Categories
Berita Semasa

Erdogan : Turki memberi sokongan untuk penubuhan negara Palestin.

Khamis, 03-12-2020 – Presiden Turki, Recep Erdogan berkata Jerusalem bukanlah tujuan orang Islam di Palestin akan tetapi itulah hala tuju seluruh umat islam di dunia yang berjumlah 1.8 billion.

Beliau berkata negara beliau akan sentiasa berusaha untuk membina negara Palestin yang berdaulat.  

Ini terkandung dalam perutusan Erdogan yang di hantar pada hari Ahad lepas kepada peserta yang menghadiri pembukaan bangunan Parlimen di Jerusalem sempena Hari Solidarity Sedunia bersama warga Palestin. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Israel mengugut untuk merobohkan tiga buah rumah di Jenin

Khamis, 03-12-2020 – Rejim Zionis Israel pada hari Isnin lepas menyerahkan surat perintah roboh kediaman kepada three warga Palestin di pekan Ya’bad, di barat daya Jenin.

Datuk Bandar Ya’bad, Amjad Atatira berkata ketiga tida pemilik kediaman yang masih dalam pembinaan menerima surat perintah roboh atas alasan lokasi kediaman di dalam kawasan arkeologi.

Berdekad, pihak zionis Israel telah melaksanakan polisi mengusir dan merobohkan rumah warga Palestin yang mendiami kawasan yang dicerobohi Zionis di dalam kawasan pihak berkuasa Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

 

Categories
Berita Semasa

Resheq: Rakyat Kami Berhak Untuk Mempertahankan Tanah Mereka Yang Dijajah

Khamis, 03-12-2020 – Anggota biro politik Hamas, Ezzat al-Resheq telah menegaskan kembali hak sah rakyat Palestin “untuk mempertahankan setiap inci tanah mereka yang dijajah, membebaskan tahanan pahlawan [dari penjara Israel], dan membersihkan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa dari dicemari.”

Resheq membuat pernyataan itu kepada Pusat Maklumat Palestin (PIC) pada Hari Solidariti Antarabangsa dengan Rakyat Palestin.

“Palestin adalah isu yang merentas negara-negara Arab dan Muslim kerana ia mewakili strategi mendalam bagi mereka dan apa-apa penembusan politik sedalam ini menimbulkan ancaman terhadap perpaduan dan kestabilan mereka dan hanya akan memanfaatkan pihak musuh yang menyasarkan kekayaan dan kemampuan mereka,” kata pegawai Hamas tersebut.

“Perjuangan Palestin, dengan dimensi politik dan kemanusiaannya, adalah isu yang wajar dan sokongan terhadap usaha penentangan nasional dan program perjuangan yang bersatu akan membantu mengembalikan tenaga dan semangatnya di arena negara Arab, Islam dan antarabangsa, menegakkan hak kami dan membebaskan tanah kami,” tegas Resheq.

“Penjajah Zionis di tanah Palestin adalah entiti penjajah yang paling berbahaya, berunsur jenayah, tidak adil dan berterus-terusan sekali di dunia, dan negara kami dan rakyat negara bebas dunia harus berusaha dengan apa cara sekalipun dan di pelbagai peringkat untuk mengkriminalisasi penjajahan ini, mendedahkan kejahatannya dan berusaha keras secara politik dan melalui media untuk menyokong keteguhan rakyat Palestin dan membantu mereka menamatkan penjajahan,” tambahnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Israel dan pimpinan baru Amerika Syarikat

Khamis, 03-12-2020 – Pimpinan baru AS dari parti Demokrat menimbulkan kegusaran di pihak Israel. Israel melihat penasihat kanan Joe Bidin akan lebih cenderung untuk menyelesaikan konflik Arab-Israel dengan memihak kepada palestin dan meletakkan agenda perjuangan Palestin sebagai isu utama yang perlu ditangani.

Pihak Israel mengandaikan pimpinan baru Biden akan memulihkan hubungan dengan pihak berkuasa Palestine, memperbaharui bantuan luar Negara, membuka kembali pejabat pentadbiran Organisasi Pembebasan Palestine (PLO) di Washington dan konsulat Amerika di Al-Quds, mengembalikan perbincangan kesepakatan dua negara dan menentang rancangan penerokaan Israel di Tebing Barat.

Tindakan ini berbeza dengan sikap Negara-negara teluk yang di lihat lebih menjurus kepada normalisasi dengan mendahului kepentingan peribadi dan mengenepikan hak-hak dan perjuangan Palestine. Negara Teluk lebih cenderung untuk meluaskan kerjasama komersil dan politik dengan pihak penjajah Israel.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Pendatang Israel langgar lari wanita Palestin, dua anak

Selasa, 01-12-2020 – Seorang pendatang Israel dalam sebuah kereta yang laju telah melanggar lari dua kanak-kanak dan seorang wanita berhampiran Masjid Ibrahimi di al-Khalil pada pagi Ahad

Sumber tempatan mengatakan bahawa kanak-kanak dan wanita itu dibawa ke hospital untuk rawatan berikutan kejadian itu.

Kota Al-Khalil dan kampung-kampungnya selalu menjadi sasaran para pendatang Yahudi di bawah perlindungan regim tentera Zionis Israel. Ia adalah kota Palestin kedua yang paling disasarkan selepas Yerusalem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada

Categories
Berita Semasa

PFB menyeru penyertaan besar-besaran ke Hari Perpaduan Antarabangsa dengan Rakyat Palestin

Selasa, 01-12-2020 – Sempena Hari Perpaduan Antarabangsa dengan Rakyat Palestin, Forum Palestin di Britain menjemput orang ramai untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Kempen Perpaduan Britain itu.

Ia menyeru agar mencetak sepanduk bersesuaian dan menulis logo berkaitan polisi tidak adil oleh rejim ke atas rakyat Palestin, Tindakan ilhak dan rampasan tanah Palestin serta menentang peluasan penempatan dan pemusnahan kediaman warga Palestin serta menuntut agar memboikot barangan hasil penempatan haram.

Ia turut menuntut menghentikan perdagangan senjata dengan rejim, membantah penerusan sekatan ke atas Semenanjung Gaza, serta menuntut kebebasan rakyat Palestin dan hak mereka untuk kembali membina negara yang merdeka di tanah air mereka sendiri.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tangkapan di al-Khalil dan Yerusalem, Pertempuran di kawasan Bab Al-Zawia

Selasa, 01-12-2020 – Tentera Zionis (IOF) pada hari Ahad menangkap tiga orang Palestin dari kem pelarian Beit Kahel dan al-Aroub, di utara al-Khalil, dan seorang lagi Palestin ditangkap di Yerusalem.

Di al-Khalil, sumber tempatan melaporkan IOF menyerbu kem pelarian al-Fawwar, menangkap pelajar Muhammad Mustafa al-Hasaniyya, 24, dari Universiti al-Khalil dan memukul saudaranya, dan merampas komputer riba.

Tentera IOF menangkap Ibaa Emad El-Din Wozouz dari daerah Al-Deek, selatan al-Khalil, setelah mereka menyerbu rumahnya, menggeledahnya dan merosakkan harta.

Askar IOF juga menahan seorang pelajar universiti berusia 19 tahun, Izz al-Din Asafra, dari bandar Beit Kahil, utara al-Khalil.

Sumber tersebut menunjukkan bahawa IOF mendirikan beberapa pusat pemeriksaan tentera di pintu masuk ke beberapa bandar, menghentikan kenderaan rakyat, menggeledahnya, dan memeriksa kad pengenalan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Haneyya Sampaikan Takziah Atas Pembunuhan Saintis Iran

Selasa, 1-12-2020 – Ismail Haneyya, pemimpin tertinggi Hamas, mengucapkan takziah kepada Javad Zarif, menteri luar Iran, pada hari Sabtu malam lalu atas kesyahidan saintis nuklear Mohsen Fakhrizadeh.

Haneyya mengecam jenayah pembunuhan tersebut, dan menyuarakan solidariti dengan Republik Islam Iran. “Pembunuhan itu mencerminkan pemikiran penjenayah yang membolehkan pembunuhan terang-terangan di siang hari”, katanya.

Pemimpin Hamas menekankan bahawa dasar pembunuhan tidak dipersetujui oleh gerakan penentangan di Palestin dan akan gagal dengan Republik Islam tersebut serta paksi penentangan dan seluruh Negara Islam. Dasar ini hanya mencerminkan sifat mereka yang terlibat yang melanggar semua undang-undang dan norma kemanusiaan antarabangsa, tambahnya.

Dalam sebuah ucapan yang disiarkan di televisyen kebangsaan pada hari Sabtu, Presiden Iran Hassan Rouhani menuduh Israel membunuh saintis terkemuka Iran Fakhrizadeh. Sementara itu, pemimpin Tertinggi Republik berkenaan, Ali Khamenei, menyeru “hukuman sewajarnya” bagi mereka yang bertanggung jawab atas pembunuhan itu.

Pemimpin-pemimpin agama dan tentera berjanji untuk membalas pembunuhan Fakhrizadeh, yang meninggal di hospital pada hari Jumaat lalu setelah beberapa orang bersenjata menembaknya ketika beliau berada di dalam keretanya di bandar Absard di wilayah Damavand, timur Teheran.

Kementerian Pertahanan Iran mengumumkan pada hari Sabtu bahawa pengganas bersenjata menyerang sebuah kereta yang membawa Fakhrizadeh pada hari Jumaat, menyebabkan beliau cedera parah dan kemudiannya meninggal di hospital.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi cemarkan Masjid Al-Aqsa

Selasa, 01-12-2020 – Puluhan peneroka Yahudi menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diketuai oleh rabbi ekstremis mereka, Yehuda Glick pada waktu pagi di bawah perlindungan polis yang ketat.

Sumber-sumber Baitulmaqdis melaporkan bahawa 38 orang peneroka, termasuk pelajar institusi agama ekstremis, menyerbu pekarangan Masjid Al-Aqsa.

Para peneroka berkumpul di Gerbang al-Rahma dan kawasan timur Masjid Al-Aqsa di mana mereka melakukan ritual keagamaan dan Talmud.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Polis Maritim Israel tembak nelayan Gaza

Selasa, 01-12-2020 – Nelayan Palestin di perairan Gaza menjadi sasaran tembakan senjata berat tentera laut Israel pada Ahad lepas. Jawatankuasa nelayan Palestin menyatakan kapal laut tentera Israel terus menerus menyerang para nelayan yang sedang menangkap ikan di perairan gaza sehingga memaksa mereka mundur kerana khawatir keselamatan nyawa.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis meratakan kediaman di selatan al-Khalil

Isnin, 31-11-2020 – Tentera rejim Zionis (IOF) pada petang Rabu memusnahkan sebuah kediaman warga Palestin di kawasan Khilat an-Natsh selatan al-Khalil atas alasan pembinaannya tidak berlesen.

Menurut sumber tempatan, jentolak yang diiringi tentera rejim menyerbu kawasan Khilat an-Natsh dan mula memusnahkan rumah dua tingkat milik seorang penduduk tempatan.IOF telah memaklumkan kepada Osama Idris, pemilik rumah itu tentang rancangan untu memusnahkan rumah walaupun beliau telah mendapat keputusan mahkamah Israel untuk membekukan tindakan pemusnahan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

8 Kematian Corona, 1906 kes baru di Palestin dalam tempoh 24 jam.

Isnin, 31-11-2020 – Pihak kementerian kesihatan Palestin pada hari Khamis melaporklan 18 kes kematian baru dan 1906 kes baru dari daerah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas. 

Mengikut laporan harian kementerian, 12 mangsa baru meninggal dunia berassal dari daerah berbeza dari Tebing Barat dan Jerusalem dan enam kes lagi dari Gaza.

57 kes kritikal COVID-19 juga menerima rawatan intensif di hospital dan lapan dari mereka ditempatkan dengan alat bantuan pernafasan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

UNRWA: Urusan Kemanusiaan PBB Di Tepi Jurang

Isnin, 31-11-2020 – Ketua Pesuruhjaya Badan Bantuan PBB untuk Pelarian Palestin UNRWA, Philip Lazzarini mengungkapkan, UNRWA berada di tepi jurang. Beliau menyeru komuniti antarabangsa untuk segera bertindak untuk menghindari keruntuhan badan tersebut.

Lazarini mengatakan hal ini dalam sidang akhbar hari ini, Khamis (26/11) di Gaza.

Beliau mengatakan, “Pelarian Palestin memerlukan lebih banyak bantuan daripada sebelumnya, mereka perlukan bantuan dan tidak hanya bergantung kepada kami.”

Beliau menambah, “Untuk pertama kalinya dalam sejarah UNRWA, mereka tidak memiliki dana untuk membayar perbelanjaan akhir tahun.”

Beliau mengatakan, persidangan antarabangsa yang akan diadakan pada awal tahun depan tentang UNRWA agar menegaskan organisasi PBB akan terus memberikan sokongan kepada setengah juta mahasiswa Palestin hingga krisis ini diselesaikan.

Beliau berkata, berlaku pengurangan pekerjaan dan krisis terjadi pada ketika kami memiliki 28000 pekerja yang berkerja di barisan hadapan bagi menghadapi Corona. “Dukungan politik untuk UNRWA perlu diubah menjadi sokongan material di lapangan.

Pegawai tinggi PBB itu menambah, “Corona adalah krisis sementara, jadi sangat penting untuk mendukung sektor kesihatan di Gaza dalam menghadapi krisis ini, bukan UNRWA.”

Pada 9 November, UNRWA melancarkan seruan darurat untuk menyediakan $70 juta dollar untuk membayar gaji pekerjanya pada bulan November dan Disember depan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Culik Dua Warga Baitulmaqdis Berhampiran Masjid Al Aqsa

Isnin, 31-11-2020 – Polis Zionis pada petang Khamis lalu telah menculik dua pemuda Palestin berhampiran MasjidAl Aqsa di Baitulmaqdis dan menyerbu kediaman seorang syuhada di daerah Silwan.

Menurut sumber tempatan, pegawai polis mengepung dua pemuda dari Baitulmaqdis berkenaan semasa mereka berada di kawasan Bab al-Majles, salah satu pintu Masjid Al Aqsa. Mereka dikenali sebagai Mahmoud al-Qadi dan Ismail al-Qadi.

Pasukan polis juga menyerbu rumah syuhada Nour Shuqair, yang ditembak mati semalam oleh tentera Israel di sebuah pusat pemeriksaan di timur Baitulmaqdis.

Polis sempadan Israel pada hari Rabu lalu dengan kejamnya telah melepaskan tembakan di Shuqair berhampiran pusat pemeriksaan al-Zaeem, yang memisahkan penempatan haram di Tebing Barat yang dijajah dari kawasan yang terletak di timur Baitulmaqdis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis culik warga Palestin berkeperluan khas di Tebing Barat

Jumaat, 27-11-2020 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Isnin menculik seorang warga Palestin dengan keperluan khas di pintu utama bandar Beit Awwa, barat daya al-Khalil.

Menurut sumber tempatan, IOF menculik Ayoub Masalmeh, 25 tahun, warga berkeperluan khas, di jalan menuju Beit Awwa dan membawa beliau ke satu tempat yang tidak diketahui.

IOF turut menutup penghadang ketenteraan di bandar Beit Awwa dan perkampungan di barat daya of al-Khalil, mengakibatkan kesesakan jalan yang teruk.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati