Rabu, 08-07-2020 – Tahanan Palestin Wael al-Jaghoub telah ditahan dan tidak dibenarkan berhubung dengan sesiapa pun dalam keadaan teruk selama seminggu dalam penjara Israel.
Menurut Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan Hal-Ehwal Palestin, tahanan Jaghoub telah dipindahkan pada Ahad lepas dari penjara Gilboa ke penjara Megiddo dan sejak itu ditahan dalam bilik pengasingan yang tidak berpintu, kurang pencahayaan, dan pengudaraan yang teruk.
Beliau juga tidak dibenarkan menemui keluarga untuk jangka masa yang lama. Jaghoub telah ditahan pada 2001 dan menjalani hukuman penjara seumur hidup.
Rabu, 08-07-2020 – Tentera rejim Israel (IOF) pada subuh Ahad menculik beberapa pemuda Palestin ketika kempen di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.
Menurut sumber tempatan, IOF menculik seorang pelajar university bernama Saleh Abu Zayd dekat pusat pemeriksaan Khan al-Ahmar setelah memintas kereta yang yang beliau naiki.Dua lagi pemuda dilaporkan diculik oleh IOF dekat persimpangan al-Fawakeh di utara Baitulmuqaddis dan di kem pelarian al-Arroub utara al-Khalil.
Selasa, 07-07-2020 – Puluhan penceroboh Yahudi yang dikawal oleh pegawai polis pada pagi ahad merosakkan Masjidil Aqsa di kawasan tawanan Baitulmaqdis.
Menurut Jabatan Awqaf Islam di kota suci itu, 84 penceroboh Yahudi memasuki Masjidil Aqsa melalui gerbang al-Maghariba dan mengadakan lawatan ke kawasan halaman masjid tersebut dalam kumpulan yang berbeza.
Sebilangan penceroboh Yahudi itu dilihat mengadakan upacara sembahyang Yahudi semasa lawatan ke tempat suci Islam itu Sementara itu, polis Penjajahan Israel telah menculik lima orang pemuda di Baitulmaqdis pada pagi itu dan membawa mereka menaiki kereta peronda ke pusat tahanan.
Empat dari pemuda itu ditawan semasa kempen polis di daerah Issawiya, timur Kota Tua sementara yang lain diculik dari rumahnya dia bandar at-Tur, juga di timur Baitulmaqdis.
Selasa, 07-07-2020 – Pada malam menjelang 1 Julai 2020, waktu yang ditetapkan oleh penjajah Israel untuk mengumumkan rancangan aneksasi, perjuang Palestin melepaskan sejumlah roket sebagai uji cuba ke arah Laut Gaza. Para pengamat dan penganalisis politik menyatakan bahawa pejuang telah memilih untuk mengirim ingatan ancaman langsung ke “Israel”. Pesan tersebut memperingatkan penjajah Israel berkait dengan rancangan aneksasi kolonialnya tersebut.
Menurut pantauan dilapangan dan penduduk yang menyaksikan peristiwa itu, para pejuang menembak lebih dari 24 roket dalam waktu setengah jam ke arah laut. Ini merupakan peringatan yang jelas kepada penjajah Israel bahawa dalam tempoh yang singkat, roket-roket tersebut boleh membelok arah ke utara atau timur bukannya barat untuk menjunam ke jantung wilayah pendudukan Israel.
Patut dijelaskan bahawa ini adalah pertama kali pejuang Palestin meluncurkan roket-roket uji cuba sebanyak ini. Biasanya dalam satu waktu mereka hanya meluncurkan dua roket hingga lima paling banyak.
Penganalisis ketenteraan, Rami Abu Zubaydah menjangkakan bahawa peluncuran roket-roket pejuang dengan jumlah sebanyak ini memberikan amaran langsung kepada penjajah Israel bahwa pejuang Palestin mampu mengembangkan senjata roketnya dan meningkatkan kekuatan penghancurnya, yang boleh menimbulkan kesan yang efektif.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Selasa, 07-07-2020 – Rejim Zionis (IOF) telah menembak seorang pemuda Palestin dan mengetatkan sekatan pergerakan ke atas warga Palestin di Kota al-Khalil.
Sumber tempatan mengatakan bahawa seorang pemuda Palestin ditembak di kaki oleh IOF di kawasan Bab al-Zawiya dan beliau kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan.
Sementara itu, IOF memasang beberapa pusat pemeriksaan di kawasan kejiranan Tal Rumeida dan jalan al-Shuhadaa serta menyekat pergerakan warga Palestin, menghalang kebanyakan dari mereka untuk kembali ke rumah mesing-masing di kawasan lain.
Isnin, 06-07-2020 –Sekumpulan pelampau Yahudi telah merampas dan menguasai sebuah telaga air di bandar Madama, selatan Nablus, Tebing Barat.
Kata pegawai tempatan, pendatang haram Yahudi dari penempatan Yitzhar telah merampas sebuah telaga yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai “ash-Sha’aar” dan mencuri airnya dengan menggunakan pam.
Selain Madama, bandar lain seperti Burin, Asira al-Qibliya dan Urif yang terletak di Tebing Barat sangat terdedah kepada serangan dan keganasan terancang pihak pendatang dari penempatan Yitzhar, malah mereka juga kerap melakukan serangan dan jenayah terhadap penduduk Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Isnin, 06-07-2020 – Puluhan ribu warga Palestin turun ke jalanan pada Rabu di Semenanjung Gaza, Tebing barat dan di kem pelarian Palestin bagi membantah rancangan Israel untuk mengilhak tanah Palestin.
Para pembantah yang terdiri daripada segenap laposan umur mengibarkan bendera Palestin dan mengumandangkan slogan menyelar polisi Israel dan menolak rancangan pengilhakan itu.Esam Baker, seorang aktivis Palestin yang menyertai demonstrasi Ramallah di Tebing Barat berkata, “Pengilhakan ini tidak akan berlaku, dan perjuangan akan berterusan sehingga kami mencapai kebebasan dan kemerdekaan.”
Jumaat, 03-07-2020 – Sekumpulan pendatang Israel pada Selasa memulakan pembinaan pos baru di tanah warga Palestin di Gunung di kota Halhul di Tebing Barat, daerah al-Khalil.
Sumber tempatan menyatakan yang sekumpulan besar pendatang Israel yang diiringi oleh tentera bersenjata, menyerbut Gunung Jomjoma memulakan pembinaan pos baru.
Tentera rejim Israel telah membina kawasan ketenteraan di puncak gunung, 1000 meter dari paras laut dan berpemandangan kebanyakan bandar dan kampung di al-Khalil.
Jumaat, 03-07-2020 – Berpuluh-puluh pendatang haram Yahudi menceroboh masuk masjid suci Aqsa, Baitulmaqdis dan mengadakan upacara ritual mengikut ajaran Talmud dengan kawalan ramai anggota polis rejim Israel.
Kata sumber tempatan, kumpulan pendatang memasuki masjid suci umat Islam itu melalui pintu Maghareba, arah timur.
Sumber itu juga menyatakan bahawa perbuatan pendatang Yahudi melakukan ritual dengan kehadiran ramai polis turut menghalang kemasukkan jemaah Islam untuk menunaikan sembahyang di masjid tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Khamis, 02-07-2020 – Jordan mengecam keputusan Israel untuk memasang lif yang menghubungkan bahagian-bahagian Kota Tua Baqitulmaqdis dengan tembok Buraq di bahagian barat al-Aqsa.
Jurucakap kementerian lluar Jordan, Dhaifallah Fayez menyatakan penolakan Jordan terhadap semua tindakan unilateral Israel kerana ia akan mengubah sifat asal Kota Tua tersebut dan identiti Arabnya.
Beliau juga menyatakan tindakan tersebut adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa dan resolusi yang dikeluarkan oleh UNESCO. Jurucakap Jordan itu juga meminta Israel menghentikan semua aktiviti yang bertujuan mengubah identiti Kota Tua tersebut dan menghormati komitmennya di bawah undang-undang antarabangsa.
Khamis, 02-07-2020 – Polis rejim Israel mengeluarkan perintah menyekat seorang peguam warga Palestin, Khalid Zabarqa yang tinggal di Bandar Lod dari memasuki Masjidil Aqsa untuk tempoh satu minggu.
Keputusan itu dibuat selepas peguam tersebut perlu hadir ke pusat tahanan Qishla di barat Baitulmaqdis sebagaimana arahan yang diterimanya sebelum ini.
Maklumat yang diterima mengatakan pihak polis rejim turut mengancam akan melanjutkan tempoh larangan tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Khamis, was 02-07-2020 – Polis Israel pada hari Isnin lalu telah memutuskan untuk melarang aktivis Palestin, Aya Abu Nab, daripada memasuki Masjid al-Aqsa selama enam bulan.
Abu Nab mengatakan bahawa polis Israel dan pegawai perisik telah menyerbu rumah keluarganya di Baitulmaqdis dan telah memerintahkannya untuk menjauhkan diri dari Masjid al-Aqsa selama enam bulan.
Pada hari Ahad lalu, Abu Nab telah ditahan bersama-sama dengan empat belia wanita Palestin dan seorang penjaga Masjid al-Aqsa di kawasan Bab al-Rahma, dan telah dibebaskan pada hari yang sama dengan syarat tidak memasuki Masjid al-Aqsa selama satu minggu.
Abu Nab terkejut kerana polis Israel telah memutuskan untuk menambah tempoh larangan masuk kepada enam bulan.
Aktivis Palestin berkenaan telah beberapa kali ditangkap oleh polis Israel dan diusir dari Masjid al-Aqsa di atas pelbagai tuduhan palsu.
Warga Palestin yang dikenalpasti kerap hadir di Masjid al-Aqsa juga biasanya akan disasar dengan cara yang sama.
Khamis, 02-07-2020 – Pihak rejim Israel (IOA) di Baitulmuqaddis telah meneruskan aktiviti di tanah milik warga Palestin di kawasan Wadi al-Rababa daerah Silwan.
Menurut para Tuan Tanah, pihak berkuasa alam dan taman Israel secara paksa merampas sebahagian besar tanah di Wadi al-Rababa dan memberikan sendiri hak untuk meratakan kawasan itu walaupun terdapat keputusan mahkamah terdahulu yang menghalang tindakan itu.
Kejiranan Wadi al-Rababa terletak di daerah Silwan district, selatan Masjid Aqsa, yang merangkumi seluas lebih 350 dunum tanah yang ditanam dengan pokok buah-buahan dan pohon zaitun yang sudah lama. Keseluruhan tanah itu milik para penduduk Silwan dan terdapat 100 kediaman dan satu masjid. Kesemuanya diancam untuk diusir atau dimusnahkan.
Khamis, 02-07-2020 – Puluhan peneroka haram Yahudi, yang dipimpin oleh rabi sayap kanan Yehudah Glick, pada pagi Isnin mencemari Masjid al-Aqsa di Jerusalem di tengah kehadiran polis yang ramai.
Penguasa Awqaf Islam Jerusalem mengatakan bahawa 119 peneroka haram menyerbu masuk ke Masjid al-Aqsa pada waktu pagi.
Para peneroka haram berkeliaran di halaman Masjid al-Aqsa sambil menerima persembahan mengenai “Temple Mount” yang diduga, dan melakukan ritual Talmud.
Sementara itu, sekatan terhadap jamaah Palestin memasuki laman kawasan ini diperketat. Pencerobohan peneroka haram masuk ke Masjid al-Aqsa disaksikan setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ameen
Khamis, 02-07-2020 – Ratusan rakyat melakukan demonstrasi di ibukota Belgia, Brussels bagi memprotes rancangan Israel untuk merampas tanah Palestin.
Masyarakat pro-Palestin, bekerjasama dengan komuniti Palestin di Belgia, mengadakan demonstrasi di Brussels yang meminta agar dikenakan sekatan ke atas Israel sekiranya mereka melaksanakan rancangan penggabungan tersebut.
Para penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin dan mengangkat sepanduk yang mengutuk amalan Israel di wilayah Palestin yang dijajah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul