Selamatkan Rakyat Gaza !

Berikut Adalah Surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia. Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia. Saya telah diminta untuk menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap isu Palestin. Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti rakyat Malaysia.Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat ini kepada para pembaca bahasa Melayu yang alin demi menyemarakkan usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan Rejim ZIonis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat.

Jom Selamatkan Gaza !


Selamatkan Gaza! Ratusan ribu rakyat Palestin berada di ambang kebuluran manakala kanak-kanak, wanita, orang-orang tua, pesakit-pesakit serta ribuan yang lain turut berada di kemuncak krisis kemanusiaan di Gaza. Situasi yang amat kritikal yang sedang berlaku di Gaza ini adalah kerana konspirasi jahat yang dilakukan oleh Yahudi Zionis dengan alasan untuk menjatuhkan HAMAS daripada memerintah Gaza semenjak awal tahun 2006.

Bilangan Syuhada Meningkat Kepada Lima.


Selasa, 19/02/08 –Bilangan syuhada di Rafah meningkat kepada 5 orang selepas helikopter Israel membedil kumpulan pejuang yang bertempur dengan tentera Israel di sempadan Rafah.

Israel Gunakan Bom Penghancur Jenis Baru di Al-Buraij.


Isnin, 18/02/08 –Sumber Keselamatan Palestin di Gaza menyebutkan, pesawat-pesawat tempur Israel
dalam operasinya Jumaat (15/2) menggunakan bom jenis baru yang mampu merosakkan
fungsi tubuh dan menghancurkan segala yang terkena percikannya.

PA Bergabung Dengan Israel Untuk Tumbangkan Hamas ?


Isnin, 18/02/08 –Berikutan pengakuan mereka yang terlibat dalam cubaan membunuh Perdana Menteri kerajaan sementara, Ismail Haneyya Ahad lalu, Pergerakan Hamas berkata ia telah membayangkan “mentaliti berdarah” perancang-perancang di Ramallah.

Rakyat Palestin Sedang Ditakutkan.


Isnin, 18/02/08 –
Untuk tiga hari berturut-turut, beratus-beratus askar dan ejen-ejen agensi keselamatan Israel Shin Bet sedang menakutkan bandar kecil Palestin yang mempunyai 10,000 penduduk dan terletak hanya beberapa kilometer ke utara Hebron di selatan Tebing Barat.

Perang Israel-Hizbullah: Siri Ke-3 ?


Isnin, 18/02/08 –
Kompleks ‘Sayyid al-Syuhada’ di bahagian selatan Lubnan telah dibanjiri para penyokong Hizbullah pada 14 Februari 2008. Sewaktu koalisi 14 Mac sedang mengadakan perhimpunan memperingati tiga tahun kematian mantan PM Lubnan, Rafiq al-Hariri, para penyokong Hizbullah pula sedang meratapi pengkebumian pakar pemimpin kanan Hizbullah, Imad al-Mughniyyah yang telah mati terbunuh di dalam satu letupan bom di Syria. Pelbagai pihak menunding jari ke arah Mossad, agen perisikan rejim Zionis Israel sebagai dalang utama letupan tersebut. Mossad yang terkenal dengan operasi pembunuhan para pejuang Palestin dan Lubnan di luar negara, walau bagaimanapun menafikan penglibatan mereka.

Nyawa Pervez lebih berharga dari Gaza.


Jumaat, 15/02/08 –Semenjak awal bulan Februari 2008, akhbar The Independent di Uk telah menjadikan isu Sayed Pervez Kambash sebagai isu utamanya. Jika tidak kerana kehangatan isu Dr Rowan Williams, ketua biskup yang telah menggoncangkan seluruh UK, sudah pasti gambar Pervez akan sentiasa menghiasi kulit depan akhbar tersebut. Apakah istimewanya Pervez?

Hamas: Tidak Ada yang Lebih Mahal dari al Quds dan Palestin.


Jumaat, 15/02/08 – Gerakan Hamas menegaskan usaha terancang dan berterusan Zionis Israel untuk melakukan proses yahudinisasi di al Quds melalui pelbagai cara, mulai dari
penggusiran dan perampasan tanah, pembangunan penempatan baru, menerapkan kawalan ketat di bandar dan penggalian terowong serta banyak tindakan jahat lainnya, tidak akan banyak merubah realiti (al Quds).

Abu Zuhri: Usaha Jatuhkan Hamas, Perang Israel Bermotif Politik


Rabu, 13/02/08 –Gerakan Hamas menegaskan, pernyataan wakil PM Israel Hayeem Ramon yang berusaha menjatuhkan pemerintah Hamas di Semenanjung Gaza membuktikan bahawa perang yang dilakukan penjajah ini bermotif politik dan bukan keamanan.

10,000 Unit Penempatan Lagi di Baitul Muqqadis ?


Rabu, 13/02/08 –Datuk Bandar Jerusalem, Uri Lupolianski mengumumkan bahawa beliau akan meneruskan rancangan untuk membangunkan 10,000 unit penempatan baru di pelbagai daerah di timur Baitulmuqaddis dengan tujuan membawa lebih ramai warga Yahudi tinggal di bandar tersebut.

Delegasi Bahrain Akhirnya Keluar Dari Gaza.


Selasa, 12/02/08 –Pihak berkuasa Mesir Isnin lalu telah membenarkan delegasi Bahrain yang diketuai oleh MP Nasser Al-Fadala untuk meninggalkan Gaza melalui lintasan Rafah setelah seminggu terkandas di sana, menurut sumber penduduk Palestin.

Hamas – Israel akan di hukum jika mengancam pemimpin Hamas.


Selasa, 12/02/08 –Pergerakan Hamas telah menyuarakan dengan jelas kepada Israel bahawa serangan balas akan di lakukan dengan apa cara sekalipun jika terdapat cubaan untuk membunuh pemimpin-pemimpin Hamas Hamas juga memberi amaran kepada Israel bahawa Israel akan mendapat pembalasan yang setimpal di atas kebiadaban mereka itu

Kabinet Zionis Putuskan untuk Bunuh Para Pemimpin Hamas .


Isnin, 11/02/08 –Sidang mingguan kabinet Zionis ‘Israel’, Ahad (10/2) memutuskan untuk membunuh para pemimpin tertinggi politik Hamas, sama ada yang berada di dalam
Palestin mahupun di luar. Keputusan ini seiring dengan peningkatan serangan pembunuhan terhadap pemimpin dan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza.

Hamas Tegaskan Komitmennya Meneruskan Aksi Syahid.


Isnin, 11/02/08 –Gerakan Hamas menegaskan komitmennya pada pilihan jihad dan perjuangan menentang penjajahan walaupun hak-hak Palestin sentiasa diketepikan. Termasuk
perlawanan dan jihad itu adalah pengebom berani mati atau ‘aksi syahid’ menyerang sasaran-sasaran Zionis ‘Israel’ di dalam wilayah Palestin terjajah tahun 1948.