Categories
Berita Semasa

Abbas Tiba di Kaherah Untuk Lawatan 3 Hari

Khamis, 28-08-2014 –Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan delegasi yang mengiringi beliau telah tiba di Kaherah, pada petang hari Jumaat bagi memulakan lawatan 3 hari ke rantau ini di mana beliau dijadualkan bertemu dengan pegawai-pegawai Mesir bagi mencapai suatu keputusan yang berkekalan daripada gencatan senjata dengan Israel.

Kehadiran Abbas diiringi ketua perunding PLO, ahli jawatankuasa eksekutif Saeb Erekat, ahli jawatankuasa eksekutif PLO Saleh Rafaat,
ahli jawatankuasa pusat Fatah Azzam al-Ahmad dan ketua perisikan Majed Farraj.

Menurut Agensi Berita Ma’an, Abbas telah bertemu dengan Timbalan Ketua Setiausaha Ziyad al-Nakhala dan Khalid al-Batsh Jihad Islam pada
petang Jumaat selepas tiba awal dari Qatar. Pejabat media Jihad Islam berkata, mesyuarat itu bertujuan membincangkan inisiatif gencatan
senjata yang mengikut tuntutan Palestin.

sumber : IMEMC News
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Eropah gesa resolusi baru PBB ke atas Gaza.

Khamis, 28-08-2014 – Britain, Perancis dan Jerman dilaporkan telah melancarkan bidaan PBB yang baru yang menyasarkan untuk menamatkan keganasan melampau Gaza Strip yang sudah menjangkaui enam minggu.

Di dalam dokumen yang diperolehi AFP, tiga negara tersebut menggesa gencatan senjata segera dan berterusan yang mampu menamatkan pertelingkahan di Gaza, memandangkan rundingan damai yang dianjurkan oleh Mesir dilihat gagal menghasilkan sebarang penyelesaian.
Inisiatif Eropah ini meminta membebaskan pengepungan oleh Israel dan mekanisma kawalan yang boleh melaporkan pelanggaran gencatan senjata dan dapat mengesahkan penyaluran barangan ke kawasan Gaza Strip.

sumber : IMEMC News
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Iran jatuhkan pesawat pengintip Zionis

Khamis, 28-08-2014 – Pasukan Kawalan Revolusi Islam di Iran telah mengumumkan bahawa ia telah menjatuhkan pesawat tanpa juruterbang “pengintip” penjajahan Zionis ke atas “Natanz”, pusat nuklear Iran.

Saluran Antarabangsa Iran memetik kenyataan dari pihak perhubungan awam Kawalan Revolusi Islam bahawa: “Pertahanan udara kami mengikuti ruang udara Kawalan Revolusi dengan menghalang dan menjatuhkan pesawat pengintip tanpa juruterbang Zionis selepas menembaknya dengan peluru”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : siti zunaidah

Categories
Berita Semasa

Tahun Persekolahan Bermula di Tebing Barat, Ditangguhkan di Gaza

Khamis, 28-08-2014 – Sekolah dibuka, pada pagi Ahad, untuk 700,000 pelajar Palestin di Tebing Barat, manakala pendidikan pelajar Gaza telah ditangguhkan, kerana serangan Israel yang berterusan di rantau ini.

Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Khawla Shakhshir berkata 500,000 pelajar di Semenanjung Gaza tidak dapat memulakan tahun persekolahan mereka, menurut Al Ray. Kedua-dua UNRWA dan Kementerian telah menyatakan bahawa tahun sekolah Gaza akan disambung semula dua minggu selepas berakhirnya serangan tentera Israel.

Al Ray melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 2,105 rakyat Palestin terbunuh dan lebih daripada 10,000 yang lain cedera, di lebih daripada satu bulan serangan ke atas rantau ini, oleh Israel, sejak awal Julai. Di Gaza – rumah kepada kira-kira 1.8 juta rakyat Palestin – telah berada di bawah sekatan ekonomi yang melumpuhkan sejak 2007.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nurdiana

Categories
Berita Semasa

“Jawatankuasa Pertahanan” memuji kempen “mencekik leher” di Gaza

Khamis, 28-08-2014 – Jawatankuasa Pertahanan Rakyat di Palestin memuji kempen “mencekik leher” yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan di Semenanjung Gaza untuk menghalau pekerja-pekerja, pengintip-pengintip dan yang disyaki melemparkan fitnah mengenai pertahanan Palestin dan elemen-elemennya.

Jawatankuasa itu berkata dalam satu kenyataan pada hari Sabtu (23-8), “pasukan keselamatan Palestin di Gaza mempunyai peranan terhadap negara dalam melindungi dan bersedia mencegah apabila berhadapan dengan setiap yang mengganggu keselamatan dan kestabilan kawasan ini, yang mengambil kewajipan untuk keselamatan dan keamanan rakyat Palestin di Gaza.”, katanya.

Beliau menambah, “Mereka memastikan keselamatan di bahagian hadapan dan melindungi bahagian belakang pertahanan di semua peringkat serta mendakwa sesiapa sahaja yang cuba untuk membuka jurang penjajahan adalah sebab-sebab yang paling penting untuk kegagalan musuh Zionis dan perisikan semasa serangan terakhir di Gaza, di mana penjajahan kelihatan tidak dapat mencapai matlamatnya, terkeliru dalam pengiraannya, oleh itu mereka mensasarkan kanak-kanak dan orang awam,”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : siti zunaidah

Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak cedera teruk dekat Nablus

Selasa, 26-08-2014 – Sumber perubatan Palestin, di barat laut bandar Nablus, Tebing Barat telah melaporkan ramai rakyat Palestin cedera termasuk seorang kanak-kanak yang cedera teruk setelah tentera rejim Israel menyerang pemprotes Paleston di timur Nablus.

Sumber berkata, Hassan Hazem Abu ‘Ashour, 14, telah dimasukkan dengan segera ke bahagian pembedahan di Hospital Rafidia di Nablus. 4 rakyat Palestin telah ditembak oleh peluru hidup. Puluhan lagi ditembak oleh peluru besi bersalut getah dan yang lainnya menerima rawatan kerana tersedut gas pemedih mata.

Dalam berita berkaitan, tentera rejim menyerbu kampung al-‘Arqa village pada Jumaat di barat daya Jenin, di kawasan utara Tebing Barat. Sumber tempatan menyatakan kenderaan tentera bersenjata Israel menyerbu kampung dan melepaskan tembakan peluru hidup dan bom gas, menyebabkan puluhan penduduk menderita kesan terhidu gas pemedih mata.

sumber : IMEMC News
penterjemah :  nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis: Hamas Usaha Buru Para Pemimpin Tertinggi Militan Kami

Selasa, 26-08-2014 – Harian Haaretz Zionis mengatakan, pihak keamanan Zionis menjangkakan bahawa Hamas memfokus kepada pemimpin tertinggi politik dan militan Zionis yang sedang melawat ke kawasan sekitar Gaza dan secara intensif menyerang kawasan tersebut.

Tentera Zionis menyebutkan, Hamas melakukan operasi detail sepanjang waktu di kawasan sempadan bagi memfokuskan serangan terhadap pemimpin Zionis. Disebutkan bahawa Daniel Trujman dibunuh ketika lawatan Panglima Militan Zionis, Beny Gantz ke kawasan Nahel Auz, Gaza Timur dan semalam sejumlah roket Hawn ditujukan ke kawasan yang sama ketika lawatan komandan kawasan Selatan, Sami Trujman.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Polis Israel menembak pemuda Palestin di Timur Baitulmuqaddis

Selasa, 26-08-2014 – Seorang pemuda Palestin dari kem pelarian Shu’fat, telah ditembak di perut oleh dua butir peluru hidup oleh polis Israel dari Jerusalem, pada hari Sabtu di kawasan yang dicerobohi di Timur Baitulmuqaddis.

Jurucakap pergerakan Fatah ,Thaer al-Fasfous memberitahu Agensi Berita Ma’an bahawa tembakan dilepaskan ke rumah penduduk Palestin dari
penempatan haram Pisgat Zeev, kononnya sebagai tindak balas kepada tembakan dari Shu’fat ke penempatan tersebut di antara hari Jumaat
dan Sabtu.

Berusia 20 tahun, Yahya Alqam telah dipindahkan ke hospital Hadassah dan ditempatkan di unit rawatan rapi, manakala pegawai-pegawai Israel ditempatkan di luar bilik, yang menunjukkan bahawa beliau ditangkap.

sumber : IMEMC News
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Dakwaan Israel terhadap Hamas Sedang Diteliti

Selasa, 26-08-2014 – Tengahari Jumaat lalu, pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanhayu telah mengeluarkan satu gambar melalui Twitter yang menunjukkan tentera bertopeng Hamas yang sedang menghukum pemberi maklumat kepada Israel dan satu lagi gambar militia pelampau ISIS bersama tentera Iraq.

Tweet itu kemudiannya dipadamkan diikuti dengan hubungan langsung mengenai kesahihan gambar yang ditunjukkan serta kritik-kritik tambahan melalui media sosial. Izzat Al-Risheq, ahli biro politik Hamas, telah mengeluarkan keterangan berikut:
‘Usaha Netanhayu dan jurucakapnya Ofir Gendelman untuk mengaitkan Hamas dan membandingkan kami dengan kumpulan yang lain merupakan satu penipuan dan kempen pemalsuan maklumat mereka tidak akan berjaya memperdayakan sesiapa.’

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

2 Rakyat Palestin terbunuh, ramai yang cedera di Gaza.

Selasa, 26-08-2014 – Tentera Israel mengebom satu lagi menara penempatan di Bandar Gaza pada hari Ahad, membunuh dua orang rakyat Palestin dan mencederakan beberapa lagi rakyat lain. Ramai yang turut tercedera di dalam serangan berasingan di kawasan tepi pantai yang dikepung.

Menurut sumber perubatan, seorang rakyat Palestin meninggal di Pusat Perubatan Shifa disebabkan kecederaan parah yang dialaminya pada waktu subuh, sewaktu pihak tentera membedil menara penempatan Al-Fairouz di barat laut Bandar Gaza. Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Yahia Saber Abu al-‘Omarein.

sumber : IMEMC News
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Beberapa Pemimpin Palestin diculik di Tebing Barat, penduduk haram menyerang kereta

Isnin, 25-08-2014 – Tentera Israel menculik, pada hari Selasa, beberapa rakyat Palestin di Tebing Barat semasa beberapa serangan yang menyasarkan pelbagai komuniti di Palestin. Beberapa penduduk haram fanatik melemparkan batu kearah kereta Palestin berhampiran Bethlehem, manakala tentera meranapkan tanah berhampiran Bethlehem.

Ketua pejabat Nablus daripada Persatuan Tahanan Palestin (PPS), Ra’ed ‘Amer, menyatakan bahawa beberapa kenderaan tentera Israel menyerang kampung Osarin, berhampiran bandar, dan menculik Rabeh Raslan’ Odeily, 17, dan Ahmad Jamal Odeily, 19.

Beliau menambah bahawa tentera memecah masuk dan menggeledah beberapa rumah , menyebabkan kerosakan harta benda.
Askar juga menyerang bandar Tal berhampiran, dan menculik Mousa al-Hindi, 22, dari rumah keluarganya, juga selepas menggeledah rumah itu.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur diana

Categories
Berita Semasa

Tahanan wanita Dinafikan Hak Lawatan Keluarga Sejak Penangkapan beliau Pada tahun 2012

Isnin, 25-08-2014 – Persatuan Banduan Palestin(PPS) telah melaporkan bahawa seorang wanita Palestin yang diculik dan dipenjarakan oleh Israel sejak 2012, tidak pernah dibenarkan mana-mana lawatan keluarga, terutama sejak Israel melabelkan keseluruhan keluarganya sebagai “ancaman keselamatan”.

PPS mengatakan bahawa Mona Qa’dan, yang dipenjarakan di Penjara Israel-Hasharon tidak dibenarkan untuk bercakap dengan ahli keluarganya yang hanya mampu melihat beliau selama beberapa minit sahaja semasa persidangan mahkamah.

“Penderitaan beliau adalah berterusan, penahanannya itu telah dilanjutkan enam belas kali berturut-turut sejak beliau
ditangkap pada November 23, 2012,” tambah PPS.”Dia masih dipenjarakan tanpa perbincangan mahkamah secara rasmi, dan keluarga tidak boleh melawat beliau, atau bercakap dengannya walaupun untuk seminit.”

sumber : IMEMC News
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Hamas: Jika Netanyahu Tak Faham Bahasa Politik, Kami Tahu Cara Memaksanya

Isnin, 25-08-2014 – Jurucakap Hamas, Fauzi Barhum menyatakan, jika PM Zionis Benyamin Netanyahu tak faham mesej dan tuntutan Gaza melalui bahasa politik di Kaherah, kami tahu cara memahamkannya.

Hal itu dinyatakan Fauzi Barhum, Selasa (19/8), ketika perundingan masih berlangsung di Kaherah, yang boleh jadi merupakan fasa terakhir untuk menyelamatkan perundingan yang menemui jalan buntu sejak 15 hari lalu yang disebabkan kesombongan Zionis menolak tuntutan Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

PBB: Jumlah Pemusnahan yang ‘tidak pernah berlaku sebelum ini’ di Gaza

Isnin, 25-08-2014 – Wakil Bangsa-Bangsa Bersatu di Timur Tengah, Robert Serry memberitahu Majlis Keselamatan PBB pada hari Isnin bahawa Semenanjung Gaza telah mengalami jumlah kemusnahan yang belum pernah berlaku sebelum ini akibat pengeboman selama sebulan oleh Israel dan penaklukan kawasan pantai.

Serry melaporkan bahawa bilangan rumah dan bangunan apartmen yang musnah atau rosak teruk dalam serangan Israel adalah sebanyak 16,800
buah. Sebaliknya, ada rumah penduduk Israel telah rosak teruk oleh roket Palestin semasa pencerobohan Israel selama sebulan di Gaza.

Serry menyatakan dalam laporannya bahawa bilangan rumah yang musnah adalah tiga kali lebih besar daripada ‘Operasi Cast Lead’ dalam
2008/9. Operasi pada masa itu, menyaksikan kerosakan yang paling teruk yang dialami oleh penduduk di Semenanjung Gaza sejak penubuhan negara Israel di atas tanah Palestin pada tahun 1948, apabila lebih 450 buah kampung dan bandar-bandar Palestin telah musnah dan penduduk mereka telah menjadi pelarian – banyak daripada mereka berakhir di Gaza.

sumber : IMEMC News
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Feiglin Mengetuai Pendatang di al-Aqsa Raid, Pertempuran Berterusan di Tebing Barat

Isnin, 25-08-2014 – Media tempatan melaporkan bahawa berpuluh-puluh pendatang Israel, kali ini diketuai oleh Likud ahli parti dan timbalan speaker Knesset Moshe Feiglin, memecah masuk ke pekarangan al-Aqsa pada pagi Ahad.

Menurut Al Ray, saksi berkata, ketegangan berlaku di kalangan jemaah Palestin, manakala pendatang Yahudi melawat pekarangan al-Aqsa dan mengambil gambar.Palestin melaungkan “Allahu Akbar (Allah Maha Besar)” dalam kemarahan mereka terhadap pencerobohan yang dilakukan oleh pendatang Yahudi itu.

Tentera Israel sekali lagi berjaya menghalang orang yang hendak beribadah di bawah umur 50 tahun daripada memasuki masjid, dalam melanggar kebebasan rakyat Palestin yang kini menjadi rutin, dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nor syuhada