Jumaat, 15/08/2008 –Menteri ‘perang’ Israel, Ehud Barak telah mengumumkan kesediaan untuk membayar harga yang tinggi bagi pembebasan Gilad Shalit yang kini dalam tahanan kumpulan pembebasan Palestin.
Jumaat, 15/08/2008 –Menteri ‘perang’ Israel, Ehud Barak telah mengumumkan kesediaan untuk membayar harga yang tinggi bagi pembebasan Gilad Shalit yang kini dalam tahanan kumpulan pembebasan Palestin.
Jumaat, 15/08/2008 –Ahli Parlimen Mushir al-Masri, salah seorang pemimpin politik Hamas, Rabu lalu menyatakan bahawa terdapat suasana kurang keyakinan dan persefahaman antara kepimpinan Palestin dan Mesir kerana desakan baru-baru ini agar pintu sempadan Rafah ditutup.
Khamis, 14/08/2008 –Ihab Al-Ghussain, jurucakap Menteri Dalam Negeri Kerajaan Palestin, Isnin lalu menyatakan bahawa Mesir telah meningkatkan serangan ke atas terowong-terowong sepanjang sempadannya dengan Semenanjung Gaza disebabkan tekanan Amerika & Zionis.
Khamis, 14/08/2008 – Yayasan Dhameer untuk Hak-hak Asasi Manusia meletakkan Presiden Kerajaan Palestin, Mahmoud Abbas sebagai bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penerusan pertelingkahan dalam Palestin yang menambahkan penderitaan rakyatnya, mengatakan bahawa pada masa yang sama, Abbas tidak mengambil langkah yang diperlukan untuk membuka pintu sempadan Rafah.
Selasa, 12/08/2008 –Ismail Haneyya, PM kerajaan Palestin, Ahad lalu menegaskan bahawa kumpulan Palestin yang menahan tentera Israel, Gilat Shalit, tidak akan undur dalam tuntutan mereka bagi sebarang kemungkinan sekiranya Shalit mahu dibebaskan.
Selasa, 12/08/2008 –Serentak dengan operasi PA pihak keselamatan di sekitar jalanraya, askar-askar rejim Zionis telah melakukan berdozen serangan mendadak sepanjang siang dan malam di bandar Tulkarem sepanjang minggu lepas, di mana mereka menculik dan menyita serta mensabotaj harta persendirian warga Palestin.
Isnin, 11/08/2008 –Dr. Ahmed Bahar, Speaker Bertindak PLC telah merayu kepada Mesir untuk membuka terminal sempadan Rafah antara Semenanjung Gaza dan Mesir bagi menyelamatkan berdozen-dozen pesakit Palestin yang akan menghadapi kematian secara perlahan-lahan.
Isnin, 11/08/2008 –Pergerakan Hamas pada Ahad lalu mengulang pendirian mereka membantah perletakan tentera Arab atau tentera asing di Semenanjung Gaza atau di Tebing Barat walaupun untuk sebarang konteks.
Isnin, 11/08/2008 –Penganjur lawatan dari laut untuk memecahkan pengepungan Israel di Gaza Rabu lalu menekankan yang mereka tidak memaklumkan kepada rejim Zionis mengenai rancangan mereka kerana kapal-kapal mereka tidak mengharungi perairan Israel sambil menambah mereka bersedia menerima sebarang halangan yang mungkin menghalangi pelayaran itu.
Jumaat, 08/08/2008 – Pergerakan Hamas mengkritik hebat laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Hak-hak Asasi Manusia Palestin tentang situasi di Gaza, dan menyifatkannya sebagai berat sebelah dan tidak adil kerana ia hanya memfokuskan hal-hal kecil di Gaza, tetapi mengabaikan pengalaman pahit kader-kader Hamas di tebing Barat.
Jumaat, 08/08/2008 –Sumber Hebrew di bandar terjajah Al-Quds mencadangkan Khamis lalu bahawa janji Ehud Olmert terhadap Abbas bagi membebaskan tahanan Palestin adalah lebih kepada melengkapkan pertukaran tahanan dengan Hizbullah, berbanding isyarat baik buat Abbas.
Jumaat, 08/08/2008 –Pakar bedah jantung terkenal, Raed Al-Abdullah, menamatkan siri lawatannya ke Semenanjung Gaza, bahawa beliau telah memeriksa sejumlah 95 orang kanak-kanak Palestin yang mempunyai masalah jantung di beberapa buah hospital dan pusat kesihatan di semenanjung itu.
Jumaat, 08/08/2008 –Dr Ahmed Bahar, speaker sementara Majlis Perundangan Palestin, Rabu lalu menyuarakan sebuah inisiatif baru bagi dialog kebangsaan sebagai wakil Dr Aziz Dwaik yang ditahan oleh penjara penjajah Israel.
Rabu, 06/08/2008 –MP Jamal Al-Khudari, ketua jawatankuasa popular bagi pengepungan telah memberitahu BBC bahawa pelayaran kapal anti pengepungan yang datang dari Cyprus melalui perairan Palestin adalah merupakan hak Palestin dan tiada siapa pun berhak itu untuk menghalang kapal yang membawa keamananan itu.
Rabu, 06/08/2008 –Khaled Mishaal pengerusi biro politik Hamas akan bertemu dengan Presiden Sudan, Omar Al-Bashir untuk membincangkan krisis antara kerajaan Sudan dengan mahkamah jenayah antarabangsa dan perkembangan terkini Palestin.