Ahad , 25-10-2020 – Rejim Israel mengeluarkan perintah merobohkan rumah-rumah Palestin di bandar Silwan, di selatan Masjid Al-Aqsa di kawasan dijajah Jerusalem pada hari Isnin lepas.
Sumber tempatan melaporkan pihak perbandaran menceroboh masuk dan mengambil gambar beberapa kawasan di Silwan. Mereka juga menyerahkan perintah notis merobohkan rumah pemilik dan mengingatkan mereka tentang tarikh luput notis.
Ahli jawatankuasa Pertubuan Pertahanan Tanah Silwan . Fakhri Abu Dhiab berkata pihak penceroboh perbandaran mengeluarkan notis untuk merobohkan 13 buah rumah di bandar Silwan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Ahad , 25-10-2020 – Tindakan tahanan Maher al-Akhras, 49 tahun yang berasal dari bandar Silat al-Dhahr, selatan Jenin meneruskan mogok laparnya masuk hari ke 87 bagi membantah penahanan tanpa sebab telah menyebabkan keadaan kesihatan semakin buruk.
Pertubuhan Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan menyatakan, keadaan kesihatan Akhras sangat merbahaya akibat tubuh yang lesu sehingga dia tidak mampu lagi mengerakkan badan manakala pendengaran serta percakapannya turut terjejas.
Beliau didapati mengalami sawan berterusan dan ditakuti organ-organ akan gagal berfungsi sekiranya dia menolak sebarang makanan dan air. Keadaan beliau itu benar-benar boleh mengancam nyawanya disebabkan mogok lapar yang lama, tambah pertubuhan itu lagi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Ahad , 25-10-2020 – Rejim Israel (IOA) pada Selasa mengambil keputusan untuk menahan tanpa bicara ahli parlimen Hasan Yousef, pegawai kanan Hamas yang ditahan semula pada awal Oktober setelah dibebaskan oleh penjara Israel.
Owais Hasan, anak lelaki ahli parlimen itu berkata, keputusan itu dikeluarkan oleh IOA untuk menahan tanpa bicara bapanya selama enam bulan.
Rejim zionis menculik Yousef dari kediamannya di bandar Beitunia, barat Ramallah, pada 2 Oktober dan memindahkan beliau ke penjara tentera di Ofer.
Ahad , 25-10-2020 – Rejim Zionis pada hari Rabu lalu telah merobohkan khemah yang digunakan sebagai tempat kediaman di kampung Beit Iksa, di barat laut Baitulmaqdis.
Menurut sumber tempatan, rejim Zionis telah menyerbu kampung Beit Iksa dan merobohkan khemah milik seorang rakyat Palestin yang bernama Khalil Abu Dahouk dan memaksanya untuk meninggalkan kawasan berkenaan bersama dengan haiwan ternakannya.
Perkampungan Palestin dikelilingi di semua sisi oleh tembok pemisah Israel, dengan pintu masuk hanya melalui satu pusat pemeriksaan keselamatan Israel.
Jumaat , 23-10-2020 – Gerombolan peneroka haram Yahudi ekstremis pada pagi Selasa menzalimi petani Palestin semasa mereka menceroboh tanah pertanian mereka di bandar Deir al-Hatab di timur Nablus.
Menurut pegawai tempatan Ghassan Daghlas, para peneroka dari penempatan haram Elon Moreh menyerang sekumpulan penduduk yang sedang mengutip zaitun dari kebun mereka di kawasan Khilat al-Jaghoub di bandar tersebut dan memaksa mereka meninggalkan kawasan itu.
Pada hari Isnin, peneroka dari perkampungan haram yang sama menceroboh kebun zaitun milik rakyat Palestin di Deir al-Hatab dengan air pembetung, menyebabkan kerosakan pada pokok.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ameen
Jumaat , 23-10-2020 – Rejim Zionis Israel menangkap sejumlah warga Palestin dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis pada waktu lewat malam dan awal pagi Selasa kelmarin.
Menurut sumber tempatan dari Baitulmaqdis, sejumlah besar anggota polis rejim dengan dibantu dari udara sebuah helikopter menyerbu kem penempatan Shu’afat bagi mengeledah, memeriksa dengan kasar penduduk tempatan dan menangkap dua pemuda di rumahnya.
Pasukan polis rejim turut menyerbu bandar Beit Hanina di Baitulmaqdis dan menahan seorang pemuda dikenali sebagai Ahmad Abu Subeih selepas memecah masuk rumahnya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Jumaat , 23-10-2020 – Tawanan Maher al-Akhras monolak pelawaan oleh pihak berkuasa Israel pada hari Selasa yang lalu untuk membawanya ke Hospital al-Makkased di Baitulmaqdis dan penahanannya tidak akan di perbaharui secara langsung beliau akan dibebeaskan pada hujung bulan November. Akhras bertekad untuk meneruskan mogok lapar dan berkeras untuk disegerakan pembebasan beliau dari tahanan Israel.
PIhak berkuasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan berkata, pihak berkuasa Israel sedang berusaha bagi mengelakkan permogokan Akhras. Pendakwa Israel mengusulkan tawaran bagi menghantar beliau ke Hospital Al-Makassed di Baitulmaqdis dan tempoh penahanan beliau tidak akan diperbaharui dan beliau akan dibebaskan pada 26 November 2020.
Mereka juga berkata didalam sebuah penyataan pada petang Isnin bahawa Akhras telah bertekad bagi meneruskan mogok lapar itu bagi menghapuskan ketidakadilan didalam penahanan beliau dan beliau tetap berkeras untuk disegerakan pembebasan beliau di rumahnya di Jenin. Akhras, 49, dari Jenin menyambung mogok laparnya pada hari ke 58 berturut-turut walaupun tahap kesihatan beliau berada ditahap yang amat membimbangkan, kata pihak berkuasa penjara.
Pihak berkuasa menegaskan bahawa Akhras sedang menderita keletihan yang amat teruk sehingga tidak lagi mampu bergerak dan deria mendengar dan pertuturannya telah memberi impak yang negatif. Tambahan pula, beliau mengalami sawan terus menerus dan berhadapan dengan rasa sakit yang teramat perit di beberapa bahagian tubuhnya. Penglihatan beliau juga kabur dan mengalami sakit kepala yang teruk. Doktor juga telah mengeluarkan amaran akan kerosakan beberapa organ didalam tubuhnya.
Pihak berkuasa pencerobohan Israel telah menahan Akhras dari Silat al-Dhahr, daerah Jenin pada 7 Julai 2020 dan diberi perintah bagi menahan beliau sehingga 4 bulan. Beliau mengumumkan akan mogok lapar pada hari pertama penahanan beliau.
2 bulan setelah berlangsungnya mogok lapar itu, mahkamah tinggi Israel telah membekukan penahanan beliau tanpa membebaskan Akhras yang kemudiannya beliau menolak keputusan tersebut dan berjanji akan meneruskan mogok lapar sehingga beliau dibebeaskan atau mati syahid. Akhras adalah bapa kepada 6 orang anak dan ditahan beberapa kali sebelumnya dan beliau juga di penjarakan selama bertahun-tahun lamanya.
Jumaat , 23-10-2020 – Segerombolan pendatang pelampau Yahudi pada Isnin memasang kem penempatan di Bukit Sebaih, bandar Beita town, selatan Nablus di Tebing Barat.
Segerombolan pendatang pelampau Yahudi pada Isnin memasang kem penempatan di Bukit Sebaih, bandar Beita town, selatan Nablus di Tebing Barat.
Saksi mata menyatakan yang para pendatang berkeliaran di atas bukit itu sebelum memasang khemah dan rumah pasang siap.
Para pendatang yang sama telah cuba beberapa kali untuk menguasai bukit itu dengan memasang khemah dan rumah bergerak, namun penduduk tempatan sentiasa masuk campur dan berjaya menyuruh mereka meninggalkan kawasan itu.
Jumaat , 23-10-2020 – Kementerian kesihatan Palestin pada hari Selasa lalu telah melaporkan lapan kematian baharu yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus), 513 ujian positif baru, dan 594 kes sembuh di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir.
Menurut laporan harian kementerian, tujuh daripada mangsa baharu yang meninggal akibat virus itu berasal dari kawasan yang berlainan di Tebing Barat, dan seorang dari Semenanjung Gaza.
35 pesakit sakit kritikal juga mendapat rawatan intensif di hospital, dan enam daripadanya telah ditempatkan di bawah alat bantuan penafasan.
87.9 peratus dari jumlah kes telah pulih dari penyakit ini, sementara kadar kes aktif telah mencapai 11.3 peratus dan kadar kematian adalah 0.8 peratus dari jumlah kes.
Jumaat , 23-10-2020 – Tentera penjajah Israel telah memusnahkan khemah penempatan di perkampungan Beit Iksa, Barat daya Jurusalem. Mengikut maklumat yang di Tentera Penjajah telah memasuki perkampungan Beit Iksa dan telah memusnahkan khemah yang didirikan oleh Khalil Abu Dahouk, seorang rakyat Palestin.
Khalil kemudiannya telah diarahkan meninggal kawasan berkenaan bersama-sama dengan binatang ternakannya. Perkampungan Beit Iksa terkepung dengan tembok pemisah Israel dengan hanya satu laluan melalui sekatan Israel.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Rabu , 21-10-2020 – Polis Israel menahan dua gadis Palestin ketika mereka berada di Jalan Salah El-Din di Baitulmaqdis Yang Diduduki pada tengah hari Isnin lalu.
Ketegangan meningkat di kawasan itu ketika pemuda-pemuda Palestin berusaha untuk membebaskan kedua-dua gadis berkenaan dan pertembungan telah berlaku dengan polis Israel yang telah dikerahkan ke kawasan tersebut.
Saksi melaporkan bahawa polis Israel telah mengikat gadis-gadis itu dengan kasar dan membawa mereka ke pusat tahanan Israel di Baitulmaqdis.
Pihak berkuasa rejim Zionis terus-menerus mengganggu penduduk Baitulmaqdis dan mengenakan denda yang tinggi atas pelbagai sebab, yang terbaharunya adalah atas alasan melanggar sekatan coronavirus.
Pemerintahan Zionis baru-baru ini telah mempertingkatkan sasarannya terhadap penduduk Baitulmaqdis dengan menahan berpuluh-puluh belia setiap hari.
Sementara itu, pada hari Isnin lalu rejim Zionis juga telah menahan 5 orang Palestin, salah seorangnya adalah bekas tahanan dari Bethlehem, dan 4 yang lain dari kem pelarian Al-Aroub, di utara al-Khalil.
Rejim Zionis telah menyerbu kem pelarian, menyerbu dan menggeladah beberapa rumah kediaman sebelum menangkap empat pemuda tersebut, iaitu: Tamer Al-Badawi, Salim Jawabreh, Qusay Al-Badawi, dan Muhammad Al-Balasi.
Askar Zionis juga mendirikan pusat pemeriksaan tentera di pintu masuk ke bandar Saʻir dan Halhul dan menahan dan menggeledah kenderaan orang awam.
Di Bethlehem, rejim Zionis telah menangkap bekas tahanan, Abdul Hadi Hammad, setelah mereka menyerbu dan menggeledah kediamannya serta merosakkan isi kandungannya.
Rabu , 21-10-2020 – Perkhidmatan penjara israel (IPS) telah memindahkan 60 tahanan yang mogok lapar, merupakan ahli Barisan Popular Pembebasan Palestin (PFLP), ke sel terasing di penjara berbeza.
Para tahanan PFLP itu memulakan mogok lapar sejak empat hari lepas apabila rundingan mereka dengan penjara untuk menamatkan pengasingan tahanan Wael al-Jaghoub dan sekumpulan tahanan gagal.
Para tahanan itu turut mengumumkan mogok lapar yang dilakukan tanda kebersamaan dengan tahanan Maher al-Akhras, yang sudah mogok lapar selama 80 hari sebagai bantahan atas penahanannya yang tanpa bicara.
Rabu , 21-10-2020 – Pejabat Media Tahanan memberi amaran pada Isnin yang lalu akan keadaan Mujahidin Palestin – Maher al-Akras yang tenat tatkala mogok lapar di penjara Israel selama sedari 64 hari yang lepas.
Pejabat tersebut mengatakan dalam siaran akhbar bahawa Akhras, 49, dari Jenin meneruskan mogok lapar terbuka untuk memprotes penahanan beliau. Beliau sekarang berada di hospital Israel di Kaplan dan keadaan kesihatannya bertambah serius.
Tahapan bahaya.
Bahaya sebenar bagi kesihatan seseorang yang menjalankan protes mogok lapar adalah selepas 40 hari apabila kerosakan tisu tubuh badan yang berterusan dan kegagalan organ akan terjadi. Sekaligus menyebabkan kerosakan kepada organ tertentu dan mengkibatkan kematian mengejut. 60 hari selepas bermulanya mogok lapar, organ penting dalam tubuh akan memasuki tahap yang merbahaya apabila beberapa masalah organ pada jantung dan buah pinggang akan timbul kerana fungsi organ tersebut kurang baik.
Keadaan ini adalah sangat merbahaya dan merupakan ancaman kepada pelaku. Tambahan pula, pendarahan akan berlaku disebabkan keretakan pada kulit secara langsung nyawa mereka berisiko tinggi untuk mati kerana kandungan oksigen dalam darah berkurangan.
Mogok Syahid
5 orang tahanan meninggal dunia setelah mogok lapar di dalam penjara jajahan Israel. Mereka adalah Abd Al-Qadir abu al- Fahm pada Julai 11, 1970 ketika serangan dalam penjara Ashkelon dan allahyarham merupakan syahid pertama dalam gerakan banduan untuk mogok lapar dan Rasim Halawa dan Ali al-Jaafari pada Julai 24, 1980 ketika mogok lapar di penjara Nafha. Mahmoud Freitikh didalam penjara Junaid pada 1984 dan Hussein Nimer Obeidat pada Oktober 14, 1994 semasa mogok lapar didalam penjara Ashkelon.
Mogok lapar merupakan cara dimana tahanan akan mengelak dari memakan apa sahaja bentuk makanan didalam penjara dengan pengecualian air dan garam.
Rabu , 21-10-2020 – Para penduduk pendatang Zionis mulai membangunkan pos penempatan baharu di puncak Gunung Sabih di kota Beita, selatan Nablus, di Tebing Barat bahagian utara, Isnin (19/10).
Saksi menyatakan bahawa sekumpulan penduduk Yahudi dikerahkan di puncak gunung sebelum mereka mula memacak beberapa khemah dan karavan sebagai usaha awal mendirikan pos penempatan untuk melengkap usaha mereka yang sebelumnya pernah gagal.
Para penduduk Yahudi mencuba beberapa kali untuk mengambil alih daerah ini, baik dengan mendirikan rumah kenderan atau mendirikan khemah, tetapi setiap kali mereka menghadapi reaksi keras dari penduduk bandar.Pada awal Mac lalu di kota Beita terjadi beberapa konfrontasi yang menolak penyelesaian puncak pegunungan Sabih dan Al-Arma hingga mengakibatkan dua syahid.
Serangan penempatan baru-baru ini datang dalam kerangka aksi perlawanan di Itamar dan usaha untuk membuat pos baru.
Penduduk pendatang Yahudi memanfaatkan kesibukan menghadapi virus Corona untuk melaksanakan projek dan rancangan penempatan mereka dengan menebang dan mencabut pokok serta membakar tanah penduduk warga Palestin.
Laporan berkala yang dikeluarkan pejabat media Hamas di Tebing Barat mencatat pasukan pendudukan Yahudi melakukan 1575 pelanggaran terhadap hak-hak rakyat Palestin dan tanah mereka di Tebing Barat dan Al-Quds sepanjang bulan September yang lepas.
Menurut laporan tersebut, jumlah serangan penempatan mencapai 16 kali serangan yang bervariasi antara penyitaan dan perataan tanah, pembangunan jalan dan persetujuan pembangunan unit penempatan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Rabu , 21-10-2020 – Ketua Biro Politik Gerakan Hamas, Ismail Haniyeh telah melakukan perbincangan atas talian dengan Nikolai Miladnov, delegasi Sekretariat Persarikatan Bangsa-bangsa untuk Timur tengah bagi mencapai persatuan nasional Palestin.
Dalam perbincangan tersebut Haniyeh menegaskan gerakan Hamas yang mengambil sikap untuk tetap patuh dengan perjanjian kesepakatan nasional demi memastikan kesatuan dengan gerakan Fatah dan fraksi perjuangan Palestine yang lain dapat di capai. Disamping itu beliau turut menyatakan tentang beratnya tantangan dan bahaya hebat yang di hadapi oleh pejuang Palestin.
Pemimpin Hamas ini turut memuji perkembangan dialog dan kesungguhan serta semangat patriotik yang di tunjukkan oleh setiap pihak, sebagai bukti pimpinan kedua-dua pihak Hamas dan Fatah ini sirius memperbaiki hubungan dan mengelakkan perpecahan serta memulihkan kesatuan rakyat palestin di dalam dan luar Negara.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar