Categories
Berita Semasa

Pengembala Palestin cedera dalam serangan pendatang di al-Khalil

Isnin, 20-04-2020 – Pengembala Palestin telah cedera pada Rabu apabila beliau diserang oleh para pendatang Israel di bandar Yatta di daerah al-Khalil Tebing Barat.

Sumber tempatan melaporkan yang sekumpulan pendatang Israel menyerbu kawasan pertanian di timur Yatta, dengan diiringi oleh tentera rejim serta menyerang pengembala Palestin menyebab seorang daripada mereka cedera.Para pendatang Israel di penempatan Ma’on yang dibina secara paksa di atas tanah warga Palestin di Yatta pada tahun 1981, sentiasa menyerang para petani dan pengembala Palestin manakala tentera rejim Israel meyasarkan rumah mereka untuk pemusnahan bagi memaksa mereka meninggalkan kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Panggil Pengarah Masjid Aqsa Untuk Soal Siasat

Isnin, 20-04-2020 – Polis rejim Zionis pada petang Khamis lalu telah memanggil Sheikh Omar al-Kiswani, pengarah Masjid Aqsa, untuk disoal siasat di pusat tahanan Moskobiya di Baitulmaqdis.

Menurut Jabatan Awqaf Islam di kota suci itu, polis Israel meminta Sheikh Kiswani untuk serta-merta pergi ke pusat Moskobiya untuk disoal siasat.

Sebelum ini, Sheikh Kiswani telah beberapa kali dipanggil untuk disoal

Baru-baru ini, polis juga telah memanggil pengarah Awqaf Islam Abdul-Adheem Salhab untuk disoal siasat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi membanjiri ladang anggur Palestin dengan kumbahan di bandar Beit Ummar

Jumaat, 17-04-2020 – Pendatang Yahudi dari blok penempatan haram Gush Etzion pada hari Isnin membanjiri kebun anggur Palestin dengan air sisa kumbahan di bandar Tepi Barat Beit Ummar, utara provinsi al-Khalil.

Untuk minggu kedua berjalan, pendatang Gush Etzion membuka saluran air kumbahan dan membanjiri halaman anggur Palestin di kawasan Wadi Shekhait di utara kampung Beit Ummar di selatan Tepi Barat, menurut sumber tempatan.

Kebun anggur tersebut dianggarkan seluas 20 dunum tanah dan dimiliki oleh dua keluarga tempatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menculik Abu Tir, ahli parlimen berusia 69 tahun

Jumaat, 17-04-2020 – Tentera rejim Israel (IOF) menculik ahli parlimen Palestin berusia 69 tahun Mohammed Abu Tir bersama sejumlah tahanan yang dibebaskan dalam satu serbuan pada subuh Isnin.

Sumber akhbar menyatakan yang tentera rejim IOF mengepung Abu Tir setelah menyerbu rumah beliau di pinggir bandar Um al-Sharayet suburb di Ramallah.

Abu Tir, seorang pemimpin Hamas dan ahli parlimen di Baitulmuqaddis, telah diusir dari kota suci oleh rejim Israel pada Oktober 2010. Beliau telah menjalani hukuman penjara selama 30 tahun dari hidupnya di penjara rejim.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Briged Al- Qassam bersedih atas kematian pejuang mereka

Jumaat, 17-04-2020 – Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, berkabung atas kematian Sami Barhoum, salah seorang pejuang mereka, yang mati dalam letupan tidak sengaja di Rafah,
selatan Jalur Gaza.

Sami Barhoum, 34, meninggal dalam satu letupan di sebuah rumah di kem pelarian Yibna di Rafah, menurut sumber perubatan.

Briged Al-Qassam meratapi kematian Barhoum, memuji “usaha beliau di sepanjang jalan Jihad”, dan mengucapkan takziah sepenuh hati kepada keluarganya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Hamas Pertanggungjawabkan Rejim Zionis Atas Nyawa Ahli Parlimen Abu Tir

Jumaat, 17-04-2020 – Gerakan Hamas mengecam penculikan anggota parlimen Palestin, Mohamed Abu Tir oleh pasukan rejim Zionis malam tadi dari kediamannya di kota Ramallah, dengan mengatakan bahawa penahanannya adalah sasaran terhadap Baitulmaqdis, rakyatnya, serta hak kebebasan bersuara.

Dalam satu kenyataan, Gerakan tersebut menganggap rehim Zionis bertanggung jawab penuh atas nyawa Abu Tir yang berusia 70 tahun, dengan mengatakan “penahanannya di kala penularan wabak coronavirus mencerminkan kezaliman dan kekejaman rejim tersebut.”

Hamas memberi penghormatan kepada Abu Tir atas kegigihan dan pengorbanan beliau, dengan mengatakan bahawa beliau telah menghabiskan lebih dari 35 tahun hayatnya di penjara Israel disebabkan pegangan nasional beliau, dan masih dilarang memasuki tempat asal beliau, Baitulmaqdis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

19 kes Koronavirus di daerah Silwan jadikan 65 seluruh Baitulmaqdis lapor doktor.

Rabu, 15-04-2020 – Pusat Maklumat Wadi Hilwen mengesahkan bahawa terdapat 19 kes Koronavirus  yang didaftarkan di daerah Silwan, Baitulmaqdis.

Kes-kes tersebut dilaporkan berlaku dan talah didaftarkan di kawasan kediaman berbeza di Silwan hasil usaha pusat maklumat itu yang dibuat baru-baru ini.

Sebaliknya, pihak rejim, Israel bertindak menolak dari memberi kebenarkan pada pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk menghulur bantuan kepada penduduk Palestin di Baitulmaqdis bagi mencegah wabak tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Abu Na’eim: Situasi di Gaza masih serius dan membimbangkan

Rabu, 15-04-2020 – Timbalan Menteri dalam Negara Tawfiq Abu Na’eim telah memberi amaran tentang keadaan kesihatan di Semenanjung Gaza akibat pandemik coronavirus yang serius dan membimbangkan. Beliau menyuarakan kerisauan tentang sikap tidak berjaga-jaga oleh rakyatnya.

“Peratusan komitmen oleh para warga adalah tidak memuaskan walaupun kita telah memberi amaran agar tidak berkumpul di pasar, majlis perkahwinan dan majlis pengebumian,” kata Abu Na’eim dalam satu siaran temuramah oleh rangkaian satelit al-Aqsa pada Sabtu.

Walau bagaimanapun beliau menyuarakan kepuasan atas tindakan berjaga-jaga oleh pihak berkuasa di Gaza, menyatakan usaha mereka menunjukkan hasil positif dalam membendung penyakit itu daripada tersebar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Dudeen: Tiada Perjanjian Pertukaran Banduan Buat Masa Ini

Rabu, 15-04-2020 – Ahli biro politik Hamas Mousa Dudeen menafikan sekeras-kerasnya bahawa Gerakan tersebut akan mencapai perjanjian pertukaran tahanan dengan pemerintahan rejim Zionis tidak lama lagi, dan menyifatkan laporan berita mengenai hal ini sebagai “tidak benar”.

Dalam hebahan berita pada hari Ahad, Dudeen menegaskan bahawa Gerakan tersebut belum nampak sebarang langkah serius di pihak kerajaan Israel dalam menangani isu ini, tetapi ia tetap mengalu-alukan sebarang usaha untuk merealisasikan perjanjian pertukaran tersebut.

Beliau mengulangi pendirian yang dibuat oleh ketua Hamas Yahya al-Sinwar di Gaza baru-baru ini tentang beberapa kompromi yang boleh dipersetujui dalam perjanjian baru berkaitan pertukaran tahanan, dengan syarat pihak Israel mengambil langkah-langkah praktikal mengenai isu tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim zionis merampas traktor warga Palestin di al-Khalil

Isnin, 13-04-2020 – Tentera rejim zionis pada Rabu merampas sebuah traktor miik seorang warga Palestin di bandar al-Shuyoukh utara Tebing Barat al-Khalil.

Aktivis anti pendatang Hasan Breijiya berkata dalam kenyataan akhbar yang rejim israel merampas sebuah traktor yang dimiliki warga Palestin Hamed al-Ababdeh ketika beliau sedang bekerja di ladangnya di bandar al-Shuyoukh.

Menurut Breijiya, rejim zionis merampas traktor al-Ababdeh’s dan mengarahkan beliau berhenti bekerja di ladangnya atas alasan tanah itu milik negeri.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Gaza: Makmal tiada bekalan untuk buat ujian Coronavirus

Isnin, 13-04-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin berkata bahawa makmal pusat di Semenanjung Gaza telah kehabisan bekalan bagi menjalankan proses ujian Coronavirus (COVID-19) menyebabkan sampel ujian terbiar.

Jurucakap kementerian itu, Ashraf al-Qudra berkata ketidakupayaan makmal menjalankan ujian Coronavirus menjadi cabaran baru kepada kementerian dalam usaha melawan pandemic tersebut.

Tambah beliau lagi, situasi seperti yang berlaku itu boleh melewatkan lagi tempoh pengasingan bagi beratus rakyat yang dikuarantin setelah mereka memberi sampel darah untuk diuji.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Hamas bertekad untuk membuahkan kebebasan tahanan Palestin

Isnin, 13-04-2020 – Ketua Biro politik Hamas Ismail Haneyya menegaskan penentuan pergerakannya untuk membuahkan pembebasan tahanan Palestin dalam rangka perjanjian pertukaran baru jika pihak Israel memberi respon terhadap permohonannya.

Ini berlaku dalam perbualan telefon antara Haneyya dan Mikhail Bogdanov, timbalan menteri luar negeri Rusia.

Pemimpin Hamas telah membincangkan berkenaan isu-isu Rusia yang berbeza yang berkaitan dengan perkembangan pandemic koronavirus.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

PCPA menggesa pihak berkuasa Saudi membebaskan rakyat Palestin dan Jordan

Isnin, 13-04-2020 – Ketua Sekretariat Persidangan Popular Palestin Luar Negara (PCPA) telah merayu kepada pihak berkuasa Saudi untuk membebaskan rakyat Palestin dan Jordan yang kini berada di penjara serta menggesa untuk dihentikan semua proses kehakiman terhadap mereka.

Dalam kenyataan akhbar, Ketua Sekretariat PCPA menyeru agar dilepaskan ahli kanannya, Mohamed al-Khudari dan anggota Jawatankuasa Umum PCPA, Hani al-Khudari (doktor), Ameen al-Assar (jurutera) dan Abdul-Rahman Farhanah (wartawan).

Berikutan penyebaran coronavirus, Sekretariat tersebut menyatakan harapan agar rayuannya mendapat respon positif dari pihak berkuasa Saudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Tiada Kes Baru Corona di Palestin

Isnin, 13-04-2020 – Kementerian  Kesihatan Palestin, Khamis (9/4) mengumumkan tidak ada kes baru virus Corona  di Palestin.

Sewakru sidang akhbar yang diadakan di Ramallah, Ketua Pengarah Perawatan Primer Kementerian, Kamal Al-Shakhra mengatakan, jumlah suspek  Corona adalah seramai 263 orang hingga hari ini. 44 orang di antaranya telah pulih.

Beliau menyatakan,  89 pesakit adalah  para pekerja, 29 penggunjung dan 40 para petugas pelancongan serta seorang tahanan dan seorang staf perubatan.

Al-Shukrah menyatakan, jumlah ujian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan sejak wabak epidemik berjumlah sekitar 16000 kes.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Paderi Hanna Gesa Awasi Kegiatan Penempatan Haram Israel

Isnin, 13-04-2020 – Paderi Atallah Hanna menuduh pihak berkuasa rejim Zionis mengeksploitasi kemelut pandemik Coronavirus yang sedang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa dan Palestin untuk menjalankan aktiviti penempatan haram baru secara sulit di kawasan-kawasan terjajah,   terutama di Baitulmaqdis.

“Seluruh dunia sedang sibuk dengan pandemik dan masyarakat Palestin sedang berusaha untuk membendung dan menghapuskan virus ini walaupun dengan kekangan yang mereka hadapi, tetapi pihak berkuasa rejim Zionis mengambil kesempatan terhadap kesibukan tersebut dan bekerja keras untuk melaksanakan projek-projek penempatan haram dan dasar-dasar perkauman yang menyasarkan bandar Baitulmaqdis khususnya dan keseluruhan tanah Palestin amnya,” kata Hanna, Uskup Agung Gereja Ortodoks Palestin di Tanah Terjajah Baitulmaqdis, dalam satu kenyataan pada hari Khamis.

Paderi Hanna mendesak masyarakat Palestin, yang sedang sibuk memerangi Coronavirus dan kesan-kesannya, untuk berwaspada terhadap kegiatan penempatan haram Israel yang berlaku pada tahap yang tidak pernah terjadi sebelumnya di Baitulmaqdis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul