KAHERAH, 20/4/2004 ? Mursyid ‘Am Ikhwanul Muslimin, Al-Fadhil Ustaz Mahdi Akef menyeru para pemerintah Arab supaya membuka jalan bagi rakyatnya; agar dapat membalas kebiadaban zionis Israel terhadap segala yang berbau Arab dan Islam.
Pernyataan ini disampaikan oleh Mursyid Ikhwan kepada stesyen Aljazeera selepas pembunuhan keji oleh helikopter penggempur zionis Israel ke atas Dr. Abdul Aziz Rantisi. Akef menegaskan bahawa tidak ada lagi ruang untuk berkata-kata tetapi yang wajib dilakukan adalah kerja nyata.

GAZA, 19/4/2004 ? Gerakan Hamas mengumumkan telah memilih pengganti Dr. Abdul Aziz Rantisi yang dibunuh Israel sebagai pemimpin di Gaza, pada hari Ahad (18/04) dan merahsiakan namanya atas pertimbangan keselamatan.
GAZA, 18/4/2004 ? Pemimpin karismatik Hamas yang semenjak sekian lama menjadi sasaran Israel ini akhirnya gugur syahid pada Sabtu petang (17/04) bersama tiga orang lainnya di jalan Jala, Gifafi, utara Genting Gaza dalam sebuah serangan udara Israel yang mengebom kenderaan yang mereka naiki dengan dua buah peluru perpandu.