Categories
Berita Semasa

Serangan Israel ke atas Gaza berterusan Mengetepikan rundingan damai

Rabu, 24/08/2011 – Israel tetap menersukan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada Ahad walaupun rundingan kedua belah pihak hampir berjaya.

Pada tegah hari Ahad, tujuh rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak terdera selepas jet pejuang Israel menyerang tapak kepunyaan Polis di barat daya Gaza, lapor pegawai perubatan.

Koresponden Pusat Info Palestin berkata bahawa pengeboman itu memusnahkan seluruh tapak itu, dan juga menyebabkan kerosakan ke atas kilang berdekatan.

Pusat latihan al-Naseer milik briget Salahuddin, sayap ketenteraan PRC juga dibom, walaubagaimanpun tiada laporan kecederaan diberikan.

Penduduk tempatan memberitahu sumber PIC bahawa terdapat juga pengeboman berdekatan dengan sebuah sekolah di barat daya Beit Lahya, utara Semenanjung Gaza di mana sebuah kereta penduduk awam dibom. Juga tiada kecederaan dilaporkan.

Jet pejuang Israel yang lain melancarkan sebuah peluru berpandu ke atas pejuang di Beit Hanoun, utara Semenanjung Gaza, tetapi pejuang berjaya berundur tanpa kecederaan.

Sementara itu, sumber daripada rakyat Palestin berkata bahawa persetujuan awal telah dicapai untuk ketenangan di Semenanjung Gaza pada malam Ahad pukul 9, selepas usaha daripada pihak Mesir.

sumber yang sama juga berkata bahawa paksi Palestin bersetuju untuk meneruskan perdamaian tetapi juga berkata mereka juga akan bertindak balas ke atas serangan Israel.

15 rakyat palestin maut dan lebih 50 cedera dalam serangan Israel sejak petang Khamis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Abbas menangguhkan pilihanraya bandaran

Rabu, 24/08/2011 – Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengutarakan isu yang agak kontrevesi iaitu menangguhkan pilihanraya bandaran.

Keputusan itu diikuti perbalahan yang meruncing antara Jawatankuasa Pusat Fatah dengan kumpulan – kumpulan Pertubuhan Pembebasan Palestin yang dijadualkan bertanding pada 22 Oktober ini. Pihak berhaluan kiri membidas keputusan itu sejurus selepas pengumumannya dibuat. Ia disifatkan sebagai “menyalahi undang-undang” lantaran keputusan mahkamah Ramallah telah membenarkan mereka untuk membantah penangguhan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel ingin mendakwa rakyat Mesir yang membuang bendera Israel dari kedutaannya

Rabu, 24/08/2011 – Israel telah memfailkan dakwaan kepada Pendakwaraya Mesir terhadap Ahmed al-Shahat, warga Mesir yang menjadi wira setelah mengoyakkan bendera Israel dari bangunan Israel di Kaherah.

Media Israel berkata pada Isnin dengan memetik sumber bahawa Tel Aviv telah menugaskan seorang dutanya untuk melaksanakan pendakwaan dengan segera terhadap Shahat kerana mencerobohi keselamatan kedutaan.

Ribuan rakyat Mesir bersorak gembira setelah Shahat berupaya memanjat bangunan 21 tingkat yang terletak bersebelahan kedutaan Israel dan membakar bendera Israel setelah menggantikannya dengan bendera Mesir
dan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Kementerian Kesihatan: Israel terus serang orang awam

Selasa, 23/08/2011 – Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan bahawa tentera Israel terus menyerang orang awam secara terbuka dan menyebabkan jumlah kematian orang awam semakin meningkat.

Kementerian telah menyeru para warga Gaza agar mengelakkan perhimpunan di kawasan sasaran serta membantu memudahkan kru perubatan untuk menguruskan urusan kemalangan jiwa. Pada Ahad, seorang kanak-kanak Palestin mengalami kecederaan teruk akibat letupan bom setelah sebuah pesawat perang Israel menyerang rakyat Palestin di Beit Lahya di utara Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas menuntut Israel bertindak ke atas kekejaman jenayah Israel di Gaza

Selasa, 23/08/2011 – Pergerakan Hamas menuntut Liga Arab untuk mengambil keputusan tegas dan konkrit untuk menghadapi kekejaman Israel terhadapa rakyat Plaestin di Semenanjung Gaza serta pencabulan kedaulatan Mesir.

Hamas dalam satu kenyataan menyeru Liga Arab untuk aktif dalam mesyuarat tergempar pada hari Ahad untuk melakukan pemulauan politik dan ekonomi terhadap pendudukan haram Israel. Ia juga menuntut Liga Arab agar menguatkuasakan resolusi dahulu yang diambil untuk melumpuhkan sekatan di Gaza dan memberi sokongan padu ke atas rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Sekumpulan peneroka Yahudi serang budak lelaki Palestin dengan batang besi

Selasa, 23/08/2011 – Seorang budak lelaki Palestin berusia 10 tahun mengalami luka sederhana selepas diserang dengan batang besi oleh kira-kira 15 peneroka Yahudi berhampiran penempatan Tebing Barat di kota Ramat Migron. Kanak-kanak itu dihantar dengan ambulan ke hospital Ramallah selepas menerima hentakan di kepala dan beberapa bahagian badan yang lain sehingga menyebabkan kecederaan.

Media Israel berkata polis Israel telah menahan 13 pemudayang disyaki terlibat dalam kejadian itu. Mereka berkata suspek tidak bekerjasama dengan pihak polis, sambil menambah keadaan ketika kejadian itu masih belum jelas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Bendera Israel di kedutaannya di Kaherah diganti

Selasa, 23/08/2011 – Seorang pemuda Mesir berjaya menurunkan bendera negara haram Israel yang berkibar di Kedutaan Negara haram Israel di Kaherah dan mengantikannya dengan bendera Mesir semasa protes diteruskan berikutan pembunuhan 5 orang anggota keselamatan Mesir.

Pemuda itu yang dikenali sebagai Ahmed al-Shahat berjaya memanjat bangunan bersebelahan yang setinggi 23 tingkat. Bendera tersebut terus dibakar sebaik ianya mencecah tanah.

Sementara itu, beribu-ribu orang terus berkumpul di luar kedutaan terbabit yang telah memasuki hari ketiga, selepas tentera rejim Zionis menembak mati 5 orang tentera Mesir termasuk seorang yang berpangkat pegawai pada Khamis lalu di Semenanjung Sinai ketika sedang menjejaki para pejuang Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Majlis Perbandaran Neve Daniel meluaskan penempatan haram secara rahsia waktu malam

Sabtu, 20/08/2011 – Majlis Perbandaran Neve Daniel yang terletak di bawah wilayah jajahan rejim Zionis di barat Baitullaham, mengambil kesempatan pada bulan Ramadhan ini dengan meluaskan lagi kawasan penempatan haram secara haram di kawasan tanah yang berhampiran Kampung Al-Khadr.

Ketika umat Islam Palestin berbuka puasa pada waktu Maghrib, pihak perbandaran membawa masuk jentolak-jentolak mereka dan menggali kawasan seluas 300 dunum ( 1 dunum = 1000 meter persegi ) di kawasan yang dikenali sebagai Ayn al-Qissis sepanjang malam.

Penggalian pada waktu malam itu telah berlangsung selama 4 malam di kawasan yang tidak dihuni oleh penduduk Palestin, kata Ahmed Salah, Koordinator bagi Jawatankuasa Anti-penempatan Haram setempat. Katanya lagi, beberapa orang petani mengadu mereka terkejut apabila pergi ke mengusahakan ladang, mereka mendapati ada kesan kemusnahan oleh jentolak. Kata mereka lagi, mereka tidak nampak sebarang aktiviti jentolak pada waktu siang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas diketuai Mesh’al bertemu pasukan khas Mesir di Kaherah

Sabtu, 20/08/2011 – Hamas pada petang Selasa (16 Ogos) dengan diketuai oleh Pengerusi Biro Politknya, Khaled Mesh’al, telah memulakan siri lawatan dan mesyaratnya bersama beberapa orang penting Mesir serta ketua Pasukan Khas Am Mesir, untuk membincangkan perkembangan terbaru situasi Palestin, yang baru sahaj tamat beberapa jam lalu.

Presiden Pusat Kajian Palestin di Kaherah, Ibraheem Ad-Drawei, menerangkan kepada Pusat Informasi Palestin bahawa mesyarat pada hari Rabu (17 Ogos) akan membincangkan sekitar isu paling penting berkaitan fail Palestin, dan isu hubungan di antara Hamas dan Kaherah selepas revolusi 25 Januari lepas, termasuk di dalamnya isu sempadan Rafah, rekonsiliasi Palestin dan hubungan aktif dua hala di antara Hamas dan Kaherah.

Antara yang menyertai delegasi ini selain Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mesh’al, adalah Timbalan Pengerusi Biro Politk, Dr. Mousa Abu Marzouq, dan anggota biro, Mahyanj Brou Mad Nassar, Sami Khatar dan Nizar Audallah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Rayuan tentang pengusiran seharusnya berpihak kepada Salah dalam minggu-minggu akan datang

Sabtu, 20/08/2011 – Para penyokong Raed Salah, pemimpin gerakan Islam di Israel; berasa semakin yakin terhadap kes pengusiran akan berpihak kepada Salah nanti.

“Setelah diyakinkan tentang perkembangan kes tersebut, kami menjadi lebih yakin bahawa ia akan berpihak kepada Sheikh Salah”, kata Mohammed Hamdan, pengerusi rangkaian penyokong tahanan Palestin Eropah (UFree), dalam satu lawatannya bertemu Salah. Organisasi yang berpengkalan di Oslo telah mengambil kes Salah sejak beliau ditahan di London pada Jun dalam satu dakwaan larangan keluar bermusafir.

Salah telah dibebaskan dengan ikat jamin, dan beliau mengambil keputusan untuk tetap di England bagi menentang keputusan larangan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis melancarkan penangkapan bersih, membakar tanah ladang di sekitar Jenin.

Sabtu, 20/08/2011 – Tentera Pendudukan Israel telah melancarkan perluasan penangkapan bersih di sekitar Bandar Jenin di Tebing Barat, serta pembakaran puluhan dunums(ekar) tanah di ladang bandar itu.

Saksi-saksi berkata, beberapa peronda menyerbu kampung Kafr Rai di selatan Jenin dan berlanjutan sehingga ke jalan-jalan. Sebuah rumah yang berusia 16 tahun, turut diperiksa dalam operasi tersebut.

Sumber menambah, askar-askar telah membuat serang hendap di tanah perkuburan tempatan, di kebun tanaman zaitun serta di atas bumbung rumah-rumah yang berdekatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis dikerah ke Silwan untuk mencari senjata, namun tiada

Sabtu, 20/08/2011 – Tentera Zionis Israel dan pasukan khas yang disokong helikopter menyerbu bandar Silwan, selatan Baitulmuqaddis yang diduduki Rabu lalu dan dikerah ke pinggir bandar Batn Al-Hawa dan Ein Bir Ayub , menurut sumber tempatan.

Mereka berkata ketegangan yang berlaku di bandar itu kerana mereka takut gelombang perobohan rumah tempatan yang kini sedang memuncak.

Fakhri Abu Diab, ahli jawatankuasa mempertahankan tanah Silwan berkata tentera Israel memanjat bumbung rumah-rumah Palestin di Silwan dan mengerahkan sejumlah besar pasukan keselamatan di pintu masuk ke bandar dan kawasan pinggir bandar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Laporan Israel: Keadaan Tawanan Palestin Menyedihkan dan Tidak Manusiawi

Sabtu, 20/08/2011 – Satu laporan dari Mahkamah Agung Israel yang diterbitkan Selasa (16/8) menyatakan bahawa keadaan tawanan Palestin di penjara Israel sangat daif.

Laporan ini menjelaskan bahawa keadaan penjara Israel amat buruk kerana banyak kes tawanan mengalami sesak nafas, bangunan penjara yang tidak mengikut piawaian, melayan tawanan dengan cara tidak adil, kekurangan peralatan asas, kekurangan layanan perubatan, disamping larangan dikunjungi oleh keluarga dan penguam bela.

Laporan ini dibuat oleh sejumlah peguam melalui kajian terhadap 26 penjara dan tahanan yang berada di bawah tanggungjawab pihak keselamatan Israel dan 13 penjara di bawah tanggungjawab Mahkamah Israel serta 10 tahanan di bawah tanggungjawab polis.

Laporan menegaskan bahawa penjara Sharon yang menahan puluhan tahanan wanita Palestin mengalami banyak kekurangan, keluhan dari tahanan berkaitaan keperluan bantuan perubatan dan sesi soal siasat yang sangat keras.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Zionis-Israel luaskan penempatan haram di Nablus

Sabtu, 20/08/2011 – Penduduk haram Zionis-Israel di dapati telah meluaskan penempatan haram mereka di selatan bandar Nablus. Mereka juga didapati menyiapkan rumah-rumah yang separa siap dibina sebelum ini. 90% penduduk Zionis Israel sedang rancak meluaskan kawasan penempatan mereka dan ini disokong oleh kerajaan haram Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Palestin : Pembinaan ribuan petempatan di Al-Quds langgar undang-undang antarabangsa.

Khamis, 18/08/2011 – Kerajaan Palestin di Gaza menganggap Zionis yang memebina ribuan petempatan di Bandar Al-Quds sebagai melanggar dan bertentagnan sama sekali dengan semua undang-undang antarabangsa.

Menteri Keadilan dalam Kerajaan Palestin memberitahu pada hari Ahad (14 Ogos) bahawa Kerajaan Zionis melalui Menteri Dalamnya, Elie Yeshai, sedang merancangkan peminaam 4300 petempatan haram di atas tanah rakyat Palestin di bawah pemerintahan Zionis, sebagai rentetan polisi untuk mengyahudikan Al-Aqsa dan menyesarkan penduduk asalnya, yang sebernarnya turut melanggar Konvensyen Geneva ke-4 pada tahun 1949 terutamanya pada perkara ke-47.

Mneteri tersebut menambah : “Menurut undang-undang, Bandar Al-Quds yang tanahnya dibawah jajahan Zionis dipanggil sebagai “Israel””. Perkara tersebut menurut perjanjian Konvensyen Hague yang ke-4 tahun 1907 kerana berlakunya perubahan demografi dalam taburan penduduk di tanah terjajah itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen