Categories
Berita Semasa

Retakan yang merbahaya ditemui di Masjid Al-Aqsa.

Jumaat,  12/02/2010 – Yayasan Al-Aqsa untuk Waqaf dan Warisan memberi amaran Isnin lalu bahawa terdapat retakan besar dan merbahaya di bahagian utara Masjid Al-Aqsa, serta mengesahkan bahawa retakan itu berpunca daripada aktiviti penggalian bawah tanah yang semakin dahsyat dijalankan oleh Israel.

Categories
Foto/Video/Muzik

Pemberita Al Jazeera sebak ketika menyampaikan berita perang di Gaza.

Video diatas menunjukkan seorang pemberita stesen Al-Jazeera yang bukan sahaja menyampaikan berita, malah menyampai sama perasaannya yang tidak boleh ditahan lagi apabila melihat pembunuhan yang dilakukan oleh askar rejim Zionis terhadap umat Palestin termasuk 4 orang kanak-kanak Palestin sekeluarga yang tidak berdosa semasa kempen perang Israel terhadap Gaza diawal tahun 2009 yang lalu.

Categories
Berita Semasa

12 ditahan ganggu ucapan Duta Besar Israel.

Rabu , 10/02/2010 – Dua belas orang ditahan sewaktu sesi ucapan di UC Irvine, California, di mana Michael Oren, Duta Besar Israel berucap mengenai hubungan AS-Israel.

Categories
Berita Semasa

Kumpulan Hak Asasi Manusia: Rejim Zionis rancang robohkan ratusan rumah di Jerusalam.

Rabu , 10/02/2010 – Kumpulan hak asasi manusia Jerusalam telah mengeluarkan amaran bahawa satu pertiga dari populasi penempatan Shiyah di tengah Jerusalem diancam untuk dipindahkan.

Categories
Berita Semasa

Sabri: Masjid Aqsa adalah dan akan kekal di garisan merah .

Rabu , 10/02/2010 – Sheikh Ekrema Sabri, Ketua Majlis Islam Tinggi, telah menegur kekacauan yang berlaku di masjid Aqsa di Baitulmuqaddis.

Categories
Berita Semasa

Pemerintah Netanyahu berusaha untuk menyelamatkan rumah penduduk Israel.

Rabu , 10/02/2010 – Kerajaan Israel telah mengambil langkah untuk menyelamatkan rumah yang dibina secara haram oleh penduduk Yahudi di kejiranan Palestin di timur Baitulmuqaddis, telah merumitkan lagi usahadamai di Amerika Syarikat.
Categories
Berita Semasa

Kem Pelarian Gaza: Kemiskinan dan tiada Privasi.

Rabu , 10/02/2010 – Gaza adalah kawasan berpenduduk paling padat di dalam dunia. Sebilangan besar pelarian palestin tinggal di lapan kem pelarian selepas Al-Nakba sejak 1948 di bandar Gaza. Jarak yang rapat di antara rumah dengan jarak yang amat kecil untuk memisahkan mereka. Ruang yang rapat tidak cukup untuk seorang dewasa untuk lalu- dan tak cukup privasi dan kerahsiaan di dalam rumah .

Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas tiba di Moscow untuk mengadakan perbincangan.

Rabu , 10/02/2010 – Wakil Hamas yang diketuai oleh pemimpin politik, Khaled Meshaal, tiba di Moscow pada Isnin. Meshal dan rombongan tiba di Kementerian Luar Rusia untuk dialog bersama Menteri Luar, Sergei Lavrov.

Categories
Berita Semasa

Demonstrasi membantah lawatan Ayalon,Timbalan Menteri Luar ‘Israel’ ke London.

Rabu , 10/02/2010 – Puluhan warganegara Britain berketurunan Arab dan Palestin yang tinggal di London berkumpul di depan institut kajian strategik antarabangsa Selasa lalu bagi memprotes lawatan Timbalan Menteri Luar Israel, Daniel Ayalon ke Britain.

Categories
Berita Semasa

Khudari memuji sokongan Turki untuk ketabahan Gaza.

Rabu , 10/02/2010 – Isnin lalu, MP Jamal Al-Khudari, ketua jawatankuasa popular menentang pengepungan, telah menggambarkan kerajaan Turki , institusi-institusi dan rakyatnya sebagai satu contoh mulia yang telah memberikan sokongan yang tiada batasan untuk penduduk Palestin.

Categories
Berita Semasa

Tentera Laut Rejim Zionis menculik 4 nelayan di luar pantai Gaza.

Rabu , 10/02/2010 – Tentera laut Israel telah menculik empat nelayan daripada persisiran utara Gaza dan dihantar ke tempat yang tidak diketahui. Nizar Ayash, ketua bagi nelayan Palestinian , berkata tentera laut Israel menahan empat nelayan ini ketika mereka menampak ikan sebatu daripada pantai Gaza. Nelayan itu adalah Odai Al-Soltan and saudara lelakinya Mohammed, dan Dieb Al-Ankah dan saudara lelakinya Ahmed.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah
Categories
Berita Semasa

Hamas: Kami tidak akan respon terhadap percanggahan jurucakap Fatah.

Selasa , 09/02/2010 – Pergerakan Hamas mengesahkan pada Ahad lalu bahawa respon mereka di dalam laporan Goldstone tidak mengandungi sebarang permintaan maaf. Pergerakan itu juga menegaskan bahawa penduduk Palestin berhak mempertahankan diri mereka dan menentang pencerobohan Israel.

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim serbu rumah pemimpin Hamas di Tebing Barat.

Selasa , 09/02/2010 – Tentera Rejim Zionis telah menyerbu rumah penduduk Palestin Ismail Abu Tamie, seorang pemimpin politik Hamas di bandar Jenin, utara Tebing Barat, pada hari Isnin, menurut sumber-sumber tempatan.

Categories
Berita Semasa

KDN Palestin tidak akan benarkan kekacauan di Gaza.

Selasa , 09/02/2010 – Kementerian Dalam Negeri kerajaan Palestin yang sah menegaskan ia tidak akan membenarkan kekacauan melanda semula Semenanjung Gaza sambil menyatakan ia masih menjalankan siasatan bagi mengetahui pihak yang terlibat dalam kebanyakan kejadian pengeboman yang berlaku di Semenanjung Gaza akhir-akhir ini.

Categories
Berita Semasa

Mesir mula bangunkan tembok pemisah perairan di sempadan Gaza.

Selasa , 09/02/2010 – Media Mesir hari ini melaporkan terdapat saksi di Rafah yang menyebutkan kerja-kerja pembangunan tembok pemisah di perairan sempadan Gaza oleh kerajaan Mesir telah di mulakan. Jentera-jentera berat telah berada di situ dan kerja-kerja menambak telah dijalankan.