
Rabu, 05/09/07 – GAZA — Pergerakan Hamas pada Selasa lalu mengecam Javier Solana, Penyelaras Hubungan Luar Kesatuan EU kerana menyatakan yang pihaknya tidak akan mengadakan hubungan dengan Hamas, serta menggambarkannya sebagai satu penafian demokrasi Eropah. Sami Abu Zuhri selaku Jurucakap Hamas di Semenanjung Gaza berkata kenyataan Solana hanyalah bagi satu pihak sahaja dan tidak menggambarkan keadaan sebenar yang mewakili seluruh negara-negara Eropah lain yang telah mempunyai hubungan langsung dengan Hamas manakala negara lain memerlukan hubungan-hubungan seperti Itali, Norway dan Rusia.

Selasa, 04/09/07 –
Perdana menteri tidak sah kerajaan PA, Salam Fayyad di Ramalah telah mengadakan perjumpaan rahsia bersama Dov Weisghlass, bekas ketua pegawai Ariel Sharon di Jerusalem.Menurut radio Hebrew, Fayyad telah bertemu dengan Weisghlass pada petang ahad lepas di hotel yang diduduki di Bandar suci tersebut.Sumber itu berkata bahawa isi kandungan pertemuan tersebut tidak dijelaskan dan menyatakan bahawa Salam keluar dari hotel tersebut membawa satu CD bersamanya.

Isnin, 03/09/07 –
Abu Obada menyatakan bahawa permintaan Qassam ialah Israel membebaskan wanita, kanak-kanak dan pemimpin yang sakit dan yang meringkuk lama di dalam penjara penjajah Israel. Beliau tidak mengulas panjang mengenai keadaan Shalit dan menambah “kami akan memberikan perakam kaset suaranya tidak lama lagi dan dia akan memberitahu keadaannya. Kami tidak akan mendedahkan pita rakaman lain mengenai keadaan Shalit dalam masa iniâ€

Isnin, 03/09/07 –Pergerakan Hamas Ahad lalu menuduh Jawatankuasa Eksekutif PLO tidak lebih sebagai golongan yang lemah, kumpulan yang mengikut telunjuk Fatah yang mengawal jawatankuasa tersebut untuk berkhidmat dengan kepentingan-kepentingan peribadi dan parti mereka.

Isnin, 27/08/07 – Sheikh Kamal Al-Khatib, Timbalan Ketua Pergerakan Islam tahun 1948 semasa negara Palestin diduduki, telah memberi amaran mengenai rancangan untuk menyerahkan Masjid Aqsa untuk dikuasai Israel.

Jumaat, 24/08/07 – Dr Mahmoud Al-Zahhar, seorang tokoh pemimpin Hamas dan bekas menteri luar PA mengakui bahawa pergerakan Hamas tidak sepenuhnya menentang US.

Jumaat, 24/08/07 – Gaza -Dr. Shalah Bardawil, juru cakap Fraksi Perubahan dan Reformasi di parlimen Palestin menegaskan pihak Eropah membuka kebohongan Fayyad Maliki, Menteri Informasi pemerintahan darurat Palestin pimpinan Salam Fayyad berkenan pemotongan bekalan elektrik di Semenanjung Gaza.
Tanggal 21 Ogos , genaplah ulang tahun ke 38 pembakaran masjid Aqsa. Marilah sama2 kita perbanyakkan usaha dan kerjasama bagi membebaskan tanah Palestin dan masjid Aqsa dari rejim Zionis.

Khamis, 23/08/07 – NABLUS, (PIC)– Tahanan-tahanan penduduk Palestin di pusat tahanan tentera Israel Hawara dekat bandar Nablus telah merayu agar Palang Merah dapat melawat mereka dan memeriksa mereka syarat-syarat ketat di penjara.

Rabu, 22/08/07 –
Askar-askar rejim Zionis yang ditempatkan di utara Semenanjung Gaza telah melepaskan satu peluru berpandu terhadap sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di bandar Beit Hanun, utara Strip, yang telah membunuh dua orang daripada mereka.

Rabu, 22/08/07 – Beirut – Faruq Al-Qadumi, ketua urusan politik di PLO menyerang presiden Abbas dengan kenyataannya. Beliau menyatakan Abbas sebagai “diktator†dan sedang berusaha melucut senjata kumpulan pejuang Palestin.

Selasa, 21/08/07 –
Enam pejuang pertahanan Palestinyang bersekongkol dengan Briged Qassan, sayap pertahanan Hamas telah dibunuh Isnin lalu apabila kereta yang dinaiki mereka di rempuh dengan bom serangn udara Israel di timur kem tahanan al Breij, Semenanjung Gaza.

Selasa, 21/08/07 –Ismail Haneyya, Perdana Menteri Kerajaan Sementara Palestin, pada Ahad lalu mengunjungi Presiden Syria, Bashar Al-Assad untuk membantu dalam menyelesaikan masalah pelarian-pelarian Palestin yang melarikan diri dari penindasan di Iraq dan terperangkap di sempadan dengan Syria.

Isnin, 20/08/07 – RAMALLAH, (PEACH)– Ali Rashid, ahli Parlimen Itali yang berasal dari Palestin telah mengunjungi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk membuka saluran dialog dengan Hamas bagi kepentingan negara dan menegaskan kesediaannya untuk menemui pemimpin-pemimpin Hamas.

Isnin, 20/08/07 – Mufti Jurusalem dan Palestin mengutuk penawanan rejim Zionis dan penutupan Masjid Ibrahimi di bandar Khalil dengan alasan untuk membenarkan orang-orang Yahudi meraikan perayaan mereka. Sheikh Mohamad Hussein, pengerusi majlis fatwa tertinggi berkata semua agama samawi melarang sebarang bentuk penghinaan tempat ibadat. Beliau mahu satu tindakan di ambil ke atas perkara tersebut yang melarang umat Islam memasuki tempat suci mereka.