Categories
Berita Semasa

IOF bunuh tiga pemuda Palestin di kempen keganasan terbaru di Tebing Barat

Rabu, 26-05-2014 – Tiga pemuda Palestin telah ditembak mati oleh tentera Israel pada petang semalam dan pada subuh hari Ahad di Jordan Valley, Nablus dan Ramallah. Saker Burhan yang berumur 19 tahun terbunuh serta merta setelah tentera Israel menembaknya di dada, menurut saksi-saksi kejadian. Burhan sedang mengumpulkan biri-biri ternakannya di Al-Maleh berdekatan kawasan Jordan Valley apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arahnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Hamas: Penganiayaan Israel Terhadap Bangsa Kami Tidak Akan Menggagalkan Perjuangan Kami

Rabu, 26-05-2014 – “Kempen penculikan besar-besaran Israel tidak akan berjaya menghalang usaha penentangan kami mahupun komitmen kami ke arah memperjuangan rakyat Palestin,” Pergerakan Penentangan Islam, Hamas, dekat al-Khalil berkata dalam satu kenyataan pada Selasa.

“Kempen ganas yang mensasarkan rakyat Palestin dan kepimpinan Hamas ini bukanlah yang pertama seumpamanya. Kami, rakyat Palestin, telah melihat segala-galanya sejak penceroboh Israel yang menuntut tanah kami. Namun, kita percaya kemenangan akan datang tidak lama lagi dan akan sentiasa berpaut kepada hak-hak kami, “tambah Hamas.

Gelombang serangan telah di mulakan dengan pantas sejak beberapa hari lalu oleh tentera Israel di al-Khalil dan daerah lain di Tebing Barat, bandar, pekan, perkampungan dan kem tahanan yang telah dikawal oleh tentera Israel yang bersenjata lengkap.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Amaran bahaya untuk isu mogok lapar Palestin

Isnin , 23-06-2014 – Kementerian Tahanan dan Bekas Tahanan menyatakan kebimbangan mengenai taraf kesihatan peserta mogok lapar Palestin yang semakin merudum terutamanya bagi Muayed Sharab. Walaupun Sharab telah didiagnosis dengan penyakit kardiovaskular, penggumpalan darah, kehilangan berat badan dan pendarahan gastrousus, pihak pentadbiran penjara Israel masih tidak mengendahkan situasi yang berlaku, tambah kementerian itu dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa lalu.

Kementerian itu telah meminta Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pertubuhan Kesihatan Dunia , bersama- sama dengan institusi kebajikan yang lain, untuk campur tangan dalam isu ini dan melawat tahanan yang berada di pusat perubatan Barzilai.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi mencemarkan Masjid Aqsa dengan kawalan polis

Isnin , 23-06-2014 – Sekumpulan pendatang Yahudi yang fanatic mencemarkan dataran Masjid Aqsa pada pagi Selasa dengan kawalan ketat polis. Menurut Yayasan Waqaf dan Warisan Aqsa, sejumlah 20 orang pendatang Yahudi yang diiringi polis bersenjata menerokai dataran Masjid. Manakala polis Israel mengenakan sekatan masuk kepada rakyat Palestin terutamanya pelajar di sekolah Masjid itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Enam pelarian Palestin mati di Syria, seorang mati akibat penyeksaan

Isnin , 23-06-2014 – Enam pelarian Palestin telah diisytiharkan mati pada hari Isnin, salah seorang daripada mereka telah terbunuh akibat disiksa, menurut kumpulan aksi untuk rakyat Palestin Syria.

Kumpulan itu menyatakan bahawa Abul-Abd Khalil, ahli kem pelarian majlis sivil di Al-Yarmouk, telah dibunuh oleh kumpulan bersenjata semasa beliau berada jalan Safad di dalam kem. Di samping itu, seorang bapa rakyat Palestin dikenal pasti sebagai Ahmed Qasem dan dua daripada anak-anaknya dan juga seorang lagi orang awam bernama Abu Wahid Ghazi terbunuh dalam serangan peluru di kawasan Zamalka di desa Damsyik.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Amaran Hamas tentang “Cerita Penculikan” Israel

Isnin , 23-06-2014 – Hamas telah memberi amaran tentang akibat serius yang tidak dapat dielakkan seandainya Israel terus mendakwa terhadap kemungkinan Pergerakan tersebut bertanggungjawab atas kehilangan tiga anggota tentera Israel.

“Tiada komen” adalah cara pihak Hamas menolak dakwaan oleh Isarel tersebut, di dalam kenyataan pada hari Selasa, menggambarkan ia adalah sebahagian daripada perancangan politik yang diselit untuk menutup cerita keganasan Israel terhadap rakyat Palestin dan cubaan berterusan untuk menggagalkan proses damai.

Pihak mana sekalipun yang bertanggungjawab terhadap ‘penculikan’ tersebut, Palestin berhak untuk mempertahankan diri mereka dan menyokong saudara-saudara mereka yang dipenjarakan, kenyataan tersebut menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

“Histeria” berlaku di Al-Khalil dalam misi mencari tentera yang hilang

Isnin , 23-06-2014 – Pertempuran ganas tercetus pada waktu subuh Selasa di antara orang awam Palestin dan polis peronda Israel yang bersenjata di kawasan yang berlainan di Al-Khalil diikuti oleh segerombolan Israel memecah masuk ke kawasan bandar. PIC memberitahu, saksi mengatakan pertempuran berlaku kerana kekejaman pihak Israel dan pencerobohan mendadak terhadap puluhan rumah rakyat Palestin.

Bekas tahanan Palestin,Ali Sabarna telah diberkas oleh tentera Israel sementara penculikan sewenang-wenangnya dijangka bakal berlaku oleh kerana serangan Israel yang berterusan dilancarkan di kawasan berkenaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Kecederaan, Penahanan dilaporkan ketika pertembungan di Jenin

Isnin , 23-06-2014 – Tiga orang warga Palestin cedera manakala enam yang lain ditahan ketika Pasukan Penjajah Israel(IOF) menyerbu dan menggeledah rumah-rumah di Jenin pada Subuh hari Selasa.

Sumber tempatan memberitahu bahawa beratus tentera Israel menyerbu bandar Jenin dan kem-kem berhampiran dalam satu kempen ketenteraan yang besar. Lebih daripada 20 rumah dan sebuah kenderaan milik UNRWA rosak ketika kempen itu berjalan.

Sumber itu menambah bahawa pertembungan ganas berlaku apabila tentera IOF menembak gas pemedih mata dengan banyak. Tiga pemuda Palestin cedera akibat peluru hidup manakala berpuluh yang lain menderita sesak nafas apabila mengidu gas pemedih mata yang dilepaskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Pintu Gerbang Karem Abu Salem Dibuka Semula Secara Normal

Isnin , 23-06-2014 – Pihak otoriti penjajah Zionis akan membuka kembali pintu gerbang Karem Abu Salem di sempadan selatan Semenanjung Gaza, hari ini, Rabu (18/6), setelah ditutup selama tiga hari.

Pengarah Bahagian Imigresen Otoriti Palestin Nadzmi Muhanna dalam pernyataan akhbarnya mengatakan bahawa pintu gerbang (Karem Abu Salem) akan kembali beroperasi secara normal pada hari ini untuk kemasukan semua jenis barang dan bahan bakar ke Semenanjung Gaza.

Pihak Otoriti penjajah Zionis telah menutup pintu gerbang Karem Abu Salem pada hari Ahad, Isnin dan Selasa lalu, ia hanya dibuka untuk kemasukan bahan bakar sahaja kerana berlaku serangan Zionis di Semenanjung Gaza.

Pintu Gerbang Karem Abu Salem merupakan satu-satunya pintu masuk perdagangan untuk Semenanjung Gaza. Pihak otoriti penjajah Zionis selalu menutup pintu gerbang ini dari masa ke masa dengan pelbagai dalih dan suasana tidak aman. Akibatnya sering berlaku krisis di Semenanjung Gaza, terutama kekurangan bahan bakar.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Kempen tangkapan di Kem Balata, Nablus

Isnin , 23-06-2014 – Satu kempen tangkapan berskala besar telah dijalankan oleh tentera Israel sejak awal pagi Selasa di kem pelarian Balata di Nablus. Serangan dan tangkapan telah dijalankan semasa kempen tersebut.

Berpuluh kenderaan tentera milik Israel kelihatan menghampiri kem pelarian tersebut, di mana beratus askar Israel telah memecah masuk secara kejam ke dalam rumah-rumah milik ahli gerakan Fatah, dan juga tahanan yang dilepaskan.

Sumber tempatan memaklumkan wartawan PIC yang sebahagian rumah telah ditukarkan menjadi penempatan tentera. Berpuluh-puluh telah ditangkap setika kempen ketenteraan tersebut dijalankan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

HAMAS dituduh menculik tentera Zionis

Rabu , 18-06-2014 – Perdana Menteri ‘Israel’ Benjemen Netanyahu menuduh Hamas bertanggungjawab ke atas penculikan 3 orang tentera Zionis. Nentenyahu turut mengancam pihak berkuasa Palestin. Amaran juga dikeluarkan agar mengembalikan ke semua tentera Zionis itu.

sumber : COMES
penterjemah : ateed

Categories
Berita Semasa

Aktivis-aktivis Palestin dan Ketua-ketua Haman ditahan ekoran serangan oleh IOF di Tebing Barat.

Rabu , 18-06-2014 – Penahanan rambang secara besara-besaran yang menyasarkan Aktivis-aktivis muda Palestin dan ketua-ketua kumpulan Hamas di Jenin dan Nablus telah dilancarkan oleh Tentera Israel (IOF) pada petang Sabtu dan Subuh Ahad.

Kempen itu adalah sebahagian daripada serangan berskala besar yang dimulakan di beberapa tempat di Tebing Barat. Lebih daripada 50 buah jep menyerang Jenin pada subuh Ahad, menahan ketua kumpulan Hamas dan bekas Menteri Hal Ehwal Tahanan, Wabi Qabha setelah menggeledah rumahnya, seorang koresponden PIC memberitahu dari sumber tempatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Penduduk penempatan Israel lempar batu ke arah kenderaan Palestin, cubaan untuk culik kanak- kanak

Rabu , 18-06-2014 – Sekumpulan penduduk penempatan Israel menyerang kenderaan-kenderaan rakyat Palestin pada petang Jumaat dan pagi Sabtu di laluan di antara Nablus dan Ramallah, manakala seorang perusuh cuba untuk menculik seorang kanak-kanak Palestin di al-Khalil.

Kumpulan pelampau tersebut yang berhimpun di persimpangan utama di antara Nablus dan Ramallah, serta di persimpangan Yitzhar, Zaatara dan Eli, melemparkan batu ke arah kenderaan-kenderaan rakyat Palestin, menurut seorang saksi kepada wartawan PIC. Dalam kejadian itu, cermin hadapan lebih dari 15 buah kereta telah dimusnahkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Tembikai satu medan baru bagi menghadapi Palestin-Israel.

Rabu , 18-06-2014 – Baru-baru ini, buah tembikai telah memasuki medan perlumbaan antara produk Palestin dan produk Israel. Ini adalah untuk mencabar produk pertanian Israel yang mempunyai sokongan manakala Palestin mengadu kekurangan sokongan dan perlindungan.

Persaingan berlaku antara tembikai Palestin dan Israel yang kebanyakannya rakyat Israel. Ketika Israel berjaya dan di bawah ugutan senjata melalui kemasukan sebuah lori besar yang membawa tembikai Israel dengan kuantiti yang banyak ke Kota Nablus dengan harga yang murah pada minggu lepas, ia telah memberi tamparan yang hebat kepada petani Palestin di lembah Jordan yang memulakan penanaman buah ini beberapa tahun yang lalu dan memulakan ladang penghasilan tembikai dengan kuantiti komersial pada tahun ini.

Penanaman tembikai di kawasan lembah Jordan dianggap mempunyai kepentingan strategik di luar faedah kewangan dan impak ekonomi bagi memelihara tanah Palestin dari penyelesaian yang merangkak dan mengekalkan petani Palestin di tanah mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Hamas melabelkan penculikan oleh Israel terhadap pemimpin Palestin sebagai “peningkatan yang serius”

Rabu , 18-06-2014 – Hamas, telah memberi amaran tentang implikasi yang serius berikutan peningkatan baru-baru ini dalam kempen-kempen penculikan Israel yang mensasarkan pemimpin Hamas di Tebing Barat.

“Dengan tiada jalan lain, Israel seolah memberi keselamatan kepada penceroboh dan pelampau Yahudi Israel,” kata Hamas dalam satu kenyataan pada hari Ahad. “Jenayah seperti itu tidak akan berjaya lantaran keyakinan harapan rakyat kita; dan tidak pulak akan menakutkan keinginan kita untuk mengembalikan tanah negara dan tempat-tempat suci suci. ”

Penyataan Hamas datang sebagai tindak balas kepada kempen penculikan Israel yang mensasarkan Ahli Parlimen Palestin dan pemimpin-pemimpin di Tebing Barat, terutama sekali Sheikh Hassan Youssef, bekas menteri Wasfi Qabha dan Khaled Abu Arafa, MP Ahmad Haji Ali, dan Husni al-Burini, antara ikon Palestin yang menonjol.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada