Categories
Berita Semasa

Penjajah Zionis Menggiatkan Usaha Yahudinisasi Di Kota Al-Quds Timur

Khamis , 12-02-2015 – Penjajah Zionis berusaha mengubah kota Al-Quds dengan memperluaskan penempatan Yahudi di Al-Quds Timur, tindakan ini bertentangan dengan undang-undang antarabangsa yang mengiktiraf Al-Quds Timur sebagai sebahagian dari wilayah Palestin jajahan tahun 1967, seperti dinyatakan oleh Hana Isa, pemimpin Badan Islam dan Kristian Untuk Pembelaan Al-Quds.

Dalam keterangan akhbarnya, Khamis (5/2) Isa menambah bahawa rancangan Zionis di Al-Quds Timur adalah bertujuan memperluas penempatan Yahudi dengan mengusir keberadaan rakyat Palestin sehingga kota Al-Quds kosong dari penduduk asal dan digantikan dengan pendatang Yahudi.

Isa menjelaskan bahawa undang-undang antarabangsa sangat jelas menyatakan bahawa kota Al-Quds sebagai kota jajahan, oleh itu penjajah tak boleh mengubah demografi kota Al-Quds sesuka hati.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Penceroboh melanggar wartawan Palestin di Al Khalil

Jumaat , 06-02-2015 – Penceroboh Yahudi melanggar seorang wartawan Palestin yang dikenali sebagai Raed Abu Rmaileh tengahari Ahad berhampiran Masjid al Haram al Ibrahimi di Bandar lama al Khalil.

Wartawan PIC menyebut wartawan Raed Abu Rmaileh dipindah ke hospital menggunakan ambulan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin untuk mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital di bandar lama tersebut. Raed Abu Rmaileh adalah seorang wartawan dari al Khalil. Beliau bertugas di organisasi hak kemanusiaan BTselem; beliau mendokumenkan jenayah-jenayah yang dilakukan oleh pihak Israel terhadap warga palestin di al Khalil, terutamanya di Bandar Lama dan di perkarangan Masjid al Haram al Ibrahimi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor azihan

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin mengucapkan selamat tinggal kepada Ahmad yang ditembak mati oleh IOF

Jumaat , 06-02-2015 – Ribuan rakyat Palestin pada petang Ahad dalam majlis pengebumian seorang pemuda berusia 19 tahun Ahmad Ibrahim al-Najar yang ditembak mati pada Sabtu oleh tentera rejim Israel (IOF) di utara Tebing Barat, Nablus.

“Rakyat Palestin yang berkabung mengerjakan solat jenazah di Masjid Omar Ibn al-Khatab di kampung Burin, Nablus, sebelum mereka membawa jenazah di bahu mereka menuju ke jalanan,” seorang wartawan PIC melaporkan dari Nablus. “Para hadirin ke majlis pengebumian itu mengucapkan selamat tinggal dengan melaungkan kata-kata perjuangan dan menyeru kepada tindakan balas,” beliau menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Testimoni penganiayaan kanak-kanak dilaporkan di penjara Hasharon

Jumaat , 06-02-2015 – Persatuan Tahanan Palestin melaporkan testimoni di mana tahanan kanak-kanak Palestin didera di penjara Israel Hasharon pada Ahad lalu. Menurut peguam persatuan tersebut, Fawwaz al-Shaludi, seorang kanak-kanak berumur 14 tahun, Malak al-Khatib dari Ramallah telah didera dan diseksa sebagaimana tahanan-tahanan dewasa

walaupun beliau merupakan tahanan perempuan termuda di penjara Israel. Malak telah dijatuhkan hukuman penjara dua bulan di samping denda yang dianggarkan berjumlah USD1500. Tambah peguam itu lagi, menurut Malak, Pihak Berkuasa Penjajahan Israel (IOA) menghalang ibu-bapanya menghadiri siasatan dan ini melanggar undang-undang antarabangsa. IOA juga tidak membenarkan ibu-bapanya melawat atau bercakap dengannya serta menghalang mereka memberikan pakaian mahupun buku persekolahan kepadanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Penahanan pentadbiran MP Natsheh diperbaharui

Ahad, 01-02-2015 – Pihak Berkuasa Pendudukan Israel (IOA)pada Rabu telah memperbaharui tempoh tahanan pentadbiran MP dan pemimpin kanan dalam Pergerakan Hamas Mohamed Natsheh untuk kali kelima berturut-turut.

Para wartawan PIC memetik sumber keluarga sebagai berkata bahawa penahanan pentadbiran MP Natsheh telah diperbaharui selama empat bulan hanya satu hari sebelum dibebaskan.

MP Natsheh ditangkap beberapa kali oleh tentera Israel, yang terakhir iaitu pada 23 Julai 2013. 27 ahli parlimen Palestin pada masa ini ditahan di penjara Israel termasuk 19 Ahli Parlimen yang diletakkan di bawah tahanan pentadbiran berdasarkan tahanan yang dipenjarakan tanpa dakwaan atau perbicaraan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : bob

Categories
Berita Semasa

Mesir dan Zionis Berkerjasama Tekan Gaza

Ahad, 01-02-2015 – Pihak Zionis melihat persepakatan strategi antara Kaherah dan Tel Aviv akan memperkuat tekanan terhadap Gaza. Para pimpinan tertinggi Mesir tidak menyukai gerakan Hamas, seperti halnya sekutu mereka, Zionis. Oleh itu, kedua-dua pihak terus bekerjasama menekan Gaza dan semakin memperketat sekatan terhadap Gaza, termasuk memperketat sekatan di pintu masuk Rafah. Ia mengakibatkan laluan membawa barangan menuju Gaza terutama untuk pembinaan semula mengalami halangan besar. Sebab utama halangan ini adalah sikap Kaherah yang menekan Gaza. Oleh sebab mereka tak memiliki kepentingan untuk mengurangkan sekatan terhadap Hamas, mereka tuduh wujud penglibatan Hamas di belakang organisasi jihad di Sinai.

Beberapa hari lalu, militan Mesir selesai merobohkan rumah-rumah di sepanjang 500 meter di sempadan Gaza untuk membangunkan kawasan isolasi di Rafah untuk menutup semua terowong yang menghubungkan dua bandar Mesir dan Palestin.

Dalam konteks ini, para penganalisa di Israel sedang mengkaji keakraban hubungan antara Qatar dan Mesir dan kesannya terhadap pihak-pihak di Palestin, terutama Hamas. Keakraban ini boleh memberi kesan positif terhadap projek pembinaan semula Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk meninggalkan Gaza menuju ke Kaherah

Ahad, 01-02-2015 – Ahli biro politik Hamas, Mousa Abu Marzouk meninggalkan Semenanjung Gaza untuk ke Kaherah melalui Rafah. Pemimpin Kanan Hamas itu yang pada asalnya menetap di Kaherah, pulang ke Mesir untuk menyertai beberapa mesyuarat bersama pegawai-pegawai keselamatan negara Mesir.

Abu Marzouk telah menetap di ibu kota Mesir, Kaherah sejak pemimpin Hamas hidup dalam buangan dan meninggalkan Syria pada tahun 2011. Abu Marzouk mula melawat Gaza sejak April tahun lalu untuk perbincangan perdamaian bersama gerakan Fatah yang diketuai oleh beliau.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Daif hantar surat takziah kepada Hezbollah

Ahad, 01-02-2015 – Mohammad al-Daif, Komander Utama sayap ketenteraan Hamas, Briged Qassam menghantar surat tazkiah kepada Setiausaha Agung Hezbollah Hassan Nasrallah atas pembunuhan pemimpin-pemimpin Hezbollah pada minggu lepas dalam serangan udara Israel di Syria.

Rangkaian TV Al Manar menunjukkan gambar surat yang ditandatangani oleh Daif dan menyeru semua pejuang agar bersatu menentang kekejaman Israel.

Rangkaian TV itu juga menyebut yang Ismail Haneyya, Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas turut mengutus surat serupa kepada Nasrallah sebagai tanda takziah kepadanya dan juga keluarga para syuhada. Seminggu lepas, serangan Israel ke atas Syria membunuh 6 pemimpin Hezbollah termasuk Pengawal Utama Revolusi Iran Mohammad Ali Allahdadi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

15 Banduan Sakit Menderita Keadaan Yang Mampu Mengancam Nyawa di Klinik Ramla.

Jumaat , 23-01-2015 – Menurut Kementerian Hak Asasi Banduan, 15 orang banduan rakyat Palestin sedang berada dalam keadaan yang tenat di hospital penjara Ramla kerana kecuaian pihak penjara Israel.

Selepas lawatannya ke Klinik Ramla, peguam kepada kementerian, Heba Musalha mengesahkan bahawa kebanyakan banduan yang sakit ditahan di dalam klinik kerana mereka secara fizikalnya tidak mampu untuk bergerak. Walaupun keadaan mereka sangat serius, banduan yang sakit hanya menerima ubat tahan sakit dan ubat pelali yang tidak mampu memberikan kelegaan. “Mereka (banduan) terpaksa tidur selama 22 jam sehari untuk mengelakkan kesakitan yang tidak dapat ditahan.” tambah peguam itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Raddad Pindah ke Hospital

Jumaat , 23-01-2015 – Keadaan kesihatan banduan Mutasem Raddad telah menjadi lebih buruk dan memerlukan pemindahan segera ke hospital. Ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan penjara melahirkan kebimbangan mereka tentang statusnya.

Suruhanjaya Palestin Tahanan dan Bekas tahanan berkata, dalam satu laporan pada hari Rabu, Raddad berusia 32 tahun telah mengalami pendarahan usus selama beberapa tahun. Pendarahan dan kesakitan telah naik secara mendadak, katanya.

Raddad, yang berasal dari Tulkarem, dijatuhi hukuman 20 tahun dan dianggap salah satu penghuni yang paling kritikal sakitnya di penjara Israel. Beliau telah menghidap kanser usus sejak 2009. Ini menyebabkan penurunan berat badan yang akut, osteoporosis dan pucat. Tangan kirinya adalah separuh lumpuh juga. Raddad telah menerima suntikan kemoterapi sekali setiap bulan bersama-sama dengan empat ubat-ubatan untuk jantung.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Serangan tanda harga dilaporkan di kawasan yang ditakluk.

Jumaat , 23-01-2015 – Di dalam satu serangan tanda harga, lebih kurang 12 biji kenderaan milik penduduk tempatan di Kampung Beit Safafa di Jerusalem yang Ditakluk telah dirosakkan pada waktu subuh hari Rabu oleh Penjajah Israel.

Penjajah menyembur slogan-slogan yang berbaur perkauman termasuk ” keluar dari kawasan”. Serangan ini adalah yang pertama seumpamanya. Penjajah Ekstrem Israel bertegas dalam serangan berbaur perkauman mereka terhadap penduduk Jerusalem dan harta benda mereka di dalam bandar suci yang berada di bawah kawalan Tentera Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Hamas Tolak Tawaran Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu

Jumaat , 23-01-2015 – Pergerakan Islam berhaluan kiri Hamas, berkeras bagi menolakan Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk kembali kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) Bersatu berhubung dengan tawaran yang diberi kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) bagi mendapat kenegaraan oleh PBB.

Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri berkata, dalam satu kenyataan pada hari Selasa, pengumuman yang dibuat oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyatakan hasratnya untuk kembali kepada Majlis Keselamatan PBB adalah tidak sah dan ditolak di peringkat kebangsaan.

Abbas yang mengumumkan sebelum ini pada hari Isnin bahawa beliau akan melawat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa untuk mendapatkan hak rakyat Palestin , kebebasan, dan kemerdekaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis musnahkan kampung Araqib di Negev

Jumaat , 23-01-2015 – Jentolak Israel beserta tentera rejim memusnahkan kampung “al-Araqib” di Negev pada pagi Rabu di selatan wilayah itu.

Sumber tempatan menyatakan, sejumlah besar tentera rejim menyerbu dan menyekat kemasukan ke kampung itu setelah para lelaki keluar bekerja. Wanita dan kanak-kanak terpaksa berlindung di perkuburan kampung meski cuaca sejuk melampau untuk menyelamatkan diri daripada serangan tentera rejim.

Pemusnahan kampung itu merupakan sebahagian daripada perancangan Israel untuk mengusir 120 ribu warga Palestin dari kediaman mereka untuk membina penempatan Yahudi yang baru di atas runtuhan perkampungan Palestin yang kononnya tidak sah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Menteri Luar Sepanyol Rancang Lawat Gaza

Khamis , 15-01-2015 – Menteri Luar Sepanyol Jose Manuel Garcia-Margallo dijangka melawat Semenanjung Gaza pada hari Selasa, untuk memeriksa keadaan di Gaza, semasa lawatan beliau yang juga akan membawanya ke Jordan, Israel dan Tebing Barat.

Jurucakap Bantuan dan Kerja Raya Agensi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Adnan Abu Hasnah memberitahu Agensi Anadolu bahawa Menteri Luar Sepanyol akan mendapatkan idea tentang keadaan wilayah dan keperluan rakyat Gaza.

Dia juga akan berusaha untuk mengetahui keperluan rakyat terjejas oleh serangan Israel yang terbaru ke atas Gaza, tambah Abu Hasna. Menteri Luar Sepanyol memulakan lawatan Timur Tengah pada hari Sabtu untuk mendapatkan maklumat secara langsung kepada keadaan semasa di rantau ini. Ini bertepatan dengan status Sepanyol sebagai anggota tidak tetap di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu, menurut satu kenyataan daripada Kementerian Luar Sepanyol.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Nelayan Palestin dikuatiri maut setelah bot terbalik akibat laut Gaza yang bergelora

Khamis , 15-01-2015 – Seorang nelayan Palestin hilang dan tiga lagi cedera setelah bot yang mereka naiki terbalik dalam keadaan laut bergelora berhampiran dengan kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.

Bot berkenaan dilaporkan membawa empat orang nelayan telah terbalik sewaktu dalam perjalanan pulang daripada menangkap ikan akibat keadaan cuaca yang buruk dan hujan lebat di dalam kawasan Gaza Strip. Pemuda berusia 22 tahun, Haithem Ibrahim al Akraa didapati hilang setelah bot tersebut terbalik, sumber keselamatan Palestin berkata kepada PIC.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan