
Selasa, 05-08-2014 – Sungguhpun masih jauh daripada mengumumkan tamatnya serangan ketenteraan ke atas penduduk Gaza, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata pada Sabtu bahawa pasukan tentera Israel telah berundur daripada bandar Gaza.
Menurut Agensi Berita Ma’an, Netenyahu berkata menerusi TV bahawa Hamas akan membayar harga yang mahal jika mereka meneruskan serangan roket ke atas Israel, sambil menambah walaupun tentera Israel diletakkan di sempadan, mereka tetap bersedia untuk menyerang.
Media Israel melaporkan bahawa tentera Israel berundur daripada bandar Gaza menuju ke sempadan, dan melihat kepada kenyataan Netanyahu, serangan darat ke atas bandar Gaza tidak akan berakhir.
Hamas berkata mereka akan terus mempertahan Gaza, sambil menekankan bahawa Israel akan membayar harga di atas jenayah mereka tanpa mengira sama ada mereka meneruskan operasi, berundur atau kembali ke meja rundingan.
sumber : IMEMC News
penterjemah : redz













