Categories
Berita Semasa

Tentera membakar pohon zaitun dekat Hebron

Selasa , 09-09-2014 – Pada Khamis, tentera rejim Israel membajar sejumlah pohon zaitun milik rakyat Palestin di kebun kawasan Wad al-Hasseen di Hebron, di kawasan selatan Tebing Barat.

Kebun itu berdekatan dengan penempatan haram Keryat Arba’ di timur kota. Agensi Berita Maan berkata bahawa tentera membakar tayar dan menolaknya ke arah pohon zaitun, sebelum menggunakan dahan-dahan yang dibakar untuk memastikan kebakaran merebak ke pokok-pokok lain. Maan memetik kata-kata saksi mata yang menyatakan mereka telah menghubungi pihak bomba tetapi tentera rejim menghalang kemasukan trak bomba daripada memasuki kawasan tersebut, dan mengakibatkan kebakaran semakin merebak.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Sambutan Kemenangan di Gaza Selepas Solat Jumaat

Jumaat , 05-09-2014 – Rakyat Palestin di seluruh Gaza keluar beramai-ramai untuk menyertai perarakan kemenangan pada Jumaat, selepas mereka berpeluang untuk solat Jumaat kali pertama dalam 50 hari di masjid sekitar Gaza tanpa bimbang diserang tentera penjajah Israel.

Agensi Berita Maan melaporkan walaupun majlis tempatan menganggarkan satu pertiga masjid rosak dalam serangan Israel termasuk 72 yang musnah, rakyat Palestin tetap membanjiri masjid ketika pemimpin politik berkhutbah di atas mimbar menekankan perpaduan nasional selepas mereka meraih kemenangan ke atas Israel.

Pegawai kanan Hamas, Khalil al-Hayya berkata, ketika khutbah Jumaat di Shuja’eyya: “rakyat Palestin telah memasuki era baru hari ini (Jumaat), dan berjaya mencapai perpaduan nasional dengan menyokong perjuangan (menentang penjajahan Israel).”

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Pertelingkahan berterusan di Tebing Barat, 4 cedera, sebahagian ditahan

Jumaat , 05-09-2014 – Sekurang-kurangnya 4 warga Palestin cedera ketika pertelingkahan pada subuh Isnin di kem pelarian Deheishe, selatan Bethlehem, Tebing Barat. Menurut Agensi Media Al Ray Palestin, sumber tempatan melaporkan pertelingkahan berlaku di antara warga Palestin dan tentera rejim Israel setelah rejim memecah masuk kem.

Tentera menembak peluru hidup, gas pemedih mata dan bom tangan ke arah pemuda-pemuda Palestin dan menyebabkan 4 orang cedera. Tentera rejim menyerbu kem pelarian al-Fara di Nablus, dalam satu malam dan menahan 7 warga Palestin, sumber tempatan mengatakan.

Para saksi melaporkan sekurang-kurangnya 15 jip tentera dan kenderaan peribadi bersenjata menyerbu kem dari pelbagai arah, yang mana puluhan rumah telah dirempuh masuk. Kediaman pegawai kanan Parti Rakyat Palestin, Muhammad Mansour, turut diserbu. Beliau telah disoal siasat di jalanan manakala beberapa bendera telah dirampas dari rumahnya.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Boikot Mampu Memberi Kesan Besar Terhadap Ekonomi Israel

Jumaat , 05-09-2014 – Sejak dua bulan yang lalu, rakyat Palestin di seluruh Tebing Barat telah memboikot barangan Israel dan bilangannya yang semakin meningkat. Beberapa kempen telah diadakan di jalanan bagi meningkatkan gerakkan kempen boikot tersebut.

Agensi Berita Ma’an melaporkan, menurut penganalisis ekonomi, kempen ini berpotensi memberi kesan negatif yang besar kepada ekonomi Israel,dan memberi kesan apungan kepada ekonomi Palestin juga.

Pusat Biro Statistik Palestin menyatakan bahawa penggunaan tahunan Palestin terhadap eksport Israel adalah pada kira-kira $ 3.5 bilion, manakala eksport Palestin kepada Israel hanya berjumlah kira-kira $600 juta.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Langit juga kepunyaan kami

Jumaat , 05-09-2014 – Pada 25 Ogos , perkampungan Burin , di selatan Nablus , telah ditutup oleh tentera Israel dan diisytiharkan zon tentera. Satu pusat pemeriksaan didirikan di jalan utama ke kampung itu , menghalang penduduk daripada memasuki dan keluar dari kampong tersebut.

Sekatan itu dikenakan selepas pertempuran berlaku malam sebelumnya apabila tentera menyerang kampung, menyerbu rumah-rumah, dan menahan beberapa penduduk kampung untuk disoal siasat .

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : diana

Categories
Berita Semasa

Abbas Rencana Pelan 3-peringkat untuk Negara Palestin Merdeka.

Jumaat , 05-09-2014 – Menurut Palestinian News Network (PNN), sumber Palestin telah mengesahkan bahawa Presiden Mahmoud Abbas akan menjalankan satu pelan yang terdiri daripada 3 peringkat dengan matlamat akhir untuk mencapai kemerdekaan negara Palestin.

Sumber tersebut memberitahu surat khabar ‘Middle East’ yang berpusat di London bahawa Abbas bercadang memberi masa sehingga empat bulan kepada Amerika Syarikat untuk mentakrifkan sempadan bagi negara Palestin, dan meminta Israel menyediakan sebuah peta yang menunjukkan
sempadan-sempadan Israel, sebelum rundingan berjalan.

Sekiranya Israel menolak untuk mentakrifkan sempadan-sempadan ini, kepimpinan Palestin merancang untuk membawa isu ini ke Majlis Keselamatan PBB di bawah naungan negara-negara Arab, bagi meminta Israel keluar dari kawasan Palestin yang dijajah pada tahun 1967.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

4 orang rakyat Palestin diculik sebelum subuh oleh tentera Israel di Tebing Barat

Jumaat , 05-09-2014 – Dua beradik diculik daripada rumah mereka di sebuah kampung berhampiran Ramallah dan dua lagi ditahan tentera Israel di tempat pemeriksaan Qalandia dalam temoph semalaman. Dua beradik itu diculik dari kampung Deir Nitham, barat laut Ramallah, sebelum subuh hari Sabtu. Mereka dikenali sebagai Qadri Tamimi, 20, dan abangnya Mustafa Tamimi, 27. Mustafa Tamimi ialah seorang pegawai polis Palestin di kawasan Hebron, bahagian selatan Tebing Barat.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

12 Pemimpin PFLP diculik dari Tebing Barat

Selasa, 02-09-2014 – 12 pemimpin dari Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin telah diculik oleh tentera Israel pada waktu malam, pada hari Isnin. Zahi Khatatba dan Ahmad al -Haj Muhammad Abu al- Nimr telah diculik dari bandar Furik yang diduduki Israel . Youssef Abd al- Haq Abu Syaddad , Kamal Ibrahim Abu Tharifa dan Moussa Salama ditahan di Nablus . Amjad Hamayil , umur 37, telah diambil dari rumahnya di Beta pada satu serbuan .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur diana

Categories
Berita Semasa

Hamas Buat Majlis Kemenangan Bertema “Gaza Berjaya Wujudkan Kemenangan”

Selasa, 02-09-2014 – Hamas buat majlis kesyukuran raih kemenangan dengan tema, ?Gaza?Bangsa Yang Berjaya Wujudkan Kemenangan.? Pasca deklarasi gencatan senjata yang dimulakan pada Selasa petang lalu, (26/8).

Dalam sidang akhbar, Rabu (27/8) Hamas menunjukkan langkah pejuang perlawanan di semua pertempuran yang dihadapinya melawan pasukan Zionis. 8 tahun merupakan usia sekatan zalim yang dipaksakan terhadap Gaza, namun walau penderitaan yang dihadapi, rakyat Palestin di Gaza tetap teguh bersabar dan tak patah semangat berjuang.

Dari rahim penderitaan dan sekatan, bangsa ini menciptakan harapan dan kemenangan, dengan semua pejuangnya, laki-laki, perempuan, anak-anak dan orang tua, saling bahu-membahu merawat kemuliaan dengan bersenjatakan tekad dan iman, berpegang kepada hak dan perlembagaan, tidak mengenal kehinaan dan ketundukan kepada penjajah, tidak ada kata menyerah kalah.

Dalam pertempuran Furqan, Gaza meraih kemenangan, juga dalam pertempuran Hijaratus Sijjil, Gaza meraih kemenangan, dan hari ini pertempuran Asful Ma?kuul, Gaza merupakan bangsa yang mewujudkan kemenangan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

69% sekolah di Gaza musnah oleh serangan Israel.

Selasa, 02-09-2014 – Hampir 69 peratus sekolah-sekolah kerajaan dan PBB di dalam Gaza Strip musnah oleh serangan Israel. Pelajar-pelajar Tebing Barat memulakan sesi persekolahan tanda sokongan kepada Gaza. Adakah Israel akan memulakan sesi persekolahan mereka mengikut jadual walaupun mendapat bantahan daripada Selatan Israel?

“Pada waktu ini setiap tahun, kanak-kanak Palestin bersedia untuk memulakan sesi persekolahan. Tetapi hampir setengah juta kanak-kanak Gaza tidak dapat memulakan persekolahan seperti dijadualkan.” menurut laporan.
Pembukaan sekolah-sekolah untuk kanak-kanak di Gaza ditangguh sehingga notis dikeluarkan. Serangan berterusan Israel telah memusnahkan sekurang-kurangnya 277 sekolah kerajaan dan sekolah PBB. Hampir 30% masih digunakan sebagai tempat perlindungan bagi keluarga yang dipindahkan.

sumber : IMEMC News
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Pengembala Ditahan Kerana Menyeberangi Jalan

Selasa, 02-09-2014 – Ketika mengembala kira-kira 1 km ke selatan Qawawis , sebuah perkampungan selatan al -Khalil ( Hebron ), berhampiran kawasan pendudukan haram dan tentera asas Suseya , tiga pengembala telah dihalang oleh tentera Israel dan ditahan selama 20 minit.

Tiga pengembala itu dalam perjalanan pulang dari membawa kambing biri-biri meragut di luar kampung apabila tentera Israel tiba dengan jip , menghentikan gembala yang cuba untuk menyeberangi jalan. Setelah lama bercakap dengan salah seorang pengembala, tentera menghalau kambing biri-biri ke bawah bukit tanpa apa-apa penjelasan .

Semasa biri-biri mula melarikan diri , salah seorang pengembala telah meminta untuk mencari mereka , tetapi telah ditolak oleh salah seorang askar . Tentera menuduh mereka memasuki ke negeri yang dilarang untuk orang Palestin. Ia adalah kawasan terbuka tanpa apa-apa tanda yang menandakan sempadan.

Salah seorang askar mendakwa telah menjelaskan kepada para pengembala di mana sempadan tanah ‘ dilarang ‘ terletak pada waktu pagi, bagaimanapun sukarelawan ISM mengiringi gembala pada waktu pagi dan mengetahui bahawa perkara itu tidak berlaku.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nor shuhada

Categories
Berita Semasa

Polis Israel menculik 8 orang di Baitulmuqaddis

Selasa, 02-09-2014 – Polis dan tentera rejim Israel menyerbu pada subuh Rabu pelbagai kejiranan Palestin di timur Baitulmuqaddis dan menggeledah sejumlah kediaman serta menculik 8 warga Palestin.

Amjad Abu ‘Asab, ketua jawatankuasa Keluarga Tahanan Politik Palestin Baitulmuqaddis berkata puluhan tentera menceroboh kem pelarian Shuf’at dan menculik 3 rakyat Palestin setelah menggeledah rumah mereka.

Beliau menambah bahawa pihak tentera turut menculik 2 rakyat Palestin di kejiranan Beit Hanina dan 3 lagi di kota lama Baitulmuqaddis dan memindahkan mereka yang diculik ke pusat penyiasatan di Maskobiyya. Beliau turut berkata, tentera menyerbu rumah bekas tahanan politik, En’am Qalanbo, di kota lama dan menculiknya kerana menyertai perarakan menyokong Gaza.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Dua rakyat Palestin Terbunuh Di Gaza, Puluhan lagi Cedera

Khamis, 28-08-2014 – Sumber perubatan Palestin melaporkan, pada hari Isnin, bahawa dua orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera dalam siri serangan udara Israel dan pengeboman yang mensasarkan kawasan berlainan di Semenanjung Gaza.

Sumber-sumber berkata, seorang wanita terbunuh dan sekurang-kurangnya enam belas cedera, dimana seorang dalam keadaan serius, selepas tentera Israel melepaskan peluru berpandu ke sebuah masjid dan beberapa buah rumah.

Wanita yang terbunuh itu telah dikenal pasti sebagai Farhana al-‘Attrar, 48 tahun. Dia terbunuh selepas tentera melepaskan tembakan peluru berpandu ke dalam kawasan al-‘Atatra, barat Beit Lahia, di bahagian utara Semenanjung Gaza.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Penentangan dan gas pemedih mata

Khamis, 28-08-2014 – Lewat bulan Mei [2013], udara semakin menyesakkan. Haba dapat dirasakan keluar dari laluan pejalan kaki dan anak-anak muda Khalili, meskipun telah terbiasa dengan keadaan sebegini, kelihatan mengesat titisan peluh dari dahi mereka dalam perjalanan pulang dari sekolah. Beberapa langkah menuju kejiranan Tel Rumeida, mereka terpaksa melalui Checkpoint 56 yang dibina secara rasmi oleh Israel di
kawasan kawalan seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Hebron.

Tentera Israel akan menggeledah beg-beg mereka dan menahan seorang daripada mereka, kemudian melepaskan tahanan tersebut sejam kemudian kerana ketiadaan sebab yang kukuh; ini merupakan satu bentuk gangguan yang biasa bagi anak-anak muda ini. Pada satu ketika, sebuah bas sekolah akan melalui jalan tersebut. Bas dilabel dengan tulisan Hebrew dan Bahasa Inggeris sebagai ‘Air-conditioned Video’.

Bas ini dikhaskan hanya untuk kanak-kanak dari penempatan Israel, manakala kebanyakan penduduk Palestin tidak dibenarkan untuk menggunakan kenderaan di Tel Rumeida. Perkataan ‘apartheid’ memang sering digunakan untuk mengkritik sifat perkauman dan dasar
pengasingan kerajaan Israel. Tetapi bagaimanakah keadaan sebenar apartheid ini? Sepanjang tinggal di kawasan Khalil yang berada di bawah jajahan tentera Israel selama beberapa bulan, saya telah mengalami sendiri jawapan bagi soalan tersebut. Selebihnya adalah apa yang telah dilalui oleh ahli perniagaan lelaki dan wanita, kanak-kanak sekolah, petani dan pengembala yang telah hidup di bawah
penjajahan Israel yang berterusan selama empat puluh tahun ini.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

3 lagi rakyat Palestin dibunuh di Gaza

Khamis, 28-08-2014 – Sumber perubatan Palestin melaporkan yang 3 lagi warga Palestin telah dibunuh pada Isnin oleh senjata Israel di Semenanjung Gaza, manakala ramai lagi telah cedera dalam serangan Israel ke atas kawasan pantai.

Sumber itu berkata, Osama Mohammad Shbeir, 25, telah dibunuh dan sejumlah rakyat Palestin telah cedera akibat serangan peluru berpandu di jalan Sikka, Jabalia di utara Semenanjung Gaza. Salah seorang daripada mereka cedera teruk.

Seorang lagi rakyat Palestin dikenali sebagai Hani Mohammad Yassin, 20, telah dibunuh dan sekurang-kurangnya seorang cedera teruk apabila tentera rejim menembak peluru berpandu ke kejiranan Zeitoun di bandar Gaza. Seorang warga tua Palestin juga turut dibunuh dalam serangan Israel di Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur idawati