
Sabtu , 14/02/2009 – Askar-askar rejim Zionis telah membunuh seorang kanak2 Palestin semalam di selatan bandar raya Tebing Barat ,al-Khalil, dan mencederakan dua pejuang di Semenanjung Gaza menurut sumber-sumber perubatan Palestin .

Sabtu , 14/02/2009 – Askar-askar rejim Zionis telah membunuh seorang kanak2 Palestin semalam di selatan bandar raya Tebing Barat ,al-Khalil, dan mencederakan dua pejuang di Semenanjung Gaza menurut sumber-sumber perubatan Palestin .

Sabtu , 14/02/2009 – Satu serangan udara rejim Zionis petang semalam telah menyebabkan kematian seorang lelaki Palestin yang menunggang sebuah motosikal di bandar Abasan, timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza manakala dua lagi cedera dalam serangan tersebut.

Jumaat , 13/02/2009 – Hospital-hospita, di Gaza kini di penuhi oleh wanita-wanita yang melahirkan anak. Peningkatan jumlah kelahiran baru meningkat sebanyak 2 kali ganda mengatasi mereka yang terbunuh(baca:syahid) akibat serangan ZIonis-Israel. Ia seakan satu signal Allah menggantikan mereka yang syahid.

Jumaat , 13/02/2009 – Tahir al-Nunu, jurucakap kerajaan Palestin yang mengiringi delegasi HAMAS ke Kaherah menegaskan terdapat perkembangan positif dalam perbincangan yang diadakan dengan menteri bertanggungjawab terhadap pasukan perisikan Mesir, Umar Sulaiman yang menyentuh isu gencatan senjata, dialog nasional dan pembangunan semula Gaza.

Jumaat , 13/02/2009 – Pemimpin Fatah, Mahmoud Abbas telah menyatakan kesediaannya untuk mengadakan rundingan damai dengan mana-mana kerajaan Israel hasil dari pilihan raya yang diadakan. Kenyataan Abbas itu diadakan ketikamana darah kanak-kanak Palestin dan orang awam yang tidak berdosa masih mengalir hasil dari mesin perang Israel yang masih kelihatan di jalanan Semenanjung Gaza.
Jumaat , 13/02/2009 – Gerakan pejuang Hamas menyatakan sikapnya tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak yang menang dalam pilihan raya Israel. Ini kerana semua parti Zionis adalah pembunuh, berusaha menang dengan mengorbankan darah Palestin.

Khamis , 12/02/2009 – Mahkamah Tentera Mesir hari ini (Rabu) menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun terhadap Majdi Ahmad Hussein (gambar ), seorang aktivis Mesir dari pihak pembangkang, atas dakwaan memasuki Semenanjung Gaza melalui jalan yang tidak sah.

(harap maaf, tidak berkesempatan untuk menterjemah ke dalam bahasa Melayu)
Abu Ubaidah, juru bicara Brigade Izzuddin Al-Qassam, sayap militer Hamas, menegaskan bahwa perang ‘furqon’ membuat perubahan besar di tubuh bangsa Arab dan umat Islam. Perang ini juga membentuk kesadaran dan solidaritas cukup besar dalam pemahaman perjuangan dan jihad yang belum pernah terjadi sebelumnya.
1/3 (klik read more untuk bahagian lengkap)

Rabu, 11/02/2009 – Gerakan Pejuang Islam (Hamas) menegaskan bahawa pilihan raya umum Israel berjaya dikuasai oleh parti “Kadima”, “Likud” dan “Yisrael Beitena” , yang ertinya Israel akan dipimpin tiga tokoh terroris ekstrim.

Rabu, 11/02/2009 – Bekalan air di utara Gaza telah musnah apabila diserang oleh pesawat Zionis Israel. Kerosakan itu menyebabkan 10 000 rakyat Palestin terputus bekalan air. Pihak berkuasa telah dengan pantas menghantar pekerja bagi membaiki kerosakan akibat serangan itu. Kerosakan itu turus menyebabkan banyak projek tergendala.

Rabu, 11/02/2009 – Sumber dalaman Organisasi Nasional bagi Bantuan Gaza yang dibentuk oleh pihak berkuasa di Ramallah telah mempersoalkan kehilangan dana bantuan yang dikumpulkann dari Tebing Barat untuk penduduk di Gaza. Penyelewengan itu dilakukan oleh Salam Fayyadl setelah dana itu dibekukan dalam akaun peribadinya di bank dan menolak untuk memindahkan atau mencairkannya meskipun hanya satu dolar.

Rabu, 11/02/2009 -HAMAS menegaskan keputusan awal pilihanraya Zionis yang menunjukkan Parti ‘Kadima’ sedang mendahului, diikuti oleh Parti Likud dan Parti ‘Yisrael Beitenu’, sebenarnya hanya menampilkan tiga kepala keganasan Zionis, sambil menegaskan HAMAS akan tetap teguh dengan pendiriannya.

Selasa, 10/02/2009 – Seorang tentera Brigade Al-Quds, telah syahid dalam satu operasi bersama Birged Jihad Jibril di Bet Hanun. Dalam kejadian itu, Rafiq Kafaronah yang berusia 22 tahun syahid ketika bertempur. Ketika itu pesawat Zionis-Israel telah melepaskan 2 buah roket dan terkena tepat ke arah para pejuang. Sebelum daripada itu, mereka sedang membalas tembakan dengan Zionis-Israel.
Dalam pada itu, Brigade Al-Quds menegaskan, pihaknya akan meneruskan amaliah jihadiyahnya.
sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif