlah yang belum pernah berlaku sebelumnya ke atas tanah dan hak bagi pihak pelarian Palestin .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Jangkaan Israel: 2011 Tahun Perubahan Besar Politik

Jumaat , 18/02/2011 – Badan perisikan militan Israel mejangkakan bahawa tahun 2011 akan menjadi tahun perubahan besar politik dan keamanan di kawasan Timur Tengah. Ini tahun strategi; dimana akan terjadi sejumlah perubahan strategi dramatik di kawasan yang mencapai fasa kematangan sebelum berakhir, tegas sumber keamanan di Tel Aviv.

Menurut jangkaan mereka, tahun 2011, pihak otoriti Palestin akan mengalami perubahan besar dan tidak akan berani mengumumkan pendirian negara Palestin secara sepihak pada September depan, namun akan banyak negara dunia yang mengiktiraf negara Palestin jajahan tahun 1967.

Badan perisikan Israel menilai revolusi Mesir akan mempengaruhi bentuk otoriti Palestin dan sikapnya dalam berinteraksi dengan Israel. Dijangkakan akan dilakukan pandangan semula dalam hubungan keamanan antara pihak otoriti Palestin dan Israel.

sumber : COMES
penterjemah : osman