Categories
Berita Semasa

Aktivis Gesa Umat Islam Untuk Tingkatkan Kehadiran di Aqsa Pada Hari Jumaat

Jumaat, 5-6-2020 – Aktivis media sosial Baitulmaqdis menggesa para jemaah Muslim untuk mempertingkatkan kehadiran mereka di Masjidil Aqsa pada hari Jumaat ini, terutama untuk solat Subuh dan solat Jumaat.

Para aktivis menggesa semua warga di Baitulmaqdis dan sesiapa sahaja yang dapat memasuki kota tersebut untuk menuju ke Masjidil Aqsa bersama keluarga mereka menjelang waktu subuh hari Jumaat untuk memperbaharui tekad untuk melindungi tempat suci berkenaan daripada rancangan berterusan Israel untuk mengawal kawasan berkenaan serta menjadikan kawasan tersebut kawasan Yahudi.

Mereka mengatakan bahawa kehadiran ramai para jamaah Muslim untuk solat Subuh di Masjid tersebut akan mencerminkan kemuliaan negara Islam berkenaan dan kesetiaan kepada tempat suci mereka.

Pada subuh Ahad lalu, pihak berkuasa Awqaf Islam di Baitulmaqdis Terjajah telah membuka kembali pintu Masjidil Aqsa kepada ribuan jemaah Muslim untuk menunaikan solat Subuh, setelah ditutup selama kira-kira dua setengah bulan sebagai langkah pencegahan terhadap koronavirus.

Pada waktu itu, pengarah Masjidil Aqsa Sheikh Omar al-Kiswani, telah meminta semua jemaah Muslim untuk mematuhi langkah-langkah anti-koronavirus dan arahan kesihatan dan bekerjasama dengan pekerja Masjid demi keselamatan mereka sendiri.

“Harus ada kesedaran agar kita dapat hidup bersama-sama dengan virus tersebut dan memastikan agar  al-Aqsa sentiasa dapat dibuka kepada para jemaah,” katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Lima Kes Baru COVID-19 Dilaporkan di Gaza

Khamis, 04-06-2020 – Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza pada hari Rabu lalu mengumumkan bahawa lima kes COVID-19 (coronavirus) telah dikesan di kawasan berkenaan.

Kementerian Kesihatan mengatakan dalam satu kenyataan ringkas bahawa lima orang warga Palestin, yang baru-baru ini kembali ke Semenanjung Gaza dari luar negara dan masih berada dalam kuarantin, diuji positif untuk COVID-19.

Jumlah kes COVID-19 di Gaza telah meningkat kepada 66 sejak Mac lalu. Menurut Kementerian Kesihatan, 18 kes telah pulih, sementara 47 pesakit masih menerima rawatan di pusat-pusat kuarantin.

Semenanjung Gaza telah mencatatkan satu kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan seorang wanita dalam lingkungan usia tujuh puluhan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Amnesty International : Palestin dianiaya Israel setiap hari.

Khamis, 04-06-2020 – Amnesty International telah mengecam desakan Israel untuk mengenakan larangan perjalanan ke atas salah satu anggotanya yang menggambarkan kedudukan mahkamah dalam hal ini sebagai cerminan sistem kawalan Israel yang ketat dan penindasan sistematik yang dihadapi oleh rakyat Palestin setiap hari.

Maklum balas dari kedudukan mahkamah daerah Israel di Baitulmaqdis yang keatas petisyen untuk mengangkat larangan perjalanan yang ditetapkan kepada Laith Abu Zeyad, jurukempen Amnesty International di Israel dan kawasan rampasan di wilayah Palestin dan juga pengarah wilayah MENA di Amnesty International berkata:

“Mahkamah hari ini bertanya kepada kami jika kami ingin menarik balik petisyen bagi mengangkat semula larangan perjalanan keatas rakan sekerja kammi di Amnesty International dan rakan kami Laith menunjukan pihak hakim mahkamah telah menerima kedudukan agensi keselamatan Israel berdasarkan ‘maklumat rahsia’ yang peguam kami dilarang untuk membuat semakan dan sekali gus mencabar dan jelas melanggar hak pemprosesan. Hakim mahkamah akan mengeluarkan keputusan beliau dalam beberapa hari akan datang dan kami menjangkakan beliau akan membuat larangan itu.”

“Ini adalah tamparan hebat untuk keadilan dan menunjukkan Israel tidak mengiraukan kepentingan untuk hak kemanusiaanl. Amnesty International akan meneruskan kempen bagi mengangkat larangan perjalanan dan mempertimbangkan pilihan undang-undang sebaik sahaja kami mendapat keputusan mahkamah.”

“Perbicaraan hari ini menunjukkan sifat Kafkaesque didalam keadilan bagi rakyat Palestin yang sememangnya ditolak proses wajar yang mendasar, seperti peluang untuk menentang bukti negara secara berkesan. Kami meminta pihak berkuasa Israel untuk menghentikan larangan perjalanan ini yang secara langsung berkaitan dengan pekerjaan rakan sekerja kami sebagai pembela hak asasi manusia dan memastikan beliau dan pembela hak asasi manusia yang lain dapat meneruskan pekerjaan mereka tanpa rasa takut akan pembalasan.”

“Warga Palestin yang hidup dibawah penjajahan sudah terperangkap dalam sistem kawalan yang mengambil kira setiap aspek kehidupan mereka dan sangat membatasi pergerakan mereka. Larangan perjalanan ini menghalang Laith untuk pergi ketempat yang lebih terpencil dan meletakkan nama beliau didalam senarai panjang pembela hak asasi manusia bagi Palestin dan Israel yang dijadikan sasaran oleh pihak berkuasa.”

“Ia adalah hak yang asas bagi perbicaraan yang adil bahawa tertuduh dibernarkan untuk menyemak bukti terhadap mereka. Tetapi rakyat Palestin yang hidup dibawah penjajahan ketenteraan Israel dilucutkan hak sivil dan politik yang berhadapan dengan penindasan yang sistematik setiap hari yang diketuai oleh agensi keselamatan Israel dimana kebanyakannya mereka akan menetukan kata putus. Kes Laith ini membuktikan ianya adalah risiko berterusan yang pembela hak asasi manusia perlu hadapi untuk melindungi hak orang yang lain.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis meratakan struktur yang dimiliki oleh warga Palestin di Jabel Mukaber

Khamis, 04-06-2020 – Rejim zionis (IOA) pada Selasa meratakan beberapa struktur yang sedang dalam pembinaan di kejiranan Jabel Mukaber, timur Baitulmuqaddis.

Mohamed Zaatara, pemiliknya berkata, dua jentolak dengan dikawal oleh polis rejim menyerbu kawasan kejiranan as-Sall’ah dan memusnahkan enam struktur miliknya atas alasan tidak berlesen.

Zaatara menambah yang beliau membina struktur tersebut pada dua bulan lepas untuk menggunakan tiga daripadanya sebagai kedai komersil dan selebihnya sebagai kediaman keluarganya. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Lelaki Cedera di Perarakan Pulang Besaran-besaran Meninggal Dunia

Khamis, 04-06-2020 – Seorang warganegara Palestin yang cedera akibat ditembak oleh  Rejim Zionis semasa tunjuk perasaan Perarakan Pulang Besar-besaran di Gaza pada bulan Ogos 2018 telah meninggal dunia pada hari Selasa lalu akibat kecederaan tersebut.

Jawatankuasa Tinggi Kebangsaan Perarakan Pulang Besar-besaran telah berkabung untuk Rami al-Ghalban, 43, yang meninggal pada hari Selasa lalu disebabkan kecederaan yang dialaminya semasa mengambil bahagian dalam Perarakan Pulang Besara-besaran pada 3 Ogos 2018.

Perarakan Pulang Besar-besaran pada awalnya bermula sebagai tunjuk perasaan mingguan di sepanjang sempadan Gaza dengan wilayah Palestin yang diduduki sejak 1948 dan telah berakhir pada Disember 2019.

Tunjuk perasaan berkenaan bertujuan untuk mendesak Israel untuk menghentikan sekatan di Gaza dan meminta agar pelarian Palestin 1948 dapat kembali ke tanah air mereka.

Tunjuk perasaan di sempadan, walaupun telah berlaku dengan aman, disambut dengan kekerasan melampau oleh tentera Israel, dan telah membunuh ratusan serta mencederakan ribuan orang Palestin yang tidak bersenjata.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Teruskan hantar konvoi bantuan – Mishaal

Khamis, 04-06-2020 – Bekas ketua biro politik Hamas, Khaled Mishaal meminta penganjur konvoi bantuan dan solidariti Freedom Flotilla untuk meneruskan usaha mereka bagi memecahkan halangan Israel di Jalur Gaza.

Mishaal membuat pernyataan itu semasa penyertaan beliau didalam menyuarat yang diadakan oleh Turkish Humanitarian Relief Foundation IHH pada ulang tahun armada pro-Gaza, Freedom Flotilla dan para syuhada kapal Mavi Marmara. 

“Kami mengingati 10 orang syuhada yang sedang menuju ke Palestin bagi memecahkan pengepungan di Jalur Gaza dan mengorbankan diri mereka demi nilai-nilai kemanusiaan.” kata Mishaal kepada peserta. 
“Tempat mereka adalah di hati kita”, tambah beliau. 

“Terima kasih kepada mereka yang menyertai armada tersebut atas kemuliaan dan keberanian mereka yang ditonjolkan untuk nilai-nilai kemanusiaan. Moral dan keberanian mereka tunjukkan ketika mereka berdepan bahaya”, kata pegawai Hamas itu. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Masjid Aqsa dibuka semula.

Khamis, 04-06-2020 – Nanyian agama yang menggembirakan bergema di perkarangan Masjidil Aqsa pada subuh hari ahad ketika pintunya dibuka kembali kepada ribuan jemaan Muslim yang menunaikan solat Subuh setelah ditutup selama kira-kira satu setengah bulan sebagai langkah pencegahan terhadap Virus Corona. 

Para jemaah mula memasuki pintu-pintu Masjid Aqsa dan jalan-jalan luar pada pukul 2:30 tengah malam dan sementara menunggu pintu dibuka setengah jam kemudian untuk mereka. 

Gambar dan rakaman video menunjukkan semangat dan kegembiraan yang luar biasa ditunjukkan oleh para jemaah ketika mereka mula berjalan masuk ke Masjid untuk menunaikan solat Subuh. 

Sheikh Omar al-Kiswani, pengarah Masjidil Aqsa menyatakan dalam kenyataan media bahawa antara tiga hingga empat ribu jemaah tertebaran di seluruh Masjidil Aqsa dan menunaikan solat subuh. 

“Air mata kegembiraan mengalir semasa penerimaan para jemaah yang merindukan al-Aqsa,” kata Sheikh Kiswani yang turut serta dalam pembukaan pintu Masjid. 

Walau bagaimanapun, beliau menekankan keperluan jemaah bagi mematuhi langkah-langkah bagi menyekat penularan wabak tersebut dan arahan kesihatan dan juga mereka haru bekerjasama dengan pekerja di masjid tersebut demi keselamatan bersama. 

“Kesedaran harus dipupuk agar kita sentiasa berjaga-jaga terhadap virus Corona sekaligus memastikan al_aqsa sentiasa buka untuk para jemaah”. kata beliau. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi


Categories
Berita Semasa

Salah: Mavi Marmara menekankan kepentingan perjuangan Palestin

Rabu, 03-06-2020 – Hari ini menandakan ulang tahun ke 10 pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di atas kapal Mavi Marmara ship, yang mengetuai Great Freedom Flotilla yang belayar ratusan batu untuk pergi ke Gaza dengan ratusan tokoh terkenal serta aktivis dalam langkah menyatakan sokongan politik dan kemanusiaan bagi menekankan kepentingan perjuangan Palestin, Maher Salah, ketua Hamas di luar negara menyatakan.

Beliau menambah dalam kenyataan pada Ahad, tentang hari tersebut, warga Turki telah syahid dan cedera dalam mempertahankan Palestin dan berusaha untuk menghentikan jenayah rejim Israel ke atas warg Semenanjung Gaza.

Ini merupakan baru dalam siri usaha yang dibuat oleh Turki untuk mempertahankan Masjid Aqsa, Baitulmuqaddis dan Palestin di lapangan dan forum antarabangsa sebagai kesinambungan sejarah Kerajaan Uthmaniyah membela hak warga Palestin ke atas tanahair mereka dan untuk hidup dengan bermaruah dalam negara yang bebas dan merdeka, Salah menekankan. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Ceroboh Perbatasan, Serang Pengembala di Gaza

Rabu, 03-06-2020 – Pasukan Penjajah Israel (IOF) pada hari Isnin pagi melakukan serangan kecil di perbatasan dan menyerang pengembala di Jalur Gaza.

Menurut sumber tempatan, lima jentolak tentera yang dikawal oleh dua kenderaan berperisai meninggalkan pos tentera di pagar sempadan di sebelah timur Kota Gaza dan menyusup masuk ke kawasan perbatasan di sebelah timur Kota Gaza sebelum melakukan aktiviti pencerobohan..

Sementara itu, IOF menghujani beberapa gembala dengan gas pemedih mata ketika mereka menggembala binatang ternak di sebelah timur kota Khuza’ah di Khan Yunis, selatan Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Peneroka Haram Dikawal Polis Cemar Masjid Aqsa di Baitulmaqdis

Rabu, 03-06-2020 – Segerombolan peneroka haram Yahudi pada pagi Isnin lalu telah mencemari Masjidil Aqsa, dengan dilindungi pihak polis.

Menurut sumber-sumber tempatan, sejumlah besar anggota polis telah berpecah di serata kawasan di luar Masjid dan seluruh halamannya untuk memberi perlindungan kepada para peneroka haram berkenaan semasa pencerobohan mereka di tempat suci Islam tersebut.

Penguasa Awqaf Islam di Baitulmaqdis Yang Terjajah telah pertama kalinya membuka kembali Masjidil Aqsa pada subuh Ahad lalu kepada ahli jemaah Muslim, sejak ditutup pada pertengahan Mac lalu sebagai langkah untuk mencegah penyebaran coronavirus.

Pada waktu pagi kemudiannya, polis rejim Zionis telah memberi kebenaran kepada diri mereka sendiri untuk membenarkan peneroka haram Yahudi berkunjung ke tempat suci itu, dan telah menahan beberapa warga Palestin di atas tuduhan bahawa mereka berada di halaman Masjid semasa kehadiran peneroka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Sejumlah Masjid di Gaza Mula Dibuka Untuk Solat Jemaah

Rabu, 03-06-2020 – Kementerian Wakaf dan Urusan Agama Palestin di Gaza memutuskan akan membuka masjid-masjid di Gaza untuk solat berjamaah, bermula subuh Rabu esok 11  Syawal 1441H bersamaan dengan 3 Jun 2020.

Wakil Sekretariat Kementerian Awqaf Dr. Abdul Hadi Al-Agha dalam sidang akhbar siang ini mengatakan, pihaknya telah memutuskan untuk membuka kembali sejumlah masjid yang sebelumnya ditutup demi menghindari penyebaran virus corona yang sangat berbahaya.

Al-Agha meminta agar tindakan pencegahan yang sebelumnya ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan tetap dijalankan, seperti membawa sajadah sendiri, memakai topeng muka, menjaga jarak antara jamaah secara berurutan ketika memasuki dan keluar masjid tidak berjabat tangan dan mendekati ahli jemaah serta tidak membawa anak-anak.

Beliau menekankan agar mereka yang tidak sihat serta yang baru keluar dari kuarantin untuk beribadah di rumah mereka masing-masing, tidak datang ke masjid.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

200 kemudahan rakyat Palestin diancam untuk dimusnahkan di Baitulmaqdis

Rabu, 03-06-2020 – Rejim Zionis mengedarkan notis pemindahan dan pembongkaran yang menyasarkan 200 kemudahan komersial dan perindustrian Palestin di kejiranan Wadi al-Joz, Baitulmaqdis.

Ketua Dewan Perdagangan dan Perindustrian Arab Baitulmaqdis, Kamal Obeidat mengatakan bahawa Perbandaran Baitulmaqdis Israel, dengan persetujuan Jawatankuasa Perancangan dan Bangunan,
mengeluarkan perintah pembongkaran terhadap 200 kemudahan yang berlainan.

Kemudahan yang terancam itu berada di kawasan perindustrian Wadi al-Joz, yang menurut Obeidat,ia merupakan salah satu kawasan paling aktif di Baitulmaqdis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Malaysia mengutuk rancangan Israel untuk merampas tanah Palestin

Selasa, 02-06-2020 – Malaysia menyuarakan kebimbangan tentang niat Israel untuk merampas tanah Palestin di Tebing Barat dan menyelar tindakan rejim Israel yang mengabaikan undang-undang antarabangsa.

“Malaysia sangat bimbang dengan pengumuman terbaru Israel untuk melaksanakan rancangan merampas tanah Palestin di Tebing Barat. Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya dan menolak tindakan haram Israel itu,” satu kenyataan akhbar dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar menyatakan.

“Sebarang rampasan wilayah Palestin oleh Israel sebagai penjajah merupakan perlanggaran jelas ke atas undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva Keempat 949, serta resolusi PBB, terutamanya Resolusi Dewan Keselamatan 2324 (2016),” kementerian itu menyatakan. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Puluhan Peneroka Haram Cemarkan Masjidil Aqsa

Selasa, 02-06-2020 – Puluhan peneroka haram Yahudi ekstremis pada pagi Ahad menodai halaman Masjidil Aqsa beberapa jam setelah pihak berkuasa Awqaf Islam di Baitulmuqaddis Dijajah membuka pintunya kepada jamaah Muslim untuk solat subuh.

Menurut sumber tempatan, kira-kira 75 peneroka haram, termasuk rabbi Yehuda Glick, memasuki Masjidil Aqsa melalui Pintu al-Maghariba dan menjelajah halamannya di bawah pengawasan polis.

Kumpulan kuil yahudi pada hari Sabtu menghasut pengikut mereka untuk mengambil bahagian dalam memecah masuk beramai-ramai di Masjidil Aqsa pada hari pertama pembukaannya setelah Awqaf Islam memutuskan dua bulan yang lalu untuk menutupnya sebagai langkah pencegahan terhadap koronavirus.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pegawai Israel Dibebaskan Dari Penjara Setelah Membunuh OKU Palestin

Selasa, 02-06-2020 – Pihak berkuasa Israel pada hari Ahad lalu telah membebaskan dua pegawai polis dari penjara, sehari setelah mereka membunuh seorang pemuda OKU Palestin di Kota Lama Baitumaqdis.

Eyad al-Hallaq, seorang warga Palestin berkelainan upaya berusia 32 tahun, ditembak mati oleh pegawai polis Israel berhampiran Gerbang al-Asbat di Baitulmaqdis.

Pegawai polis mendakwa al-Hallaq kononnya kelihatan membawa pistol tetapi ternyata beliau tidak bersenjata dan tidak memahami perintah pegawai untuk berhenti.

Menurut saksi, al-Hallaq ditembak sekurang-kurangnya enam kali.

Pihak Berkuasa Palestin dan banyak organisasi hak asasi manusia mengecam pembunuhan al-Hallaq dan menggesa diadakan siasatan antarabangsa terhadap jenayah Israel ke atas Palestin, terutama pembunuhan di luar bidang kehakiman.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul