
Isnin , 18/09/06 –
Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneyyah menegaskan, Sabtu (16/9) di Gaza, program politik kerajaan perpaduan nasional Palestin yang berdasarkan pada piagam kesefahaman nasional, tidak menjamin penerimaan terhadap semua kesepakatan PLO dengan
Israel, kerana piagam tersebut tidak mengiktiraf kewujudan Israel.

Isnin , 18/09/06 –
Menurut laporan yg dikeluarkan, Bank Dunia melaporkan krisis ekonomi disebabkan penyekatan ekonomi oleh Israel kepada semua barang import dan eksport sejak March lalu adalah keadaan paling teruk dalam sejarah Palestin.

Isnin , 18/09/06 –nggota kabinet Palestin malam semalam mengajukan pernyataan letak jawatan di bawah pimpinan PM Ismael Haneyyah. Ini dilakukan sebagai langkah awal pembentukan kerajaan campuran Palestin seperti yang
disepakati oleh Hamas dan Fatah.

Buku ini mengupas sejarah pembentukan HAMAS, kronologi peristiwa-peristiwa berkaitan HAMAS dan Palestin, Intifadah dan pelbagai perkara lain berkenaan HAMAS. Selami kepayahan dan kesengsaraan perjuangan HAMAS sebelum dan selepas diberi mandat menerajui kerajaan Palestin.
Penulis buku ini bukan sekadar memperkatakan berkenaan ideologi dan matlamat perjuangan HAMAS semata-mata tetapi juga terselit seribu satu pengertian dan pengajaran buat kita, umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.
Maklumat lanjut di sini

Jumaat , 15/09/06 –Dr. Ghazi Hamad (gambar) jurucakap bagi kerajaan Palestin memberitahu Al-Jazeera, Hamas tidak dpt menerima yg mengatakan Israel tidak akan merestu kewujudan kerajaan Palestin.

Khamis , 14/09/06 –
Seorang rabbai Yahudi yang tinggal di Tebing Barat telah menyeru tentera rejim Zionis supaya membunuh semua lelaki rakyat Palestin yang melebihi umur 13 tahun dalam usaha untuk menyahkan kewujudan bangsa Palestin di atas muka bumi.

Khamis , 14/09/06 –
Mahkamah tentera, penjara Ofer bahagian selatan Baitunya berdekatan dengan Ramalah Rabu (13/9) akhirnya memutuskan pembebasan 21 tawanan Palestin yang terdiri dari para menteri dan
wakil rakyat Palestin, wilayah Tebing Barat.

Khamis , 14/09/06 –
Democratic Front for the Liberation of Palestine (DFLP) pada hari Rabu (13/09/06) menyatakan kesediaan untuk menyertai kerajaaan campuran berdasarkan dokumen nasional.

Rabu , 13/09/06 –
Sami Abu Zuhri, jurucakap pergerakan HAMAS berkata di Jaluar Gaza, mengumumkan
satu persetujuan bersama telah dicapai antara pergerakan itu dengan Presiden Mahmoud Abbas
bahawa kerajaan campuran tidak akan diistiharkan sehingga kesemua menteri kabinet yang
telah diculik oleh rejim Zionis dibebaskan.

Rabu , 13/09/06 –Brigade Izzudin Al Qasam dan Dewan Perjuangan Rakyat Selasa (12/09) menyatakan bertanggungjawab atas pembunuhan seorang komandan Israel dan mencederakan sejumlah tentera lainnya dalam satu serangan di sebelah utara pintu masuk Kosvem bahagian timur Der Balah.

Selasa , 12/09/06 –
Jurucakap kumpulan pejuang Hamas di Gaza, Sami Abu Zuhri, Isnin lalu mengumumkan bahawa rundingan antara Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Ismail Haneyya telah berjaya. Turut hadir dalam pejumpaan Ahad malam itu adalah beberapa orang ahli Parlimen Hamas dan Fatah. Beliau berkata bahawa perkembangan positif telah dicapai di antara kedua-dua pihak dalam usaha membentuk kerajaan campuran.

Selasa , 12/09/06 –
Setelah pertemuannya dengan Presiden Mahmod Abbas untuk membahaskan isu pembentukan kerajaan campuran, Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneyyah mengatakan bahawa masalahnya bukan pada pertemuan-pertemuan kami. Namun masalahnya adalah sama ada Israel bersedia untuk mengiktiraf legalitasi pemerintah dan hak rakyat Palestin atau tidak?

Selasa , 12/09/06 –
Sumber dari Israel berkata, Rejim Zionis telah menahan 13 rakyat Palestin di Tebing Barat malam tadi dengan beranggapan mereka adalah aktivis pembebasan Palestin.

Selasa , 12/09/06 –Puluhan ribu warga Yahudi Zionis, kelmarin (Sabtu 9/9/06)
berdemonstrasi di Tel Aviv. Mereka menuntut perdana menteri Ehud Omert mengeluarkan kenyataan sebab-sebab kekalahan tentera Israel dalam perang di Lubnan.

oleh : Maszlee Malik
” with the victory of Hizbullah, a terrible beauty is born”
George Galloway, The Guardian, 31/8/2006
Peperangan di Lubnan telah mengajar kita beberapa hakikat. Bagi sesiapa yang melihat peperangan ini sekadar sebuah peperangan seperti peperangan-peperangan di dunia yang lain, mereka tidak kan dapat mempelajari apa-apa. Namun, bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan isu Palestin dan isu penjajahan Zionis ke atas bumi umat Islam di Asia Barat ini, banyak perkara yang boleh dipelajari. Para pejuang kemerdekaan dan juga para pejuang Islam akan mendapati bayak sekali yang dapat mereka pelajari daripada peperangan yang memakan masa sebulan lebih ini. Artikel ini akan cuba mengupasnya….