
Isnin , 11/01/2010 –Dua rakyat Palestin ditembak mati oleh tentera rejim Zionis di utara Semenanjung Gaza ketika dinihari pada Sabtu lalu, menurut laporan sumber-sumber perubatan Ahad lalu.

Isnin , 11/01/2010 –Dua rakyat Palestin ditembak mati oleh tentera rejim Zionis di utara Semenanjung Gaza ketika dinihari pada Sabtu lalu, menurut laporan sumber-sumber perubatan Ahad lalu.

Isnin , 11/01/2010 –Ratusan rakyat Jordan dan aktivis Ikhwanul Muslimin menyambut wira mereka yang pulang dari Gaza yang menyertai konvoi Liveline, Viva Palestina. Meskipun mereka diserang dan disekat oleh kerajaan Mesir, konvoi itu masih berjaya menyalurkan bantuan yang di bawa bersama. Delegasi yang baru tiba itu turut menyampaikan salam dari rakyat Gaza.

Sabtu, 09/01/2010 –Pasukan Israel telah menyelesaikan latihan ketenteraan berskala besar di Negev, berita Channel 10 melaporkan, bagi mempersiapkan pasukan untuk serangan ketenteraan terhadap Jalur Gaza.

Sabtu, 09/01/2010 – Dr Mahmoud Al-Zahhar, anggota biro politik Hamas mengatakan bahawa pergerakannya sangat berharap untuk menamatkan krisis dengan Mesir susulan insiden yang dikesali di Rafah pada Rabu lalu yang mengakibatkan kematian seorang askar Mesir dan 35 penduduk Palestin pula mengalami kecederaan.

Sabtu, 09/01/2010 – MP Jamal Al-Khudari, ketua jawatankuasa anti pengepungan, menggambarkan bantuan dari konvoi-3 sebagai mesej perpaduan dari dunia yang menykong Gaza.

Dari Abdallah Abu Rahmah dari Ofer Military Detention Camp
Saya menjejakkan kaki ke dalam dekad baru dengan dipenjara di kem tahanan ketenteraan. Walau bagaimana pun, dari dalam sel tahanan penjajah ini, saya menyambut tahun baru dengan keazaman dan harapan.

Sabtu, 09/01/2010 – Jet pejuang regim Zionis melancarkan beberapa siri serangan pada lewat petang semalam, Khamis (7/1) terhadap semenanjung Gaza. Salah satu siri serangan tersebut dilancarkan terhadap bahagian tengah bandar Gaza dan satu lagi serangan ditujukan kepada perkampungan al-Subrah dan bandar Khan Yunus di bahagian selatan Gaza.

Jumaat, 08/01/2010 –Berikutan serangan-serangan agresif dari pihak rejim Zionis di Genting Gaza, angkatan udara rejim Zionis telah melancarkan sejumlah serangan udara terhadap terowong yang membawa sumber makanan dari Mesir. Sumber-sumber perubatan melaporkan bahawa 2 orang awam terbunuh dan beberapa tercedera dalam pengeboman yang ganas itu.

Jumaat, 08/01/2010 – Rejim Zionis telah mengeluarkan arahan ketenteraan bagi menyekat Fawaz Eghbariye, seorang pemerhati Badan Anugerah dan Warisan Aqsa (AFEH), daripada memasuki Masjidil Aqsa selama enam bulan.

Jumaat, 08/01/2010 – Dr Ahmed Bahar, timbalan speaker pertama Parlimen Palestin (PLC) Selasa lalu menekankan bahawa semua konspirasi yang bertujuan untuk menguji ketabahan penduduk Gaza dan memeras mereka untuk membuat konsesi akan menemui kegagalan.
Khamis , 07/01/2010 – Lebih dari 14 organisasi Eropah menyerukan untuk berdemo di depan kedutaan Mesir di seluruh Eropah bagi mengutuk serangan pihak keselamatan Mesir. Pihak keselamatan Mesir telah menyerang dan memukul para sukarelawan konvoi kemanusiaan “Life Line 3” di pelabuhan El-Arish, Mesir. Demo besar-besaran dijangka akan diadakan serentak di bandar-bandar besar Eropah. Demo ini bertujuan mengutuk tindakan Mesir dan menghantar memorendum kepada kedutaan Mesir.

Khamis , 07/01/2010 – Seorang ahli Parlimen British dan ketua konvoi ‘Pembuluh Kehidupan 3, George Galloway menegaskan bahawa konvoinya yang menempuh perjalanan selama 31 hari disambut dengan penuh kegembiraan oleh penduduk Gaza “…kerana melihat kami sanggup mengorbankan darah semata-mata kerana mereka.”