Categories
Berita Semasa

Pasukan Rejim Zionis ceroboh Utara Gaza dan Ratakan Tanah

Isnin , 12/03/2012 – Pasukan pendudukan Israel (IOF)telah menceroboh utara Gaza pada hari Rabu dan menyekat laluan Beit Hanun (Erez) semasa operasi tersebut, ujar sumber-sumber tempatan. Mereka menyatakan kepada Quds Press bahawa tentera-tentera telah memasuki Gaza melalui laluan Beit Hanun (Erez) selepas menutup laluan tersebut. Seterusnya pasukan tersebut mara kira-kira 250 meter dalam kawasan Palestin.

Mereka berkata bahawa tentera telah meratakan timbunan pasir dan halangan dalam kawasan perindustrian tinggalan di situ, serta laluan tersebuta dibuka semula selepas pengunduran pasukan IOF.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

Askar Rejim Zionis menahan delegasi British di Al-Khalil

Isnin , 12/03/2012 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) menahan seorang delegasi British di roadblock berhampiran Tal Al-Rumaida di bandar Al-Khalil pada Rabu.

Sumber tempatan memberitahu PIC bahawa delegasi itu melawat Hana’a Abu Haikel dalam rumahnya. Delegasi datang dalam perpaduan dengan Hana’a dalam menghadapi serangan peneroka Yahudi diulangi di rumahnya dalam usaha untuk memaksa dia untuk meninggalkan tempat itu, kata mereka. Sumber-sumber menyatakan bahawa sebilangan peneroka telah mengganggu perwakilan, menghina mereka, dan membaling batu pada mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel tangguh perbicaraan pegawai Baitulmuqaddis yang telah diculik

Isnin , 12/03/2012 – Mahkamah utama Israel di Baitulmuqaddis tangguhkan perbicaraan ahli parlimen Mohammed Totah dan bekas menteri Khaled Abu Arafa hingga Mei depan. Peguam Fadi Al-Qawasme berkata, keputusan mahkamah pada Sabtu itu adalah reaksi daripada permohonan Israel untuk memohon memastikan bukti-bukti yang tidak memberi manfaat kepada mereka dirahsiakan.

Beliau berkata, pendakwaan itu akan membicarakan dan menyokong keputusan menteri perang Israel Ehud Barak untuk menghentikan pendedahan fail-fail rahsia yang boleh memberi ancaman kepada Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Mortar Israel Musnahkan Mimpi 2 Remaja Palestin

Isnin , 12/03/2012 – Kumpulan Pencari Fakta Palestin, Rabu (7/3) petang menegaskan bom yang meledak di daerah Sair di Hebron, wilayah selatan Tebing Barat, mengakibatkan dua orang remaja Palestin, Hamzah dan Zayid terkorban.

Hasil Kumpulan Pencari Fakta berkait peristiwa tersebut menyebutkan, terkorbannya dua remaja Zayid Jaradat (12) dan Hamzah Jaradat (13) serta mencederakan dua orang remaja dan seorang warga lainnya, adalah kerana ledakan mortar yang ditinggalkan pasukan penjajah Zionis Israel di daerah Sair di Hebron. Mortar tersebut berukuran 62 mm.

Sementara itu Pusat Penjejak Bom Palestin telah meminta entiti Zionis Israel agar menyerahkan peta kawasan bom yang bertebaran di beberapa wilayah di Tebing Barat, yang sering mengakibatkan terjadinya peristiwa ledakan yang menyebabkan korban dan kecederaan di kalangan warga Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rafah sedia terima bahan api dari Mesir

Isnin , 12/03/2012 – Jabatan tenaga dan sumber asli Gaza berkata ia sudah selesaikan prosedur teknikal untuk menerima bekalan bahan api melalui kawasan sempadan Rafah mengikut perjanjian yang ditandatangani sisi Mesir.

Jurucakap jabatan itu, Ahmed Abul Amrin berkata secara teknikal semua sudah bersedia untuk menerima bahan api diesel Mesir di Rafah dan pihak berkuasa sedang menunggu Mesir untuk memenuhi apa yang telah dipersetujui bersama.

Jurucakap itu, bagaimanapun, berkata pihak berkuasa Gaza tidak mempunyai sebarang idea apabila Mesir akan mula melaksanakan perjanjian itu dan menyediakan loji janakuasa Gaza dengan keperluan bahan api.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Perbicaraan Mahkamah Israel terhadap Ibu 3 Anak

Isnin , 12/03/2012 – Seorang wanita Palestin, Mufika Al-Qawasmi yang telah diculik baru-baru ini dari rumahnya di Al-Khalil, akan dibicarakan pada hari Isnin di Mahkamah Tentera Penjara Ofer, lapor keluarganya.

Keluarga beliau menyatakan bahawa pasukan Israel menculik Mufika dari rumahnya di kejiranan Al-Jura Ras di bandar Al-Khalil dua minggu lalu. Penculikan tersebut bertujuan untuk memberi tekanan kepada suaminya, Ihab Al-Qawasmi yang telah dipenjarakan beberapa hari sebelum itu supaya mengaku terhadap tuduhan ke atasnya.

Mufika merupakan seorang ibu kepada tiga anak itu, serta suaminya adalah saudara kepada dua pejuang Palestin yang menjalankan operasi komando di bandar Al-Khalil tujuh tahun lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

Peranti Kuasa Menangkap 5 Penyokong ‘Hamas” di Barat.

Isnin , 12/03/2012 – Perkhidmatan keselamatan terus menangkap ahli kempen di barat dan mensasarkan kepada penyokong gerakan penentangan islam ” Hamas” di tebing barat,menahan 5 daripada mereka di daerah Qalqilya,Hebron,Ramallah dan Betlehem termasuk wartawan tv Aqsa.

Di Ramallah ditangkap perisikan Ahmad Khateb,jurukamera tv Aqsa,selepas dipanggil untuk satu temubual.Jurukamera juga ditangkap selepas ruang yang terakhir adalah pertanyaan tentang kelebiahan Aqsa. Dalam daerah Qalqilya juga telah menahan seorang pencegah,dan semua editor Qassan Daud,dan menangkap 2 Mahdi Jaydi.Kedua-duanya merupakan peranti kuasa suatu masa dahulu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Israel melanjutkan tahanan pentadbiran terhadap Abu Tir

Isnin , 12/03/2012 – Sebuah mahkamah tentera Israel telah memperbaharui penahanan pentadbiran terhadap ahli parlimen Palestin, Mohamed Abu Tir, yang telah dibuang negeri secara paksa dari kampung halamannya, Baitulmaqdis ke bandar Ramallah pada Isnin lepas.

Kesatuan Perubahan dan Reformasi Parlimen Hamas berkata ini merupakan kali kedua Mahkamah Tentera Oenjara Ofer telah melanjutkan penahanan Abu Tir selama enam bulan. Rejim Pendudukan Israel membuang Abu Tir, 60, ke Ramallah pada bulan Disember 2010 selepas merampas kad pengenalan Baitulmaqdisnya hanya kerana beliau mewakili Hamas di Majlis Perundangan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

Program AS untuk membersihkan imej negara haram Israel bertukar menjadi protes

Isnin , 12/03/2012 – Satu symposium pelajar Yahudi, yang diadakan di salah sebuah universiti di AS baru-baru ini yang bertujuan membaiki imej negara haram Israel yang tercalar, tiba-tiba bertukar menjadi demonstrasi yang menyatakan sokongan terhadap penduduk Palestin dan ‘penjara terbuka’ Gaza.

Menurut akhbar Jerusalem Post keluaran Isnin lalu, sebuah kumpulan pelajar Yahudi yang menggelar diri mereka “berdiri bersama kami” dari Universiti Davis, California, telah menjemput 2 orang tokoh Zionis, salah-seorangnya merupakan seorang tentera rejim Zionis manakala seorang lagi adalah wanita Druze. Kedua-duanya dijadualkan memberi ucapan menyokong negara haram Israel dan polisi-polisinya. Tetapi kedua-duanya telah diganggu oleh para hadirin dan lebih daripada 40 orang hadirin mula meninggalkan dewan.

Lebih dari separuh hadirin melaungkan slogan menentang rejim Zionis manakala sebahagian daripada mereka melayangkan bendera Palestin. Para hadirin melaungkan soalan seperti “Berapa ramai wanita telah kamu rogol?” dan “Berapa ramai kanak-kanak telah kamu bunuh?” dengan jeritan yang kuat, merujuk kepada kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis ke atas penduduk Palestin. Para peserta turut menuntut sekatan ke atas Gaza ditamatkan dan menghukum penjenayah Perang Israel. Slogan-slogan itu dilaungkan selama kira-kira 15 minit.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Minggu aparteid Israel bermula di Afrika Selatan

Isnin , 12/03/2012 – Minggu rejim apartheid Israel di Palestin telah dilancarkan di lebih daripada 13 bandar raya Afrika Selatan dalam konteks aktiviti-aktiviti global dan peristiwa yang berlaku telah diadakan 90 bandar di seluruh dunia.

Acara-acara ini termasuk seminar universiti, kuliah, filem dokumentari, galeri foto dan banyak aktiviti lain mengenai sistem aparteid yang diamalkan oleh Israel. Banyak tokoh-tokoh terkemuka antarabangsa dan tempatan serta Palestin mengambil bahagian dalam acara-acara anti-apartheid ini di seluruh Afrika Selatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Israel Ancam 2 Bekas Tawanan Ditangkap Semula

Isnin , 12/03/2012 – Tentera Israel menyerbu dua rumah bekas tawanan Palestin yang baru dibebaskan dalam transaksi pertukaran tawanan antara Hamas dan Zionis.

Sumber tempatan menyebut bahawa, tentera Zionis menyerbu dua rumah milik Ahmad Walid Surur (23 tahun) dan Muhammad Faiz Namer (24 tahun) di wilayah Sibat, Jenin. Seorang komandan militan memanggil dua bekas tawanan tersebut dan mengancam akan menangkapnya semula, jika didapati mereka aktif dalam kegiatan politik.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Mahasiswa al Azhar untuk solidariti al-Aqsa

Isnin , 12/03/2012 – Seramai lebih kurang 5000 mahasiswa Ikhwanul Muslimin di Universiti al Azhar telah mengadakan demo bagi mengecam sikap Zionis yang sedaya upaya menghancurkan masjid al Aqsa dan mengusir rakyat Palestin. Demo yang diadakan selepas Zohor itu menyeru seluruh masyarakat dunia membebaskan masjid al-Aqsa. Mereka turut mengecam pemimpin Arab khususnya yang berdiam diri.

Mereka turut menggesa agar kedutaan Zionis ditutup, memboikot barangan Zionis dan sekutunya dan menyeru agar mengambil serius dengan penuh keimanan isu Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Pasukan Zionis Melancarkan Serangan Ke Utara Gaza.

Isnin , 12/03/2012 – Tentera pasukan Zionis menembusi utara Gaza,telah diratakan .dan ditutup Beit Hanoun ‘Erez” untuk tempoh tertentu.

Melalui pusat maklumat Palestin,pasukan Zionis keluar pada pagi Rabu di Beit Hanoun “Erez’ dan menembusi kira-kira 200 meter dalam wilayah rakyat Palestin dan pergi ke kawasan perindustrian,berhampiran persimpangan. Beliau menambah bahawa tentera menutup semasa pencerobohan Beit Hanoun dan menghalang penumpang dari perjalanan melaluinya,dan kemudian membuka semula selepas penccerobohan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Hamas Ahli Parlimen meminta campur tangan antarabangsa memihak kepada tahanan Palestin

Khamis, 08-03-2012 – Ahli Parlimen Hamas di Tebing Barat telah mengambil bahagian dalam satu perhimpunan di hadapan pejabat Palang Merah di El-Bireh bandar menuntut perpaduan dengan tahanan Palestin di penjara Israel terutamanya pemogok lapar Hana’a Shalabi.

Mereka menuntut lebih banyak tindakan politik pada peringkat antarabangsa untuk menuntut tekanan yang besar kepada Israel untuk membebaskan semua tahanan Palestin terutamanya wanita dan tahanan pentadbiran, yang ditahan tanpa perbicaraan atau caj.

Penggubal undang-undang menggariskan bahawa dasar tahanan pentadbiran Israel adalah salah di sisi undang-undang kerana ia adalah berdasarkan fail rahsia yang dibentangkan di dalam ringkasan daripada ujian biasa, menuntut bahawa semua mahkamah Israel adalah salah di sisi undang-undang kerana mereka mengikut peraturan-peraturan penjajahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

2 kanak-kanak meninggal dalam letupan

Khamis, 08-03-2012 – Dua kanak-kanak Palestin terbunuh dan tiga lagi cedera dalam letupan senjata yang ditinggalkan oleh tentera Israel dekat kampung Sa’eer di Al-Khalil.

Nasser Qabaja, ketua bahagian kecemasan dan ambulans di wilayah itu memberitahu Akhbar Quds bahawa dua kanak-kanak berusia 12 tahun terbunuh di dalam kejadian itu. Beliau berkata, Persatuan Bulan Sabit Palestin membawa mangsa ke hospital kerajaan Al-Khalil, dan memaklumkan bahawa keadaan mereka yang cedera adalah stabil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati