Categories
Berita Semasa

Sekumpulan pendatang, polis Israel ceroboh masuk masjid Aqsa.

Selasa , 25-08-2020 –  Berpuluh-puluh pendatang haram Yahudi menceroboh masuk Masjidil Aqsa pada Ahad pagi dan berkeliaran di perkarangan masjid itu dengan diiringi anggota polis rejim.

Menurut Jabatan Waqaf Islam, sekumpulan kira-kira 55 orang pendatang memasuki masjid melalui pintu al-Maghariba di mana sebahagian dari mereka dilihat mendirikan sembahyang Yahudi sebelum meninggalkan halaman melalui pintu al-Silsila.

Anggota polis rejim mengawal bahagian timur masjid bagi melindungi pendatang dan menghalang jemaah muslim dari mendekati kawasan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Seorang rakyat Palestin cedera, yang lain diculik oleh IOF di Ramallah utara

Selasa , 25-08-2020 –  Seorang pemuda Palestin cedera pada subuh hari Ahad dan beberapa yang lain diculik setelah Regim Zionis Israel (IOF) menyerbu kem pelarian al-Jalazon di Ramallah utara, menyerang rumah dan bertembung dengan pemuda tempatan.

Menurut sumber tempatan, sebilangan besar tentera Israel menyerbu rumah dan menyoal siasat warga di kem Jalazon, yang menimbulkan konflik dengan pemuda tempatan.

Seorang pemuda berusia 20-an mengalami kecederaan peluru di pahanya dan dikejarkan ke hospital di Ramallah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera Laut Israel Serang Nelayan Berhampiran Pelaburan Gaza

Selasa, 25-8-2020 –  Pada hari Ahad lalu tentera laut rejim Zionis telah menyerang nelayan Palestin dan kapal mereka ketika mereka berada dalam jarak kurang dari sebatu nautika dari pantai barat pelabuhan Gaza.

Penyelaras kesatuan nelayan di Gaza, Zakariya Bakr mengatakan bahawa kapal perang Israel baru-baru ini telah meningkatkan pencerobohan mereka terhadap kapal nelayan dan melancarkan serangan ke atas mereka dalam lingkungan kurang dari satu batu nautika. Sebelum ini mereka sering menyerang mereka dalam lingkungan tiga batu nautika.

Bakr mengatakan bahawa penutupan laut Gaza oleh pihak Israel, yang telah berlanjutan untuk hari ketujuh berturut-turut, telah menjejas periuk nasi nelayan Gaza dan menambahkan penderitaan keluarga mereka.

Sebelum ketegangan terbaru di Gaza ini, tentera laut Israel juga sering menyerang dan mengganggu nelayan hampir setiap hari, tanpa apa-apa alasan.

Berdasarkan perjanjian Oslo 1993, nelayan Palestin diizinkan memancing dalam lingkungan 20 batu nautika dari pantai Gaza, tetapi semenjak itu Israel telah sedikit demi sedikit mengurangkan kawasan penangkapan ikan hingga ke lingkungan antara enam hingga tiga batu nautika.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Berpuluh-puluh Peneroka Haram Israel Masuk Masjil Al-Aqsa

Isnin , 24-08-2020 –  Puluhan peneroka haram Israel memasuki Masjid Al-Aqsa suci di Baitulmaqdis Yang Diduduki pada pagi Selasa lalu di bawah kawalan ketat polis Israel.

Kementerian Awkaf dan hal ehwal agama di Ramallah mengatakan bahawa 35 peneroka dan 8 pelajar telah memasuki kawasan suci Islam tersebut.

Ia juga memberitahu bahawa pihak berkuasa Israel yang mengawal apa yang disebut “Terowong Tembok Barat” telah memutuskan untuk membuka terowong untuk para peneroka yang memasuki Masjid Al-Aqsa buat pertama kalinya setelah lima bulan ditutup.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Polis rejim Israel menembak mati seorang pemuda Palestin di Baitulmuqaddis

Isnin , 24-08-2020 –  Seorang pemuda Palestin telah ditembak mati oleh polis rejim pada pagi Isnin dekat pintu Hitta, yang menuju ke Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis.

Laporan media Israel mendakwa yang pemuda Palestin itu telah ditembak setelah dia menikam dan mencederakan seorang pegawai polis rejim.

Saksi mata Palestin menyatakan as-syahid yang identitinya belum diketahui telah ditembak dan dibiarkan berdarah hingga mati dan petugas Bulan Sabit Merah Palestin yang berkejar ke tempat kejadian diarahkan untuk tidak mendekati dan turut dihalang memberikan bantuan pertolongan kecemasan kepada pemuda itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel tahan 12 penduduk Palestin dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Isnin , 24-08-2020 –  Rejim zionis Israel menahan 12 warga Palestin dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis termasuk ibu dan saudara lelaki seorang pemuda Palestin yang ditembak mati polis rejim malam  Isnin lalu.

Sumber tempatan berkata, anggota polis rejim telah menahan seramai 12 orang dari Baitulmaqdis, Nablus, Qalqilya, Bethlehem, Jenin dan Tubas.

Antara yang ditahan adalah ibu dan dua saudara lelaki almarhum Ashraf Halsa, 30 tahun yang terkorban ditembak polis rejim pada malam Isnin berdekatan Masjidil al-Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Abu Marzuq: Normalisasi Emirat Pengkhianatan Terhadap Palestin


Isnin , 24-08-2020 –  Tokoh Hamas Dr. Musa Abu Marzuq mengatakan, Hamas bersama semua pihak Palestin menolak keras kesepakatan damai Israel–Emirat, yang akan banyak membahayakan Palestin dan mengabsahkan Israel melanjutkan kejahatannya terhadap bangsa Palestin dan tempat suci umat Islam.

Dalam pernyataannya kepada Pusat Informasi Palestina, Abu Marzuq menegaskan bahawa normalisasi merupakan pengkhianatan terhadap pengorbanan bangsa Palestin, dunia Arab dan Islam serta pengkhianatan terhadap sejarah negara dan bangsa Emirat yang menjadikan isu Palestin sebagai prioriti mereka. kesepakatan ini tidak akan mengubah hakikat konflik dan hanya imbuhan percuma kepada penjajah Israel yang akan mendorong mereka makin berani melanjutkan kejahatannya terhadap hak bangsa Palestin.

Abu Marzuq menolak dalih bahawa hubungan Israel–Emirat merupakan sokongan kepada bangsa Palestin. Alasan seperti ini sangat lemah, “kami tidak menerima alasan menghentikan kejahatan aneksasi wilayah dengan membiarkan kejahatan lainnya dalam aksi normalisasi dengan Israel, alasan ini sangat tidak benar” katanya.

Tambahan pula Netanyahu terus mendeklarasikan pasca kesepakatan normalisasi dengan Emirat, bahawa rancangan aneksasi Tebing Barat masih berjalan dan kesepakatan ini tidak mengubah rancangan yang telah diatur dan dia mengulangi kenyataan tersebut di kesempatan lain, kerana aneksasi merupakan tindakan politik Israel yang tetap, mungkin menundanya untuk sementara waktu, untuk melanjutkannya di masa mendatang. 

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim menembak warga tua Palestin di laluan Qalandiya

Rabu , 19-08-2020 –  Seorang warga Palestin berusia 60 tahun telah ditembak oleh tentera rejim lalu cedera pada Isnin di pos pemeriksaan Qalandiya, satu laluan yang sibuk di antara Baitulmuqaddis dan utara Tebing Barat, beberapa jam setelah kejadian tembakan berasingan di Baitulmuqaddis.

Menurut laporan berita Israel, warga emas itu menuju pos pemeriksaan dengan berjalan kaki di lorong yang dikhususkan untuk kenderaan. Tentera rejim menembaknya di bahagian bawah bawah badan apabila dia tidak membalas panggilan agar berhenti. Mereka kemudian menyedari yang warga emas itu kurang upaya dan tidak boleh mendengar atau berkomunikasi.

Beliau dibawa ke hospital berdekatan untuk bantuan perubatan dan keadaannya dilaporkan sederhana.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Seorang cedera, lainnya ditahan rejim Israel.

Rabu , 19-08-2020 –  Seorang pemuda Palestin cedera ditembak tentera rejim Israel manakala  lainnya ramai yang ditangkap tentera rejim  di beberapa lokasi di Tebing Barat, pagi Isnin kelmarin.

Seorang pemuda Palestin cedera ditembak tentera rejim Israel manakala  lainnya ramai yang ditangkap tentera rejim  di beberapa lokasi di Tebing Barat, pagi Isnin kelmarin.

Menurut sumber tempatan, pemuda berumur 18 tahun itu cedera di kaki kanan selepas anggota tentera rejim melepaskan tembakan dari menara pemerhati berdekatan Masjid Bilal bin-Rabah, laluan masuk sebelah utara, bandar Bethlehem, malam Ahad. Mangsa telah segera dikejarkan ke hospital bandar tersebut.

Selain itu, anggota tentera Israel berpakaian biasa menahan seorang lelaki 28 tahun di Saddam Dar alHajj berdekatan Stadium Antarabangsa al-Khader di selatan Bethlehem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Delegasi Keselamatan Mesir Tiba di Gaza

Rabu, 18-8-2020 –  Delegasi keselamatan Mesir tiba di Semenanjung Gaza pada Isnin petang lalu melalui persimpangan Beit Hanoun (Erez).

Rombongan berkenaan akan bertemu dengan wakil Hamas dan puak-puak Palestin yang lain untuk perbincangan tergempar.

Kunjungan tersebut menyusuli ketegangan yang telah berlangsung selama seminggu di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza, termasuk serangan udara Israel setiap hari.

Tentera Israel mendakwa serangan ini adalah sebagai tindak balas terhadap belon api yang dilancarkan dari kawasan terkepung tersebut yang mensasar penempatan Israel berdekatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Sheikh Sabri: Normalisasi galak Israel bertindak lebih ganas lagi.

Selasa , 18-08-2020 –  Ketua Majlis Tertinggi Islam Baitulmaqdis, Sheikh Ekrima Sabri memberi amaran bahawa sebarang langkah diambil negara-negara Arab untuk menormalkan hubungan mereka dengan Israel akan hanya  mengalakkan  negara haram itu untuk melaksanakan rancangan dan melakukan keganasan berterusan terhadap rakyat Palestin.

“Kami tidak terkejut dengan perjanjian UAE dan Israel itu setelah hubungan dan saluran normalisasi telah pun berjalan selama 50 tahun,” kata beliau dalam satu persidangan secara atas talian yang diadakan di Palestin, Sabtu lepas.

Tegasnya lagi, Palestin perlu terus  kekal dengan pendirian yang ada dan rakyat Palestin tidak membenarkan sesiapa pun untuk mengkhianatinya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel menutup lautan Gaza sepenuhnya selepas serangan udara pada Subuh

Selasa , 18-08-2020 –  Tentera rejim Israel pada pagi Ahad menutup zon perikanan perairan Semenanjung Gaza berikutan pertelingkahan dan serangan udara merentasi sempadan bersama pemuda tempatan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat penyelaras aktiviti kerajaan, menteri perang Israel Benny Gantz mengarahkan penutupan lautan Gaza sehingga keadaan tenang di selatan.Tentera rejim telah menutup sempadan Gaza dan melancarkan gelombang serangan udara di perairan akhir-akhir ini sebagai tindak balas kepada serangan belon berapi di kawasan Israel. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

28 Titik Kebakaran Akibat Belon Api “Kepulangan” di Penempatan Israel

Selasa , 18-08-2020 – Terjadi 28 titik kebakaran di kawasan  penempatan Zionis, akibat belon api yang diterbangkan dari sempadan Gaza dalam rangka aksi kepulangan.

Surat khabar Ibrani “Haaretz” melaporkan, kebakaran terjadi di kawasan terpisah dari “serambi Gaza”.

Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz melanjutkan ancamannya atas tuduhan melepaskan belon api dari Gaza, dengan mengatakan, “Tentera Israel akan membalas dengan kekerasan sehingga ketenangan kembali ke selatan. Ia pura-pura tidak tahu bahawa sebab para pemuda Palestin melepaskan belon api ini kerana penundaan hasil kesefahaman Israel berkait sekatan yang mengepung Gaza.

Pada Mei 2018, pemuda Palestin mula menggunakan cara melepaskan belon api sebagai salah satu alat perlawanan yang menyertai aksi Return Marches (aksi kepulangan) yang dimulakan pada bulan Mac 2018 untuk menentang sekatan Israel.

Pelepasan belon ini dihentikan pada akhir Mac 2019 dengan tercapainya kesefahaman kemanusiaan oleh Mesir, PBB dan Qatar untuk meredakan pengepungan di Semenanjung Gaza, dengan imbalan menghentikan penggunaan alat-alat perang.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Serang & Tahan Belia Palestin di Baitulmaqdis

Selasa, 18-8-2020 –  Polis Israel pada hari Ahad lalu telah menyerang serta menahan secara kejam seorang pemuda Palestin di Kota Baitulmaqdis.

Sumber tempatan mengatakan bahawa tahanan berkenaan dipukul berulang kali sebelum diseret ke pusat soal siasat Israel di Kota Baitulmaqdis.

Tidak ada maklumat lebih lanjut mengenai identiti tahanan atau alasan di sebalik penangkapannya.

Pencerobohoan Israel terhadap penduduk Palestin di Baitulmaqdis semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini, termasuk penangkapan, larangan dari masuk ke kota, perobohan rumah, dan cukai yang tinggi.

Warga Palestin percaya bahawa mereka adalah sebahagian daripada dasar sistematik oleh Israel yang bertujuan memaksa mereka keluar dari Baitulmaqdis untuk mempertingkat usaha untuk mengyahudikan kota suci berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Puluhan peneroka Yahudi mencemari Masjid al-Aqsa

Selasa , 18-08-2020 –  Puluhan peneroka Yahudi, yang dipimpin oleh ekstremis Yehuda Glick, telah memecah masuk Masjid al-Aqsa di bawah pengawalan polis Israel.

Sumber tempatan mengatakan bahawa Glick memimpin kira-kira 100 peneroka Israel ketika mereka menyerbu masuk Masjid al-Aqsa dan mengotori halamannya pada pagi hari.

Pegawai polis Israel yang bersenjata berat menemani para peneroka semasa lawatan provokatif mereka itu di perkarangan masjid di mana mereka diberikan penerangan menganai “Temple Mount” di situ.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul