Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi ceroboh pekarangan Masjidil Aqsa.

Rabu, 06-01-2021 – Sekumpulan pendatang haram Yahudi mula menceroboh masuk pekarangan masjid suci Aqsa pagi Ahad dengan  kawalan anggota polis rejim Israel biarpun pihak berkuasa Baitulmaqdis telah menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan sepenuhnya.

Sumber dari penduduk tempatan melaporkan bahawa kumpulan pendatang Yahudi itu memasuki halaman masjid  melalui pintu Maghareba, berkeliaran di sekitar masjid dan keluar menerusi pintu Al-Silsila.

Sumber memberitahu lagi, anggota polis rejim berada berdekatan pintu Maghareba ketika kejadian. Pendatang Yahudi turut membuat provokasi sambil berjalan di pekarangan  masjid sebelum keluar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Kesihatan Tahanan Jamal Amr Bertambah Buruk, Keperluan Kesihatan Terabai

Rabu, 06-01-2021 – Suruhanjaya Urusan Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin baru-baru ini telah menuduh perkhidmatan penjara Israel (IPS) terus-menerus mengabaikan tahanan Palestin, Jamal Amr, dari kota al-Khalil, yang menderita pelbagai masalah kesihatan.

Menurut Suruhanjaya tersebut, Amr, 48, menderita masalah kesihatan yang serius di hati, ginjal dan usus.

Amr memberhentikan mogok laparnya baru-baru ini setelah menerima janji Israel untuk memberikannya rawatan yang sewajarnya, tetapi IPS masih mengabaikan keadaan kesihatannya dan keperluannya untuk menjalani pemeriksaan perubatan.

Banduan berkenaan berada di penjara Israel sejak 2004 untuk menjalani hukuman penjara  seumur hidup.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Fatwa Ulama Islam Wajib Boikot Israel Secara Total Israel

Rabu, 06-01-2021 – Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa mengeluarkan fatwa wajib boikot secara total terhadap penjajah Israel termasuk memboikot ekonomi dan menarik semua pelaburan dari wilayah yang dijajah Israel. Hal tersebut disampaikan oleh Kesatuan Ulama Islam Sabtu lepas, 2/1 bahawa fatwa berkait dengan produk dan komoditinya kerana telah menguasai dan menjajah wilayah negara-negara Arab, menjajah dan menguasai wilayah Palestin, Golan di Syria dan masih menjajah masjid Al-Aqsha.

Pihah Kesatuan Ulama menjelaskan bahawa Israel yang melakukan kekerasan di wilayah Palestin perlu dicegah dan diusir. Israel perlu dilawan dengan pelbagai macam cara yang legal yang menjadi kewajiban syariat dan masalah darurat secara kemanusiaan.

Melawan tindakan permusuhan Israel dengan pelbagai macam cara sah ini diakui secara nurani manusia, ditegaskan undang-undang antarabangsa, resolusi PBB serta perjanjian-perjanjian antabangsa.

Sebahaagian penegasan undang-undang tersebut diantaranya adalah pasal 42 dari perjanjian Den Haag tahun 1907 yang menyatakan bahwasanya yang menilai tanah negara dinyatakan dijajah ketika Otoriti dikuasai oleh penjajah.

Undang-undang juga menegaskan bahawa penjajahan adalah keadaan sementara tidak boleh baginya menyita aset-aset peribadi warga atau dirobohkan penempatan mereka.

Kesatuan Ulama menegaskan bahawa terdapat puluhan resolusi PBB yang menegaskan hak melawan dan menghalang musuh (kekuatan penjajah) dan membebaskan wilayah yang terjajah.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Israel melepaskan tembakan di Timur Tebing Gaza

Rabu, 06-01-2021 – Pasukan Israel yang berpengkalan di pos kawalan mereka di Timur dan Utara Tebing Gaza telah melepaskan tembakan sengit mensasarkan wilayah pertanian milik rakyat Palestine di Khan Yunis, timur Sejaiyah dan timur Kota Gaza serta timur Jabalia dan Bet Hanun selama beberapa jam semalam dan pagi ini. Kepulan asap pekat akibat tembakan kelihatan di wilayah- wilayah berkenaan.

Walaubagaimana pun tiada kecederaan yang di laporkan.
Pejabat berita Palestine, Safa menyatakan pasukan Israel dan kenderaan tentera mereka telah melepaskan tembakan secara bertalu-talu mengakibatkan asap pekat di kawasan terbabit.

Petani-petani Palestine telah tidak turun ke ladang pertanian mereka kerana khuatir terkena tembakan rambang pasukan Israel di sebalik kepulan asap tembakan. Di beritakan tembakan juga datang dari kereta kebal Israel.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Para pendatang merampas dan memagari kawasan di Lembah Jordan

Isnin, 04-01-2021 – Sekumpulan pendatang Yahudi pada Selasa merampas tanah Palestin dan mula memagarinya di utara Lembah Jordan.

Pegawai tempatan Aref Daraghmeh berkata, para pendatang pada awal pagi mula memagari sekeliling kawasan padang rumput di timur Khilat Mak’houl utara Lembah Jordan.

Pada tahun ini, para pendatang Yahudi yang tinggal di penempatan haram dan kem di Tebing Barat telah mempertingkatkan kerja pemagaran dan menghalang penduduk tempatan daripada memasuki kawasan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin cedera dalam serangan peneroka haram di Jericho.

Isnin, 04-01-2021 – Sekumpulan peneroka haram yahudi pada hari Rabu lepas telah menyerang seorang warga Palestin di Arab Al-Rashayida di utara Jericho dalam kawasan taklukan Tebing Barat. 

Menurut sumber tempatan, beberapa peneroka menyerbu masuk kawasan Arab Al-Rashyida dengan kawalan tentera zionis Israel dan mencederakan seorang warga Palestin bernama Ammar Abu Kharbish.

Peneroka haram dan tentera zionis Israel menyerbu kawasan Arab Al-Rashayida dan kawasan Arab Zayed dan meruntuhkan beberapa rumah dan merosakkan hampir 350 batang pokok zaitun.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Sholah: Latihan Ketenteraan “Tiang Kukuh” tegaskan kesatuan bangsa

Isnin, 04-01-2021 – Ketua gerakan Hamas di luar Negara, Dr Maher Sholah mengatakan latihan ketenteraan gabungan “Tiang Kukuh” hadir untuk menguatkan kerjasama dan koordinasi antara sayap ketenteraan Palestine di Gaza untuk mendepani penjajah Israel dan membela bangsa Palestine.

Dalam kenyataan media bertarikh Rabu, 30 Dec, Sholah menegaskan bahawa latihan ketenteraan gabungan ini sebagai penegasan kesatuan kebangsaan Palestine, memperlihatkan kekuatan dan komitmen bangsa Palestin bagi menghadapi pengganas zionis, tambah Sholah lagi, latihan ketenteraan ini membawa harapan umat dan bangsa Palestine,
akan kemampuan dan kesiapsiagaan pejuang ketenteraan Palestine. Ia turut mendampat sambutan positif dari bangsa Palestine yang berada di luar Negara dan mereka berbangga melihat kesatuan yang di bina.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serang nelayan dan petani Gaza

Khamis, 31-12-2020 – Tentera Rejim Israel (IOF) pada Isnin menyerang nelayan dan petani Palestin di barat dan timur Semenanjung Gaza.

Menurut sumber tempatan, bot bersenjata Israel melepaskan tembakan ke arah para nelayan dan bot mereka Ketika mereka bekerja sekitar tiga batu nautika di perairan al-Sudaniya di utara kota Gaza.

Tentera laut rejim turut melepaskan tembakan air ke arah bot nelayan, memaksa mereka pulang ke pantai.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Penggeledahan dan penangkapan oleh Israel di Tebing Barat dan Al-Quds

Khamis, 31-12-2020 – Israel melancarkan penggeledahan dan penangkapan pemuda Palestine di kawasan yang di jajah di Tebing Barat dan Al-Quds Di Jenin, pasukan Israel menyerbu kawasan Yabud, Jenin Selatan yang berakhir dengan tentangan sengit oleh pemuda Palestine.

Menurut sumber di lokasi, pertentangan antara pemuda Palestine dengan pasukan Israel berlaku setelah pihak Israel menyerbu dan menggeledah rumah orang awam sambil meyoalsiasat penghuninya.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Pasca normalisasi, penerbangan terus dari Tel Aviv ke Rabat, Morocco

Rabu, 30-12-2020 – Anggota Jawatankuasa Pertahanan wilayah Al-Quds dan Jawatankuasa Pembela Al-Aqsha, Shaleh al-Syuwaiki menegaskan, penjajah zionis memanfaatkan wabak Covid-19 tahun 2020 untuk melancarkan tindakan Yahudinisasi terhadap Al-Aqsha dan mengizinkan para pendatang Zionis menodai kesucian Al-Aqsha lebih dari sebelumnya.

Dalam wawancara khusus dengan Pusat Informasi Palestina, Syuwaiki mengatakan, persoalan Al-Quds dan Masjidil Aqsha merupakan isu seluruh umat Islam. Beliau menyeru untuk memikul tanggungjawab dokongan bangsa Arab dan dunia untuk menyelamatkan Al-Aqsha dan kota Al-Quds.

Sejak awal Mac 2020, penjajah Israel melancarkan pelbagai penipuan untuk melancarkan deal of century, dan melakukan proses Yahudinisasi Al-Quds dalam waktu yang sangat cepat. Pihak Yahudi menegaskan kepada dunia bahawa Al-Quds merupakan ibukota Israel Raya, namun pada hakikatnya bahawa para pelancong asing yang mengunjungi Al-Quds mengetahui benar bahawa Al-Quds barat tak ada sebarang rintangan dan sekatan sebaliknya di Al-Quds timur penuh dengan sekatan dan militan zionis, ungkap Syuwaiki.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Polis Israel culik tiga kanak-kanak dekat Masjid Aqsa

Rabu, 30-12-2020 – Polis rejim Zionis pada petang Selasa menculik tiga kanak-kanak Baitulmuqaddis Ketika mereka berada dekat Masjid Aqsa.

Menurut sumber tempatan, kanak-kanak itu berada dekat kawasan solat Bab al-Rahma apabila polis rejim menahan dan membawa mereka ke pusat tahanan di kota suci itu.

Malam sebelumnya, tiga pemuda Baitulmuqaddis ditahan ketika serbuan polis di daerah Issawiy.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Israel menghalau dan merobohkan rumah penduduk Islam Jeruslem di Silwan

Rabu, 30-12-2020 – Pihak rejim Zionis Israel telah mengusir keluarga Jerusalem dengan merobohkan rumah mereka di Silwan kawasan jajahan Jerusalem dengan alasan bangunan dibina tanpa permit. .

Sumber tempatan melaporkan polis rejim zionis mengusir keluarga Suheir Ghaith dengan merobohkan rumah mereka di kawasan Wadi Qaddum di Silwan selepas mereka menerima notis merobohkan bangunan.Rejim Zionis memberitahu keluarga Ghaith untuk merobohkan rumah mereka sendiri atau pihak rejim zionis akan merobohkan rumah Ghaith dan dikenakan bayaran sebanyak 45 ribu shekel atau 13 ribu dollar amerika sebagai kos operasi merobohkan rumah. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Pasca normalisasi, penerbangan terus dari Tel Aviv ke Rabat, Morocco

Rabu, 30-12-2020 – Pesawat Israel milik “El Al” melakukan penerbangan terus dari Tel Aviv ke Rabat, Morocco hari ini. Radio Israel menyebut pesawat tersebut membawa delegasi Israel bersama Amerika. Bersama di dalam pesawat tersebut ialah Ghared Kuchner, menantu dan juga penasihat Presiden Amerika serta ketua keamanan Israel, Mier ben Shabat.

Penurut laporan media itu lagi, deligasi tersebut akan mengadakan dialog bagi menyepakati hubungan dua hala serta diplomatic antara Tel Aviv dan Rabat. Perdana Menteri Israel Benyamin Netanyahu sebelum ini menyebut ben Shabat akan bertemu Raja Morocco, Mohammad VI.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Tiga warga Palestin cedera akibat serangan balingan batu oleh peneroka haram Israel.

Rabu, 23-12-2020 – Pada hari Isnin lepas, tiga warga Palestin mengalami kecederaan akibat kereta mereka diserang oleh peneroka haram Yahudi di barat Bandar Nablus di kawasan penaklukan Tebing Barat.  

Pegawai tempatan Ghassan Daghlas berkata beberapa peneroka haram dari kawasan haram Shavei Shomron berkumpul di simpang Taneeb di jalan di antara Nablus dan Tulkarem sambil melontarkan batu ke arah kereta yang lalu lalang. Daghlas memberitahu pihak akhbar bahawa tiga penumpang kereta cedera dan banyak kereta mengalami kerosakan akibat serangan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Bapa Musallam: Hamas ialah sahabat orang Kristian

Rabu, 23-12-2020 – Bapa Manuel Musallam, seorang paderi terkemuka Palestin dan ketua Organisasi Popular Dunia untuk Keadilan dan Keamanan Baitulmuqaddis, telah mempertahankan Gerakan Hamas daripada kempen memburukkan Hamas dan menuduhnya melakukan penyeksaan ke atas orang Kristian di Gaza.

“Saya bertanya kepada mereka yang mendakwa bahawa Hamas menyeksa orang Kristian di Gaza, ‘Siapakah anda?’” Bapa Musallam bertanya dalam kenyataan akhbarnya untuk al-Resalah Net.

“Takdir kami satu, tanah kami satu, dan kami memikul senjata yang sama, berjalan di arah yang sama, dan menghadapi nasib yang sama. Jika Hamas bukan sahabat, siapa lagi?” paderi Palestin itu berkata.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati