
Rabu, 02/07/2009 – Kumpulan Kewangan Belgium-Perancis, Dexia telah mengisytiharkan untuk menghentikan semua bantuan kewangan bagi penempatan Yahudi di Tebing Barat yang diduduki melalui bank cawangannya di Israel.

Rabu, 02/07/2009 – Kumpulan Kewangan Belgium-Perancis, Dexia telah mengisytiharkan untuk menghentikan semua bantuan kewangan bagi penempatan Yahudi di Tebing Barat yang diduduki melalui bank cawangannya di Israel.

Rabu, 02/07/2009 – Ketua Jawatankuasa Penyelidik PPB, Richard Goldstone, menyatakan ramai yang ingin ke depan dalam menyalurkan maklumat berkenaan keganasan Zionis-Israel di Gaza tetapi terpaksa mengundur di saat akhir kerana bimbang keselamatan mereka akan diancam. Goldstone amat terkesan dengan kes-kes keganasan yang diceritakan secara mendalam.

Selasa, 30/06/2009 – Satu perjanjian kerjasama angkasa antara Israel dan Kazakhstan telah ditandatangani pagi Selasa (30/06/2009). Menurut perjanjian itu, Kazakhstan akan membeli satelit-satelit dan teknologi pengawasan dari Israel.
Presiden Shimon Peres, yang melawat Kazakhstan , adalah dijangkakan meminta negara itu untuk menghentikan penjualan uranium ke Iran dan melabur dalam teknologi Israel dalam penyelidikan dan pembangunan.
sumber : Jerusalem Post
penterjemah : gunx

Selasa, 30/06/2009 – Ketika mana beberapa pemimpin Hamas berulangkali menyatakan yang tiada banduan politik di Gaza, pemerintah Hamas di Semenanjung Gaza menyatakan yang mereka akan membebaskan 20 banduan Fateh ‘yang tidak terlibat dalam akta-akta yang melanggar undang-undang’.

Selasa, 30/06/2009 – HAMAS menegaskan pusingan pertama dialog Kaherah gagal kerana kedegilan Fatah dan ketidaksediaannya memberikan kerjasama bagi mengakhiri isu tahanan politik, sambil menjelaskan perjumpaan kedua yang kecil akan diadakan dan dijangka berakhir pertengahan malam ini bagi membincangkan percubaan untuk mencapai format bersama sekitar isu tersebut.

Selasa, 30/06/2009 – Satu laporan yang dikeluarkan oleh pejabat PBB menyatakan Zionis-Israel telah menafikan hak-hak rakyat Palestin di Gaza. Laporan itu menyatakan operasi ketenteraan masih berjalan. Rakyat Palestin tidak dibenarkan melepasi sejauh 300m dari sempadan. Tentera Zionis-Israel aan menembak jika terdapat merelka yang melepasi had itu. Para nelayan juga tidak dibenarkan menangkap ikan mengikut kemahuan mereka. Rakyat Palestin hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 38km dari pantai.

Isnin, 29/06/2009 – Dr. Mohammed Awad, Setiausaha Agung Kerajaan Palestin di Gaza berkata bahawa kerajaan Turki serta beberapa syarikat swasta berminat untuk membangunkan Gaza dengan projek besar-besaran.

Sabtu, 27/06/2009 – White House pada Khamis lalu memutuskan untuk menamakan Dennis Ross, perunding veteran Timur Tengah sebagai penasihat khas kepada Presiden AS, Barack Obama bagi perkara-perkara berkaitan Timur Tengah, Negara Teluk Arab, Afghanistan, Pakistan dan Asia Selatan.

Sabtu, 27/06/2009 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengulang pendirian beliau bahawa negara Palestin yang akan didirikan perlu dilucutkan senjata dan Israel berhak membina penempatan haram di wilayah Palestin.

Rabu, 24/06/2009 – Persatuan Hak Asasi Manusia Ad Dameer menggesa Abbas nyatakan pendirian yang jelas mengenai aktiviti penahanan politik di Tebing Barat yang semakin meningkat terutamanya terhadap ahli-ahli Hamas.

Rabu, 24/06/2009 – Aktivis Jangan Beli Barangan Apartheid pada hari Sabtu Jun 20 telah berkumpul di syarikat Trader Joe’s yang terletak di Oakland dan San Francisco, US telah mendesak syarikat tersebut berhenti menjual barangan buatan Israel.

Rabu, 24/06/2009 – HAMAS mengumumkan Khaled Mesh’al, Ketua Biro Politik akan menyampaikan ucapan penting mengenai dasar politik HAMAS tepat jam 6 petang Khamis 25 Jun ini.

Selasa, 23/06/2009 – Seorang pemimpin politik pergerakan Hamas di Gaza, Dr. Ismail Radwan melaporkan pasukan keselamatan presiden Mahmoud Abbas telah bertindak menahan 40 orang penyokong Hamas dalam masa 24 jam, dan menuntut satu keputusan sebenar untuk menghentikan semua penangkapan politik.

Selasa, 23/06/2009 – Tentera Laut Israel Isnin lalu telah menculik empat orang nelayan Palestin termasuk dua adik-beradik disebabkan mereka memancing di perairan Palestin di Gaza.