Categories
Berita Semasa

Khalil al-Hayyah: Israel Diberi Tempoh 2 Bulan Laksanakan Kesepakatan

Jumaat , 04-09-2020 –  Anggota biro politik Hamas Khalil al-Hayyah menegaskan, Hamas menyetujui gencatan senjata dengan Qatar sebagai moderator. Beliau memberikan tempoh 2 bulan kepada penjajah untuk menyetujui kesepakatan dengan tuntutan strategik menamatkan sekatan.

Dalam wawancara dengan tv al-Aqsha, al-Hayyah mengatakan dialog semalam merupakan usaha pengukuhan kesepakatan sebelumnya. Tuntutan kami sangat jelas, iaitu komitmen penjajah terhadap kesepakatan sebelumnya tanpa penundaan dan memenuhi keperluan warga yang sedang dilanda wabak, terutama keperluan makanan. 

Al-Hayyah menjelaskan penyebab kesukaran perundingan adalah perbezaan berkait waktu yang diberikan kepada penjajah untuk melaksanakan sejumlah projek tersebut.

Disebutkan bahawa kebiasaan penjajah adalah menunda penerapan kesepakatan, terutama berkaitan dengan jumlah dana yang diizinkan masuk untuk melaksanakan sejumlah projek kemanusiaan. 

Menurut al-Hayyah, wabak corona menjadi sebab penangguhan.Kami sibuk menangangi virus dan tidak mahu membebani warga dengan konflik melawan penjajah serta masuk dalam pusaran konflik baru.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Zionis Kenakan Perintah Berkurung di Kisan, Bethlehem

Jumaat , 04-09-2020 –  Rejim Zionis pada hari Isnin lalu telah mengenakan perintah berkurung di perkampungan Kisan di Bethlehem timur dan menyerang penduduk tempatan.

Timbalan ketua kampung Ahmed Ghazal mengatakan bahawa sejumlah besar tentera Israel telah menyerbu Kisan, berpecah-pecah di seluruh pelusuk jalan dan mengumumkan perintah berkurung melalui pembesar suara.

Ghazal menambah bahawa anggota tentera telah menghalang penduduk tempatan di jalan-jalan kampung, dan menahan mereka selama berjam-jam serta menyerang mereka secara fizikal.

Dia menegaskan bahawa orang awam dan harta benda mereka di Kisan sering terdedah kepada pencerobohan dan tindakan agresif oleh peneroka haram dan tentera Yahudi.

Baru-baru ini, segerombolan peneroka haram telah menganjurkan perarakan bersifat provokatif di dalam kampung. Anggota tentera juga telah menyerang gembala tempatan dan menghalang mereka daripada menghampiri jalan berhampiran kampung mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Jihad Islami: UAE benarkan Israel memasuki wilayah Arab

Rabu , 2-9-2020 –  Gerakan Jihad Islami menyatakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bertanggungjawab sepenuhnya kerana membenarkan rejim Israel memasuki wilayah Arab dan negara Islam.

Dalam kenyataan akhbar pada Selasa, ahli kanan Jihad Islami Khader Habib memberi amaran tentang cita-cita Zio-Amerika di wilayah itu, dan menyifatkan Israel seabagai wakil utama AS dan projek koloni besar-besaran yang menyasarkan wilayah Arab dan Islam.

Habib menyatakan yang tindakan AS di wilayah itu sekarang bertujuan membuatkan negara-negara Arab lain menormalisasikan hubungan dengan rejim dan membuat perjanjian yang akan mengancam wilayah Arab dan Islam.

sumber : http://english.palinfo.com 
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

PPS: Penahanan Tareq Rajabi Sebabkan Keadaan Kesihatan Merosot

Rabu , 02-09-2020 –  Persatuan Tawanan Palestin (PPS) mengatakan bahawa keadaan kesihatan tahanan Palestin Tareq al-Rajabi, dari bandar al-Khalil, adalah semakin merosot berikutan penahanannya baru-baru ini.

Menurut PPS, baru-baru ini tahanan Rajabi telah menderita masalah teruk di kelenjar pituitari, tetapi keperluannya untuk rawatan perubatan yang teratur dan tepat telah terganggu ketika pasukan rejim Zionis menahannya enam hari lalu.

PPS menegaskan bahawa walaupun keadaan kesihatan Rajabi yang kritikal, pihak Israel tetap menahannya di bahagian transit penjara Ofer, di mana kes COVID-19 telah muncul di kalangan tahanan akhir-akhir ini.

PPS telah meminta pembebasan segera Rajabi serta semua tahanan yang menhidapi masalah kesihatan yang kronik dan serius, terutamanya setelah sebilangan tahanan diuji positif koronavirus di dalam penjara Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Pesawat Israel Tiba di UEA Dari Tel Aviv Melalui Ruang Udara Saudi

Rabu , 02-09-2020 –  Sebuah pesawat Israel pagi ini (31/8) mendarat di Abu Dhabi setelah berlepas dari lapangan terbang Ben Gurion Israel melalui ruang udara Arab Saudi, dalam penerbangan awam untuk pertama kalinya setelah kedua belah pihak sepakat melakukan normalisasi.

Penerbangan (LY 971) ini membawa delegasi rasmi Israel dan tokoh Amerika, termasuk Jared Kushner, penasihat Presiden AS Donald Trump.

Pada 13 Ogos lalu, telah diumumkan kesepakatan untuk melakukan normalisasi penuh antara Israel dan UEA.

Delegasi Israel-Amerika di Abu Dhabi mengatakan mereka fokus untuk memajukan kerja sama di beberapa bidang antara kedua negara, seperti diungkapkan pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu Selasa lalu.

Pesawat yang bernama “Kiryat Gat” sebuah nama penempatan Israel di atas runtuhan kota Irak Al-Manshiyya setelah serangan Zionis Israel dalam tempoh  Nakba 1948 sepanjang 23 kilometer dari Gaza.

Sementara itu, Gerakan Perlawanan Islam Hamas mengatakan, para pemimpin Abu Dhabi bersikap keras melanjutkan dosa normalisasi dengan menandatangani perjanjian yang memalukan bersama entiti Zionis. 

Dalam sebuah pernyataan yang dia terima, Pusat Informasi Palestina Isnin malam (31/8), pejabat Hamas mengatakan, penerbangan ini terjadi sehubungan dengan penerusan kejahatan Zionis yang mensasarkan kota Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa untuk menguatkan penempatan Zionis dan pencurian tanah yang mereka lakukan dalam rancangan rampasan dan pemindahan serta pengetatan sekatan yang tidak adil, disamping pergerakan militan yang berpanjangan di Semenanjung Gaza.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Gaza : Seorang maut, 8 positif COVID-19.

Selasa , 01-09-2020 –  Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza telah melaporkan satu kematian berkaitan COVID-19 (coronavirus) dan lapan kes positif baru.

Dalam kenyataan akhbar pada Rabu, kementerian kesihatan menyatakan mangsa baru, lelaki berusia 61 tahun berada dalam keadaan kritikal dan meninggal ketika dipindahkan dari Hospital Indonesia ke Hospital Eropah Gaza.

Berkenaan kes baru COVID-19 cases, lapan warga dari kem pelarian al-Maghazi di Gaza Tengah didapati positif manakala satu kes dikesan oleh para doktor di Hospital Indonesia.

sumber : http://english.palinfo.com 
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Hubungan sedang dilakukan untuk membantu Gaza mendepani cabaran

Selasa , 01-09-2020 –  Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya telah menegaskan bahawa terdapat hubungan dengan pelbagai pihak dan organisasi yang sedang dilakukan untuk membantu rakyat Palestin di Gaza menghadapi cabaran, menjadikan negara penjajah Israel sepenuhnya bertanggungjawab atas situasi mengerikan di sana.

“Mengingat keadaan dan perkembangan semasa, kepimpinan Gerakan berhubung dengan banyak pihak, terutama saudara mara di Mesir, Qatar, PBB dan Turki,” kata Haneyya.

Beliau mengatakan bahawa hubungan seperti itu bertujuan untuk mengumpulkan sokongan untuk rakyat di Gaza dan memperkuat keteguhan mereka dalam menghadapi cabaran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Hamas: Pidato Mladinov Ubah Penjajah Israel Menjadi Mangsa

Selasa , 01-09-2020 –  Hamas mengecam pidato kordinator proses perdamaian di Timur Tengah, Mladinov, di depan Dewan Keamanan PBB yang melayan kepentingan penjajah Israel dan menampilkannya sebagai mangsa.

Anggota biro hubungan antarabangsa Hamas, Basim Naim menyatakan, “Kami dikejutkan dengan pidato negatif tuan Mladinov, kordinator proses perdamaian di Timur Tangah di hadapan sidang Dewan Keamanan PBB berkaitan keadaan terkini di wilayah Palestin secara umum dan Gaza secara khususnya.

Beliau menampilkan realiti yang melayani naratif penjajah Israel dan mengubahnya dari pihak yang zalim dan pelaku keji menjadi mangsa serta mengabaikan kenyataan yang tidak mungkin tokoh seperti beliau melakukannya.”

Dalam keterangan akhbar Naim menyebutkan, Gaza merupakan kawasan terjajah menurut undang-undang antarabangsa, dan Israel merupakan pihak yang melakukan penjajahan serta bertanggung jawab menurut undang-undang antarabangsa berkait kehidupan warga awam di kawasan ini, dan memenuhi semua keperluan hidup mereka.

Menurut Naim, sebab krisis kemanusiaan di Gaza adalah penjajahan Israel yang terus berlanjut lebih dari 5 dekad dan sekatan ketat yang dilakukan Israel lebih dari 14 tahun telah mengubah Gaza menjadi penjara besar. Israel berusaha menghapuskan kewujudan Hamas yang telah dipilih majoriti bangsa Palestin.

Semua bentuk perjuangan yang dilakukan bangsa Palestin merupakan hak yang diakui dan dijamin undang-undang antarabangsa.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Zionis Culik Warga Palestin Dalam Kempen di Tebing Barat

Selasa , 01-09-2020 –  Rejim Zionis pada waktu subuh dan malam hari Khamis telah menculik beberapa warga Palestin semasa serbuan di kawasan kediaman di beberapa tempat  yang berlainan di Tebing Barat.

Rejim Zionis pada waktu subuh dan malam hari Khamis telah menculik beberapa warga Palestin semasa serbuan di kawasan kediaman di beberapa tempat  yang berlainan di Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, rejim Zionis telah menyerbu Rujeib di Nablus dan menyerbu kediaman Khalil Duweikat, warga Palestin yang terlibat dalam kejadian tikaman maut di persimpangan jalan di luar pinggir bandar Tel Aviv, Petah Tikva pada hari Rabu.

Sumber yang dipercayai mengatakan bahawa rejim Zionis telah menyoal siasat anggota keluarga Duweikat, merampas telefon bimbit mereka dan menanda rumah mereka sebagai persediaan untuk merobohkannya sebagai tindakan hukuman.

Di Bethlehem, rejim Zionis menyerbu kawasan kejiranan di bandar itu dan menculik seorang kanak-kanak berusia 17 tahun bernama Omar Abu Ammar dan seorang remaja yang cedera bernama Na’eim Abu Ahour.

Abu Ahour mengalami kecederaan akibat terkena peluru kira-kira seminggu yang lalu ketika seorang tentera Israel menembaknya dekat Masjid Bilal Ibn Rabah di pintu masuk utara ke Bethlehem.

Di al-Khalil, rejim Zionis menyerbu kem pelarian al-Fawwar dan menculik seorang warganegara yang dikenali sebagai Iyad Abu Hash’hash.

Rejim Zionis juga menceroboh dan menggeledah beberapa rumah semasa kempen di kem al-Fawwar dan bandar Yatta.

Di Ramallah, rejim Zionis menyerbu kota Qarawat Bani Zeid dan Beit Liqya dan menculik dua warga dari rumah mereka.

Seorang warganegara lain juga turut diculik dari rumahnya semasa kempen Zionis di bandar Jinsafut, timur Qalqilya.

Rejim Zionis juga menyerbu beberapa kawasan lain di Tebing Barat, tanpa membuat sebarang tangkapan. Pertembungan dilaporkan berlaku antara belia tempatan dan tentera Israel di beberapa kawasan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Pelampau Yahudi serang rakyat Palestin di Tel Rumeida

Jumaat , 28-08-2020 –  Sekumpulan pelampau Yahudi pada petang ahad yang lalu menyerbu kawasan Tel RUmedia di Kota al-Khalil di Tebing Barat dan menyerang penduduk Palestin di sana.

Saksi mengatakan bahawa sejumlah pelampau yahudi yang dikawal oleh tentera lengkap bersenjata telah menyerang warga Palestin di Tel Rumeida.
Namun bagaimanapun, kumpulan tersebut terpaksa berhadapan dengan penduduk tempatan yang akhirnya memaksa mereka berundur. Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan tersebut.

Tel Rumeida adalah petempatan bagi 210 keluarga Palestin (kira-kira 1050 orang warga Palestin) yang acap kali di ganggu dan diserang oleh kumpulan pelampau Israel yang berhasrat menghalau warga Palestin di kawasan tersebut dan seterusnya menubuhkan kawasan kejiranan Yahudi yang baru di al-Khalil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Tentera laut Israel menyerang nelayan dekat pelabuhan Gaza

Jumaat , 28-08-2020 –  Tentera laut rejim pada Ahad menyerang nelayan Palestin dan bot mereka ketika mereka berada kurang daripada satu batu nautika di barat perairan pelabuhan Gaza.

Penyelaras kesatuan nelayan Gaza Zakariya Bakr berkata, bot bersenjata Israel mempertingkatkan keganasan mereka akhir-akhir ini ke atas bot nelayan dan melancarkan serangan ke atas mereka di sekitar kurang satu batu nautika. Sebelum ini para nelayan diserang sekitar tiga batu nautika.

Bakr berkata, kepungan Israel ke atas laut Gaza yang berterusan untuk hari ketujuh telah menjejaskan pendapatan para nelayan dan menambah kesukaran keluarga mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Akhbar Ibrani: Israel Akan Tetap Jadi Tanaman Asing di Timur Tengah

Jumaat , 28-08-2020 –  Surat khabar Ibrani Haaretz menegaskan, kebijakan Israel ‘Devide et Impera’ (politik pecah perintah) yang diterapkan pemerintah Israel di Timur Tengah akan menumbuhkan “tanaman asing” (virus berbahaya) di kawasan tersebut.

Surat khabar Ibrani menyatakan “tidak ada jalan keluar dari kenyataan ini, setelah tujuh puluh tahun berlalu, Israel masih akan tetap dianggap sebagai tanaman asing di Timur Tengah. 

Israel telah memanfaatkan konflik antara penduduk di kawasan tersebut untuk meningkatkan posisinya, seperti kolonialisme klasik atau lebih tepatnya merupakan cabang kolonialisme di dalam lautan.

Dia menekankan, apa yang disebut sebagai normalisasi antara Israel dan Emirates yang ditaja Amerika, seolah-olah ada yang hilang dari Timur Tengah sekarang.

Mereka yang tenggelam dalam konflik dalaman dan Israel dengan senang hati ikut dalam pusaran ini.”

Surat khabar itu memperingatkan, hubungan militan yang dihasilkan dari perjanjian normalisasi dengan Emirates dapat meningkatkan persenjataan berbahaya, bahkan senjata berbahaya seperti F-35 akan menjadi sebahagian dari permainan. 

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel serangan Khan Yunis awal pagi.

Jumaat , 28-08-2020 –  Pesawat tempur dan kereta kebal rejim Israel yang berpangkalan di sempadan timur membedil tiga sasaran di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza, subuh Isnin semalam.

Kata sumber tempatan kepada wartawan Palestinian Information Center (PIC), jet pejuang rejim membedil dua peluru berpandu ke sasaran tanah pertanian di timur Bandar Khan Yunis.

Sementara itu, kereta kebal dari pagar sempadan pula telah melancarkan tembakan ke arah dua pos pejuang Palestin yang terletak di utara dan selatan Khan Yunis.

Tiada kecederaan yang dilaporkan dalam serangan tersebut. Bagaimana pun bangunan dan rumah kediaman berhampiran sasaran rosak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Peneroka Haram Yahudi Cemar Masjid al-Aqsa

Jumaat , 28-08-2020 –  Berpuluh-puluh peneroka haram Yahudi pada hari Isnin lalu telah menyerbu Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis dengan diiringi kawalan ketat pihak polis.

Majlis Awqaf Islam mengatakan bahawa 111 orang peneroka haram Israel telah masuk ke Masjid al-Aqsa dan berkeliaran di halamannya sambil disertai oleh pasukan polis.

Para peneroka haram tersebut telah menghabiskan sebahagian besar masa lawatan mereka di kawasan timur Masjid di mana mereka melakukan upacara Talmud.

Sementara itu, jemaah Palestin telah disekat dari memasuki kawasan laman tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Erdoğan: Turki akan sentiasa menyokong Palestin

Selasa , 25-08-2020 –  Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan dalam satu panggilan telefon dengan Presiden pihak berkuasa Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menytakan yang Turki akan sentiasa menyokong rakyat Palestin dan perjuangan mereka.

Menurut kenyataan oleh pejabat presiden Turki, Erdoğan dan Abbas membincangkan tentang hubungan dua hala dan perkembangan terkini di arena politik dalam perbualan telefon itu.

Abbas pula mengucapkan tahniah kepada Erdoğan dan Turki atas penemuan simpanan gas asli di Laut Hitam dan menyatakan kejayaan Turki adalah kejayaan Palestin juga.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati