Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis keluarkan 40 perintah perobohan ke atas kemudahan pertanian

Isnin, 08-08-2022 – Pihak berkuasa pencerobohan Israel (IOA) pada hari Khamis mengeluarkan berpuluh-puluh perintah perobohan terhadap kemudahan pertanian di bandar Nablus, Tebing Barat.

Datuk Bandar Qusra, Hani Odeh, berkata bahawa IOA menyampaikan 40 notis perobohan terhadap kemudahan pertanian baharu selepas menyerbu bandar Qusra, selatan Nablus, menurut agensi berita Safa.

“Kemudahan itu dibina baru-baru ini sebagai sebahagian daripada projek tebus guna tanah pertanian untuk melindungi tanah daripada perluasan penempatan,” kata datuk bandar Odeh, sambil menambah bahawa Israel masih menafikan bekalan elektrik ke kawasan itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan


Categories
Berita Semasa

Lebih 500 Peneroka Cemari Masjid Al-Aqsa di Bawah Kawalan Polis

Isnin, 08-08-2022 – Sekumpulan besar peneroka ekstremis Yahudi mencemari Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada pagi Rabu lepas.

Menurut laman web al-Qastal News, sekurang-kurangnya 516 peneroka memasuki masjid secara berkumpulan melalui Pintu Maghariba dan mengelilingi lamannya di bawah kawalan polis.

Ketika lawatan mereka di tanah suci Islam itu, para peneroka mendengar ceramah dari rabbi mengenai Temple Mount dan sebilangan dari mereka melakukan sembahyang Talmud.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Culik Warga Palestin Ketika Serbuan di Tebing Gaza

Isnin, 08-08-2022 -Rejim Zionis menyerbu beberapa rumah dan menculik warga Palestin semasa kempen di Tebing Barat pada waktu subuh hari Khamis.

Menurut sumber setempat, rejim itu menyerbu bandar Bethlehem dan kawasan lain di wilayah berkenaan dan menculik tiga rakyat Palestin dari rumah mereka. Rejim itu juga juga memecah masuk dan menyerbu beberapa rumah di kawasan Jabel al- Mawaleh di daerah tengah Kota Bethlehem, tanpa membuat sebarang tangkapan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel bersihkan tanah, musnahkan binaan di Tebing Barat dan Jerusalem

Jumaat, 05-08-2022 – Tentera rejim Israel (IOF) membersihkan tanah dan memusnahkan binaan dan pokok milik rakyat Palestin semasa operasi di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis pada hari Rabu.

Menurut sumber tempatan, IOF memusnahkan sebidang tanah yang digunakan sebagai tempat letak kereta dan tembok yang mengelilinginya di bandar Sur Baher, tenggara Baitulmuqaddis.

IOF juga mencabut beberapa pokok zaitun dan menutup telaga air di kawasan Rakhma di bandar Teqoa, timur Baitullaham, milik seorang penduduk tempatan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Surat Lapid ke PBB ‘Tindakan Bodoh’

Khamis, 04-08-2022 – Jurucakap Hamas, Fauzi Barhum menyebut surat PM Israel Yair Lapid kepada Setiausaha Agung PBB dan tuntutannya membubarkan jawatankuasa penyiasat serangan Gaza tahun 2021, sebagai “tindakan bodoh” yang menentang badan antarabangasa.

Dalam siaran yang diterima Pusat Informasi Palestina, Barhum menyebutkan bahawa surat tersebut menjadi bukti tambahan sikap bongkak entiti Israel melecehkan undang-undang antarabangsa dan mengelak dari bertanggungjawab terhadap kejahatannya terhadap bangsa Palestin.

Pada 2021 lalu, pasukan Israel melancarkan serangan tentera ke Gaza, berlangsung selama 11 hari yang menyebabkan 200 orang syahid dan ribuan lainnya cedera.Pihak PBB membentuk jawatankuasa penyiasat untuk memastikan bukti kejahatan perang yang dilakukan pasukan Zionis terhadap rakyat Palestin. Ia ditubuhkan atas desakan sejumlah negara yang mendokong perjuangan Palestin.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Hamas memuji ‘dokumen ikrar sokongan’ yang ditandatangani puak-puak Iraq

Khamis, 04-08-2022 – Gerakan Hamas menyatakan peghargaan kepada 20 puak Iraq yang mengumumkan sokongan mereka terhadap Palestin dan rakyatnya dalam ‘dokumen ikrar sokongan’ yang dikeluarkan baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan ringkas pada Ahad, jurucakap Hamas Jihad Taha menyifatkan tindakan itu sebagai menggambarkan kemuliaan orang Iraq dan pendirian sokongan mereka terhadap Palestin.

Jurucakap itu menyeru semua pihak yang aktif dan berpengaruh di wilayah Arab agar memberikan lebih banyak sokongan terhadap Palestin sehingga rejim Israel keluar dari Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pemain Jordan Tolak Bertanding Menentang Pemain Israel

Khamis, 04-08-2022 – Seorang atlet taekwondo Jordan menolak untuk bertanding menentang pemain Israel dan menarik diri daripada Kejohanan Dunia yang diadakan di Bulgaria pada hari Ahad.

Menurut sumber berita Roya, bintang pasukan remaja taekwondo kebangsaan Jordan, Miassar al-Dahamsha, menarik diri daripada Perlawanan Pingat Gangsa Remaja, dan enggan berdepan
pemain Israel itu.

Dua bulan lalu, pemain lawan pedang Jordan, Eyas Al-Zumar menarik diri daripada Kejohanan Pagar Dunia yang diadakan di Dubai kerana enggan bersaing dengan lawannya dari Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Kanak-Kanak Palestin Cedera dalam Pertempuran Salfit

Khamis, 04-08-2022 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera di kepala akibat tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh Rejim Zionis, manakala puluhan lagi mengalami masalah pernafasan ketika konfrontasi tercetus di bandar Salfit, Tebing Barat pada hari Isnin.

Sumber setempat melaporkan bahawa Abdul Hadi Raees yang berusia 15 tahun mengalami keretakan pada tengkorak selepas tentera rejim melepaskan bom tangan dan gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin semasa konfrontasi yang meletus selepas merobohkan sebuah rumah warga Palestin di bandar Kafr ad-Dik.

Dalam perkembangan lain, peneroka Yahudi yang dilindungi oleh Rejim Zionis telah menyerang kenderaan seorang warga Palestin Ibrahim Mohammad ketika dia dalam perjalanan ke rumahnya di bandar al-Khalil di Tebing Barat.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Addameer: Tahanan, Awawdeh berisiko maut

Khamis, 04-08-2022 – Persatuan Hak Asasi Manusia Addameer memberi amaran bahawa banduan Palestin Khalil Al-Awawdeh, yang telah mogok lapar selama 141 hari, berada dalam bahaya risiko kematian mengejut.

“Tiada tindakan masyarakat antarabangsa terhadap isu tahanan Palestin amat membimbangkan,” kata persatuan itu dalam satu kenyataan akhbar pada hari Isnin.

Ia menganggap masyarakat antarabangsa sebagai bertanggungjawab ke atas kehidupan tahanan Palestin, serta menyeru Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah dan semua organisasi masyarakat bertindak segera untuk menamatkan penahanan pentadbiran Awawdeh dan mencegah keadaan kesihatannya daripada terus merosot.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

IOF serang nelayan dan penggembala di Gaza

Selasa, 02-08-2022 – Tentera rejim zionis (IOF) menyerang nelayan dan penggembala Palestin pada pagi Ahad di barat dan timur Semenanjung Gaza.

Seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata, bot bersenjata Israel melepaskan tembakan ke arah bot-bot nelayan ketika mereka berada di lingkungan beberapa batu nautika di perairan kawasan as-Sudaniya, barat laut kota Gaza.

Serangan tembakan itu menyebabkan para nelayan terpaksa kembali ke pantai.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas nafikan kenyataan yang dikaitkan dengan Badran berkaitan pengepungan Gaza

Selasa, 02-08-2022 – Pergerakan Hamas pada hari Ahad menafikan bahawa anggota biro politiknya, Hossam Badran telah membuat sebarang kenyataan berhubung pengepungan Gaza.

Badran tidak membuat sebarang kenyataan memaklumkan pengantara mengenai tarikh tertentu untuk menarik balik kepungan ke atas Gaza, pejabat media Hamas mengesahkan dalam satu kenyataan akhbar.

“Kenyataan rekaan sedemikian datang sebagai percubaan untuk mengocok kad dalam pertempuran sengit yang diketuai oleh penceroboh Israel yang disokong oleh AS terhadap penentangan Palestin dan tenteranya,” tegas pejabat gerakan itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan


Categories
Berita Semasa

Israel Rancang Bina Pusat Pelawat Yaman di Silwan

Isnin, 01-08-2022 – Pakar hal ehwal Baitulmaqdis telah memberi amaran tentang rancangan Israel untuk membina pusat pelawat Yaman di daerah Silwan di Baitulmaqdis yang Dijajah sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengambil alih kawasan kejiranan yang didakwa milik Yahudi Yaman.

Pihak berkuasa penjajah Israel (IOA) dan kumpulan peneroka Ateret Cohanim mendakwa bahawa kejiranan Yaman (Batn al-Hawa) di Silwan telah diasaskan pada akhir abad ke-19, tetapi ia telah dipindahkan oleh Britain pada 1938 sebelum berpuluh-puluh keluarga Palestin berpindah.

Mereka juga mendakwa bahawa rumah ibadat lama Yaman pernah wujud di Silwan sebagai sebahagian daripada usaha gigih mereka untuk merampas sebanyak mungkin rumah dan bangunan Palestin di daerah itu, yang terletak berhampiran Kota Lama Baitulmaqdis.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Lebih 250 Peneroka Cemari Al-Aqsa

Isnin, 01-08-2022 – Puluhan peneroka ekstremis Yahudi mencemari Masjid Al-Aqsa di Jerusalem di bawah kawalan pasukan polis pada pagi Selasa sehingga tengah hari.

Menurut laman web al-Qastal News, sekurang-kurangnya 251 peneroka, termasuk pelajar dari pelbagai institusi keagamaan memasuki masjid dalam kumpulan berbeza melalui Pintu Maghariba dan mengelilingi lamannya dengan kawalan polis.

Ketika lawatan mereka di tanah suci Islam itu, para peneroka mendengar ceramah dari rabbi mengenai Temple Mount dan sebilangan dari mereka melakukan sembahyang Talmud.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Dua warga Palestin ditahan di Baitulmuqaddis, Nablus

Isnin, 01-08-2022 – Tentera rejim zionis menahan dua warga Palestin di Baitulmuqaddis dan bandar Nablus Tebing Barat pada petang Isnin.

Seorang pemuda yang tidak dikenali telah dikepung dekat kawasan Bab al-Amoud setelah dipukul dengan teruk oleh orang lalu lalang.

Tentera rejim zionis turut memanggil pemuda Bernama Nidal Al-Natsheh, dari bandar Silwan untuk disoal siasat.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas: tindakan Israel musnahkan rumah tahanan adalah ‘keganasan negara’

Isnin, 01-08-2022 – Pergerakan Hamas telah mengutuk tindakan Israel merobohkan dua buah rumah milik keluarga banduan Youssef Assi dan Yehya Mar’ie pada pagi hari Selasa di barat Salfit, menyifatkan langkah itu sebagai “keganasan negara dan hukuman besar-besaran.”

Dalam kenyataan akhbar pada hari Selasa, Hamas berkata bahawa amalan Israel sebegitu tidak akan melemahkan keazaman rakyat Palestin dan penentangan mereka, menegaskan bahawa apa yang dimusnahkan oleh negara penceroboh itu akan dibina semula.

Pergerakan itu memuji keteguhan rakyatnya di kampung Qarawat Bani Hassan dan pemuda yang bertempur dengan pasukan penceroboh Israel semasa tindakan merobohkan itu dilakukan, menyeru lebih banyak konfrontasi dengan IOF dan penceroboh Yahudi di seluruh wilayah yang diduduki.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan