Categories
Berita Semasa

Hamdan: Tiada Kedamaian Tanpa Pembebasan Gaza

Rabu , 09-07-2014 – Ketua Perhubungan Antarabangsa HAMAS, Osama Hamdan berkata bahawa pergerakan HAMAS tidak akan bersetuju untuk gencatan senjata selagi mana serangan ke atas Gaza berterusan.

Beliau memberitahu al-Resalah Net dalam satu temu bual yang diterbitkan pada Sabtu bahawa serangan ke atas Gaza ialah satu tindakan agresif yang perlu ditamatkan.

Hamdan juga menyatakan bahawa tidak ada percubaan yang dilakukan oleh pihak setempat untuk mencapai gencatan senjata antara pejuang Palestin dan penjajah Israel, sambil berkata bahawa Mesir setakat ini belum campur tangan untuk mencadangkangkan gencatan senjata yang baru atau menstabilkan perjanjian yang lama.

Beliau berkata bahawa tindakan agresif Israel yang berterusan ke atas tanah Palestin yang dijajah menunjukkan sifat hipokrit banyak pihak yang hanya melihat perjuangan sebagai ‘keganasan’ (terrorisme).Hamdan menyifatkan bahawa sikap Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang sehaluan dengan penjajah ialah satu pembelotan.

Beliau juga menambah bahawa sebahagian pihak PA menyokong cerita pihak Israel yang meletakkan pejuang Palestin bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kejadian yang terbaru yang meningkatkan ketegangan antara kedua belah pihak.Walaubagaimanapun, Hamdan menafikan kebarangkalian Israel akan menyerang Gaza secara besar-besaran.

Pemimpin senior HAMAS itu juga memberi amaran kepada PA bahawa pergerakan HAMAS akan melakukan perkara yang mengejutkan jika perjanjian untuk bergabung (antara Tebing Barat dan Semenanjung Gaza) tidak dilaksanakan secara penuh.

Hamdan menyeru PA untuk berusaha melaksanakan perkara yang telah dipersetujui di Kaherah, antaranya mengangkat pengepungan Gaza sejurus selepas pembentukan kerajaan gabungan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

IOF memulakan kebakaran di garaj rakyat Palestin, menyebabkan 15 kereta terbakar

Rabu , 09-07-2014 – Tentera rejim Israel (IOF) memulakan kebakaran di garaj seorang rakyat Palestin di Kampung Barta’a dekat Jenin, pada Ahad dan menyebabkan 15 kereta terbakar .

Tawfik Qabaha, seorang ahli jawatankuasa kampong berkata, tentera rejim dengan sengaja memulakan kebakaran di garaj dengan membaling tayar-tayar terbakar ke arahnya. Beliau berkata, pasukan pertahanan awam Palestin Berjaya memadamkan api pada 15 kereta yang terbakar.
Manakala, puluhan warga di kampung Barta’a and Zabuba villages, di barat daya Jenin, mengalami kesukaran bernafas ketika berhadapan dengan pasukan tentera rejim yang menceroboh.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Laporan bedah-siasat: Abu Khudair telah dibakar hidup-hidup

Rabu , 09-07-2014 – Wakil dari Institut Perubatan Forensik Palestin yang bertanggungjawab memeriksa mayat seorang budak yang dibunuh, Mohamed Abu Khudair telah melaporkan bahawa punca kematian serta-merta tersebut adalah disebabkan terbakar dengan bahan yang mudah terbakar.

Badan penyelidik turut melaporkan bahawa laporan awal bedah-siasat menunjukkan bahawa terdapat asap hitam dan debu api dari kesan pembakaran tubuhnya dalam salur penafasan mangsa. Penemuan ini menunjukkan bahawa mangsa telah dibakar hidup-hidup. Selain itu, laporan juga menunjukkan mangsa telah mengalami luka di kepala.

Beberapa sampel seperti cecair dan tisu telah diambil untuk kajian makmal yang lebih mendalam untuk melengkapkan laporan perubatan secara sah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Al-Qassam Siar Gambar Pembuatan Peluru Berpandu Baharu

Rabu , 09-07-2014 – Brigade Al-Qassam, sayap militan Hamas, Sabtu (5/7) menyiarkan mesej bergambar berkaitan perkembangan peluru berpandu mereka.

Di laman rasminya, Brigade Al-Qassam menyiarkan video kurang dari satu minit yang memperlihatkan salah seorang anggota mereka sedang membuat peluru berpandu dengan ukuran besar dan di sekitarnya terhadap beberapa peluru berpandu dengan pelbagai ukuran yang telah berjaya dihasilkan.

Ini merupakan mesej kedua yang disiarkan Al-Qassam dalam dua hari ini, setelah sebelumnya menyiarkan mesej dengan tema ?Semua bandar semakin dekat dengan Gaza.? Mesej bergambar ini merupakan perang saraf yang dilakukan Brigade, dalam keadaan kemungkian serangan militan ke Gaza oleh pihak zionis Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

110 peluru berpandu dilancarkan ke atas Israel sejak mulanya pusingan semasa.

Rabu , 09-07-2014 – Kepimpinan Zionis Tanah Air semalam, ahad mengumumkan tentang statistik bilangan peluru berpandu yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza sejak mulanya pusingan semasa pertengahan minggu lepas.

Statistik menunjukkan bahawa hampir 110 peluru berpandu dilepaskan dari Semenanjung Gaza ke atas kawasan Zionis yang bersebalahan dengannya.

Surat khabar Yedioth Ahronoth telah menukilkan kata-kata Ketua Tanah Air Zionis, ” bermula hari rabu yang lepas sehingga pagi ahad, Gaza telah melancarkan 110 peluru berpandu. 80 daripadanya meletup di daerah yang tenang iaitu di Negev, manakala 10 yang lain berjaya dielakkan daripada meletup.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Gelombang serangan udara terbaru Israel keatas Gaza pada waktu subuh

Rabu , 09-07-2014 – Pada waktu subuh Ahad, Tentera pendudukan Israel (IOF) melancarkan sekurang-kurangnya enam serangan udara ke atas sasaran yang berbeza di Semenanjung Gaza.

Sumber tempatan memberitahu pusat maklumat Palestin (PIC) bahawa satu kapal terbang perang Israel melepaskan beberapa peluru berpandu di dua tanah pertanian di kawasan Al-Fakhari di bahagian tenggara Khan Younis dan tanah-tanah lain di kawasan Rafah. Serangan udara juga disasarkan pada tapak penentang di selatan Gaza dan di tanah kosong berhampiran kedai kereta di kejiranan Al-Zeitoun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Tokoh Hamas Seru Pihak Antarabangsa Hentikan Serangan Zionis

Isnin, 07-07-2014 – Pegawai Perhubungan Luar Negeri Hamas, Usamah Hamdan menegaskan, perjuangan Palestin akan terus menghadapi serangan zionis terhadap bangsa Palestina di Tebing Barat dan Gaza.Beliau menyeru kepada pimpinan Palestin dan Liga Arab serta dunia Islam dan masyarakat antarabangsa untuk menekan penjajah zionis agar menghentikan serangan mereka dan mengembalikan hak-hak Palestin kepada pemiliknya.

Dalam keterangan khusus kepada Quds Press, Hamdan menafikan bahawa Hamas mempunyai maklumat berkait dengan 3 orang tentera Zionis yang diculik, ditegaskan bahawa satu-satunya maklumat hanya bersumber dari penjajah zionis. Menurutnya, Hamas tidak memiliki sebarang maklumat berkaitan penculikan 3 tentera zionis tersebut, semua maklumat hanya berdasarkan sumber Israel sahaja.

Hamdan berpendapat, serangan Israel ke Gaza menggunakan maklumat tersebut sangat tak munasabah, tidak ada yang tahu bagaimana mereka diculik, hal ini tak boleh menjadi alasan serangan terhadap Palestin yang berlangsung sejak seminggu lalu.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Mengebom Rumah Suspek Selepas Menemui Mayat Tentera Mereka yang Hilang

Isnin, 07-07-2014 – Pasukan Penjajah Israel (IOF) meletupkan rumah Amer Abu Aysha dan Marwan al-Qawasmi selepas mereka berdua dikehendaki kerana dilaporkan terlibat dengan penculikan 3 orang tentera Israel yang ditemui mati oleh IOF pada Isnin.

Menurut saksi di tempat kejadian, sepasukan tentera Israel membuat sekatan di sekeliling rumah-rumah itu sebelum meletupkan bahan letupan yang telah dipasang pada awal operasi. Penghuni rumah-rumah itu juga telah dihalau keluar dengan kekerasan sebelum letupan.

RUmah-rumah yang terlibat terbakar selepas letupan. Menurut sumber perubatan, seorang bayi Palestin yang baru lahir yang berusia 50 hari cedera akibat letupan, manakala seorang remaja Palestin yang lain ditembak oleh IOF dalam pertembungan yang tercetus di kawasan yang sama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Sekurang-kurangnya 43 Pelarian Palestin dibunuh di Syria pada Jun 2014

Isnin, 07-07-2014 – Kumpulan Tindakan Palestin Syria melaporkan sekurang-kurangnya 43 rakyat Palestin terbunuh dalam peperangan di Syria pada bulan lepas.

Pada Selasa lepas, kumpulan tersebut memaklumkan sebanyak 15 pelarian Palestin telah diseksa hingga mati di penjara Syria, manakala 16 pelarian telah ditembak.
Pertempuran yang berlaku di kawasan Syria yang lain turut mengorbankan 4 nyawa lagi.

Kumpulan tersebut turut melaporkan bahawa dua pemohon suaka politik berbangsa Palestin telah dibunuh dalam keadaan misteri manakala dua rakyat Palestin ditembak mati oleh penembak tepat Syria. Satu lagi pelarian dilaporkan mati selepas dia diculik.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Haneyya : Ugutan Israel Tidak Menakutkan Kami

Isnin, 07-07-2014 – Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas dan bekas Perdana Menteri Ismail Haneyya berkata “ugutan Israel terhadap Perlucutan Gaza dan Pergerakan Hamas tidak menakutkan kami dan kami akan membalas setiap serangan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Mengulas tuduhan Israel terhadap Hamas mengenai penculikan dan pembunuhan tiga penduduknya di Al Khalil, Haneyya berkata kepada agendi Berita Anadolu pada malam Isnin, ugutan Israel tidak menakutkan rakyat Palestin yang akan bertindak terhadap ugutan sedemikian dengan keazanan yang kuat.

Berikutan daripada berita yang disahkan yang menyebut tentang tiga penduduk Israel tang ditemui mati di Tebing Barat, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengatakan Pergerakan Hamas yang bertanggungjawab di atas kematian mereka. Dia juga bersumpah bahawa “Hamas akan menerima akibatnya”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Menteri kerajaan bersepadu bertemu aktivis Miles of Smiles di Gaza

Isnin, 07-07-2014 – Menteri-menteri kerajaan bersepadu Palestin di Semenanjung Gaza bertemu dengan anggota-anggota konvoi bantuan Miles of Smiles di ibu pejabat kabinet, di mana dalam pertemuan itu mereka membincangkan kepentingan untuk meneruskan usaha menghentikan penjajahan yang berlaku Dalam sidang akhbar yang berlangsung pada hari Isnin berikutan perjumpaan tersebut, Menteri Keadilan Salim al-Sakka menyatakan harapan supaya lawatan ini menjadi lawatan terakhir yang berlaku semasa penjajahan Gaza.

AL-Sakka juga menyatakan penghargaan atas usaha dan pengorbanan anggota-anggota konvoi , dan menyatakan bahawa ini merupakan lawatan pertama yang dibuat sejak kerajan bersepadu ditubuhkan. Beliau juga berikrar bahawa penjajahan Israel ke atas Gaza akan berakhir dengan segera.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Mashal memaklumkam Edorgan mengenai gerakan Israel

Isnin, 07-07-2014 – Ahad malam, Ketua Gerakan Hamas, Khaled Mashal menghubungi Perdana Menteri Turki, Recep Thayib Erdogan.

Sumber dari Hamas mmberitahu bahawa Mashal telah memaklumkan kepada Erdogan perkembangan terkini mengenai isu Palestin dan keadaan tragis di Tebing Barat, Semenanjung Gaza akibat penahanan, penindasan, ugutan zionis dan keadaan keluarga rakyat Palestin yang
kritikal. Mashal meminta Perdana Menteri Turki supaya bergerak pantas bersama masyarakat antarabangsa menghentikan penindasan zionis dan membebaskan Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Sekurang-kurangnya empat orang awam cedera dalam serangan udara oleh Israel di Gaza

Isnin, 07-07-2014 – Empat orang awam Palestin cedera dalam serangan baru udara Israel pada waktu subuh Selasa di tapak penentang yang berbeza di Semenanjung Gaza, menurut wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) di Gaza.

Sumber tempatan dan keselamatan melaporkan bahawa pesawat pejuang Israel mengebom pada kira-kira 1:40 pagi di kebanyakan tapak penentang, dan letupan ganas turut menggegarkan semua kawasan di Gaza.

Lebih daripada 20 serangan udara yang mengsasarkan kawasan Khan Younis dan Rafah, dan serangan udara yang sama telah dilancarkan di Bandar Gaza dan kawasan lain di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Hamdan: Pejuang akan melindungi rakyat daripada keganasan Israel

Isnin, 07-07-2014 –Pengarah Hal-Ehwal Luar Hamas, Osama Hamdan berkata, pejuang Palestin akan menentang kekejaman berterusan Israel ke atas rakyatnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Hamdan menafikan dalam kenyataan akhbar kepada Quds Press yang gerakannya memiliki maklumat tentang keberadaan 3 orang pendatang Israel yang diculik.“Kami, dalam gerakan Hamas tiada sebarang maklumat tentang isu penculikan 3 pendatang dan segala maklumat yang ada sekarang adalah dari pihak Israel,” Hamdan menyatakan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

25 rakyat Palestin diculik oleh IOF ketika subuh di Tebing Barat

Rabu , 02-07-2014 – Tentera rejim Israel (IOF) menculik 25 rakyat Palestin ketika Subuh Ahad dari pelbagai tempat di Tebing Barat, menjadikan jumlah rakyat Palestin yang ditahan kepada 600 orang. Operasi ketenteraan telah dilancarkan atas alasan adanya kemungkinan penculikan 3 tentera Israel. Seorang pelajar rakyat Palestin telah ditahan di rumahnya rentetan dari serbuan oleh rejim Israel di kampung Madama, selatan Nablus.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati