
Isnin ,19/01/2009 – Ibu bersama 5 anaknya menemui syahid selepas terkena bedilan bom udara di kem Buraij di tengah Gaza menjadikan jumlah syuhada kepada 1151 orang. Sumber perubatan berkata mereka adalah Manal al-Batran, 35, serta anak-anak beliau: Bilal, 2, Izzidin, 3, Iman, 10, Ihsan, 10, Islam, 15 terbunuh dalam bedilan tersebut.









