Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis larang penanaman pokok zaitun di Kampung Jalud

Selasa, 22-12-2020 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Rabu menghalang warga Palestin daripada menanam pokok zaitub di tana milik warga Palestin di Kampung Jalud, selatan Nablus.

Pegawai tempatan Ghassan Daghlas berkata, IOF menghalang penduduk tempatan daripada menanam beberapa pokok zaitun di kawasan dekat sekolah kampung itu atas alasan kawasan itu berada di tanah Israel.

Daghlas mengesahkan yang semua penduduk kampung berhasrat untuk menanam pokok di tanah milik peribadi penduduk tempatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas: Penganut Kristian Teras Struktur Negara

Selasa, 22-12-2020 –  Gerakan Hamas telah menegaskan kedudukan tinggi orang Kristian di Semenanjung Gaza, dengan menyifatkan bahawa mereka adalah teras struktur nasional.

“Kami bangga dengan hubungan bersejarah antara rakyat Palestin dari orang Kristian dan Islam,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum dalam suatu siaran akhbar.

“Mereka adalah teras struktur nasional … Kita telah bersama-sama membina sejarah dan tamadun untuk orang-orang ini dan kita telah bersama-sama membayar harga untuk akar umbi kita di tanah yang diberkati ini selama bertahun-tahun perjuangan getir rakyat kita menentang penjajahan Israel,” Barhoum menambah.

Kenyataan oleh Hamas ini dikeluarkan setelah beberapa laman web dan laman media sosial menimbulkan kecurigaan mengenai kedudukan Kementerian Awqaf Palestin di Gaza terhadap warga Kristian.

Sebagai tindak balas, Kementerian Awqaf menjelaskan kedudukannya dalam hal ini, dengan mengatakan bahawa orang Kristian di Palestin, terutama di Gaza, adalah rakan seperjuangan di tanah air mereka.

“Mereka berhak untuk mengadakan upacara keagamaan mereka sendiri dan tidak dibenarkan sesiapa sahaja menyinggung perasaan atau menghalang mereka. Pemerintah menjamin pelaksanaan upacara mereka dan memberikan perlindungan untuk gereja dan tempat perayaan mereka, ”kata Kementerian.

Ia menegaskan bahawa komunikasi dalamannya sama sekali tidak kena-mengena dengan orang Kristian yang mengadakan acara, festival dan ritual mereka, dan ia adalah berkaitan membimbing umat Islam tentang undang-undang Syariah mengenai penyertaan dalam acara keagamaan orang bukan Islam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim arah pasar di perkampungan Anin dirobohkan.

Isnin, 21-12-2020 – Tentera rejim Israel memaklumkan pada warga Palestin yang pihaknya akan merobohkan 11 binaan perniagaan milik mereka di perkampungan Anin, barat Jenin.

Ketua Kampung Bahir Yasin berkata, pemilik  11 bangunan perniagaan itu telah menerima notis roboh dari pihak tentera rejim seminggu sebelum ianya dirobohkan.

Seperti kawasan lainnya di Tebing Barat, perkampungan Anin secara sistematiknya terdedah pada ancaman  tanahnya bakal dirampas dan bangunan akan dirobohkan oleh pihak rejim.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Polis rejim Israel menculik warga Baitulmuqaddis dan isterinya di kota lama

Isnin, 21-12-2020 – Polis rejim pada pagi Rabu menculik seorang pemuda Baitulmuqaddis dan isterinya dari rumah mereka di kota lama.

Menurut sumber tempatan, polis rejim menyerbu rumah Mohamed al-Ajlouni di kawasan Bab al-Maghariba (Pintu Mughrabi) di kota lama dan menculik beliau bersama isterinya.

Manakala pegawai polis rejim menahan seorang warga Palestin ketika beliau berjalan masuk ke dataran Masjid Aqsa Ketika lawatan pendatang Yahudi, lalu memeriksa pengenalan dan begnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rancangan Penempatan Baharu Israel Ancam Kampung Wadi Rababa di Silwan

Isnin, 21-12-2020 – Aktivis al-Quds, Abdul Karim Abu Sneina, anggota Jawatankuasa kampung Wadi Rababa, mengatakan bahawa penjajah Israel sedang merancang membangunkan kampung penempatan bagi orang Yahudi Perancis di bahagian utara kampung Wadi Rababa, di Silwan, al-Quds.

Abu Sneina menyatakan bahawa penjajah Israel telah menyiapkan infrastruktur yang diperlukan untuk tujuan ini di wilayah tersebut.

Beliau memperingatkan bahawa tindakan tersebut merupakan langkah awal untuk mengubahnya menjadi penempatan Yahudi, seperti yang terjadi dengan 11 penempatan di wilayah yang diduduki penjajah Israel sejak tahun 1967. Ketika itu penjajah Israel mendirikan penempatan Givat Ze’ev, Gilo, Ma’aleh Adumim dan Jabal Abu Ghneim di tanah yang disita oleh pihak Otoriti Perlindungan Alam Israel dengan alasan bahawa daerah tersebut adalah kawasan hijau.

Aktivis Al-Quds ini menyatakan bahawa pada tahun 1996 seramai 4 orang peguam Israel yang bekerja dengan pemerintah kota penjajah Israel di al-Quds memaksa warga Palestin membayar denda kerana dianggap melanggar peraturan. Namun hari ini jumlah mereka meningkat kepada antara 40-50 orang peguam. Beliau menyatakan bahawa wang denda yang dikenakan pada warga al-Quds mengalir ke kantong-kantong pemerintah kota penjajah Israel.

Abu Sneina menjelaskan bahawa pembelaan warga al-Quds untuk mempertahankan hak-hak mereka sudah berlangsung selama lebih dari setengah abad.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

107 orang peneroka haram mencemari Masjid Al Aqsa dengan kawalan pihak poilis

Isnin, 21-12-2020 – Segerombolan peneroka haram yahudi pada pagi Khamis telah mencerobohi kawasan Masjid Al Aqsa dibawah kawalan ketat pihak polis.

Menurut sumber tempatan, peneroka haram seramai 107 orang telah memasuki kawasan Masjid Al Aqsa melalui pintu masuk Al-Magahariba dan membuat tinjauan ke dalam kawasan perkarangan Masjid.  Beberapa peneroka haram telah menimbulkan kemarahan penduduk Islam setempat dengan menjalankan upacara keagamaan Yahudi di kawasan suci umat Islam. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Israel ancam merobohkan 11 kedai milik warga Palestin di Barat Jenin

Isnin, 21-12-2020 – Rabu, 16hb Disember…Israel mengancam merobohkan 11 kedai milik warga Palestine di desa Anin, sebelah barat Jenin yang terletak di wilayah Utara Tebing Barat. Ketua Desa Anin, Bahar Yassin menyatakan pihak penguasa pendudukan penjajah Israel telah menyampaikan waran perobohan kepada pemilik kedai warga Palestin.

Desa Anin merupakan laluan utama desa-desa berhampiran ke kota Umm Fahm, namun pembangunan Tembok Apartheid yang didirikan oleh penjajah Israel pada than 2003 telah memisahkan desa Anin dengan Kota Umm Fahm, mengakibatkan pendapatan ekonomi penduduk desa Anin terjejas teruk.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Hamas kecam embargo AS keatas kapal Turki

Isnin, 21-12-2020 – Hamas mengecam embargo yang di lakukan Amerika ke atas Turki di sebabkan negara tersebut memiliki system persenjataan udara buatan Rusia “S-400”. Ketua Biro hubungan dunia Arab – Islam Hamas, Izzat Rishq dalam kenyataan medianya berkata “ Kami mengecam sekatan yang di lakukan Amerika terhadap Turki atas alasan negara tersebut memiliki system persenjataan S-400 serta kami menyatakan solidariti kami bersama rakyat dan pemerintah Turki”.

Rishq turut menyatakan Turki berhak memiliki kekuatan ketenteraan bagi menghadapi ancaman dan melindungi keamanan negaranya. Tindakan Amerika mengenakan sekatan embargo terhadap Turki jelas berlawanan dengan sikap Amerika yang memberi bantuan kewangan serta menyokong penjajah Israel melakukan terorisma dan kekejaman terhadap warga Palestine.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Mishaal : Mereka yang memberi harapan kepada Israel akan kalah.

Jumaat, 18-12-2020 – Bekas ketua biro politik Hamas, Khaled Mishaal telah menegaskan bahawa mereka yang memberi pengharapan kepada Israel dan kekurangan mereka di rantau ini akan menemui kegagalan pada suatu hari nanti akan mengetahui nilai negara-negara Arab mereka. 

“Kami mengikuti perkembangan dan perubahan di arena serantau dan antarabangsa. Kami juga menyedari bahawa pentadbiran baharu yang dipimpin Biden sedang membangun dari kehancuran yang dilakukan oleh pemerintahan Trump. Akan tetapi, kami akan menghadapinya dengan bijak dan tegas,” kata Mishaal didalam wawancara yang dianjurkan oleh institusi media yang bertempat di Gaza, al-Risalah.

Pihak Hamas juga menegaskan bahawa gerakan mereka akan menangani pembangunan dan perubahan dengan penuh kesedaran tanpa memberi pengharapan kepada sesiapa pun. 

Beliau juga menggesa negara-negara yang masih menyokong Palestin agar bertemu dan menangani situasi terbaru ini dengan lebih serius kerana negara lain tidak teragak-agak untuk membincangkan agenda mereka secara terbuka. 

Bercakap mengenai gerakannya, Mishaal berkata, Hamas bersama rakan-rakan seperjuangan di Palestin akan mengembalikan kehormatan Baitulmaqdis dan hak-hak kenegaraan dan beliau juga memuji keterbukaan gerakan tersebut terhadap orang lain samada secara dalaman atau luaran.

Mishaal menzahirkan keinginan gerakan itu untuk bekerja dengan rakan Palestin yang lain atas dasar mengukuhkan saingan demi negara Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hanafi

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi ceroboh tapak arkeologi di Sebastia.

Jumaat, 18-12-2020 – Berpuluh pendatang haram Yahudi bertindak menceroboh masuk kawasan tapak arkeologi yang terletak di bandar Sebastia, utara Nablus.

Datuk Bandar Sebastia, Muhammad Azim  dalam satu sidang media berkata, berpuluh-puluh  pendatang memasuki tapak arkeologi di bandar itu dengan kawalan ramai anggota tentera rejim meskipun sebahagian tapak itu ditutup kepada orang awam.

Sementara itu di tempat lain, penduduk Palestin di perkampungan Kisan, timur Baitulmaqdis bertempur dengan pendatang Yahudi yang cuba menyerang rumah mereka dengan melempar batu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Indonesia menafikan berita tentang normalisasi dengan Israel

Jumaat, 18-12-2020 – Kementerian Luar Indonesia menafikan laporan akhbar terkini tentang kemungkinan rancangan normalisasi di antara Indonesia dan Israel.

Teuku Faizasyah, jurucakap Kementerian Luar Indonesia berkata pada Selasa, “Ada dua perkara yang saya ingin katakan tentang isu ini. Pertama, kementerian luar tidak pernah berhubung dengan Israel. Kedua, kementerian ini menyokong Palestin sebagai sebahagian tanggungjawabnya dan bertepatan dengan mandat perlembagaan”, menurut laman sesawang Berita Satu.

Israel Hayom, satu akhbar Hebrew, melaporkan yang pegawai kanan sebuah negara Islam yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, tiba dua minggu lalu di Tel Aviv dan bertemu dengan pegawai Israel. Ia menyatakan bahawa delegasi negara Muslim itu dari Asia, diketuai oleh penasihat kanan presiden negara itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

26 kes kematian Corona, 2,525 kes baru di Palestin dalam tempoh 24 jam.

Jumaat, 18-12-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin pada hari Rabu melaporkan 26 kes kematian baru berkaitan COVID-19 dan 2,525 kes positif baru dan 2,180 kes sembuh di Tebing Barat, Jerusalem dan Semenanjung Gaza pada tempoh 24 jam lepas. 

Mengikut laporan harian kementerian, 15 kes kematian yang baru dari beberapa kawasan yang berbeza di Tebing Barat, satu kes dari Jerusalem dan 10 kes dari Semenanjung Gaza.

137 pesakit kritikal COVID-19 menerima rawatan intensif di hospital dimana 39 dari mereka di tempatkan dengan alat bantuan pernafasan. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Jurnalis Syahidin Meninggal Dunia Setelah 17 Tahun Aktif Bersama Perjuangan Palestin

Jumaat, 18-12-2020 – Aktivis media dan salah seorang sidang pengarang di Pusat Informasi Palestin (Melayu), Ahmad Syahidin, Rabu (16/12) meninggal dunia setelah hampir dua minggu dirawat di sebuah hospital di Bekasi. Menurut keluarganya, melalui pemeriksaan swap, beliau dinyatakan positif covid-19.

Syahidin dijangkiti Covid-19 sejak hampir dua minggu lalu, kemudian dirujuk ke hospital di kota Bekasi, Jawa Barat.

Pejabat Pusat al-Markaz Al filistini Lil’ilam di Malaysia yang memayungi Pusat Informasi Palestina edisi Melayu/Indonesia menyampaikan belasungkawa dan takziyah atas kematian salah seorang sidang pengarang, Ahmad Syahidi yang merupakan salah seorang pembela isu Palestin dan menghabiskan umurnya dalam menyebarkan risalah berkait hak-hak bangsa Palestin.

Ahmad Syahidin merupakan ayah kepada empat orang anak, beliau bekerja sebagai penerjemah dan penyinting Infopalestina segmen Melayu-Indonesia sejak tahun 2004 sehingga kematiannya.

Almarhum terlibat aktif dalam menginformasikan perkembangan terkini di Palestin, baik politik, informasi di lapangan dan sosial, mengangkat persoalan Palestin dan menginformasikan penderitaan rakyat Palestin, serta membongkar kejahatan dan pelanggaran yang dilakukan penjajah Israel terhadap hak Palestin.

Almarhum melakukan liputan sejumlah aksi dan peristiwa berkait isu Palestin di Indonesia, terutama peristiwa yang mendukung bangsa Palestin dan persoalannya secara adil.

Ahmad Syahidin turut serta dalam segenap aktiviti dan kegiatan yang mendukung hak-hak bangsa Palestin, baik di forum serantau mahupun antarabangsa, mencari penyumbang untuk Palestin dan bergerak ke sejumlah tempat di Indonesia untuk tujuan suci ini.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis merampas dua traktor di Tebing Barat

Jumaat, 18-12-2020 – Rejim Zionis (IOF) merampas dua traktor pertanian di perkampungan az-Zubaidat, utara bandar Jericho, tanpa sebarang alasan.

Menurut sumber tempatan, IOF merampas dua traktor yang digunakan untuk tujuan pertanian semasa mereka berada di pintu masuk utama ke kampung tersebut.

Traktor itu adalah milik dua petani tempatan yang dikenali sebagai Fadi Abdullah dan Mansour Hasan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis merobohkan rumah rumah di kawasan timur Jerusalem.

Khamis, 17-12-2020 – Rejim Zionis pada hari isnin lepas telah menceroboh dan merobohkan beberapa rumah kecil di perkampungan Palestin  Az-Za’ayyem di timur Jerusalem.  

Mengikur laporan tempatan, beberapa jentolak yang diiringi oleh rejim Zionis mengusir penduduk dari kediaman mereka.

Bangunan kediaman yang dirobohkan adalah milik keluarga dari Amran dan Murad Za’atara. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad