Categories
Berita Semasa

Barhoum: Protes Tebing Barat Adalah Reaksi Normal Terhadap Kegagalan dan Korupsi PA (Pihak Berkuasa Palestin)

Jumaat , 21-09-2012 – Fawzi Barhoum, jurucakap gerakan Hamas berkata, protes besar-besaran di Tebing Barat adalah reaksi wajar terhadap korupsi dan kegagalan ekonomi serta politik PA. Protes tersebut merupakan reaksi ke atas sekatan PA terhadap warga Tebing Barat dan kegagalannya untuk melindunginya rakyat Palestin serta tanah dan harta benda mereka daripada serangan pendatang,tambahnya.

“Kami mengikuti perkembangan apa yang berlaku pada rakyat Palestin di Tebing Barat,” Barhoum memberitahu di akaun Facebooknya pada Isnin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tangkap rakyat Palestin termasuk seorang lelaki cedera

Jumaat , 21-09-2012 – Tentera Zionis Israel telah melancarkan serbuan pada subuh Selasa di bandar dan kampung serta beberapa tempat di Tebing Barat yang diduduki sambil menahan sembilan penduduk Palestin.

Sumber Israel tentera berkata mereka menahan orang yang disyaki terlibat dalam serangan terhadap sasaran Israel, tanpa menentukan pihak mana yang terlibat, serta menyatakan tahanan telah dihantar ke pihak keselamatan untuk soal siasat.

Radio Hebrew melaporkan rejim Zionis juga menahan tiga penduduk di bandar Tulkarem dan dua yang lain dari kampung Aroub di daerah al-Khalil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Israel Penjara Imam Masjid dari Palestin 48

Jumaat , 21-09-2012 – Mahkamah Zionis Israel menjatuhkan hukuman penjara seorang imam masjid dari wilayah Palestin terjajah sejak tahun 1948, setelah didakwa melakukan “provokasi atas tindakan kekerasan dan teroris”.

Mahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap Syaikh Nadzim Abu Shalah, imam masjid Shihabuddin di bandar Nazaret dan merupakan salah seorang tokoh agama terkenal di bandar tersebut.

Berdasarkan dakwaan yang dibuat oleh peguam Israel, Abu Shalah dituduh melakukan “pelanggaran yang sangat serius”, di antaranya adalah “memanfaatkan tokoh terkenal untuk melakukan provokasi kekerasan dan mendorong melakukan tindakan terorisme serta mendokong organisasi-organisasi terorisme”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Panggilan Jarrar untuk bangkit menentang perjanjian Oslo

Rabu , 12-09-2012 – Khaleda Jarrar, ahli jawatan politik PFLP, menyatakan sokongan organisasi itu untuk keperluan ekonomi rakyat Palestin, memberi amaran terhadapat sekatan protes itu.

Beliau dipanggil untuk aktiviti popular untuk pergi melebihi protes terhadap keadaan ekonomi untuk membantah menentang penjajahan, menentang perpecahan, Perjanjian Oslo dan Protokol Paris.

Beliau menegaskan, semasa temu bual di Radio Suara Rakyat pada Ahad, bahawa dia tidak memanggil untuk pengakhiran pasaran ekonomi bebas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Abu Marzuq: Pidato Abbas Menyokong Israel

Rabu , 12-09-2012 – Wakil Ketua Biro Politik Hamas Dr. Musa Abu Marzuq mengecam pidato Presiden Otoriti Palestin, Mahmud Abbas tentang perpaduan. Abu Marzuq mengatakan, “Itu pidato yang tidak sesuai dan mendorong ke arah yang tidak dipersetujui serta membantu rancangan penjajah Israel.”

Abu Marzuq menegaskan bahawa tunjang perpaduan dan persatuan nasional adalah penentuan projek nasional serta pimpinan baru nasional dan kerangkaanya adalah Organisasi Pembebasan Palestin (PLO).

Beliau menambah, “Apa yang harus kita lakukan adalah membentuk dewan nasional terlebih dahulu melalui pilihanraya di Semenanjung Gaza dan Tebinbg Barat, seboleh mungkin”

Abu Marzuq menegaskan bahawa Tebing Barat diduduki Israel dan Semenanjung Gaza disekat. Kewajiban kelompok nasional adalah membebaskan Tebing Barat dan melawan penjajah serta membebaskan sekatan Semenanjung Gaza dan Otoriti Palestin memperkuatkannya. Beliau menambah, “Alangkah baiknya jika Abbas berpindah ke Semenanjung Gaza serta mengumumkan strategi baru Palestin yang menghimpun semua kekuatan.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

(PANAS !) Pendatang Yahudi serbu dataran Masjid Aqsa

Rabu , 12-09-2012 – Puluhan pendatang dan agen perisikan menyerbut dataran Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis pada petang Ahad, demikian menurut Yayasan Waqaf dan Warisan Aqsa (AFEH).

Dalam kenyataannya, AFEH berkata bahawa terdapat 30 pendatang disertai sejumlah agen perisikan bersama 1200 pelancong telah menyerbu masjid pada petang Ahad.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa rejim Israel akan menjalankan upacara Talmud pada Isnin di tembok Al-Buraq dengan penyertaan para rabbi dari penempatan utama di Tebing Barat. Ribuan turut dijangka akan menyertai upacara ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Penunjuk perasaan membantah kenaikan harga barang dengan membakar patung Fayyad di al-Khalil

Isnin , 10-09-2012 – Beratus-ratus rakyat Palestin menganjurkan bantahan besar-besaran di dataran Ibn Rushd di bandar al-Khalil pada hari Selasa berkenaan kos sara hidup dan meminta Perdana Menteri PA Salam Fayyad agar meletak jawatan.

Puluhan teksi, jentolak dan kenderaan awam mengembara dari selatan ke pusat bandar al-Khalil untuk membantah kenaikan kos bahan api, memandu kenderaan mereka dalam perarakan ke dataran Ibn Rushd di pusat bandar.

Beratus-ratus penunjuk perasaan turut menyertai demonstrasi di pusat bandar terhadap kenaikan harga komoditi asas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Tunisia menjadi tuan rumah kepada persidangan menyokong tahanan Palestin yang terbesar

Isnin , 10-09-2012 – Ibu negara Tunisia dijadualkan menjadi tuan rumah kepada persidangan antarabangsa terbesar dalam menyokong tahanan Palestin dan Arab di penjara Israel pada November nanti di bawah tajaan rasmi presiden republik itu, Moncef Marzouki.

Jawatankuasa Persediaan untuk persidangan yang bermesyuarat pada Selasa telah mengambil keputusan bahawa persidangan akan diadakan pada 10 dan 11 November.

Sekumpulan ahli politik dan aktivis hak asasi turut bekerjasama untuk membuat persediaan sewajarnya yang mana ianya disifatkan oleh jawatankuasa sebagai yang terbesar seumpamanya dalam usaha menyokong isu tahanan di penjara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Keputusan Makhkamah Memihak Kepada Guru yang Dipecat

Isnin , 10-09-2012 – Makhkamah Agung Ramallah yang bersidang pada hari selasa, membuat keputusan membatalkan pemecatan sewenang-wenangnya beratus-ratus guru atas alasan politik berikutan pembahagian negara pada 2007 dan mereka kembali bertugas.

Pada tahun 2008, hampir 400 orang guru dipecat daripada pekerjaan mereka disebabkan kegagalan mereka menjalani “pemeriksaan keselamatan” dan dihalang daripada bekerja di sekolah-sekolah swasta.

Guru yang dipecat telah melakukan protes diluar makhkamah, melahirkan rasa kegembiraan di atas resolusi tersebut, dan berharap ia akan dilaksanakan secepat mungkin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel ingin menerapkan unsur Yahudi di kawasan Buraq

Khamis , 06-09-2012 – Tentera rejim Israel menjalankan langkah-langkah menerapkan unsure Yahudi di kawasan Buraq dan sekitarnya di Masjid Aqsa, demikian menurut pendedahan Yayasan Wakaf dan Warisan Aqsa.

Pihak berkuasa Israel telah mempertingkatkan acara-acara “Tavilah” untuk golongan muda Yahudi dekat Tembok Buraq yang mana ianya ditaja oleh Jabatan Presiden Israel, menurut Yayasan itu. Yayasan Aqsa berkata dalam kenyataannya pada Isnin bahawa acara-acara tersebut bertujuan untuk memasukkan unsure Yahudi di Tembok Buraq, salah satu monument Islam yang penting dan berkait dengan Masjid Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pidato Mursi di Tehran, Isyarat Kelahiran Projek Arab

Khamis , 06-09-2012 – Sebelumnya, banyak pihak meragui kunjungan Mursi ke Persidangan Kemuncak Negara-negara Berkecuali (NAM) di Tehran. Namun setelah menyampaikan pidato, banyak pihak menaruh harapan besar kerana banyak yang menyatakan persidangan kali ini lebih banyak akan dimanfaatkan oleh Iran yang dilihat memiliki projek membangun pakatan baru yang berpihak kepadanya. Wajar mereka yang meragui Mursi sebagai kumpulan di pihak tidak kuat akan dikalahkan oleh kumpulan kuat. Sebab tidak boleh dinafikan, di kawasan Timur Tengah sedang dijalankan sejumlah projek, namun tidak termasuk “projek Arab”. Namun siapa yang menentukan bahawa pihak ini kuat dan pihak ini lemah. Apa piawai kekuatan dan kelemahan untuk menganalisis realiti negara dan bangsa?

Sebenarnya, jika satu pihak memiliki projek dalaman, maka dia akan kuat. Paling tidak mereka tidak mengikut mana-mana pihak, namun tidak berani berkonfrontasi atau terlibat ke salah satu pihak. Dia akan berusaha “sampai” kepada semua podium untuk menunjukkan sikap dan projek serta visi misinya. Itulah sesungguhnya pihak yang kuat dan berani.

Jika diperhatikan, pidato Mursi menunjukkan peletakan batu asas projek Arab yang akan datang dengan penuh keyakinan diri. Ini projek yang telah hilang bebrapa dekad kerana kepentingan politik luar di kawasan itu. Bukan hanya di medan politik antarabangsa, bahkan di latar politik dunia Arab juga. Lihatnya, dengan percaya diri menegaskan di hadapan dunia bahwa revolusi Arab telah bangkit dan akan berjalan di atas landasan projek sendiri, bukan pada blok Iran, Israel atau Amerika. Itulah projek Arab yang murni, suka atau tidak suka.

Mursi dengan tegas menyatakan bahawa dunia Arab tidak akan menjadi alat bagi projek Iran atau Israel – Amerika. Selama ini dunia Arab hanya dijadikan alat dan dimanfaatkan oleh projek-projek yang lain. Bahkan dunia Arab selama ini sering jadi “sumber dana bagi beban konflik”; dengan sumber dana melimpah dan sumber daya alam yang banyak. Namun dunia Arab juga yang rugi.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

13 Yahudi Serang Nelayan Palestin Sejak Dua Bulan Lalu

Khamis , 06-09-2012 – Pusat Hak-hak Asasi Manusia Palestin (PCHR) merekodkan tiga belas keganasan terhadap nelayan Palestin di Tebing Gaza yang didalangi oleh tentera laut Israel sejak dua bulan yang lalu.

PCHR merekodkan bahawa keganasan Yahudi terhadap nelayan Palestin bermula pada tempoh aduan bermula 26 Julai hingga 1 Ogos termasuk sepuluh insiden dimana tentera Israel menembak nelayan. Organisasi tersebut juga mengesahkan penahanan dua nelayan oleh tentera Israel semasa menangkap ikan pada jarak 300 meter dari jeti Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menubuhkan pusat pemeriksaan di al-Khalil dan memanggil bekas banduan

Selasa , 04-09-2012 – Regim zionis Israel (IOF) menubuhkan pusat pemeriksaan ketenteraan pada petang Sabtu di utara al-Khalil di Tebing Barat dan mula memeriksa identiti orang yang lalu-lalang.

Saksi memberitahu PIC bahawa askar-askar mempergiatkan lagi kehadiran mereka di jalan-jalan utama di al-Khalil dan mereka secara tiba-tiba menubuhkan dua pusat pemeriksaan ketenteraan berhampiran jambatan Halhoul, utara al-Khalil, dan sebuah lagi jambatan berhampiran pintu masuk ke bandar Sa ‘ir yang terletak beberapa meter dari menara pemerhatian tentera. Saksi-saksi menambah bahawa tentera telah mencari kenderaan dan memeriksa identiti rakyat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas menyatakan bahawa Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawa para tahanan yang mogok lapar

Selasa , 04-09-2012 – Gerakan Hamas mendakwa rejim Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawa para tahanan Palestin yang mogok lapar di penjaranya dan menggesa agar mereka dibebaskan segera. Dalam satu kenyataan akhbar, Hamas berkata para pemogok lapar tersebut diabaikan penjagaannya dan dikenakan hukuman pengasingan di penjara Israel manakala pihak berkuasa penjara Israel terus mengabaikan tuntutan mereka.

Hamas memaklumkan bahawa Samer Al-Barq telah menjalani mogok lapar selama 103 hari, Hasan Assafdi 73 hari, Ayman Al-Sharawna 63 hari dan Samer Al-Isawi selama sebulan, dan member amaran yang mereka semua berhadapan dengan risiko kematian. Hamas merayu kepada liga Arab dan organisasi-organisasi antarabangsa untuk menghentikan penderaan Israel terhadap tahanan Palestin dan membebaskan para pemogok sebelum terlambat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Polis milik Abbas terus menangkap ahli-ahli HAMAS

Isnin , 03-09-2012 – Pasukan keselamatan naungan Mahmoud Abbas terus melakukan tangkapan terhadap ahli HAMAS. Mereka ditangkap di beberapa daerah termasuk di Hebron, Bethlehem dan Qalqiliah. Beberapa pelajar dari Universiti Hebron turut ditahan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair