Isnin , 23-05-2019 - Seorang nelayan Palestin ditembak oleh Tentera Zionis Israel sambil berlayar di pantai Gaza Strip di pagi Rabu.
Ketua Persatuan Nelayan Nelayan di Gaza Zakaria Baker memberitahu PIC bahawa Murad al-Hissi, 22, cedera oleh peluru logam berlapis getah yang dipecat oleh tentera Israel, dan kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan di kota Gaza.
Baker menegaskan perlunya perlindungan antarabangsa kepada nelayan Palestin di Gaza yang sentiasa menjadi sasaran tembakan, serangan, penangkapan, rampasan kapal nelayan dan peralatan mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Isnin , 23-05-2019 - 71 tahun diskriminasi terhadap bangsa Palestin masih berjalan. Sementara penderitaan di semua sendi kehidupan masih dirasakan di seluruh wilayah Palestin sama ada di Semenanjung Gaza mahupun di Tebing Barat juga di wilayah Al-Quds dan pelarian Palestin lainya. Pada hari Rabu (15 Mei) bangsa Palestin mengadakan acara peringatan ulang tahun Nakba Palestin yang ke 71 tahun, di semua wilayah Palestin dengan pelbagai acara dan konfrontasi dengan penduduk di tempat-tempat tertentu.
Siren berkabung dibunyikan di semua daerah tanah Palestin selama 71 saat, sebanyak jumlah tahun Nakba yang sudah mencapai 71 tahun lamanya. Di Semenanjung Gaza, sejumlah warga awam Palestin tercedera oleh peluru ganas Zionis dan ratusan orang lainnya sesak nafas akibat terkena tembakan dan bom gas pemedih mata oleh militan Israel.
Menurut saksi kejadian, tentera Israel yang ditempatkan di belakang bukit pasir dan di dalam kenderaan militan di sepanjang pagar pemisah melepaskan tembakan gas pemedih mata terhadap ratusan warga yang datang untuk bersolidariti memperingati Peristiwa Nakba.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Khamis , 16-05-2019 – Tentera rejim zionis Israel bertindak menculik 13 warga Palestin termasuk kanak-kanak dalam siri serbuan yang diadakan di beberapa tempat berbeza di Tebing Barat pada pagi Selasa lalu.
Pihak tentera rejim mendakwa bahawa anggotanya telah menahan lapan orang warga Palestin dalam masa satu malam di Tebing Barat atas kesalahan yang mereka telah ketahui.
Menurut saksi tempatan, tentera rejim menahan dan membawa pergi seorang bekas tahanan, Anwar Salem di rumahnya di Kampung Abu Shukheidim, utara Ramallah dan dua pemuda lainnya yang berasal dari kampung yang sama.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Khamis , 16-05-2019 – Polis negara haram Israel pada hari selasa lepas telah memasang penghadang besi di Bab al-Amud, sebuah kawasan berhampiran masjid al-Aqsa bertujuan untuk menghalang kedatangan anak muda Palestin dan umat Islam.
Kekecohan berlaku hampir setiap malam diantara pemuda Palestin dan pihak polis negara haram Israel oleh kerana tindakan mereka menyerang pemuda Palestin tersebut demi untuk menghalang mereka dari menganjurkan apa-apa acara dan aktiviti berunsurkan Ramadan di kawasan tersebut.
Sementara itu, seramai 37 orang pelampau bangsa Yahudi telah memecah masuk masjid al-Aqsa dan dipercayai telah melakukan tinjauan sebelum meninggalkan masjid tersebut melalui pintu al-Silsila.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi
Khamis , 16-05-2019 – Israel telah meluluskan dua projek jalan utama bagi peneroka haram Yahudi di Tebing Barat dan bakal merampas sebahagian besar tanah Palestin untuk tujuan itu. Permit telah dikeluarkan oleh pentadbiran awam tentera Israel minggu lepas bagi pembinaan itu bagi menghubungkan perkampungan Israel di kawasan terpencil yang dijangka berkuatkuasa pada bulan Julai.
Menurut NGO Peace Now, jalan pintasan Huwara sepanjang 5.5 kilometer, akan menghubungkan penempatan haram Yitzhar, selatan kota Palestin di Nablus, dan perkampungan kecil lain di utara Tapuach Junction. Manakala, jalan kedua ialah jalan pintasan al-Arroub sepanjang tujuh kilometer yang akan menghubungkan perkampungan haram Yahudi di al-Khalil (Hebron).
Penduduk Israel telah meminta jalan pintasan ini bagi memintas jalan sedia ada, Route 60, atas dakwaan memandu di kampung-kampung Palestin bakal membahayakan mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : syed ahmad muhsin
Khamis , 16-05-2019 – Rejim Zionis pada hari Ahad lepas telah menahan seramai tujuh orang aktivis kemanusiaan dan wartawan rakyat Palestin di utara lembah Jordan. Tahanan tersebut adalah Hazem Naser, Shadi Jarar’a, Ranin Sawafta, Shatha Hammad, Hesham Abu Shaqra, Khlaed Bdeir, Mahmoud Fawzi dan Fares Fuqaha.
Saksi berkata, tahanan-tahanan tersebut dibawa ke pos ketenteraan yang berdekatan di utara timur bandar Tubas. Saksi kejadian juga berkata, wartawan tersebut berada di kawasan tersebut bagi melaporkan pengusiran penduduk disebuah kampung yang dinamakan Hamsa al-Fuqa untuk aktiviti ketenteraan mereka.
Sindiket Wartawan Palestin telah mengecam sekeras-kerasnya penahahan wartawan dan aktivis kemanusiaan berkenaan serta penyitaan barang dan kad pengenalan mereka. Sindiket tersebut telah memberi masuk campur didalam penahanan tersebut untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa negara haram Palestin bagi melepaskan tahanan tersebut.
Mereka juga telah meminta bantuan dari Persatuan Wartawan Antarabangsa bagi melakukan apa sahaja usaha untuk memastikan keselamatan wartawan Palestin yang sentiasa menjadi sasaran tentera negara haram Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi
Rabu , 15-05-2019 – Sekumpulan pendatang haram Yahudi dilihat meletakkan beberapa buah rumah bergerak di atas tanah tambahan yang diambil di bandar Deir al-Hatab, timur Nablus, Tebing Barat yang dikuasai Israel sebagai menandakan bermulanya pembinaan penempatan baharu, jauh keluar dari sempadannya.
Ketua bagi bandar Deit al-Hatab, Abdul Karem Hussein berkata, dua hari lepas, 3 buah rumah bergerak telah diletakkan di kawasan berdekatan sekolah tinggi di bandar itu dan tambahnya lagi, penduduk tempatan dilarang tinggal di situ atau yang bersebelah dengannya kerana kawasan itu telah pun diletakkan di bawah kuasa pegawai keselamatan dari petempatan haram Elon Moreh.
Beliau berkata, di kawasan itu akan dibina sebuah penempatan baharu diberi nama al-Ein al-Kabira dan menyatakan Israel telah membuat pengambilan tanah tambahan di bandar itu seluas 8,000 dunums (ekar) bagi tujuan melebarkan lagi kawasan petempatan Elon Moreh.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Rabu , 15-05-2019 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya pada Selasa berbincang di telefon dengan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dan menyatakan rasa terima kasih atas peruntukan baru oleh Qatar bagi rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
Dalam satu kenyataan akhbar rasmi, Haneyya mengucapkan tahniah kepada Sheikh Tamim dan rakyat Qatar sempena bulan Ramadhan yang mulia.
Pegawai Hamas itu menyampaikan rasa terima kasih kepada Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dan rakyat Qatar atas sokongan mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Rabu , 15-05-2019 – Syarikat bekalan elektrik di Semenanjung Gaza, melalui jurucakapnya, Mohamed Thabet, melaporkan bekalan kuasa harian akan bertambah baik selepas turbin ketiga di pusat janakuasa telah berfungsi. Turbin ketiga telah berhenti semasa pencerobohan Israel terhadap Gaza baru-baru ini, selepas penghantaran bahan api dihentikan daripada memasuki lintasan sempadan ke Gaza.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : syed muhsin
Isnin , 13-05-2019 – Sumber maklumat dari Palestin mendedahkan bahawa delegasi keselamatan Mesir tiba di Semenanjung Gaza pada hari Khamis melalui pintu sempadan Beit Hanoun (Erez).
Menurut sumber, delegasi perisikan peringkat tertinggi Mesir itu melawat Gaza bagi mengadakan pertemuan dengan kumpulan-kumpulan utama pejuang Palestin berkenaan pembangunan terkini di wilayah tersebut. Perbincangan akan memberi tumpuan kepada keperluan untuk melaksanakan kata sepakat akhir yang dicapai mengenai Gaza seperti mana yang terhasil dari usaha pihak pengantara yang dianggotai Mesir, Qatar dan PBB.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Isnin , 13-05-2019 – Ahli Biro Politik Hamas – Khalil al-Hayya telah mengesahkan bahawa penentangan penduduk Palestin adalah berkaitan dengan komitmen negara haram Israel terhadap penghormatan fahaman yang terbaru mereka terhadap Gaza. Mereka diberi amaran bahawa kawasan tersebut tidak akan aman selagi pendudukan dan sekatan mereka terus wujud.
Sumber berita televisyen satelit al-Aqsa, Hayya berkata, tiada siapa boleh memberi apa-apa tawaran demi untuk menghentikan demonstrasi ‘March Of Return’ dan untuk mereka menyerahkan sejata sehinggakan penentangan tersebut boleh mengawal protes yang digunakan didalam demonstrasi di sempadan.
Beliau juga berkata, serangan ketenteraan menentang Gaza tercetus apabila negara haram Israel menunjukkan sikap tidak acuh terhadap perjanjian mereka bersama Mesir berkenaan dengan Gaza yang kemudiannya mencetuskan tembakan rambang terhadap demonstrasi aman yang berlaku di sempadan.
al-Hayya menekankan konflit tersebut tercetus sebagai tindakbalas diatas serangan negara haram Israel dan isu serangan bersenjata tidak akan di sebut didalam perbincangan dua hala.
“Apabila serangan balas telah melangkaui 40 kilometer, musuh akan berundur dan menekan orang tengah didalam konflik tersebut untuk mencapai kata sepakat bersama kumpulan penentang. Keadaan ini terlalu biasa bagi mempercepatkan pendudukan dan serangan mereka. Akan tetapi, kami masin bertahan untuk mempertahankan rakyat kami” kata sumber rasmi Hamas.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi
Isnin , 13-05-2019 – Uskup Agung Sebastia dari Gereja Ortodoks Baitulmuqaddis Atallah Hanna pada Rabu berkata, tindakbalas yang paling baik ialah dengan mempertingkatkan usaha menghentikan perpecahan dalaman Palestin.
Hanna berkata, perpecahan dalaman Palestin ialah satu situasi tidak wajar yang mesti ditangani secepat mungkin. Beliau juga memberi amaran yang rejim Israel sedang mengambil kesempatan daripada situasi ini untuk terus menguasai Palestin.
Hanna menambah bahawa perjanjian itu merupakan konspirasi paling bahaya terhadap isu Palestin. Beliau menekankan yang rakyat Palestin tidak akan terjebak dengan rundingan dan agenda meragukan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Isnin , 13-05-2019 - Tiga syarikat antarabangsa yang beroperasi di sektor pembuatan keretapi menarik diri dari tender sistem keretapi ringan Israel yang menghubungkan antara penempatan penduduk di wilayah Al-Quds terjajah.
Menurut laman web Hadshout 24 Israel tiga syarikat antarabangsa masing-masing Bombardier dari Kanada, Macquarie Group dari Australia dan Siemens dari Jerman telah menarik diri dari tender keretapi, ini kerana mereka menerima tekanan dari organisasi hak asasi manusia dan gerakan boikot antarabangsa. Laman web tersebut menunjukkan ketiga-tiga syarikat tersebut menganggap kereta api sebagai alat politik penempatan Israel dan aneksasi (pengambilan tanah secara paksa) mereka di Al-Quds.
Sementara itu, Majalah pelaburan Israel Globes melaporkan, para pelabur sedang mencari pengganti lain untuk dana Macquarie jika dana itu ditarik.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Isnin , 13-05-2019 – Talal Abu Dharifa, pegawai kanan Gerakan Demokratik Pembebasan Palestin (DFLP), menyatakan bahawa Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas kesan buruk terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
“Pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin adalah tidak wajar dan sebahagian daripada jenayah di Gaza. Kami tidak mempunyai pilihan selain daripada mempertahankan rakyat Palestin, “kata Abu Dharifa dalam kenyataan akhbar kepada Pusat Maklumat Palestin (PIC).
Beliau menjelaskan bahawa kesepakatan gencatan senjata kali terakhir itu atas dasar untuk menghentikan segala bentuk pencerobohan terhadap Gaza dan meringankan beban akibat sekatan.”Persetujuan telah tercapai untuk melaksanakan usaha ke arah membenarkan dana ke Gaza, memperluas kawasan penangkapan ikan, menjalankan projek pembangunan dan pekerjaan serta membiayai projek-projek elektrik di Gaza,” katanya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Syed Ahmad Muhsin
Isnin , 13-05-2019 – Rejim Zionis pada waktu subuh hari selasa lepas telah menahan seramai 8 orang penduduk Palestin didalam satu siri serbuan di Tebing Barat. Mereka telah menahan 5 rakyat bekerja di Palestin dari bandar Azzun di Qalqilya. Mereka juga telah menahan rakyat Palestin yang lain berdekatan kem pelarian Arroub di al-Khalil dan menyita kenderaan beliau.
Persatuan Banduan Palestin berkata, Rejim Zionis telah menahan seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan penduduk Palestin semasa serbuan dari rumah ke rumah di kawasan Baitulmaqdis.
Rejim zionis telah melancarkan kempen besar-besaran setiap hari di Tebing Barat bertujuan untuk menahan rakyat Palestin dan menyerbu rumah-rumah dan menyerang keluarga penduduk Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : hanafi