Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Serang Bandar Palestin, Bina Pusat Pemeriksaan di Al-Khalil

Jumaat , 18-01-2013 – Tentera Israel telah menyerang beberapa bandar Palestin di al-Khalil di Selatan Tebing Barat, dimana tentera mereka melakukan rondaan tentera dan mendirikan beberapa kubu pada pintu masuk daerah tersebut.

Sumber Keselamatan Palestin mengesahkan kepada “Akhbar Quds” bahawa tentera Israel telah menyerbu bandar Beit Ula, Halhoul dan Arroub serta menjalankan rondaan tentera di jalan-jalan dan memburu beberapa orang remaja Palestin dan juga kenderaan-kenderaan lain.

Tentera Israel juga telah mendirikan kubu tentera pada pintu masuk al-Khalil dan menahan beberapa buah kenderaan dan memeriksa kad pengenalan dimana mereka telah memburu beberapa orang pekerja Palestin di Selatan al-Khalil dan menghalang mereka daripada pergi ke tempat kerja yang berada di daerah diduduki di Palestin, selepas kesyahidan seorang remaja, Uday Drawish semasa perjalanannya ke tempat kerja.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Artis Argentina bersolidariti dengan tahanan Palestin

Isnin , 14-01-2013 – Artis dan aktivis hak asasi manusia Argentina, Elizabeth Drabkina mengumumkan solidariti beliau tahanan Palestin yang sedang mogok lapar di penjara penjajah Israel, sambil menunjukkan melalui lukisan beliau bahawa tahanan Palestin tidak berkeseorangan.

“Saya seorang aktivis di negara saya, bukan sahaja untuk hak asasi negara saya, juga untuk hak asasi penduduk lain di dunia, walaupun mereka beribu batu jauhnya, saya berfikir mereka adalah sebahagian daripada perjuangan yang sama. Kita tidak boleh mengharapkan kebebasan hanya untuk satu wilayah; kebebasan sebenar mestilah meluputi seluruh dunia, kerana kita tidak boleh bebas jika saudara kita yang lain tinggal di sebalik tembok, “Elizabeth, 23, dari Buenos Aires, Argentina ketika memberitahu pusat kajian tahanan dan hak asasi manusia, Ahrar .

Pada umur 19 tahun, saya mula mengkaji isu Palestin dengan cara saya sendiri, melalui buku, kertas kerja dokumentari dan internet, dan ia membawa saya seketika untuk memahami apa yang sedang berlaku, mengenal pasti penglibatan negara-negara yang membenarkan (dan meneruskan) penjara terbuka ini, negara-negara yang secara terbuka menyokong Israel, orang-orang yang berdiam dan mereka yang memilih untuk melihat ke arah lain, katanya, sambil menambah laman web Bahasa Inggeris Ahrar membantu beliau untuk mengetahui jenayah Israel terhadap rakyat Palestin yang tidak bersenjata.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Lebih banyak perbincangan akan diadakan antara Fatah dan Hamas di Kaherah

Isnin , 14-01-2013 – Pemimpin Palestin dari puak Hamas dan Fatah bersetuju di dalam mesyuarat di Kaherah bahawa kedua-dua pihak akan mula
melaksanakan serta merta mekanisme yang dipersetujui di dalam perjanjian sebelum ini yang ditandatangani di Kaherah pada tahun 2011.

Presiden Mahmoud Abbas dari pergerakan Fatah yang berpusat di Tebing Barat dan Khaled Mashaal dari pergerakan Hamas yang mengawal Gaza bertemu muka buat kali pertama dalam tempoh setahun bagi membincangkan bagaimana untuk melaksanakan perjanjian 2011 tersebut.

Mesyuarat itu dihadiri oleh delegasi Hamas dan Fatah dan ketua perisikan Mesir, Mejar Jeneral Mohamed Raafat shehata,
yang berlangsung selama lebih dari 3 jam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Unit khas Israel serang tahanan di penjara Ofer

Isnin , 14-01-2013 – Unit khas Israel menyerbu pada waktu Subuh hari ini di bahagian 15 penjara Ofer dan menyerang para tahanan, mengakibatkan suasana tegang di dalam penjara.

Sumber dari penjara memberitahu wakil PIC bahawa rejim Israel memecah masuk bahagian 15 yang menempatkan tahanan Palestin dari pelbagai pihak dan mula menggeledah dan membawa para tahanan keluar di dalam hujan setelah menyerang mereka. Sumber tersebut menyebut bahawa 4 tahanan telah diserang ketika serbuan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Ledakan Bom Kereta Berdekatan Kementerian Pertahanan Zionis ‘Israel’

Isnin , 14-01-2013 – Akhbar Israel Yediot Aharonot mengatakan, sebuah kereta meledak dekat dengan sebuah bas di kota Tel Aviv, wilayah Palestin jajahan tahun 1948 yang mencederakan tujuh orang.

Harian Israel ini menyebutkan bahawa letupan itu terjadi pada pukul 1.00 tengahari yang menyebabkan asap tebal naik ke udara kawasan itu. Kereta ambulan dan pihak polis terus ke lokasi kejadian.

Akhbar tersebut menambah bahawa jangkaan awal menunjukkan bahawa ia adalah cubaan membunuh.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Skim penempatan baru untuk membina 1100 bilik hotel di Baitulmuqaddis

Jumaat , 11-01-2013 – Jawatankuasa Kristian-Islam untuk menyokong Baitulmuqaddis dan tapak suci memberi amaran pada Selasa tentang keputusan pihak rejim bagi meluluskan pembinaan 1100 bilik hotel di jalan Al-Khalil, kota Baitulmuqaddis.

Setiausaha Agung Jawatankuasa, Dr Hanna Issa berkata dalam kenyataan akhbar: “Israel bekerja siang dan malam untuk menjadikan Baitulmuqaddis ibu negaranya.”

Beliau menyatakan bahawa pembinaan penempatan dan tembok pemisah yang disegerakan sekitar Timur Baitulmuqaddis bertujuan untuk mengukuhkan penguasaan Israel ke atas kota lama dan majority kejiranan di situ.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tebing Barat – 400 buah rumah tenggelam

Jumaat , 11-01-2013 – Badan Pertahanan Palestin telah melaporkan sejumlah 400 buah rumah telah ditenggelami air akibat hujan lebat. Dengan keadaan angin bertiup kencang dan sejuk menambah lagi derita masyarakat di sekitar Tebing Barat. Menurut laporan, terdapat mangsa yang telah dipndahkan dan terdapat sejumlah kecil yang terkorban akibat keadaan kritikal itu.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

3 Syahid, 80 Cedera Disebabkan Oleh Peluru Israel Sepanjang Disember

Jumaat , 11-01-2013 – Pihak berkuasa tentera Israel meneruskan dasar yang menindas rakyat Palestin dengan membunuh 3 orang, mencederakan 80 orang dan menculik 322 orang rakyat Palestin sepanjang Disember.

Laporan bulanan menunjukkan bahawa keganasan Israel terhadap rakyat Palestin yang dikeluarkan oleh Kementerian Perancangan dalam kerajaan Palestin di Gaza menyatakan bahawa Israel semakin mengganas selepas gencatan senjata antara pihak Palestin dan entiti Israel yang ditaja oleh Mesir pada 21 November 2012, selepas serangan ganas Israel terhadap Tebing Gaza.

Laporan tersebut merekodkan kesyahidan dua rakyat Palestin selepas dibunuh semasa serangan tersebut dan kesyahidan ketiga juga dilaporkan di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

14 kematian dan 411 kes H1N1 di Palestin

Jumaat , 11-01-2013 – Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan jumlah kes H1N1 yang dikenali sebagai “selesema babi” telah meningkat kepada 411 kes.

Kementerian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Selasa melaporkan kadar kematian kerana virus itu masih kekal sehingga kini iaitu 14 kematian bagi semua daerah di negara ini manakala bilangan kecederaan telah meningkat kepada 411 kes selepas penemuan 7 kes baru di Semenanjung Gaza baru-baru ini.

As’ad Al-Ramlawi, Ketua Pengarah Penjagaan Kesihatan Primer mengesahkan kementerian itu telah menyediakan vaksin untuk 25 ribu rakyat Palestin yang diklasifikasikan sebagai mempunyai kekurangan imuniti .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Bardawil: Pertemuan Misyal dengan Presiden Mursi Bincang Isu Perpaduan

Jumaat , 11-01-2013 – Pemimpin Gerakan Pejuang Islam Hamas, Dr. Shaleh Bardawil menegaskan bahawa kedatangan delegasi Hamas yang dipimpin Ketua Biro Politik Hamas Khaled Misy’al ke Kaherah, Selasa (8/1), adalah untuk membahas isu perpaduan dengan Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi.

Bardawil mengatakan, delegasi Hamas yang dipimpin Khlaed Misy’al akan bertemu Presiden Mesir untuk membahaskan isu perpaduan. Beliau akan membincangkan semua perkara yang tercakup dalam masalah tersebut, termasuk tindakan otoriti Palestin (di antaranya adalah penangkapan yang terus berlanjutan di Tebing Barat) dan penyimpangan kesepakatan-kesepakatan serta cara mengatasinya sebagai satu pakej.

Mengenai kemungkinan pertemuan dengan Presiden Otoriti Palestin Mahmud Abbas yang akan berkunjung ke Kaherah hari ini, Bardawil mengatakan, “Sehingga kini tidak ada jadual atau makluman pertemuan. Apa yang disampaikan media massa hanyalah jangkaan semata-mata.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Haneyya menyeru Maghribi agar meneruskan peranannya membela Baitulmuqaddis

Rabu , 09-01-2013 – Perdana Menteri Palestin , Haneyya menyeru Maghribi agar terus memainkan peranan untuk mempertahankan Baitulmuqaddis dan menubuhkan jawatankuasa dipengerusikan Raja Mohamed VI untuk mempersiapkan langkah-langkah menghadapi bahaya Zionis yang mengancam kota suci.

Ini disuarakannya ketika mesyuarat dengan delegasi Maghribi yang diketuai oleh Abdul-Jalil Al-Jaseni, pemimpin gerakan Al-Tawhid and Al-Islah. Perdana menteri Haneyya memperakui sokongan Maghribi ke atas Palestin dan Baitulmuqaddis sebelum ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas memanjangkan ucapan takziah ke atas pemergian Qazi Hussein

Rabu , 09-01-2013 – Gerakan Penentangan Islam, Hamas, telah melanjutkan ucapan takziah kepada rakyat dan kerajaan Pakistan dan Jamaat-e-Islam atas kematian yang menyedihkan bekas pemimpin Qazi Hussein Ahmed.

Qazi Hussein, 74, telah diisytiharkan meninggal dunia di Pakistan pada hari Ahad berikutan serangan jantung. Hamas menegaskan bahawa Allayarham telah menghabiskan hidupnya dalam memperjuangkan Islam dan Arab serta Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Penduduk Khader membantah penubuhan pelopor baru

Rabu , 09-01-2013 – Penduduk bandar Khader, selatan Betlehem, membantah pembinaan bangunan oleh peneroka Yahudi di atas tanah penempatan mereka.

Mereka berkata bahawa peneroka Yahudi telah memulakan pembinaan di antara perkampungan mereka dan Gush Etzion, walaupun hakikatnya mahkamah tinggi Israel telah meluluskan keputusan sementara yang melarang mana-mana pembinaan disitu.

Penduduk tempatan berkata bahawa peneroka Yahudi telah membina jalan yang menghubungkan beberapa lot tanah di perkampungan mereka serta
memasang empat rumah mudah alih dikawasan berhampiran.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Komandan Militan Zionis: Hamas Pimpin Tebing Barat Menuju Intifadah 3

Rabu , 09-01-2013 – Komandan militan zionis menyatakan, Intifadah Palestin 3 mulai dirasai di Tebing Barat. Menurutnya, rakyat Palestin menyokong gerakan Hamas dan mulai meninggalkan perundingan damai.

Komandan militan zionis, Kolonel Yaniv Aluv menjangkakan pertembungan antara kekuatan Palestin dan kekuatan zionis akan meningkat. Kita bukan lagi berada di gerbang Intifadah 3, tetapi memang sudah berlangsung, kami menjangkakan pertembungan akan semakin sengit berlaku dari sekarang.

Aluv menganggap proses perundingan yang digerakkan Presiden Palestin Mahmud Abbas telah berakhir dan bertukar kepada dokongan terhadap gerakan perjuangan Islam “Hamas”. Beliau menyebutkan bahawa Abbas berusaha menghidupkan perubahan Arab namun jalan perundingan telah berakhir.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Hari Mogok Lapar Sedunia Bagi Menyokong Banduan Palestin

Rabu , 09-01-2013 – Rangkaian pembelaan banduan Palestin Eropah (UFree) menyatakan sokongan dan penyertaannya dalam hari mogok lapar sedunia bagi menunjukkan sokongan terhadap tahanan Palestin dalam penjara Israel.

UFree mengeluarkan kenyataan bagi menggesa masyarakat dunia supaya sama-sama menyokong rakyat Palestin, Samer Al-Issawi yang melancarkan mogok lapar dan banduan-banduan Palestin lain yang menuntut pembebasan.

Ia juga bertujuan untuk menamatkan dasar Israel yang sewenang-wenangnya menahan rakyat Palestin untuk dijadikan tahanan pentadbiran mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda