Categories
Berita Semasa

Perlintasan Rafah–Mesir Dibuka 2 Hari Berturut-turut

Khamis , 05-11-2020 –  Pagi Selasa, pintu Rafah darat dibuka secara khusus untuk hari kedua secara berturut-turut. Seramai 816 musafir dapat melintas dari dua arah.

Hingga malam semalam, sejumlah warga yang kembali ke Gaza dapat melintasi pintu masuk dengan aman. Sementara itu sejumlah bas dijadualkan akan berangkat dari Gaza hari ini.

Kementerian Dalam Negeri Palestin menegaskan dalam keterangan akhbarnya bahawa pembukaan pintu masuk untuk hari kedua dilanjutkan. Bas yang berangkat sejak pagi sudah bersedia untuk ke Mesir. Di hari pertama sebanyak 685 warga meninggalkan Gaza dan 131 warga lainnya kembali dari luar masuk ke Gaza.

Kementerian Dalam Negeri Palestin mengisyaratkan bahawa pemerintah Mesir telah mengembalikan 55 musafir dan melarang mereka untuk masuk ke Mesir tanpa menjelaskan sebabnya.Pihak 

Kementerian menyebutkan bahawa pasukannya yang bekerja di perlintasan dibantu pihak keselamatan khusus akan menjalankan peranan memberikan fasiliti bagi memudahkan warga meninggalkan wilayah setelah dipastikan bebas dari virus Covid-19 hingga Khamis, 5 November. Ini adalah kali ke-6 perlintasan Rafah dibuka sejak Corona menular Mac lalu. 

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis memusnahkan rumah di Khirbet Ibziq, merampas kenderaan

Khamis , 05-11-2020 –  Tentera rejim zionis (IOF) pada pagi Selasa menyerbu dusun Khirbet Ibziq di utara Lembah Jordan dan merampas kenderaan dan panel solar.

Ketua Khirbet Ibziq Abul-Malik Khudairat berkata sejumlah besar tentera rejim menyerbu dusun dan menghalang penduduk tempatan daripada meninggalkan kediaman mereka.

Beliau menambah yang IOF memecah masuk dan menggeledah rumah serta merampas kereta, tractor dan panel solar serta berkeliaran di kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati


Categories
Berita Semasa

Angka Covid meningkat penjara Gilboa tutup.

Khamis , 05-11-2020 –  Pejabat Pusat Maklumat Tahanan Palestin mengumumkan jumlah tahanan yang dijangkiti koronavarius  di penjara Gilboa, Israel telah mencapai angka 81 kes dan jumlahnya dijangka terus meningkat dari masa ke semasa.

Kenyataan yang dikeluarkan pejabat itu mengatakan bahawa pihak penjara Israel telah menutup dan membatalkan semua lawatan selepas 70 kes jangkitan baru dicatat dari 79 sampel yang diuji.

Penjara Israel akan mengambil langkah memindahkan tahanan yang tiada gejala dari penjara itu ke penjara lain dalam tempoh14 hari, demikian tambah pihak pejabat itu lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Musnahkan Kawasan Dalam Serangan Di Semenanjung Gaza

Khamis, 5-11-2020 –  Rejim Zionis telah melakukan serangan terhad ke kawasan sempadan berhampiran Semenanjung Gaza tengah pada pagi Selasa lalu.

Agensi Akhbar Quds mengatakan bahawa pasukan rejim Zionis telah mengiringi lima jentolak yang memasuki kawasan berhampiran pagar keselamatan di timur kem pelarian Bureij di Semenanjung Gaza tengah.

Ia menambah bahawa jentolak Zionis telah memusnahkan dan meratakan tanah pertanian Palestin di sana.

Rejim Zionis sering melakukan serangan ke atas wilayah perbatasan Palestin di utara dan timur Gaza dan menghalang para petani daripada memasuki dan mengusahakan tanah mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Lapan kematian akibat covid-19, 633 kes baru di Palestin dalam tempoh 24 jam

Khamis , 05-11-2020 –  Kementerian kesihatan Palestin melaporkan lapan kematian baru yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus), 633 ujian positif baru, dan 575 telah pulih di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir.

Menurut laporan harian kementerian, lima dari mangsa baru yang meninggal akibat virus itu berasal dari kawasan yang berlainan di Tebing Barat, dan tiga dari Semenanjung Gaza.

35 pesakit COVID-19 yang tenat dilaporkan mendapat rawatan intensif di hospital, dan tujuh daripadanya telah ditempatkan di ventilator.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul

Categories
Berita Semasa

Virus Corona di Palestin : 6 kes kematian, 540 kes baru dalam tempoh 24 jam.

Rabu , 04-11-2020 –  Menteri Kesihatan Palestin di Ramalla , Mai Al-Kailah melaporkan pada hari Ahad lepas terdapat 6 kes kematian, 540 kes virus Corona yang baru dan 464 kes sembuh telah di rekodkan setelah 4053 ujian saringan yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lepas. 

Dia menyatakan dalam laporan harian epidemiologikal , kadar kematian baru termasuk seorang wanita dari Al-Yamoun di Jenin, seorang wanit di Kem Askar dan sorang wanit dari Asira Al-Shamalia di Nablus.  Ini termasuk seorang lelaki dari Tulkarem dan seorang lelaki lagi dari Al-Khalil. 

Kadar jangkitan baru berdasarakan lokasi berikut, Al-Khalik ( 75 kes) , Nablus ( 103 kes) , Bethlehem ( 39 kes) , Qalqilya ( 4 kes) , Ramallah dan Al Bireh kedua dua lokasi merekodkan 49 kes, Jenin ( 32 kes) , Jericho dan Al-Aghwar ( 12 kes) , Salfit ( 4 kes) , Tulkarem ( 27 kes) , Tubas ( 3 kes) , Semenanjung Gaza ( 185 kes) dan kawasan pinggiran Jerusalem ( 7 kes) .

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Ir Amin: 2020 mencatatkan rekod baru jumlah pemusnahan Baitulmuqaddis oleh Israel

Rabu , 04-11-2020 –  Walaupun masih ada bulan sebelum tahun ini berakhir, tahun 2020 telah mencatatkan rekod terbanyak pemusnahan kediaman di timur Baitulmuqaddis oleh Israel. Demikian kata Ir Amim, aktivis kumpulan Israel dalam laporan yang dikeluarkan baru-baru ini.

“Pada minggu ini, Israel telah melaksanakan pemusnahan di timur Baitulmuqaddis, mencapai jumlah sebanyak 125 sejak awal tahun. Oleh itu, dengan dua bulan yang tinggal, 2020 ialah tahun terburuk dengan rekod terbanyak pemusnahan. Sebelum ini, 2016 ialah tahun terbanyak pemusnahan rumah di timur Baitulmuqaddis sebanyak 123.”

“Bersama 125 unit kediaman, 64 unit lain (kedai, bilik setor dll) turut dimusnahkan,” organisasi itu menyatakan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Abu Bakar : Nyawa Akhras dalam bahaya.

Rabu , 04-11-2020 –  Qadri Abu Bakar, Ketua Penguasa Tahanan dan Bekas Tahanan, ahad lalu memberi amaran mengenai betapa serius keadaan kesihata Akhras.

Beliau menyatakan Akhras sudah mulai kehilangan deria penglihatan dan pendengaran beliau telah hilang secara perlahan dan tidak mampu berbicara selain ancaman penyakit kepada organ penting.

Bakar mengatakan bahawa Akhras mendekati hari ke 100 mogo laparnya dan pihak penjajahan Israel masih menolak dan menunda pembebabsan beliau serta menegaskan bahawa Akhras mesti menyelesaikan siri penahanan beliau yang sekarang. 

Beliau menambah, Akhras masih menolak untuk mengakhiri mogok itu kecuali PIhak Berkuasa Penjajahan ISrael membatalkan penahanannya atau memindahkan beliau ke sebuah hospital Palestin di Tebing Barat.

“Dia tahu bahawa Penjajah Israel akan melanjutkan penahananya lagi sejurus selepas beliau mengakhiri mogok laparnya itu”, Bakar mengulas.
Bakar menjelaskan bahawa Kesatuan Eropah dan organisasi hak asasi manusia mula mengambil tindakan dan menuntuk Penjajah Israel mengakhiri penderitaan Akhras. Walaupun bantuan tersebut sudah lambat namun ia amat penting pada waktu ini, tambahnya.

Beliau berkata, “Usaha Palestin masih tidak berhenti memberi sokongan kepada Akhras didalam pertempuran ini meskipun keadaan beliau bertambah teruk.”

Bakar menuduh mahkamah penjajahan tersebut berlaku tidak adil dan ia tidak lain hanyalah alat di tangan Shin Bet Israel yang tidak peduli dalam membebaskan Akhras walaupun nyawanya dipertaruhkan. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hanafi

Categories
Berita Semasa

Peneroka Haram Serbu Masjid Al-Aqsa

Rabu , 04-11-2020 –  Ahad lalu berpuluh-puluh peneroka haram Yahudi telah menyerbu halaman Masjid Al-Aqsa yang suci, melakukan upacara Talmud dan meletupkan shofar di tanah perkuburan pintu Al-Rahma di bawah perlindungan polis yang berat.

Sumber tempatan melaporkan bahawa polis Israel yang hadir di Gerbang Magharabi membuka pintu untuk puluhan peneroka menyerbu Masjid secara berkumpulan. Pasukan khas Israel telah melindung para peneroka untuk menyerbu dataran Masjid.

Pasukan polis Israel menutup Gerbang Magharabi setelah 47 orang peneroka memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa, menurut sumber tersebut.

Rabi pelampau Yehuda Glick telah menyerbu tanah perkuburan Bab al-Rahma di dinding timur Masjid Al-Aqsa dan meletupkan shofar berdekatan makam para Sahabat dan umat Islam.

Sementara itu, rakyat Palestin dari Palestin 1948 meneruskan penganjuran program perjalanan ke al-Aqsa sebagai sebahagian daripada al-Aqsa “Bayarek” atau projek konvoi.

Persatuan Konvoi Al-Aqsa, yang aktif di Palestin 1948, telah sejak sekian lama mengatur perjalanan percuma untuk mengangkut jemaah Palestin dengan bas dari semua kawasan ke Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.

Idea konvoi Al-Aqsa telah diilhamkan sejak bertahun-tahun dahulu, ketika gerakan Islam khususnya dan rakyat Palestin 1948 umumnya telah menganjurkan konvoi tersebut untuk memperkuatkan kehadiran Arab dan Islam di Baitulmaqdis dan mencegah Zionis daripada melaksanakan kuasanya ke atas Masjid.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Baitulmaqdis menyaksikan peningkatan jumlah serangan kumpulan peneroka haram Israel ke atas Masjid Al-Aqsa dengan alasan untuk merayakan percutian Ibrani walaupun kota itu di bawah perintah penutupan.

Sementara itu, semenjak tiga hari lalu, pekarangan Masjid Al-Aqsa menyaksikan demonstrasi besar-besaran sebagai tanda sokongan untuk Nabi Muhammad.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Hayyah: Hamas-Fattah teruskan perbincangan mengukohkan kesatuan

Rabu , 04-11-2020 –  Anggota Biro Politik Hamas, Khalil al-Hayyah mengatakan hubungan kerjasama yang baik di teruskan antara Fattah dan Hamas. Sejumlah draf persoalan dan beberapa siri perbincangan telah berlangsung antara Fattah dan Hamas bagi mencapai kesepakatan terbaik bersama.

Hayyah menegaskan pentingnya kesepakatan berkait peta jalan di persetujui secara integral bagi mengukohkan barisan menghadapi tentangan besar.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Haneyya, Langkah Sudan berurusan dengan Israel adalah satu perbezaan politik.

Isnin , 02-11-2020 –  Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya telah mengecam tindakan Sudan dalam  meneruskan rundingan dengan pihak Israel sebagai percaturan politik yang menonjolkan perpecahan di antara pememimpin  arab dengan sejarah dan pendirian negara Sudan.

Dalam sidang akhbar, Haneyya menjelaskan keyakinan pergerakan Hamas tentang perurusan Sudan dengan Isreal tidak mencerminkan sikap rakyat Sudan dan sejarah kedudukan mereka ke atas perjuangan Palestin. 

Pemimpin Hamas juga menghargai pandangan majoriti penduduk Sudan yang menentang pemulihan perhubungan dengan pihak penjajah Israel dan menjelaskan urusan sebegitu tidak akan berjaya dalam mengikuti hasrat Israel. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Kuwait kesal dengan aktiviti pencerobohan Zionis di Tebing Barat.

Isnin , 02-11-2020 –  Kuwait telah menyuarakan kekesalan ke atas usaha berterusan pihak Zionis Israel terhada rakyat Palestin dan juga keengganan untuk menarik balik  penjarahan ke atas Tebin Barat. 

Penyataan ini dibuat oleh wakil tetap Kuwait ke Persatuan Bangsa Bersatu, Mansour Al-Otaibi di dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan di New York pada hari isnin malam, menurut  (KUNA) agensi media rasmi Kuwait. “

Pihak Zionis Israel mencari alasan untuk meneruskan penjarahan dan juga pencerobohan haram dalam perluasan, pembinaan dan ribuan penempatan haram dan pencerobohan haram “ Otaibi memberitahu ahli Majlis Keselamatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

 

Categories
Berita Semasa

Para pendatang merampas tanah di selatan al-Khalil

Isnin , 02-11-2020 –  Segerombolan pendatang pelampau Yahudi pada Isnin memasang kawat berduri dan meratakan sebahagian besar tanah Palestin di timur bandar al-Dhahiriya, selatan al-Khalil.

Menurut sumber tempatan, para pendatang mengiringi tentera yang menyerbu dusun Zannouta hamlet ke timur bandar al-Dhahiriya sebelum memulakan pemasangan kawat berduri dan meratakan tanah milik keluarga Jabareen dan al-Tal.Manakala tentera rejim zionis menyerbu bandar al-Ramadin di selatan al-Khalil dan menggeledah beberapa rumah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Seruan Hadir Ke Masjidil Aqsa Untuk Memperingati Maulid Nabi

Isnin , 02-11-2020 –  Beredar memo seruan di Al-Quds untuk mengintensifkan kehadiran ke Masjidil Aqsa dan bersiapsiaga di sana pada hari Khamis (29/10) dalam rangka memperingati Maulid Nabi Muhammad Saw dan bukti kecintaan kepada Rasul mulia.

Seruan disampaikan kepada mereka yang mampu hadir dan bersedia di sana untuk memperingati Maulid Nabi dan membela serta mencintai Rasulullah. Disebutkan dalam seruan tersebut: “Maulid Penyelamat Kemanusiaan, Untuk Awal Yang Baru, Datanglah Ke Al-Aqsa, Tekadkan Niat.”

Seruan disampaikan kepada sebanyak mungkin para pecinta Rasulullah di Masjidil Aqsa, membela kemuliaan Nabi, di mana beberapa hari lalu pihak berkuasa Perancis menyebarkan karikatur penghinaan terhadap Nabi Muhammad Saw, di jalanan dan fasiliti umum setelah adanya penegasan dari Presiden Perancis Imanuel Macron bahawa negaranya tidak akan menurunkan karikatur tersebut.

Seruan membela Nabi Mulia di Masjidil Aqsa, membela tempat Isra beliau ketika pelanggaran berterusan dari pihak otoriti penjajah dan para penduduk Yahudi.

Para aktivis di laman sosial mengeluarkan hastag #Ilove Rasulullah, setelah muncul karikatur yang menghina Nabi Muhammad dengan dukungan rasmi dari pemerintah Perancis.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

COVID-19: 4 Kematian, 576 Kes Baharu di Palestin Dalam Tempoh 24 Jam

Isnin , 02-11-2020 –  Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah pada hari Selasa lalu mengumumkan 4 kematian, 576 kes baharu, dan 389 kes sembuh baharu berkaitan coronavirus telah dicatatkan dalam tempoh 24 jam terakhir.

Kementerian berkenaan menyatakan dalam laporan epidemiologi harian coronavirus bahawa kadar kes sembuh mencapai 88.2 peratus sementara kadar kes aktif mencapai 11 peratus, dan kadar kematian adalah 0.8% dari semua jangkitan.

Kes-kes baharu terbahagi seperti berikut: al-Khalil 64, Nablus 88, Bethlehem 34, Qalqilya 4, Ramallah dan Al-Bireh 42, Jenin 37, Jericho dan Al-Aghwar 22, Salfit 17, Tulkarem 38, Semenanjung Gaza 199, dan pinggir bandar Baitulmaqdis 27.

Kementerian juga memberitahu bahawa terdapat 40 pesakit kritikal yang telah dimasukkan ke unit rawatan rapi termasuk 6 yang telah ditempatkan di bawah alat bantuan pernafasan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul