Categories
Berita Semasa

Selepas suami, isteri pula di tahan.

Khamis, 19-12-2019 – Rejim Zionis pada hari Rabu yang lalu telah menahan seorang wanita Palestin selepas beliau dipanggil untuk disoal siasat di kampung Beit Duqqu, barat laut Baitulmaqdis.

Penduduk tempatan telah melaporkan Zakia Ali Husein, 30 telah ditahan selepas disoal siasat oleh Rejim Zionis.

Mereka berkata, suami Zakia telah diculik oleh Rejim Zionis beberapa hari yang lalu. Berdasarkan keterangan saksi, askar Rejim Zionis didalam jumlah yang ramai telah menyerbu kampung Beit Duqqu dan telah menyerang beberapa rumah penduduk Palestin dan menyebabkan kekacauan dikalangan mereka dan telah menahan Zakia untuk disoal siasat. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Hamas: Berita Tentang Gencatan Jangka Panjang Tidak Benar

Khamis, 19-12-2019 – Khalil Hayya, anggota biro politik Gerakan Hamas, menegaskan bahawa informasi terkini tentang gencatan senjata jangka panjang adalah tidak benar. Beliau menyatakan bahawa delegasi pimpinan gerakan Hamas di Mesir membahaskan beberapa cadangan untuk menyokong rakyat Palestin.

Hal tersebut disampaikan Hayya dalam wawancara dengan TV Al-Aqsha, Rabu (11//12/21019) malam. Beliau mengatakan bahawa berita tentang gencatan senjata jangka panjang sama sekali tidak benar. Beliau melihat isu tersebut di war-warkan sebagai “usaha untuk membuat cerita buruk kumpulan pejuang, atau ini adalah salah satu kebohongan Netanyahu dalam konteks perang dia dalam pilihanraya umum atau untuk menutupi hal-hal lain.

“Dia menuduh beberapa pihak Palestin dan bukan Palestin (tanpa menyebut nama) bertujuan untuk memalsukan fakta dan membuat citra buruk perjuangan Palestin dengan berbagai=bagai cara. Hayya mengatakan bahawa mereka tidak pernah menyembunyikan dialog dengan semua pihak serta menyampaikannya kepada seluruh pihak nasional.”

Beliau menegaskan bahawa isu gencatan senjata yang komprehensif diputuskan oleh faksi-faksi kerja nasional”.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Hayya: Tiada Gencatan Senjata Jangka Panjang Dengan Rejim Zionis

Khamis, 19-12-2019 – Ahli biro politik Hamas, Khalil al Hayya, menyifatkan berita tentang gencatan senjata jangka panjang antara pejuang Palestin di Gaza dengan rejim Zionis sebagai “palsu dan tidak berasas.”

Dalam wawancara beliau dengan saluran satelit al-Aqsa hari Rabu lepas, Hayya menyatakan kepercayaannya bahawa “perbincangan tentang gencatan senjata jangka panjang di Gaza oleh sesetengah pihak adalah bertujuan untuk memperlekehkan perjuangan kami atau kemungkinan adalah sebahagian daripada pembohongan Netanyahu dalam konteks usaha pemilihannya, atau untuk menutup perkara lain. “

Dia menuduh beberapa puak Palestin dan “yang lain bukan dari Palestin” berusaha untuk memalsukan fakta dan mencemarkan reputasi pejuang Palestin.

“Hamas telah mendorong semua puak-puak itu ke arah ketelusan dan perkongsian, dan kami tidak menyembunyikan sebarang perbincangan yang kami adakan dengan semua pihak,” kata pegawai Hamas, sambil menambah bahawa jika terdapat sebarang cadangan tentang gencatan senjata berpanjangan di Gaza, semua pihak perintang akan tahu mengenainya.

Bercakap mengenai lawatan asing oleh ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya, Hayya berkata delegasi Hamas telah berbincang dengan pegawai-pegawai Mesir mengenai peranan negara mereka dalam menyokong kepentingan Palestin dan isu-isu kepentingan bersama.

Beliau juga berkata bahawa Haneyya dan delegasi yang menyertai beliau telah menekankan perlunya desakan ke atas Israel untuk menghormati persetujuan yang dicapai baru-baru ini mengenai Gaza, untuk menamatkan sekatan dan berhenti menggunakan kekerasan ke atas para peserta perhimpunan Perarakan Pulang Besar-besaran.

Beliau mengesahkan bahawa lawatan asing Haneyya bertujuan untuk meningkatkan hubungan politik Hamas dengan negara-negara lain dan untuk mendapatkan sokongan untuk rakyat Palestin dan perjuangan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel kurung pelajar Palestin di tapak arkeologi.

Khamis, 19-12-2019 – Tentera rejim Zionis Israel bertindak mengurung sekumpulan pelajar sekolah Palestin di satu tapak arkeologi yang terletak di bandar Sebastia, utara Nablus.

Datuk Bandar Sebastia, Mohammed Azem berkata bahawa pihak rejim menyerbu bandar tersebut pada waktu petang dan menutup tapak itu, sengaja membiarkan pelajar sekolah terperangkap di situ.

Kata beliau lagi, berikutan kejadian tersebut berlaku pertempuran  antara pemuda Palestin dengan anggota tentera rejim.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis musnahkan tanah Palestin, bertempur dengan orang awam di Qalqilya

Khamis, 12-12-2019 – Pertembungan ganas telah berlaku pada hari Ahad lalu ketika pasukan rejim Zionis (IOF) menyerbu sebuah tanah milik warga Palestin di kampung Kafr Laqif, timur Qalqilya, dan memusnahkan tanah tersebut sebagai persiapan untuk merampasnya.

Ketua majlis kampung Kafr Laqif, Nayef Jaber, mengatakan bahawa tentera dan peneroka rejim Zionis menyerang rakyat Palestin yang telah bersemuka untuk menentang percubaan merampas secara haram 27 dunum tanah milik warga Palestin untuk mengembangkan pertempatan haram Israel.

Jaber berkata bahawa warga Palestin dari Kafr Laqif berjaya memaksa peneroka haram Israel keluar dari tanah mereka dan menghentikan operasi pemusnahan, dan menyatakan bahawa tindakan undang-undang akan diambil pada hari-hari yang akan datang.

Beliau menambah bahawa pihak berkuasa Israel memang telah merancang untuk merampas tanah Palestin dari kampung berkenaan untuk memperluaskan pertempatan Karni Shamron.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

PBB gesa Israel tinggalkan Bukit Golan

Isnin, 09-12-2019 – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menerima resolusi yang menuntut Israel untuk meninggalkan Bukit Golan di Syria.

Menurut sumber-sumber media, 91 negara telah mengundi memihak kepada resolusi itu, 9 menolak, dan 65 tidak mengundi.

Resolusi itu menyeru Israel untuk menarik diri dari semua wilayah Syria yang diduduki di Golan hingga ke sempadan yang telah ditetapkan pada 4 Jun 1967, dalam melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan PBB mengenai hal ini.

Perhimpunan Agung PBB menyifatkan undang-undang yang diwartakan pada 14 Disember 1981, di mana Israel memperluaskan undang-undangnya ke kawasan Bukit Golan, sebagai “terbatal dan tidak sah.”

PBB sebelum ini telah menuntut dengan suara majoriti untuk Israel meninggalkan Bukit Golan yang dijajahi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Yehuda Glick bersama puak perampas mencemar kesucian masjid Aqsa.

Khamis, 05-12-2019 – Yehuda Glick, seorang ahli Kneset yang juga seorang yahudi ortodoks telah mencemar kesucian al-Aqsa di sepanjang kawasan masjid itu bersama puak perampas yang lain pada pagi Selasa yang lepas.

Menurut sumber tempatan, sekumpulan puak perampas diketuai oleh Glick telah memasuki kawasan masjid melalui pintu al-Maghariba dan berjalan didalam kawasan halaman al-Aqsa diiringi oleh polis dengan kawalan yang ketat. 

Pihak berkuasa Islam Awqaf telah berkata, 62 puak perampas yang diiringi oleh polis telah memasuki kawasan al-Aqsa bersama kumpulan yang berlainan. 

Polis Israel telah menutup pintu al-Maghariba yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki masjid tersebut pada 10:30 pagi setelah puak perampas selesai berjalan di kaki lima masjid tersebut pada pagi itu. Pada waktu tengahari pula, pintu tersebut dibuka semula untuk di lewati oleh puak perampas yang lain. 

Semasa kedatangan puak perampas kedalam kawasan masjid, sekatan dikenakan keatas Muslim di pintu masuk yang menuju ke masjid dan kad pengenalan mereka akan disita sehingga mereka meninggalkan kawasan suci tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel tahan 13 warga Palestin di Tebing Barat.

Khamis, 05-12-2019 – Tentera rejim zionis Israel menahan 12 warga Palestin dan seorang kanak-kanak dalam operasi yang dijalankan di Tebing Barat. Warga lain yang ditangkap sebelum itu telah dihantar ke penjara.

Menurut sumber tempatan,semasa operasi tentera rejim telah bertindak  mengkasari mangsa, mengeladah dan merampas rumah mereka.

Di daerah Ramallah dan Bireh pula,  anggota tentera rejim dilaporkan telah menahan lima warga Palestin di rumah mereka di beberapa kawasan berbeza terutamanya bandar Deir Abu Masha’al.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Jordan menyelar rancangan penempatan baru Israel di al-Khalil

Khamis, 05-12-2019 – Jordan mengutuk sekeras-kerasnya keputusan israel untuk membina penempatan baru di kota lama al-Khalil, selatan Tebing Barat, menyeru tindakan antarabangsa ke atas perancangan israel itu.

“Jordan mengutuk pengumuman israel tentang penempatan baru di Jabel Mukaber, Qalandiya dan kota lama al-Khalil,” menteri luar Jordan Ayman al-Safadi berkata dalam kenyataan akhbar pada Isnin.

Safadi menyifatkan rancangan penempatan Israel itu sebagai melanggar undang-undang antarabangsa dan menjejaskan usaha keamanan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas Menanafikan Tawaran Gencatan Jangka Panjang di Gaza

Khamis, 05-12-2019 – Wakil Ketua Gerakan Pejuang Islam Hamas di Gaza, Khalil Hayya, menafikan bahawa gerakannya telah ditawarkan gencatan senjata jangka panjang atau membincangkannya di ruang dalam gerakan. Beliau menegaskan bahawa tidak ada orang yang waras di dalam gerakan akan melakukan perkara tersebut. 

Hal tersebut disampaikan Hayya dalam sebuah wawancara televisyen melalui saluran satelit “Palestine Today”, pada Selasa (3/12/2019) malam. Beliau mengatakan, “Gencatan senjata jangka panjang diajukan oleh dua kumpulan. Pertama dari kumpulan penjajah Israel dan kumpulan kedua dari mereka yang bergabung dengan Otoriti Palestin. 

Usul itu dilakukan dalam rangka untuk menyukarkan sikap gerakan Hamas dan faksi-faksi Palestin.”Beliau mengatakan, “Kami menafikan telah ditawarkan hal tersebut  atau telah membincangkan di peringkat dalaman gerakan mengenai gencatan senjata jangka panjang. Telinga kami tidak boleh menerima hal itu. Penjajah Israel tidak pernah menghormati gencatan sederhana (kesefamahaman), apatah lagi gencatan jangka panjang.”

Hayya memperingatkan, “Jika sekatan terus terjadi, maka ledakan pasti akan datang. Kami tidak akan sekatan akan tetap seperti ini. Mereka yang melakukan sekatan harus harus mendengar dan menyedari akibat yang serius dan memikul tanggung jawab akibat sekatan yang mereka lakukan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel rampas tanah Palestin untuk bina tempat letak kereta.

Khamis, 05-12-2019 – Rejim Zionis pada hari Selasa lalu telah memberitahu warga Palestin mengenai cadangan untuk merampas tanah mereka di perkampungan Jab’ah, di barat Bethlehem.

Menurut sumber-sumber tempatan, rejim Zionis telah menyerbu kawasan berhampiran pusat pemeriksaan tentera yang dipanggil Hala dan menyerahkan suatu notis yang memaklumkan kepada pemilik-pemilik tanah berkenaan mengenai keputusan Israel untuk merampas empat dunum tanah mereka di sana.

Notis berkenaan memaklumkan bahawa tanah yang dirampas, yang dimiliki oleh keluarga Abu Lawha dan Humaidan, akan digunakan untuk membina tempat letak kereta untuk kenderaan Israel.

Kira-kira sebulan yang lalu, tentera Israel mengumumkan rancangan mereka untuk merampas lebih daripada 2,000 dunum tanah milik warga Palestin dari perkampungan yang sama untuk tujuan ketenteraan.

Categories
Berita Semasa

8 penduduk Palestin dihalang melalui pintu sempadan Allenby.

Khamis, 05-12-2019 – Pihak Berkuasa Negara Haram Israel pada ahad lalu telah menghalang melalui pintu sempadan Allenby (Raja Hussein) yang bersempadan dengan Jordan. Pihak Polis Palestin berkata, penumpang tersebut telah dihalang dari melalui pintu sempadan itu tanpa apa-apa alasan.

Bagaimanapun, 7,501 penduduk Palestin dan pelancong yang lain dibenarkan melintasi pintu sempadan tersebut di kedua-dua arah pada hari yang sama, kata polis tersebut.

Pintu Sempadan Allenby, juga dikenali sebagai al-Karama adalah sebuah jambatan melintasi sungai Jordan yang menyambungkan Tebing Barat dan Jordan. Jambatan tersebut adalah satu-satunya pintu keluar dan masuk bagi penduduk Palestin di Tebing Barat dari wilayah yang dirampas Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Haneya keluar dari Gaza untuk lawatan luar negara.

Rabu, 04-12-2019 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya meninggalkan Jalur Gaza melalui sempadan Rafah pada hari Isnin untuk lawatan ke beberapa negara.

Agensi Berita Quds mengatakan bahawa delegasi pegawai Hamas yang diketuai oleh Haneyya tiba di Kaherah setelah meninggalkan Semenanjung Gaza melalui persimpangan Rafah.

Agensi berita berkenaan melaporkan bahawa Haneyya akan bertemu dengan pegawai-pegawai dari Mesir sebelum dia memulakan lawatan ke Qatar, Turki dan Rusia.

Lawatan itu digambarkan sebagai “yang pertama seumpamanya” sejak Haneyya dilantik sebagai ketua biro politik Hamas dua tahun lalu.

Satu lagi delegasi Hamas yang kini sedang dalam misi untuk melawat kem pelarian di Lebanon akan menemani Haneyya dan delegasinya dalam lawatan luar negara tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Seorang kanak-kanak Palestin cedera dalam pertelingkahan dengan tentera di Nablus

Rabu, 04-12-2019 – Seorang kanak-kanak Palestin pada Ahad telah cedera apabila tentera rejim Israel menyerang beliau ketika pertelingkahan di Kampung Tell di Nablus, utara Tebing Barat.

Menurut Bulan Sabit Merah Palestin, Omar Ramadan yang berusia 16 tahun mengalami retak di salah satu kakinya apabila tentera rejim menyerang beliau.

Abdul-Fattah Ramadan, bapa kanak-kanak itu berkata, tentera rejim mengejar dan menyerang anaknya, menyebabkan beliau cedera retak di kaki kanan, serta menambah yang Omar telah ditahan selama dua jam di penempatan Gilad sebelum dibebaskan.

Kanak-kanak itu dipindahkan ke Hospital Rafidia untuk keperluan pembedahan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Haniyeh ke Kaherah membincangkan Agenda Penting

Rabu, 04-12-2019 – Ismail Haniyeh, ketua biro politik Hamas tiba di Kaherah pada Isnin malam (2/12) dalam rangka lawatannya, memulakan pertemuan dengan para pegawai tinggi Mesir untuk membincangkan beberapa agenda penting.

Pihak Hamas mengesahkan bahawa kedatangan Haniyeh ke Kaherah berkait dengan pertemuan dengan para pegawai tinggi Mesir, dalam rangka membincangkan sejumlah agenda penting berkait isu Palestin.

Beliau mengadakan perbincangan dengan para pegawai tinggi Mesir berkaitan isu  Palestin dan hubungan bilateral antara kedua belah pihak Hamas dan Mesir.

Sebelumnya, Jihad Islam mengumumkan delegasinya yang dipimpin Sekretaris Jenderal Ziad Bran, akan tiba pada hari Isnin ke ibukota Mesir, Kaherah.

Dalam sebuah pernyataan akhbar, Jihad Islam menjelaskan, kunjungan ini atas undangan daripada pemerintah Mesir untuk mengadakan sejumlah pertemuan penting. 

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman