
Sabtu, 20/02/2010 – Ahli parlimen Jamal Al-Khudari, pengerusi komiti anti kepungan yang popular, menyatakan ahli parlimen Arab yang baru selesai melawat Gaza Rabu lalu telah berjanji yang lawatan tersebut bukanlah yang terakhir.
Dia berkata, ketika menghantar pulang Ahli parlimen tersebut, bahawa lawatan mereka telah memberi semangat untuk menganjurkan beberapa lawatan susulan dan menghulurkan sokongan kepada perjuangan Palestin dan penduduknya.
Khudari menyatakan ahli parlimen yang menyertai lawatan itu kagum dengan ketabahan penduduk Palestin walaupun ditimpa kesengsaraan dan kesakitan. Mereka juga tersentuh melihatkan keadaan anak-anak para syuhadah dan tahanan, beliau menambah.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil












