Categories
Berita Semasa

Abbas tolak kerjasama seret pemimpin Zionis ke mahkamah antarabangsa.

Rabu ,14/01/2009 – Wakil Ketua Persatuan Peguam Arab, Abdl Adzim Al-Magribi dalam wawancaranya dengan Televisyen Al-Jazeera Selasa (13/1) mengatakan, Mahmud Abbas menolak kerjasama dengan pihaknya untuk mengheret para pemimpin Israel ke mahkamah antarabangsa terhadap jenayah perang di Gaza.

Categories
Berita Semasa

Terkini : Keadaan mayat tidak pernah dilihat sebelum ini.

Rabu ,14/01/2009 – Dr Hussein Ashour, pengarah hospital Al Shifa berkata yang sejumlah mayat telah tiba di hospital itu dengan kesan terbakar dan terputus yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini sambil mengesahkan Israel menggunakan senjata yang dilarang di seluruh dunia terhadap orang awam di Semenanjung Gaza.

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis berundur dari timur Khuzaa selepas meninggalkan kemusnahan besar.


Selasa ,13/01/2009 – Angkatan tentera rejim Zionis berundur dari bandar Khuza’a pada Isnin lalu dan bergerak ke timur Khan Younis di selatan Gaza setelah menghadapi rintangan hebat di sana. Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa askar-askar rejim Zionis meninggalkan satu kesan kemusnahan di bangunan-bangunan, tanah pertanian dan harta benda.

Anggaran awal menunjukkan jentolak rejim Zionis telah memusnahkan hampir 30 buah rumah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Israel sembelih lebih 900 orang dalam masa 16 hari.

Selasa ,13/01/2009 – Jumlah kematian di Gaza mencecah lebih 900 orang kebanyakannya kanak-kanak (277 orang) dan wanita (93 orang) dalam masa 16 hari sementara 4100 orang cedera demikian dilaporkan oleh Dr. Muawiya Hassanein , Pengarah Kecemasan Kementerian Kesihatan.

Categories
Berita Semasa

Ismail Haniyyeh : Kemenangan akan berpihak kepada kami.

Selasa ,13/01/2009 – Ismail Haniyyeh, ketua kerajaan yang sah di Gaza telah menyatakan bahawa kemenangan akan menjadi realiti bagi orang-orang Palestin keatas ancaman Zionis di Gaza. Merujuk kepada apa yang terjadi ke atas penduduk Palestin yang dihujani serangan berlarutan dari musuh.

Categories
Berita Semasa

Hamas: Kami tidak akan mengalah.

Selasa ,13/01/2009 – Hamas menegaskan bahawa operasi tentera Zionis gagal dalam mencapai matlamat mereka untuk menghancurkan Hamas. Hamas juga tidak akan berputus asa meskipun pelbagai sekatan dan keganasan Zionis. Dr. Ismael Ridwan salah seorang pemimpin Hamas menyatakan setelah 16 hari serangan Zionis terhadap masyarakat Palestin, tujuan mereka adalah untuk menjadikan rakyat Palestin akur dengan segala kehendak Zionis-Israel.

Categories
Berita Semasa

Terkini : Brigade al-Qassam berjaya menembak helikopter Israel.

Selasa ,13/01/2009 – Briged Izzuddin Al-Qossam, sayap gerakan pejuang Hamas menyatakan bahawa pihaknya telah berjaya menembak helikopter tempur Israel, ketika bergerak di ruang udara Gaza petang Ahad (11/1) hingga terpaksa melakukan pendaratan  cemas. Dalam keterangannya, roket anti pesawat milik al-Qossam berjaya merosakkan pesawat tempur Israel dan memaksanya mendarat cemas.

Categories
Foto/Video/Muzik

Rupa bentuk bom fosforus putih yang digunakan rejim Zionis di Gaza.

Walaupun penggunaannya di haramkan oleh dunia, namun rejim Zionis masih berdegil membedil orang awam Palestin yang hidup padat di Gaza dengan bom berkenaan.

Categories
Foto/Video/Muzik

Wawancara Sir David Frost bersama wakil Hamas dan wakil Israel.

Bahagian 1
panelis bahagian satu adalah Mousa Abu Marzook dari HAMAS dan Danny Ayalon , bekas duta Israel di US.

Bahagian 2
Dr Azzam Tamimi, panelis utk bahagian kedua ini memberikan input tuduhan2 terhadap HAMAS oleh media barat selama ini.

note :  rakaman ini dibuat pada 9/1/2009

Categories
Berita Semasa

Laporan Al Jazeera tentang usaha para doktor sedunia membantu Gaza.

Antara yang ditemuramah adalah  Dr Jemilah daripada MERCY , Malaysia.

sumber : al jazeera

Categories
Berita Semasa

Terkini : 39 orang doktor masuk ke Gaza.

Isnin ,12/01/2009 – Jawatankuasa Kerajaan Menentang Sekatan Israel berkata seramai 39 doktor Arab dan Mesir telah dibenarkan masuk ke Gaza melalui Rafah pada hari Sabtu dengan 11 trak penuh dengan ubat-ubatan.

Alaa al-Batta jurucakap jawatankuasa berkata lagi sebanyak 5 ambulans turut dibenarkan masuk hasil sumbangan Algeria, Libya, dan Kesatuan Doktor Arab. Bagaimanapun tiada bantuan makanan dibenarkan masuk dan menggesa Mesir membuka sempadan Rafah dengan mutlak. Beliau berkata lagi Mesir harus menyegerakan bantuan ubatan dan makanan untuk membantu mangsa kekejaman Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  anonymous

Categories
Foto/Video/Muzik

Penyerang Sevilla Frederic, Kanoute didenda kerana baju T bertulis Palestin.

Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) telah mendenda penyerang Sevilla Frederic , Kanoute kerana telah mendedahkan kemeja T dengan perkataan bertulis “Palestin” selepas beliau menjaringkan gol kemenangan 2-1 menentang Deportivo pada perlawanan Rabu lalu (7/1/09).

sumber : http://www.guardian.co.uk/football/feedarticle/8226348
penterjemah : gunx

Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas respon inisiatif Mesir di Kaherah.

Isnin ,12/01/2009 – Delegasi Pergerakan Hamas dari dalam dan luar bertemu dengan pihak berkuasa Mesir di Kaherah pada Ahad mengenai pendirian mereka terhadap inisiatif Mesir berkenaan usaha damai di Gaza. Delegasi tersebut terdiri daripada Emad Al-Alami dan Mohamad Nasr, Biro Politik dari Damaskus dan Dr. Jamal Abu Hashem, Dr. Saleh Al-Bardawil dan Ayman Taha dari Gaza.

Categories
Berita Semasa

700 roket pejuang Palestin hujani Israel.

Isnin ,12/01/2009 – Selama 16 hari serangan ganas Israel ke Semenanjung Gaza, wilayah padat penduduk, serangan darat, udara dan laut belum menampakkan Zionis Israel akan menghentikan serangan roket terhadap Daza dan pejuang Islam Hamas yang bertindak balas menyerang.

Categories
Berita Semasa

12 mayat Palestin ditemui pasukan perubatan di Gaza.

Isnin ,12/01/2009 – Pasukan perubatan telah menemui 12 anggota badan penduduk Palestin akibat serangan yang telah dilakukan oleh angkatan tentera Israel di barat daya bandar Gaza pada hari Sabtu lalu manakala empat sekeluarga yang lain telah terbunuh semasa kereta kebal rejim Zionis merobohkan rumah mereka di utara bandar itu.