Categories
Berita Semasa

Haneyya: Kami tidak akan layan rundingan dengan Zionis.

Jumaat , 05/03/2010 – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin menegaskan kerajaannya tidak akan melayan rundingan dengan regim Zionis sama ada secara rahsia atau terang-terangan, secara langsung atau tidak langsung, sambil mengatakan bahawa kerajaannya tidak akan memperakui mana-mana perunding untuk membuat rundingan dengan pihak Zionis ketika serangan dilancarkan terhadap bandar al-Quds dan al-Aqsa. Ia juga akan tetap menolak manouver politik dalam hal ini.

Haneyya menambah sepatutnya para menteri negara Arab yang sedang bermesyuarat di Kaherah mengambil pendirian lebih tegas bagi menolak pencerobohan yang sedang dihadapi oleh beberapa kawasan suci di Palestin, namun resolusi yang dikeluarkan kelihatan lemah apabila ia membenarkan mana-mana perunding untuk berunding dengan pihak Zionis meskipun bandar al-Quds sedang hebar diserang dan proses mengyahudikannya dengan berjalan lancar.

Kenyataan Haneyya ini dikeluarkan semasa sidang yang diadakan oleh Dewan Perundangan Palestin di bandar Gaza pada hari Rabu (3/3) bagi membincangkan pencerobohan dan rampasan yang dilakukan regim Zionis terhadap bandar al-Quds dan kawasan sekitarnya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Lagi daerah Palestin dicerobohi.

Jumaat , 05/03/2010 – Pasukan tentera penceroboh Israel Rabu lalu telah memasuki daerah-daerah berbeza di Hebron, Tebing Barat namun tiada tangkapan dilaporkan.

Sumber keselamatan mengatakan pasukan penceroboh Israel telah memasuki bandar Saeer dan Al-Shyoukh , timur laut Hebron dan membuat rondaan di jalanraya.Pemeriksaan pasukan penceroboh Israel hampir setiap hari dibuat di sekitar Hebron bagi melakukan serangan dan mengadakan kempen pencarian.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  hijjaz_79

Categories
Berita Semasa

Hamas: Mossad Ada kepentingan dengan pembunuhan Mabhuh.

Jumaat , 05/03/2010 – HAMAS menafikan bahawa pihaknya telah menuduh terdapat beberapa negara Arab kerana terlibat dalam pembunuhan Mahmud Mabhuh dan pernah memburu Mabhuh sebelum beliau dibunuh di Dubai. HAMAS tegas menyalahkan Mossad yang merancang pembunuhan ini.

HAMAS turut menyatakan, “Kami menyeru kepada media massa agar tidak memainkan dan terperangkap dengan isu dan mengalih tumpuan kepada perkara yang benar. Perkara pokok di sini ialah kezaliman Mossad dalam isu pembunuhan Mahbuh. Berita untuk menjauhkan diri dari kebohongan dan pendistorsian dan mengalihkan jarum kompas dari isu sumbtansi, yaitu terorisme negara dan kejahatan Mossad dalam pembunuhan pemimpin Hamas Mahmud Mabhuh. Berita seperti ini tidak akan membantu rakyat Palestin malah hanya memberi kekuatan kepada Zionis-Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Pertambahan terowong haram bahayakan al-Quds.

Khamis , 04/03/2010 – Ahli parlimen Nablus, Muna Mansur melahirkan kebimbangan keadaan kawasan al-haram Ibrahimi yang berada dibawah pengawasan Zionis-Israel. Keadaan ini turut mengganggu masjid al-Aqsa. Kerja-kerja penggalian oleh Zionis-Israel ini berujuan jahat. Sokongan dan dokongan rakyat Palestin tidak akan mematikan semangat juang mempertahankan al-Quds.

Dalam pada itu, Muna kecewa apabila ada pihak yang sengaja membatalkan sidang parlimen di Ramallah bagi membahaskan masalah al-Quds.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Israel buka 2 pintu sempadan Gaza.

Khamis , 04/03/2010 – Penjajah Israel pada hari Selasa telah membuka 2 pintu sempadan Karem Abu Salem dan Al-Montar bagi membolehkan bekalan makanan dan bahan api yang terhad di bawa masuk ke Gaza.

Raed Fattouh, pegawai sempadan Palestin, berkata penjajah Israel telah membenarkan 93-103 buah trak yang membawa bekalan dan bahan-bahan komersil dan pertanian termasuk dua buah trak yang membawa bekalan kertas untuk Syarikat Telekomunikasi Palestin melalui Karem Abu Shalem.

Bekalan bahan api yang terhad bagi tujuan memasak dan stesen tenaga Gaza juga dibenarkan masuk dimana Gaza menghadapi gangguan elektrik 8-12 jam sehari. Suheil Sheik, Pengurus Besar GEDCO, meminta semua wakil antarabangsa terutamanya Tony Blair agar dapat mencari penyelesaian bagi isu elektrik di Gaza.

Fattouh menambah lagi pintu sempadan Al-Montar akan dibuka untuk 110 trak yang mengandungi tepung gandum dan makanan untuk ternakan tambahan kepada 74 buah trak yang dibenarkan masuk pada hari Isnin yang membawa bekalan makanan dan bantuan termasuk 183 tan gas memasak dan 306,000 liter diesel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  anonymous

Categories
Berita Semasa

Goldstone gagal cabar tujuan pencerobohan ke atas Gaza.

Khamis , 04/03/2010 – Richard Silverstein merupakan salah seorang pemilik blog yang terbaik yang menulis berkaitan Israel. Baru-baru ini beliau telah diwawancara oleh stesen tv Seattle (Washington State) berkenaan laporan Goldstone. Wawancara tersebut boleh diakses di blog Silverstein – Tikun Olam. Wawancara yang panjang itu berbaloi untuk ditonton kerana beliau mempertahankan laporan Goldstone dengan berani, jelas dan meyakinkan.

Walaubagaimanapun, Silverstein tidak membincangkan kesilapan terpenting yang dilakukan oleh Suruhanjaya Goldstone iaitu walaupun laporan tersebut dengan berani dan penuh yakin melabel tindakan Israel ke atas Gaza sebagai jenayah perang, ia gagal mencabar pertikaian yang menyatakan sekalipun Israel telah mencabul undang-undang, ia sebenarnya menjalankan haknya untuk mempertahankan diri semasa menyerang Gaza. Barangkali ini bukanlah kesilapan besar dari segi pemutusan polisi yang digunapakai oleh Suruhanjaya Goldstone dengan harapan untuk mengurangkan persengketaan yang dijangka timbul setelah laporan itu didedahkan. Walaupun taktik dan permainan politik yang dilakukan itu boleh difahami, kesannya amatlah besar.

Sebarang perbincangan tentang polisi dan tindakan Israel ke atas Palestin sepatutnya dan wajib dimulakan dengan fakta terpenting yang seringkali dan memeranjatkan, seolah-olah terlepas pandang iaitu pencerobohan Israel serta kekerasan dan kekejaman yang dilakukan. Inilah isu utamanya, bukannya bentuk-bentuk penentangan yang dilakukan oleh rakyat Palestin. Ya, memang benar kita tidak dapat menerima keganasan, tetapi Israel telah dan berterusan mengatasi (dari segi kekejaman) segala bentuk penentangan rakyat Palestin, termasuk penentangan tanpa senjata.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Haneyya minta Sidang Kemuncak Arab berbincang tentang tahanan Palestin.

Khamis , 04/03/2010 –Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya, menyeru agar sidang kemuncak Arab yang akan diadakan di ibu negara Libya hujung bulan ini untuk mengusulkan isu Tahanan Palestin di dalam Penjara Rejim Israel.

Haneyya, di dalam ucapan Selasa lalu untuk merasmikan kempen nasional bagi mempertahankan hak-hak tahanan, telah meminta para pemimpin Arab untuk mempersoalkan tentang tahanan tersebut di semua platform Arab, sejagat dan antarabangsa.

Dia mencadangkan supaya ditubuhkan satu Dana yang dinamakan Dana Tahanan Palestin untuk membantu tahanan dan keluarga mereka. Dia berkata bahawa negara-negara Arab dan Islam akan menyumbang untuk dana ini yang juga akan digunakan untuk hal-hal perundangan dalam menangani kes mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil

Categories
Berita Semasa

Drama 90 episod “Sleepless in Gaza … and Jerusalem” berada di dalam laman Youtube untuk tontonan.

Khamis , 04/03/2010 –Isnin lalu menandakan episod utama 90 siri drama yang berjudul “Sleepless in Gaza … and Jerusalem,” yang di dalamnya memaparkan kehidupan empat wanita Palestin, Muslim dan Kristian dengan sebuah pendekatan humanistik baru bagi membincangkan masalah Palestin kepada media global. Dua wanita tersebut yang tinggal di Gaza dan dua lagi di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis akan membincangkan kehidupan mereka sehari-hari yang tidak pernah dilihat sebelumnya sedemikian rupa sehingga produser memanggilnya “pandangan manusia terhadap penduduk Palestin.”

Laman YouTube “Sleepless” telah dilancarkan pada tengahari Ahad yang lalu dan sudah menjadi hits yang datang dari seluruh rantau dan dunia ini. Pada tengah hari Isnin, lebih daripada 1,000 penonton telah menyaksikan trailer yang menayangkan pengalaman inovatif dan unik di Palestin yang dilihat daripada kacamata wanita.

“Ini untuk menunjukkan retorik biasa yang sering bercakap mengenai masalah di Palestin,” kata salah seorang penerbit eksekutif dalam projek ini, Abdullah Schleifer, seorang profesor kewartawanan di Universiti Amerika di Kaherah dan pembantu saintis di Institut Timur Tengah di Washington, DC.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz_79

Categories
Berita Semasa

UNRWA paksa pelajar Gaza lawat tugu Holocoust.

Khamis , 04/03/2010 – Agensi Bangsa Bersatu bagi Bantuan dan Pekerjaan Pelarian Palestin (UNRWA) memaksa kanak-kanak Palestin melawat tugu peringatan Holocoust di Amsterdam, semasa satu lawatan ke Belanda yang diatur oleh agensi berkenaan bagi para pelajar cemerlang.

Wartawan Pusat Media Palestin memetik daripada beberapa sumber khas di Gaza pada hari Selasa (2/3) bahawa beberapa orang pegawai di UNRWA telah meminta kumpulan pelajar terbabit yang terdiri daripada pelajar yang cemerlang yang dipilih oleh agensi tersebut untuk turut serta dalam beberapa aktiviti, untuk turut melakukan lawatan ke tugu peringatan Holocoust.

Sumber itu juga menyebut bahawa kanak-kanak tersebut enggan memenuhi permintaan itu menyebabkan para pegawai terbabit melakukan ugutan akan memecat para guru pengiring jika para guru tidak berjaya memujuk pelajar mereka untuk melakukan lawatan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis bina dua pos kawalan di Hebron.

Khamis , 04/03/2010 – Tentera rejim Zionis membina dua pos kawalan utama di bahagian utara dan selatan pintu masuk ke Hebron pada pagi ini. Pihak rejim Zionis memberhentikan kereta dan penduduk serta memeriksa kad pengenalan mereka.

Saksi dapat melihat sendiri rejim Zionis membina pos kawalan tentera di pintu masuk utama ke utara Hebron. Menurut mereka lagi, tentera Israel memberhentikan penduduk dan kereta mereka dalam keadaan hujan untuk memalukan mereka.

Rejim Zionis membina sempadan ketenteraan itu di persimpangan jalan Al-Fawar yang merupakan jalan utama ke Bandar Dura. Penduduk turut diberhentikan dan dimalukan di sini.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Pejuang PRC terbunuh terkena serpihan peluru meriam rejim Zionis

Khamis , 04/03/2010 – Serpihan dari Bedilan Meriam rejim Zionis  ke atas Beit Lahia telah membunuh seorang pejuang dari briged Salahudin, gerakan bersenjata bagi kumpulan-kumpulan pembebasan yang popular.

Jurucakap PRC, Abu Mujahid menyatakan Mohammed Ghaban, 20, telah terbunuh ketika tentera rejim Zionismembuat bedilan dari kereta kebal ke atas kawasan di utara Semenanjung Gaza itu.

Sumber tempatan berkata bahawa seorang pejuang pembebasan yang sedang mengawasi sempadan, telah tercedera dalam bedilan IOF dan telah dibawa ke Hospital sebelum disahkan meninggal dunia di sana

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  aznil

Categories
Berita Semasa

Israel menyerang Syeikh Jarrah untuk merebut tanah.

Rabu , 03/03/2010 – Pekerja Israel yang berada di bandar Baitulmaqdis menyerang Syeikh Jarrah hari ini. “Sebilangan besar Pegawai Kerajaan Israel menyerbu kawasan kediaman Syeikh Jarrah pagi ini, mengukur tanah yang dimiliki oleh Kamal Ebedat dan mengambil gambar,” kata Jmal Ataia, seorang aktivis di persekitaran Syeikh Jarrah.

Minggu lalu, Israel menyatakan hasratnya untuk merampas tanah yang dimiliki oleh Kamal Ebedat, walaupun beliau mempunyai dokumen yang membuktikan pemilikan tanah tersebut. Mereka bercadang untuk membina parkir untuk penduduk disitu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nurul
Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri, Qassem kutuk Fatah halang sidang Parlimen.

Rabu , 03/03/2010 – Dr. Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas, pada hari Isnin, mengutuk Fatah kerana menghalang sidang Parlimen Palestin daripada bermula di Ramallah.

Dalam satu kenyataan akhbar beliau berkata bahawa tindakan Fatah itu merupakan bukti utama Fatah tidak menghormati prinsip demokrasi dan mengadakan sekatan ke atas Hamas dan ahli parlimennya. Apa yang dilakukan oleh Fatah menunjukkan demokrasi yang tidak adil dan hanya Fatah yang mahu menang dan jika orang lain menang maka Fatah bekerjasama dengan musuh untuk memusnahkan keputusan tersebut.

Manakala Dr. Abdul Sattar Qassem, Professor Sains Politik di Universiti Najah di Nablus berkata pemimpin Ramallah mengutamakan kepentingan diri dan ahlinya daripada kepentingan tempat suci dan kesemua rakyat Palestin.

Beliau menambah lagi militia Abbas yang menghalang sidang itu berlangsung telah memberi sokongan dan lampu hijau kepada Israel untuk meneruskan usaha merobohkan Masjid Al-Aqsa dan tempat suci yang lain.

Qassem berkata kumpulan politik lain pula yang tidak hadir hanyalah merupakan burung kakaktua yang mengikut telunjuk kepada tuan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous
Categories
Berita Semasa

Duweik kutuk pembatalan Sidang tergempar Dewan Perundangan Palestin.

Selasa , 02/03/2010 – Dr Abdul Aziz Duweik mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menghalang wakil-wakil rakyat daripada memasuki bangunan Majlis Perundangan Palestin bagi mengadakan sidang tergempar di Gaza dan Ramallah pada hari Isnin (1/3) bagi membincangkan tentang pencerobohan pihak Zionis terhadap tanah suci, sambil menegaskan bahawa segala langkah yang diperlukan perlembagaan telah diambil bagi mengadakannya.

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan di bandar Ramallah, selatan Tebing Barat, Duweik menegaskan bahawa pihak yang tidak mahu melihat Majlis Perundangan bersatu telah menggagalkan sidang tergempar tersebut. Beliau juga mengatakan bahawa pihak yang menggagalkan sidang tersebut adalah pihak yang tidak prihatin terhadap isu al-Quds dan terhadap pencerobohan yang dilakukan oleh pihak Zionis, bahkan mereka juga tidak prihatin terhadap isu Palestin itu sendiri.

Beliau seterusnya menambah: “Pada hari ini, anda tahu siapakah sebenarnya yang tidak mahu berdamai dan tidak mahu mengaktifkan Majlis Perundangan Palestin, dan siapa yang tidak prihatin terhadap isu al-Quds, al-Aqsa, masjid al-Ibrahimi, masjid Bilal dan tanah suci yang lain.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
Categories
Berita Semasa

“Forum Solidariti” tegaskan kepentingan gagalkan rancangan musuh.

Selasa , 02/03/2010 – Forum Solidariti rakyat Palestin yang diadakan di Tehran, menegaskan keperluan dan kepentingan berusaha untuk menggagalkan objektif mana-mana serangan dan pencerobohan yang mungkin dilancarkan oleh pihak musuh pada masa-masa akan datang. Ia juga menegaskan ancaman dan ugutan Zionis dan Amerika terhadap Palestin, Syria, Lubnan dan Iran sebenarnya juga mensasarkan semua negara sekitar dan bertujuan untuk menjejaskan harapan dan cita-cita bangsa Arab dan Islam.

Forum tersebut yang diadakan sempena ulang tahun pertama kemenangan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, dalam kenyataannya yang diterima oleh Pusat Media Palestin pada petang Ahad (28/2), juga mengutuk operasi mengyahudi dan membina penempatan Zionis di bumi yang dijajah, khususnya di bandar al-Quds dan sekitarnya, serta pencerobohan berterusan terhadap Masjid al-Aqsa. Turut juga dikutuk polisi meruntuh dan merampas rumah serta menghalau rakyat Palestin dari bandar al-Quds dalam usaha mengosongkan bandar tersebut daripada penghuninya, serta usaha untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa.

Forum tersebut yang disertai oleh pelbagai pihak dan puak Palestin dan negara Arab lain itu juga menolak usaha Zionis yang bertujuan merubah dan mencacatkan tanda-tanda sejarah dan peradaban, serta percubaan mencuri bahan-bahan suci Islam dan Kristian, terutamanya keputusan Zionis yang menganggap kawasan sekitar masjid al-Ibrahimi di el-Khalil dan Masjid Bilal ibn Rabah di Beit Lehm sebagai sebahagian daripada khazanah Yahudi. Dalam masa yang sama, forum tersebut juga menuntut agar segala usaha sama ada pada peringkat massa dan rasmi diteruskan bagi menghadapi polisi Zionis yang merbahaya ini.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir